Thursday, July 23, 2009
Unitar July '09 Intake
Terima kasih kepada Azmi n Es3 sebab sudi menjemput aku untuk ikut serta bagi mengambil beberapa keping gambar bersempena induksi mahasiswa baru kemasukan July '09.
Wednesday, July 15, 2009
Passion
Suatu ketika dulu aku pernah memiliki sebuah kamera Fuji yang begitu canggih pada ketika itu, walaupun dibeli dengan harga yang murah dari kawan aku. Ia merupakan medium untuk aku untuk melepaskan tekanan. Memang tidak seberapa namun cukup mengembirakan. Bila hayat Fuji aku berakhir, aku menggunakan pula panasonic yang begitu "compact". Hayat penggunaan panasonic aku tidak lama, kerana aku begitu sibuk ketika itu. Minat aku entah kemana.
Namun sekarang, kehadiran sony alpha telah menceriakan hidup aku semua. Aku kembali asyik untuk mengambar kehidupan. Namun, banyak lagi yang perlu aku pelajari. Bimbingan sifu-sifu yang telah lama berkecimpung dalam dunia ini, amat aku perlukan. Berani aku katakan, dunia fotografi ini lebih kepada minat dari mencari peluang untuk menambah sumber pendapatan. Mungkin, apabila aku telah mempunyai modal yang lebih serta pengalaman, aku akan mula mencari rezeki menggunakan kamera aku. Buat masa sekarang, biarlah aku mencari kepuasan dahulu.
Sunday, July 12, 2009
Crappy Pic
Aiman (terrible framing, i got some part of his left side chop off. B&W wise... errmm not sure)
Don't know why, but i like this pic, she's seems in a dreamy state, maybe thinking about somebody :). But not sharp enough :(
Another crappy pic, playing around with cs3, too saturated :(
Playing around with Lightroom 2.2, good tools for a newbies like me :)
Errm, nothing to say
Wednesday, June 24, 2009
Assignment!!!!!
Sunday, June 21, 2009
Alpha Ikut Makan Durian
Saturday, February 14, 2009
Jangan Biadap
Diambil dari utusan malaysia/14 Feb 2009.
KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.
Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.
Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.
Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.
Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.
(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009
"Tgk tu, Sultan Selangor pun dah marah, kenapala diorang ni biadap sangat, dah sultan titahkan, dengar jer la... jangan membantah, kita semua maklum, sultan-sultan yang ada adalah bersifat Neutral, tidak menyebelahi mana-mana pihak, cuma yang dipentingkan adalah Rakyat Jelata. Ooooo... kalau masa kes perlantikan MB Terengganu dulu, pembangkang punya bersorak... Dengar cakap Sultan lah, jangan derhaka lah...... Bila jadi kat depa, pandai pulak melatah. Pasal melompat parti tu... depa yang mula dulu.... bila ada yang nak masuk parti depa.... Perghhh..... seronok abis..... nak tarik MP kerajaan masuk parti depa lah.... nak tubuhkan kerajaan baru lahhh.... pooooraaaahhhh..... Mungkin la ada yang tak kena bila beberapa adun kat Perak tu lompat parti..... tapi kalau ada pon.... buktikan la dulu... Ni apasai yang dok marah Sultan pulak.... aku cukup pantang kalau ada yang perlekeh Sultan Azlan Shah. Kalau dulu aku ada la jugak nak sokong depa.... tapi bila tengok perangai biadap depa tu..... aku jadi menyampah. Orang kata, kepimpinan melalui teladan..... bukan buatperangai macam orang tak bertamadun..... Woi, ingat sikit la, kita orang Islam. Bawak bersabar la.... jangan marah kat orang lain.... Sultan pulak jadi mangsa. Kalau orang melayu sendiri tak mau mempertahankan Institusi Kesultanan Melayu.... Sapa lagi? Nak jadi mcm zaman Kolonial dulu ka? Bodoh betul laaaaaaa....."
