Assalamualaikum,
Yes!!.. it's a virus and yes it's a magic... Memang yang mengalami saja yang tau apa maksud aku... to all my fellow coaches, all of you are great!! Tekad Penang telah pun melabuhkan tirainya semalam, walaupun terasa penat tapi kepuasan adalah segala-galanya...
Perjalanan kami bermula dari Terminal Putra Gombak pada jam 7.30 mlm.... sepanjang perjalanan tu aku lebih banyak mendiamkan diri sebab aku tak berapa kenal lagi rakan2 coaches yang turut sama menaiki bas yang sama pada malam tu... cuba kekadang tu ader gak la aku enterframe utk menjawab teka-teki yang dimainkan sepanjang perjalanan... Setibanya di USM Pulau Pinang jam 2.00 pagi, kami disambut oleh Core team Penang yang terlebih dahulu berada di sana untuk membuat persiapan terakhir.... Sampai2 jer ambik kunci bilik then makan... aku dilantik sebagai Coach Cluster plak... maknanya aku perlu menjaga 5 orang Champion(student), serupa warden la..Lepas makan, ader sket taklimat then kami metuju kearah bilik memasing, sib baik room mate aku Mad(pronounce as mat), aku dah kenal dia ni masa T4C yang lepas... so, tak la janggal sangat. Malam tu aku tak boleh nak tidur sbb bantal yang diberi tu keras sgt... sakit tengkuk aku.... aku rasa dalam pukul 4 lebih baru aku terlena.... Dekat pukul 7.00 dah jaga.... pukul 7.30 b/fast and then briefing sket.... pukul 8.00 lebih student2 serta guru pengiring diorang dah mula sampai..... tugas aku menyambut student yang bakal menginap di cluster aku nanti. Selesai saja sesi pendaftaran, Coach2 cluster ditugaskan membawa semua Champion didalam cluster diorang ke bilik memasing then turun kebawah untuk program perasmian.
Dimulakan dengan Coaches Walk, dimana semua coaches yang terlibat berarak ke depan pentas berhadapan dengan Champion..... Coach Caaint and Coach Aizan memberi sikit taklimat dan program secara rasminya dimulakan dengan nyanyian lagu Tekad by Hazami, Negaraku, Jalur Gemilang. Then champion memulakan Modul Tekad dipahat diikuti dengan modul langkah pertama. Ramai gak yang mintak signature aku dalam modul langkah pertama ni... Selepas tea break, champion2 diletakkan didalam Squad memasing. Aku squad 1 bersama-sama Coach Lang from petronas and Coach Fiza from MMU. Champion2 kami ialah Muhd farahein(Pa'int), Nor Ain(Ain), Hasliza(Liza), Nurul Juliana(jue), Manisah(nisa) and Nur Hazwani(wani). Kami memulakan sesi ice breaking dalam group, menamakan ketua squad, memberi nama kepada squad, melukis bendera squad dan mencipta sorakan squad. Nama kami, Perla bermaksud Mutiara yang diberi oleh Liza( u all are my pearls, my champs). Then liza membentangkan nama squad kami, kenapa memilih nama tu( u are a natural leader) and finally sqaud cheers by everybody in the squad( coaches pon kena jugak). Lepas lunch kami buat financial modul and then modul Masa Depan ku, bagi aku ni lah modul yang betul2 memberi makna sekali. Setiap champion kena nyatakan cita-cita memasing, tugas kami sebagai coaches, kena membimbing diorang serta memberi galakan untuk mencapai cita-cita tersebut. Luckily banyak gak yang aku kerjaya-kerjaya yang ada serta universities subject, jadi boleh la gak aku cerita sket sebanyak.. Paling menyentuh hati kami sebagai coaches bila Liza berkata yang dia berasa lebih yakin untuk mencapai cita-citanya... dan semua champs yang lain berasa amat bersemangat... mula lah kami dihujani dengan pelbagai soalan(Pa'aint nak jadi sorang ahli geofizik, Liza- guru, Wani-bos, ain-arkitek, Jue-doktor and nisa-peguam syariah). Bagi aku semua champ kami ni tau matlamat memasing, cuma kurang berkeyakinan, i'm realy proud of them.
