Wednesday, June 24, 2009

Assignment!!!!!

Salam,

Tgh nak siapkan assignment Business Law, kepala tengah berpusing ligat, macam gasing cendawan. Susah jugak kan nak jadi lawyer, satu isu yang kecil boleh jadi besar kalau kita tengok dari pelbagai aspek. Lepas tu kena pandai "menggoreng" hujah yang disokong oleh fakta dan judicidal presedent. Sebab tu la aku lebih suka subjek mengira.....

Sunday, June 21, 2009

Alpha Ikut Makan Durian

Salam,

Lamanya tak update blog ni. Jangan kata sawang, dah berpenunggu dah pun. Sebenarnya aku benar2 takder idea nak menaip.... selama masa yang ada pun, aku habiskan untuk assignment, tv n bercengkerama..... bukak jer laptop, trus ilang idea. Semalam aku ikut wife and kaum kerabat dari opis dia ke Tabung Haji, Kelana Jaya, ader kenduri... lama plak tak makan kenduri... Aku usung skali la Alpha aku, kunun-kunun nak snap gambau pengantin laaaaa..... Skali kami duduk jauh sgt dari pelamin..... Nak ke depan, segan ahhhhh.... ambik gambau sendiri-sendiri je laaa....

Sebahagian dari rombongan

Lepas abis makan kenduri, gerak balik..... tetapi, singgah plak ke SS2. Apa ada di SS2? Ini dia....

Raja segala buah


Di SS2 ni boleh makan sampai pecah perut dengan bayaran hanya Rm15 sekepala, buah dia sedap beb, semua berkuali. Macam-macam gred ada, D24, D101, udang merah... semua ada laaaa. Aku punya feveret, udang merah..... Perghhhhh!!!!!!! ..... apa yang buat aku sikit kesal, sbb makan kat kenduri tadi banyak sgt, tak boleh la makan durian banyak-banyak.

Air kelapa untuk sejukkan perut

Balik dari SS2 singgah jap kat taman tasik yang kecik dekat area rumah aku, saja nak test-test ambil gambau, kalau tak test, nanti under utilised plak kamera aku ni. Boleh la main dengan setting2 yang ada..... Seperti biasa, model rasmi aku ari tu.......

Wife aku ler (sbb tak payah bayar :) )

Sempat la shoot beberapa keping and try beberapa setting. Sebenarnya aku memang tak puas hati dengan gambar-gambar yang aku ambik, banyak lagi yang aku kena explore, kena cari sifu-sifu yang pakar untuk perbaiki skill kampung aku ni.

Silau le plak

Igt nak pegunkan, tapi tak best la plak

Bila muka wife aku dah jadi mcm ni.......

Signal aku untuk balik

Semua gambar ni aku edit guna PhotoshopLightroom, nak edit guna CS3, tak boleh pakai plak. Sebarang komen untuk aku perbaiki teknik-teknik photography adalah dialu-alukan :)