Tuesday, January 13, 2009
Emergency
" Yang dok sihat pon boleh sakit taww" itu la yang bermain dalam kpala otak aku semalam bila terpaksa berlagak bagai tongkoi kayu selama 8 jam. Apa sebenarnya yang jadi? Semalam wife aku mengalami alahan yang amat teruk, muntah-muntah dan pening yang amat sgt. Sampai air kluar kot idung . Panik tu memang la panik, tapi kalau panik ajer pon tak guna jugak... kenala ikhtiar. Aku bawa la pi jumpa Doc dkt area umah aku ni. Nama kliniknya "An-nur". Doc nasihatkan untuk refer kes wife aku ni ke hospital, untuk masuk "drip", kes dehidration dia mmg teruk.. muka pun dah pucat. Doc tanya la aku, nak refer ke hospital mana, mula-mula aku pikir nak refer kes dia ke HUKM, tapi bila pikir balik, HUKM tu selalunya sibuk. Aku suruh la doc refer ke hospital serdang yang amat dekat dengan umah aku.
Sampai hospital dalam pukul 3, melihat keadaan wad kecemasan yang agak sesak, i know what to aspect. Wife segera dilayan bila diketahui yang dia pregnant. Lepas 3 botol air dimasukkan, dia mula segar, cuma pening-pening yang aku rasa tak mungkin hilang dalam masa terdekat ni. Tapi, alangkah seksanya bila kami terpaksa menunggu hingga 7 jam lebih untuk doktor bertugas datang "menjengok". Aku memang dah agak yang kami akan terpaksa menunggu, tapi tak lah sampai macam ni. Diluar wad tu pun mmg ramai lagi yang masih menunggu. Majikan aku memang ada menyediakan kemudahan untuk menggunakan hospital pakar swasta, entah kenapala aku tak menggunakannya......
Agak-agaknya, bilala kemudahan kesihatan awam dinegara kita ni akan maju or lebih efisien? apa sebenarnya yang kerajaan perlu buat untuk perbaiki kemudahan ni? Melatih lebih ramai doctor pakar? Rasanya ramai jugak doc yang di"produce" setiap tahun. Cuma mungkin, nak retain diorang ni yang menjadi masaalah, yela.... berapa sgtla gaji seorang doc kerajaan kalau nak dibandingkan dengan gaji seorang doc pakar swasta. Bagai langit dengan bumi beb.... Kebanyakan diorang ni, abis jer kontrak.... trus chow.... masing-masing pikir nak buat duit.... memangla tak boleh salahkan diorang..... study bagai nak gila mestila untuk dapat habuan. Entahlaaaaaa.....
p/s: bersyukur kita dalam keadaan aman sejahtera... kalau jadi macam palestin.... mau berhari nak tunggu dirawat
Thursday, January 08, 2009
New Beginning ... Again?
Walaupun tanggungjawab kejer dah memang takder, tapi tanggungjawab sebagai suami and sebagai pelajar sungguh berat. Bukan senang beb nak imbangi kedua2nya. Setelah setahun, alhamdulillah, aku masih boleh survive. Sepanjang setahun ni jugak dah banyak dilalui, ada pahit dan ada manis... semua pengalaman beb. Dah banyak jugak yang aku belajar, terutamanya tentang manusia.... memang banyak betul ragamnya.... yang tak pernah aku sangka wujud pon ada...
Aku tak mau cerita pepanjang untuk posting pertama ni...... mungkin lain kali la ek...
P/s: Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat.... Apakejadahnya.... Anak kurniaan Allah, amanah kepada kita. Adat cuma buatan manusia, siapa kita untuk mengutamakan ciptaan manusia dan mengabaikan Amanah yang dikurniakan. Relevenkah lagi pepatah ini? Bak kata Nabil, Lu pikir la sendiri... Assalamualaikum
Monday, December 10, 2007
Wedding Invitation
Yaaa... inilah dia satu-satunya pengumuman yang amat penting dari aku, maybe tak penting pada korang... tapi amat-amat penting bagi aku... Cakap banyak takmo, Straight to the point.... so, secara rasminya, aku ingin menjemput rakan2 yang mengenali diri ini, untuk menghadirkan diri ke satu acara gilang-gemilang dan penuh bersejarah, wedding aku le beb!!!... either nak datang kat Taiping or Rembau(rasanya pak mertua tak kisah).. terpulang kat korang lah....
