Wednesday, June 29, 2005

Siapa Sebenarnya Kita?

Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ini?" tanya Prof Ibrahim.

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: " Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semuanya pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebik bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya.

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja.
Wang kertas iti bukan sahaja renyuk tetapi juga koto.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahim

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okey, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa tadi?"tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala . Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." katanya lagi. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri, bersih atau kotor, renyuk atau licin anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita?" jelas Prof Ibrahim..

Moral:
Maruah dan harga diri kita bukannya kerana darjat kita pada pandangan masyarakat..... nilai diri kita takan berubah hanya kerana kita melakukan kerja2 yang lebih rendah tarafnya dari orang lain... kerana bagi sesetangah orang, apa yang kita buat tu mungkin amat bermakna.

No comments: