Thursday, September 28, 2006

Sahmuri Oh Sahmuri!!!

Assalamualaikum,

Letihnya, semalam n hari ni aku betul-betul letih.... badan aku lesu sangat, tanda-tanda dehydration.. Aku ni plak jenis yang kurang minum air... Time sahur segelas, berbuka pon segelas.... Nampaknya aku perlu minum lebih air lepas ni.....Ermm.... nanti lah... Tadi adik ku ajak aku berbuka kat Satey Haji Sahmuri, kajang... Aku pon ok jer lah. sbb lama plak rasa tak makan satey kajang... Kluar opis pukul 5.00, trus balik bersiap utk tunggu adik aku datang ambik.... pukul 6 dia sampai and gerak trus ke kajang... Seperti biasa lah, time2 macam ni, sure jalan jammed nak mampos... tambah bulan puasa plak.. semua tergesa-gesa bergegas pulang.... Luckily, kami sampai kat Kajang jam 6.50, so sempat la untuk membuat pesanan dan berbuka sbb service kat situ memang cepat....

Malang sekali bila dapat jer satey yang kami order (15 daging + 15 Ayam)... memang sungguh mengecewakan... Kecik nak mampos.... compare dengan sebelum ni, memang jauh berbeza.. sbb harga ayam n daging naik ka? Entah ler.. yang pasti memang tak puas la.... kalau sebelum ni 10 cucuk pon dah rasa mengah nak habis kan... ni 15 cucuk sorang pon tak puas. ditambah pulak kuahnya yang masin....Maybe lain kali aku tak pegi dah... aku rasa satey yang dijual kan Pantai Dalam ni pon lebih bagus... Memang satu kekecewaan bagi seorang penggemar satey seperti aku n adik aku ni....

p/s: ayooooo... puasa-puasa ni la keje makin banyak plak

Kejap jer abis ni

Jangan terpedaya... halus jer nii- ilusi optik

Saturday, September 23, 2006

Gath vs Gath

Assalamualaikum,

Gath vs Gath? Aper kejadah tu? Sebenarnya semalam dan hari ni aku telah menghadiri 2 sesi gathering.... The first one dengan geng-geng Tekad and then tadi dengan bloggers... Sesi bersama Geng Tekad semalam telah berlangsung pada jam 9.30mlm di Cosmic Bowl Midvalley. Pada sesi ni, dengan secara tak rasminya aku n Yap telah dilantik sebagai organizer....
Sebenarnya tak plan pun nak buat gath ni, aku n Yap just discuss nak pi karaoke... tetiba plak timbul pasal gath.. discuss.. punya discuss, kami buat keputusan utk membuat sesi bowling(coaches bowling), ni sebenarnya idea yap. Kami discuss ni ari khamis malam and nak buat sesi bowling ni on friday... Masa dah suntuk, mula2 blur gak, tak tau macam mana nak invite coaches yang lain... sib baik Naz bagi idea utk email ke Tekad Penang Yahoogroup.... but the problem is, tak ramai yang buka email yahoo... the other method is by 'sms'ing kawan yang lain... Alhamdulillah, ramai jugak yang datang malam semalam... Sapa yang dtg ek semalam... jap nak buat list.... Aku n Ajai(housemate), Yap, Fiza, Naz(with 3 friends), Eyeda, Caaint, Raj, Jemy(with a friend), Zuel, Shikin, Arman and K-E... Sebenarnya tak sangka seramai ni.... Aku cuma frust sebab kami cuma dapat 3 lane.. so, nak tunggu giliran utk mem'bowling' tu lambat la..... Boleh kata sampai hilang la moementum perlawanan(sebenarnya nak cari alasan kenapa aku dapat tempat tercorot semalam).... But it was extremely fun.... Tekad Geng(gambar dikidnap dari blog naz)

Lepas bowling, kami menuju ke bangsar utk menjamu selera. Seperti biasa, bangsar memang pack la time-time macam tu... Especially on friday night..
.. Nasib baik la aku ngan ajai naik moto... tak seksa nak cari parking.... Kami lepak kat Nasi Kandar Pelita, borak punya borak... tetiba si Yap mula la mengeluarkan beberapa teka-teki yang teramatlah mencabar minda...... Antara teka-teki:

1) Tok Kuda Laut orang panggil apa?