Wednesday, September 26, 2007
Jom berbuka!!
Update on majlis berbuka yang bakal diadakan di KLCC boleh diperolehi di sini.
Sekian.
Tuesday, September 25, 2007
Kanak-kanak
Raya menjelang (lagi 17 hari kira menjelang le tu), tapi apa persiapan pun belum dibuat.. dah besar-besar mcm ni tak berminat la nak bermeriah sangat, mungkin cari baju melayu jer nanti... Tak seperti dulu, awal ramadhan dah mula membeli-belah.. walaupun persiapan sudah nyata dipertengahan ramadhan, tapi diakhir ramadhan still ada rasa yang tak cukup.. mula la membeli apa yang tak patut...
Setiap malam terdengar dentuman mercun di luar rumah aku, walaupun sudah diharamkan.... masih lagi ada yang bermain.... maklum dengan bahaya dan pembaziran tapi keseronokan bermain mmg tak disangkal lagi... Aku tak nafikan, aku memang suka main mercun.... aku suka dengan bunyi dentuman.. Masa zaman kekanak dulu, aku tak pernah ketinggalan untuk bermain mercun... duit sekolah yang dikumpul pada awal ramadhan sering menjadi sumber kewangan aku. Sebut saja mercun lada, mercun papan, roket, telur naga, ketupat dan macam-macam lagi lah.... Nak dasyat lagi.. meriam... aku masih igt lagi mcm mana nak mengendalikan meriam dengan baik... satu kampung bleh dengar dentuman.. Masa bermain, lepas solat tarawikh.... dah ada geng yang menunggu... tepi lombong mencacak kayu untuk meletak meriam... kedebooommmmm.. bergegar tanah... berdengung telinga...
Tapi sekarang ni, semua lebih terkawal.... aku masih tak ketinggalan utk membeli mercun(dari sumber yg dirahsiakan.. hehehe)... namun cuma mercun roket sajer.... dah tak minat main mercun lain... tahun ni masih mencari-cari penjual...(ada nak rekemen).. Memang aku rasa tak meriah la kalau tak dengar bunyi mercun..
p/s: jom kita meriahkan klcc pada 4 atau 5 oktober (date belum confirm) nanti.
Thursday, September 20, 2007
Errmm...
Tuesday, September 18, 2007
Salam ramadhan
Bulan ramadhan, bulan yang mulia... bulan yang memberi ketenangan, bulan memberi seribu makna.... bulan yang juga menurun kan segala jenis ujian, baik dari segi fizikal, mental dan juga emosi... Aku tak terkecuali... aku dapat rasanya bahawa bulan ramadhan kali ni amat-amat menguji tahap kesabaran aku.. setakat mana aku boleh pegi... aku tau.. mesti ada cahaya di hujung jalan2 kegelapan ini (cheewwwaahhh)... namun untuk sampai... terasa amat jauh sekali... aku tahu aku perlukan bantuan.. aku tahu aku perlukan torsh light utk terangi jalan2 ku ini.. tapi mana kan ku cari torsh light itew? dapat lampu pelita pun jadi laaaaa.... huhuhuhu
Bercakap pasal bulan ramadhan ni.... bender yang mungkin jadi kegemaran kita semua ialah... pasar ramadhan.... dengan pelbagai juadah.. pelbagai kaler... pelbagai rasa, memang tak dapat dinafikan boleh manguji tahap nafsu kiter... kalau diikutkan mmg penuh tangan kiri dan kanan.. alamatnya, time berbuka tak pernah habis... alhamdulillah, setakat ni aku belum lagi betul2 membazir... cuma semalam terlebih order ayam golek plak.. terpaksala bungkus.... sedangkan tom yam pon tak terhabis makan... so, hari ni kenala bersederhana sikit... makan berpada-pada beli dgn hati-hati....
Tadi boss bising-bising pasal filing... bising pun bising la... dah takder kerjasama dalam department... lain unit mcm lain department pulak.... hang-hang... aku-aku.. masing-masing buat hal masing-masing... takder muafakat.. takder sepakat.. jangan salahkan kalau aku mengamuk.... aku takan diam kalau semua asyik buat hal masing2...