Malam pulak, kami buat sesi dari hati ke hati, sesi dimulakan dengan cerita caaint tentang ibu beliau yang bertungkus-lumus, yang berTEKAD untuk berjaya.... It's a very inspiring story caaint, thanks for sharing it with us..... Then kami masuk squad memasing dan memulakan cerita kehidupan kami.... Coach Lang menceritakan tentang famili dia yang susah, tentang macam mana dia strugle masa study di Texas dulu dan bagaimana dia telah menjadi seorang yang berjaya di Petronas sekarang ni. Coach Fiza tentang bagaimana dia cuba mengatasi kesedihan akibat kehilangan bapa semasa hendak menduduki exam, aku plak tentang problm masa study kat U.M dulu.... then champs plak yang bercerita..... and guess what, rupanya coaches yang lagi banyak problem, because they are still young and their journey still at the begining..... kami menceritakan tentang pengalaman kami supaya Champion2 kami dapat mengambil pengajaran dari apa yang telah kami lalui dan supaya jangan mengulangi segala kesilapan2 kami. Dari kesemua champion kami tu, cuma Jue yang menitiskan air mata bila menceritakan pengalaman beliau. Kami bertuah sebab kesemua champion kami mempunyai keazaman yang kuat serta tidak mengalami masaalah keluarga.
Keesokan harinya, kami memulakan pagi dengan Bangra dance(coach raj yang ajar) then para2 dance finally pocho2. Best siot, memang enjoy sangat. skarang ni aaku dah boleh buat pocho2 tapi kaku sket arr.. Para2 ngan Bangra jangan harap la.... Habis breakfast, bermulalah Tekad race... antara game yang perlu dibuat masa Tekad race ni ialah Sambutlah Harapanku, Tekad Ball, Tekad Comm and Tekad Tower. Time ni dah nampak yang squad kami dah mula rapat... team work dah mula improve. Nasihat aku kepada Pa'ant yang merupakan satu-satunya lelaki dalam squad kami ni supaya berani bersuara kalau ada idea2 yang bernas... sbb aku tgk dia lebih banyak mendiamkan diri. Alhamdulillah, dia nampak lebih aktif lepas tu... lebih banyak terlibat dalam group discussion (really proud of you paa'int). Habis Tekad race, kami berkumpul dan debriefing of tekad race.
Finally Warkah Tekad, then closing ceremony. Time closing ceremony ni aku dah nampak wajah2 sedih champion yang ada... sepatutnya diorang happy sebab sengsara diorang dah habis. Bila sampai time bersalaman, ader yang dah nangis ..... memang penuh dengan emosi le time tu.... Then kami makan besama dalam satu squad buat kali terakhirnya..... bertukar-tukar contact number and addresses. Bila kesemua champion dah balik, tinggal la kami para coaches..... apa lagi... sesi bergambar le.... macam2 pose ada.... Pukul 8.30, kami bertolak dari USM Penang dan sampai kat Kl Central pukul 3 pagi. Time dalam bas tu, memang meriah, walaupun letih nak mampos dengan tak cukup tidur lagi..... tapi kesemuanya nampak puas..... at least for the first hour.... then semuanya kaput..... sedar2 dah sampai central. Sebelum menaiki bas, aku ada terima satu msg berbunyi " Akum Coach Sham, ni Wani champion squad 1, nak ucap trima kasih atas nasihat yg diberikan, Wani janji akan berusaha untuk menjadi seorang Bos suatu hari nanti". U all know what it feels to got a msg like that. Terasa segala penat.... ngantuk tu hilang secara tiba-tiba.
Kalau ada yang tanya, "hang nak join lagi ka Tekad" .....Sudah Semestinya!!!!!!! The Virus Will Spread, The Magic Will Never End.... Tekad Dipahat, Wawasan Dijulang, Kejayaan Digenggam.
P/s: Everybody Is A Doctor To Somebody
Core Team, Coaches and Helpers(aksi tunjuk langit)
More Pictures Coming( Tekadmon cuti plak)