2)Kalau ada tikus lalu bawah karpet, kita nampak kan? nampaklah macam gelembung bergerak bawah karpet tu. Then kalau tikus tu naik basikal, lalu bawah karpet, still boleh nampak kan?
Tau kan tikus tu ada bawah karpet kan?Nampak la juga gerak2 kan?Kalau macam tu, macam mana kita nak tau ada tikus tak dalam fridge tanpa membuka fridge tu?

3)kecik2.. hitam2.. ejut2... apakah bender tu?

Ha.. kalo korang tau jawab la..... Kremp gak la kpala dok pikiaq... sib baik la jawapan diberi pada malam tu gak... kalo tak memang aku bakar kreter Yap tu.. hahahahaha..... Memang best arr... lenguh mulut aku sbb ketawa... Nampaknya Ajai pun enjoy walaupun first time join aku.... dekat pukul 2 pagi baru kami beransur pulang... sib baik la rumah aku dekat.... kalo tak, jenuh gak la.. mata dah la ngantuk... Can't wait for the next gath.... Nak baca Naz punya report on the gath.. baca la blog dia.

Gathering kedua pulak si Masy yang organize... venue, Taman Tasik Shah Alam....Antara yang hadir, Aku, Masy(with 2 friends), Anne, Acai, ND, Kurzz and Ema(with a friend). Gath kali ni srupa picnic and pot luck.... Sambil-sambil makan si ND dok snap-snap gambar.. kalo korang nak tau, si Nd ni professional photographer.. Kalo korang nak tgk hasil2 kerja dia... clik di sini. Actually ni merupakan kali petama aku bertemu diorang.. kecuali Anne n Masy la, so, macam segan sket la nak memeriahkan keadaan...... Dalam pukul 5.... kami pun berangkat pulang...... ikut hati mcm nak berkayak kat tasik Shah Alam tu.. tapi semuanya dah nak balik... malas la aku nak berkayak sesorang..... Lagi pun, hari macam nak ujan.. Again.. it was fun.....One for The Album(From Nd's Fotopages)
Ni Nd yang ambik jugak(Bila masa la hang ambik gambar ni Nd uit)
Apo ko buat tu Masy?

Anne tgh makan

Ema n Anne

P/S: More pictures will be upload by ND, kalo sesiapa yang nak tgk gelagat masy makan buah magga sampai nari2 sila la clik sini

Monday, September 18, 2006

You're My Everything

Assalamualaikum,

Hai, check out this song by Santa Esmerald..... i dah upload to my Podcast.
No! I'm not in love....

You're my everything
The sun that shines above you
Makes the bluebirds sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep within, I'm in love
You're my everything
And nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to me
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
For my everything
I live up on the land and see the sky above
I swim within her ocean sweet and warm
There's no storm, my love
You're my everything no nothing really matters
But the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes,
You're my everything
Forever and a day I'm need you close to near
You're my everything
You never have to worry, never fear, for I am near
When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you save and warm
Yet so strong, my love
When I kiss you lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within
I'm in love

Wednesday, September 13, 2006

Tekad Video

Assalamualaikum,

Beberapa video Tekad yang diambil semasa Tekad Penang:-

Platoon War- video ni diambil semasa platoon war, pada hari kedua. You can see that during that war, coaches plak yang terlebih over. But it was fun.... extremely fun.

Coaches Dance- ni masa penghujung program, champion semua dah balik, tinggal kami the coaches yang bersuka-ria.. nari para2, well most of it para2 ...

Senaman pagi- video diambil pada pagi ahad, iaitu hari kedua program Tekad Penang... sebenarnya time ni kami tgh buat senamrobik...

Nota: Video-video ini dicilok dari Tekadmon... minta ijin ye buk.. ahaksss


p/s: please la jangan cari aku dalam video-video ni..... aku takut korang semua kena penyakit ketawa terguling-guling

Uncle

Assalamualaikum,

Just to make an announcement, Adik ipar aku telah selamat melahir seorang bayi perempuan pada jam 10 pagi semalam, di Pusat Perubatan Islam, Titiwangsa. Darn!!!! Suddenly i'm feeling old. She was admitted to the hospital on monday morning and delivered tru ceacerean after 24 hours in pain.... Yang paling klakar, bila doktor tanya adik aku nak tunggu vaginal birth(which is the normal way) or buat ceacerean trus ke...... adik aku trus jawab, potong aja... hahahaha...... actually doktor pun dah bagi nasihat utk buat ceacerean sbb takut anak lemas dalam kandungan. But all are well, alhamdulillah... 2-2nya pun sihat.... and finally, i'm a Paklong.... Warghh!!!!!!!!