Thursday, September 13, 2007
Poserr
Ramadhan tiba lagi, cepat betul masa berlalu.... bulan berganti bulan, tahun berganti tahun... this year merupakan ramadhan ke 30 aku... Alhamdulillah........ harap2 puasa aku tahun ni sempurna.
Seperti biasa, dalam bulan ramadhan ni kita akan diuji dengan pelbagai cara... ujian untuk diri aku, teramatlah berat... entah la.... aku pasrah dengan segala yang bakal berlaku.... aku cuma berserah pada Allah untuk menentukan segalanya... Aku tak tau nak mula di mana.. atau patutkah aku bercerita didalam ni.... tapi aku tak boleh nak pendam lagi... hati aku benar hancur.. benar2 pedih.... kenapa atas kesalahan orang lain.. aku yang menjadi mangsa... ramadhan kali ni benar2 disambut dengan kesedihan... dah la... aku tak tau nak tulis apa lagi... kepala aku benar2 buntu...
wassalam
Monday, September 03, 2007
Tepeng = Ujan
Last week balik kampung .. tepeng yang tercinta.. yeahuuu.. lama betul rasanya tak balik kampung... sungguh berbezankalau nak dibandingkan dgn kampung orang.. walaupun kampungku tiada ada apa dimata, namun dihati ada segala-galanya... Bertolak dari pudu jam 4.00 petang dan tiba di stesen bas kamunting jam 8.00 malam. Nasib baik jalan tak berapa sesak. Turun2 dari bas, ternampak kelibat famili2 ku yang sedia menjemput... mak ai, ramainya.. siap pak andak pun ada jugak, terasa betul2 macam dijemput di lapangan terbang.. ala2 org balik haji gitu.. huhuhuhu... Rupa-rupanya Pak andak secara kebetulan membawa famili ke taiping untuk bersiar-siar.
Bawak famili semua dinner, then baru la balik.. Ada rennovation pulak kat umah aku, semuanya tunggang-langgang.. mcm kapal pecah... apa2 pun tido la dulu.
Keesokan harinya.... hari untuk aku bertolak kembali ke kl.. sungguh berat kaki melangkah.. hujan yang lebat dari semalam, mula reda... bagai memberi jalan untuk aku pulang.. perjalanan pulang ke kl sungguh memenatkan, sbb jalan sesak tak hengat... dari 1.30 sampai la hampir 8.00 malam, baru la tiba di kl.. dalam keletihan terus pulang kerumah....
Thursday, August 30, 2007
Anak Haram!!!!!!
Pada sesiapa yang lemah semangat, aku mau kasi sikit warning jangan la meneruskan pembacaan entry aku kali ni, sbb ianya mengandungi unsur-unsur yang mungkin akan mengganggu emosi anda.
Pepagi ni aku nak maki orang, pasai apa aku mau maki orang? Mai kita imbas kembali apa yang berlaku ketika aku dalam perjalanan ketempat keje tadi..... Seperti biasalah, lepas bersiap untuk ketempat keje, aku pegi menjemput tunangku di vista.. lepas tu aku pun meneruskan perjalanan ke UM untuk menghantar dia... Ntah macam mana, bila aku sampai di lampu isyarat menghala ke UM dari kerinchi tu... ada sekor mangkuk ni dgn tiba belok kiri pulak, jalan tu sebenarnya untuk kehadapan saja, bukan untuk membelok sbb jalan untuk kekiri memang dah ada.... aku yang secara kebetulan berada di bahagian kiri kereta magkuk tu pun apa lagi, mula la membrek, tapi tergesel jugak di bahagian tayar depan... nasib baik tak tergolek, mangkuk tu dgn selambernyer meneruskan perjalanan dia.... Haram jadah sungguh la, pepagi lagi dah buat aku hangin.... kalau la ada batu kat tangan aku time tu... dah lama aku baling....
Kiri kanan, depan belakang terdengar laungan merdeka, negara sudah maju kononnya... tapi malu sungguh bila minda masih macam baboon.... tak tau berfikir kesan tindakan.. cuma mementingkan diri sendiri. Apakah makna ikrar "kesopanan dan kesusilan" kalau setakat dibibir saja....
p/s: don't make make angry(boleh jadi ijau woo)
Tuesday, August 28, 2007
Merdeka!!!!!
Setelah lama tak dikemaskinikan, hari ni aku nak jugak mencelah, demi mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50. Seperti biasa lah, kalau dah dekat2 nak merdeka ni, kita selalu mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum mencapai kemerdekaan, juga tidak ketinggalan kejayaan-kejayaan kita setelah merdeka. Memang tidak dinafikan, byk yg telah kita capai sepanjang 50 tahun ini, tetapi tidakkah kita sedar.... kita merdeka 50 tahun setelah kita dijajah selama 446 tahun. Selama 446 tahun kita bertukar-tukar "tuan" sebanyak 5 kali (Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Inggeris)... Kita ditipu, kita diperbodohkan kita di"anjingkan". Selama 446 tahun!!!... Kenapa kita jadi begitu? kenapa kita boleh menjadi mangsa? Mangsa penjajahan.. adakah sebab ketika itu kita terlalu mundur? Tidak sama sekali, kita bukan bangsa yg mundur. Sejarah telah mencatitkan bahawa Empayar Melayu Melaka merupakan satu kerajaan yang kaya raya, yang menjadi pertembungan pelbagai tamadun manusia. Mungkin kekayaan kita telah menjadi "becon" bagi penjajah-penjajah asing ini, tanah melayu merupakan satu kawasan yang strategik untuk meluaskan empayar. Tetapi, mengapa begitu mudah? Kita selidik balik apa yang berlaku ketika tanah melayu mula jatuh ketangan portugis dulu... ya, sebab ketika itu politik kerajaan melayu melaka dalam keadaan yang lemah. Tiada kesepakatan, penuh dengan hasat dengki antara pemerintah serta masing-masing gila kuasa. Itu merupakan titik punca kejatuhan kita... selama 446 tahun kita sengsara untuk bangun bukannya senang, untuk mengikis kesan idealisma penjajah bagi mengembalikan jati diri kita pun bukannya senang. Selama 50 tahun ini mungkin kita boleh berbangga dengan kejayaan kita dari segi ekonomi dan juga modenisasi... tapi adakah kita telah mencapai kemajuan dari segi insaniah? apakah kita lebih bagus dari segi akhlak jika dibandingkan dengan nenek moyang kita dulu? Tanya la diri kita masing-masing...
Wednesday, June 13, 2007
Share Market
Terasa bahang... walaupun hari-hari hujan sehingga menyebabkan banjir di bandaraya ini... tapi aku terasa bahang.... bahang apakah itu? Yea... aku terasa bahang kerancakan pasaran saham... jual... beli...... ahh.... berpeluh dalam kesejukan air-cond.. setelah berjaya mendaftarkan diri minggu lepas, akaun aku telah diaktifkan pada isnin ni dan secara rasminya aku boleh menjalankan urus niaga trading di bursa saham kl...
Langkah pertama yang aku buat ialah dengan membeli saham PSC Industries (PSCI) sebanyak 5 lot.. 1 unit 49 sen.. 1 lot Rm 490...... 5 lot Rm 2450... kalau ikut kan info2 yang aku perolehi, share ni ada potensi untuk naik. Then aku buat sikit research, aku ambik keputusan untuk beli share Halifax Capital (Halifax) sebanyak 10 lot... share ni murah, 1 unit 11 sen ajer... 10 lot baru 1100... tapi aku baru dapat tahu yang company ni tgh hadapi tindakan dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana tidak comply dengan salah satu syarat untuk disenaraikan di bursa. Mula-mula aku gelabah jugak la... and mula fikir nak jual share ni...tapi bila aku teruskan buat kajian... rupanya company ni baru lepas restructuring.... walaupun trading untuk company ni akan digantung pada 14/6 ni.... aku tak rasa yang company ni akan gulung tikar.... Lagipun beberapa hari ni trading share untuk company ni amat aktif... secara logiknya... kalau sesuatu company tu mengalami masaalah, trading share untuk company tu akan lembab. Tapi sebaliknya berlaku pada Halifax (being positive enuff).. Well.. we wait and see.. harap-harap ok la... kalau mencanak naik.. lega hati.. boleh la tersenyum... Namun...... Panasssss bebbbbb..... pucat jugak la beberapa hari ni....