Nur Afifah bt Norazlan (Fifi)<---- Siap dah ader nick name tu

Fifi tgh tidur

Mengintai disebalik tabir

p/s: pictures taken with my new N70... ahakssss

Sunday, September 10, 2006

N 70


Aku yang dah hilang akal

Tekad Penang Pictures






















Click to Enlarge

More pictures at Tekad fotopages and Icelayne


Monday, September 04, 2006

TEKAD Magic

Assalamualaikum,

Yes!!.. it's a virus and yes it's a magic... Memang yang mengalami saja yang tau apa maksud aku... to all my fellow coaches, all of you are great!! Tekad Penang telah pun melabuhkan tirainya semalam, walaupun terasa penat tapi kepuasan adalah segala-galanya...

Perjalanan kami bermula dari Terminal Putra Gombak pada jam 7.30 mlm.... sepanjang perjalanan tu aku lebih banyak mendiamkan diri sebab aku tak berapa kenal lagi rakan2
coaches yang turut sama menaiki bas yang sama pada malam tu... cuba kekadang tu ader gak la aku enterframe utk menjawab teka-teki yang dimainkan sepanjang perjalanan... Setibanya di USM Pulau Pinang jam 2.00 pagi, kami disambut oleh Core team Penang yang terlebih dahulu berada di sana untuk membuat persiapan terakhir.... Sampai2 jer ambik kunci bilik then makan... aku dilantik sebagai Coach Cluster plak... maknanya aku perlu menjaga 5 orang Champion(student), serupa warden la..Lepas makan, ader sket taklimat then kami metuju kearah bilik memasing, sib baik room mate aku Mad(pronounce as mat), aku dah kenal dia ni masa T4C yang lepas... so, tak la janggal sangat. Malam tu aku tak boleh nak tidur sbb bantal yang diberi tu keras sgt... sakit tengkuk aku.... aku rasa dalam pukul 4 lebih baru aku terlena.... Dekat pukul 7.00 dah jaga.... pukul 7.30 b/fast and then briefing sket.... pukul 8.00 lebih student2 serta guru pengiring diorang dah mula sampai..... tugas aku menyambut student yang bakal menginap di cluster aku nanti. Selesai saja sesi pendaftaran, Coach2 cluster ditugaskan membawa semua Champion didalam cluster diorang ke bilik memasing then turun kebawah untuk program perasmian.

Dimulakan dengan Coaches Walk, dimana semua coaches yang terlibat berarak ke depan pentas berhadapan dengan Champion..... Coach Caaint and Coach Aizan memberi sikit taklimat dan program secara rasminya dimulakan dengan nyanyian lagu Tekad by Hazami, Negaraku, Jalur Gemilang. Then champion memulakan Modul Tekad dipahat diikuti dengan modul langkah pertama. Ramai gak yang mintak signature aku dalam modul langkah pertama ni... Selepas tea break, champion2 diletakkan didalam Squad memasing. Aku squad 1 bersama-sama Coach Lang from petronas and Coach Fiza from MMU. Champion2 kami ialah Muhd farahein(Pa'int), Nor Ain(Ain), Hasliza(Liza), Nurul Juliana(jue), Manisah(nisa) and Nur Hazwani(wani). Kami
memulakan sesi ice breaking dalam group, menamakan ketua squad, memberi nama kepada squad, melukis bendera squad dan mencipta sorakan squad. Nama kami, Perla bermaksud Mutiara yang diberi oleh Liza( u all are my pearls, my champs). Then liza membentangkan nama squad kami, kenapa memilih nama tu( u are a natural leader) and finally sqaud cheers by everybody in the squad( coaches pon kena jugak). Lepas lunch kami buat financial modul and then modul Masa Depan ku, bagi aku ni lah modul yang betul2 memberi makna sekali. Setiap champion kena nyatakan cita-cita memasing, tugas kami sebagai coaches, kena membimbing diorang serta memberi galakan untuk mencapai cita-cita tersebut. Luckily banyak gak yang aku kerjaya-kerjaya yang ada serta universities subject, jadi boleh la gak aku cerita sket sebanyak.. Paling menyentuh hati kami sebagai coaches bila Liza berkata yang dia berasa lebih yakin untuk mencapai cita-citanya... dan semua champs yang lain berasa amat bersemangat... mula lah kami dihujani dengan pelbagai soalan(Pa'aint nak jadi sorang ahli geofizik, Liza- guru, Wani-bos, ain-arkitek, Jue-doktor and nisa-peguam syariah). Bagi aku semua champ kami ni tau matlamat memasing, cuma kurang berkeyakinan, i'm realy proud of them.

Malam pulak, kami buat sesi dari hati ke hati, sesi dimulakan dengan cerita caaint tentang ibu beliau yang bertungkus-lumus, yang berTEKAD untuk berjaya.... It's a very inspiring story caaint, thanks for sharing it with us..... Then kami masuk squad memasing dan memulakan cerita kehidupan kami.... Coach Lang menceritakan tentang famili dia yang susah, tentang macam mana dia strugle masa study di Texas dulu dan bagaimana dia telah menjadi seorang yang berjaya di Petronas sekarang ni. Coach Fiza tentang bagaimana dia cuba mengatasi kesedihan akibat kehilangan bapa semasa hendak menduduki exam, aku plak tentang problm masa study kat U.M dulu.... then champs plak yang bercerita..... and guess what, rupanya coaches yang lagi banyak problem, because they are still young and their journey still at the begining..... kami menceritakan tentang pengalaman kami supaya Champion2 kami dapat mengambil pengajaran dari apa yang telah kami lalui dan supaya jangan mengulangi segala kesilapan2 kami. Dari kesemua champion kami tu, cuma Jue yang menitiskan air mata bila menceritakan pengalaman beliau. Kami bertuah sebab kesemua champion kami mempunyai keazaman yang kuat serta tidak mengalami masaalah keluarga.
Keesokan harinya, kami memulakan pagi dengan Bangra dance(coach raj yang ajar) then para2 dance finally pocho2. Best siot, memang enjoy sangat. skarang ni aaku dah boleh buat pocho2 tapi kaku sket arr.. Para2 ngan Bangra jangan harap la.... Habis breakfast, bermulalah Tekad race... antara game yang perlu dibuat masa Tekad race ni ialah Sambutlah Harapanku, Tekad Ball, Tekad Comm and Tekad Tower. Time ni dah nampak yang squad kami dah mula rapat... team work dah mula improve. Nasihat aku kepada Pa'ant yang merupakan satu-satunya lelaki dalam squad kami ni supaya berani bersuara kalau ada idea2 yang bernas... sbb aku tgk dia lebih banyak mendiamkan diri. Alhamdulillah, dia nampak lebih aktif lepas tu... lebih banyak terlibat dalam group discussion (really proud of you paa'int). Habis Tekad race, kami berkumpul dan debriefing of tekad race.

Finally Warkah Tekad, then closing ceremony. Time closing ceremony ni aku dah nampak wajah2 sedih champion yang ada... sepatutnya diorang happy sebab sengsara diorang dah habis. Bila sampai time bersalaman, ader yang dah nangis ..... memang penuh dengan emosi le time tu.... Then kami makan besama dalam satu squad buat kali terakhirnya..... bertukar-tukar contact number and addresses. Bila kesemua champion dah balik, tinggal la kami para coaches..... apa lagi... sesi bergambar le.... macam2 pose ada.... Pukul 8.30, kami bertolak dari USM Penang dan sampai kat Kl Central pukul 3 pagi. Time dalam bas tu, memang meriah, walaupun letih nak mampos dengan tak cukup tidur lagi..... tapi kesemuanya nampak puas..... at least for the first hour.... then semuanya kaput..... sedar2 dah sampai central. Sebelum menaiki bas, aku ada terima satu msg berbunyi " Akum Coach Sham, ni Wani champion squad 1, nak ucap trima kasih atas nasihat yg diberikan, Wani janji akan berusaha untuk menjadi seorang Bos suatu hari nanti". U all know what it feels to got a msg like that. Terasa segala penat.... ngantuk tu hilang secara tiba-tiba.
Kalau ada yang tanya, "hang nak join lagi ka Tekad" .....Sudah Semestinya!!!!!!! The Virus Will Spread, The Magic Will Never End.... Tekad Dipahat, Wawasan Dijulang, Kejayaan Digenggam.

P/s: Everybody Is A Doctor To Somebody
Core Team, Coaches and Helpers(aksi tunjuk langit)

More Pictures Coming( Tekadmon cuti plak)