Friday, June 08, 2007
Entah laaaaa
Ujan yang turun bagaikan mutiaraaa... wah.... ujan lagi... ari-ari ujan. I wish i'm at home sleeping.. bukan calang-calang anak punya ujan... lebat bapak wooo.... Harap-harap la ujan ni boleh berenti sebelum pukul 5... sbb aku nak balik on the dot ari ni... tapi now dah pukul 4 still lebat. Macam tipis jer harapan nak balik awal ari ni.
Setiap kali ujan ajer.. kita mesti risau pasal banjir... pasal jalan sesak... pasal kesihatan... aku tak peduli tentang dua yang terdahulu tu.. aku cuma risaukan yang terakhir tu.... Cuaca yang lembab dan sejuk ni membuatkan aku tak henti-henti batuk, memang efect peparu aku.. kalau ikutkan nasihat kawan-kawan, diorang nak aku pi x-ray... takut ada jangkitan pada peparu.. tapi aku malas la nak buat appointment... at least kena dapatkan surat dari doktor panel plak... baik aku tunggu dan lihat dulu.... skarang ni still boleh handle...
Pagi tadi aku escape jap pi RHB Investment, register untuk buat trading... lepas sonok dapat cikit untung masa guna account emli ari tu... rasanya lebih senang kalau aku ada account sendiri. Emli pun setuju untuk bawa aku berjumpa dengan kawan dia yang merupakan seorang remiser. Sekarang ni tak leh trading lagi, sbb permohonan sedang diproses, harap next week boleh la... ada beberapa stock yang aku tgh dok usha skarang ni... kalau dapat buat untung mcm beberapa hari lepas, best jugak... InsyaAllah, kalau ada rezeki.
Thursday, June 07, 2007
Apa apa jer la
Hai hai hai!!! lama betul aku tak merapu dalam ni, ari ni aku nak start merapu balik lah (kalau still ada mood la). So, mana nak mula ek? Ermm.... maybe dengan meng'update' tentang apa yang berlaku dalam idup aku selama sebulan yang lepas. Okay, seperti mana yang sesetengah dari korang tahu, 14/5 yang lepas, genap la umur aku 30 tahun... waaa.. muda lagi haku rupanya.. hak hak hak!!!.... Well, for men, life start at 30... betul ke? Maybe le kot, aku dapat merasakan seperti aku baru hendak memulakan idup baru.... mempunyai keazaman yang baru.... huhuhuhu... poyo jer kan? apa apa jer laaaaaaaaa.
Another update, ermmmm... pada 20/5 lepas, aku n liza telah selamat bertunang, aminnnnnnnn..... doa-doakanla kami kekal keakhir hayat ek.... Tq.. huhuhu... Majlis perkahwinan? ermm.... kalau ikut plan, dalam bulan 12 tahun ni... Tapi kami hanya merancang, Allah yang tentukan, ye tak? skali lagi, doa-doakan la kami ek....
Ada lagi update ni, ermm... aku berjaya mendapatkan schorlarship BNM, yeahuuuuuuu...... kalau aku berjaya mendapatkan tempat kat Univ. plak, alamatnya aku akan kembali menjadi student sepenuh masa.... waaa... macam best kan? Memang best pon, mana ada organisasi yang sanggup sponsor staff dia study, dgn yuran ditanggung sepenuhnya, elaun yang bermcm-mcm jenis, dah tu gaji full lak. Enjoy life la beb....... Fokus.. fokusssssss!!!!..huhuhuhuhu
Kebelakangan ni aku memang-memang ya amaaatttt busy, al maklumla, salah sorang staff kat sini tgh cuti bersalin, ada keje dia yang aku kena take over.... jadi secara automatiknya, tahap kebizian aku meningkat secara eksponen .... takpo lah, lebih baik busy dari takder keje, at least aku tau nilai aku disini.... Ermm... wokay lah, len kali plak aku membebel, keje dah bertimbun atas meja ni, dah takda rupa meja pon tempat aku nih....
p/s: misteri cinta