Monday, April 23, 2007
Not In Office
Start petang ni, sampai la 26/4/2007(orang semua cuti, aku kena keje)... aku tak masuk office, tapi kena standby di renaissance hotel kl sebagai secretariate untuk FSI-SEANZA International Forum...
p/s: Hermmmmmmm
Thursday, April 19, 2007
RedBox
Setelah sekian lama, rasanya lebih dari dua bulan, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ku ke redbox semula (karaoke la beb!!) pada malam selasa yang lepas. Kiranya sesi melepas gian la time tu. Mulanya aku malas jugak, sbb tekak aku bukannya elok lagi, dengan batuk yang tak betul-betul sembuh lagi. Tapi kesian pulak tgk si mukh tu, maklum le tgh pressure giler. So, dia perlu untuk rilek jap.
Seperti biasa, kami ambik pakej buffet n karaoke selama 3 jam. Harga cuma Rm28++, kira berbaloi la... boleh nyanyi sampai hancus... memang hancus pun... akibat batuk aku, serta tekak aku yang tak elok lagi ni, lepas 2 lagu suara aku dah pecah.... lagu tinggi2 dah tak boleh bawak... Arghhhh... tensen, so, aku balas dendam dengan makanan ler... makan sampai senak perut.... Tapi aku teruskan jugak nyanyi... lama kelamaan suara aku elok la sket. Cukup la sekadar nak lepaskan geram...
Pada sesi kali tu, mukh memperkenalkan aku pada satu lagu yang amat-amat menarik. Aku pernah dengar lagu tu, cuma aku tak tau sapa penyanyi n tajuk.
Misteri Cinta
Kau bertanya padaku
Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada di sini
Bagaimana harus kuhulurkan
Dengan kata misteri cinta
Kerna tuhan saja
Yang tahu jawabannya
1
Andainya aku mampu gambarkan pada mu
Andainya aku mampu bercerita
Akan kulukis sebuah lukisan
Dan aku tulis novel cinta kau dan aku
Kau bisikkan padaku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Kufahami cinta suciku
p/s: Andainya aku mampu gambarkan padamu
Tuesday, April 17, 2007
Akhirnya
Lamanya aku tak update blog, ramai yang dah komplen.. sebenarnya bukan sengaja aku membiarkan blog ni tak berupdate, tapi masa serta idea yang amat-amat terhad telah membuatkan aku jadi malas..... kekadang tu aku dah taip beberapa baris perkataan, tapi akhirnya aku tutup semula.... idea tiba-tiba lesap bila boss panggil or bila sesuatu yang meruntum jiwa berlaku... Ha, nampak tu.. kan idea aku dah tiba-tiba hilang, kali ni bila perut aku berbunyi... Kebelakangan ni, aku jadi lebih sensitif pada sekitaran.... sebarang perkara yang berlaku, mahu pun perkara yang kecil sudah boleh ganggu tumpuan aku.... aku hilang tumpuan.. aku hilang arah(melampau le ni).... Fokus.. fokus.... mungkin aku perlu lebih fokus pada sesuatu yang aku lakukan dan cuba untuk buat sesuatu secara berperingkat daripada menyelesaikan beberapa perkara dengan serentak.
Diriku ini sayang
Bukan pula sekedar pelepas
Rindumu oh sayang
Sakit hatiku
Kau buat begini
Kau datang dan pergi
Sesuka hatimu
Oh... kejamnya dikau
Teganya dikau padaku
Kau pergi dan datang
Sesuka hatimu
Oh... sakitnya hati
Bencinya hati padamu
Sakitnya hati ini
Namun aku rindu
Bencinya hati ini
Tapi aku rindu
p/s: Antara rindu dan .............
Tuesday, April 03, 2007
On Pain
your understanding.
Even as the stone of the fruit must break, that its
heart may stand in the sun, so must you know pain.
And could you keep your heart in wonder at the
daily miracles of your life, your pain would not seem
less wondrous than your joy;
And you would accept the seasons of your heart,
even as you have always accepted the seasons that
pass over your fields.
And you would watch with serenity through the
winters of your grief.
Much of your pain is self-chosen.
It is the bitter potion by which the physician within
you heals your sick self.
Therefore trust the physician, and drink his remedy
in silence and tranquillity:
For his hand, though heavy and hard, is guided by
the tender hand of the Unseen,
And the cup he brings, though it burn your lips, has
been fashioned of the clay which the Potter has
moistened with His own sacred tears.
Khalil Gibran
Friday, March 30, 2007
Beauty XXV
And a poet said, "Speak to us of Beauty."
Where shall you seek beauty, and how shall you find her unless she herself be your way and your guide?
And how shall you speak of her except she be the weaver of your speech?
The aggrieved and the injured say, "Beauty is kind and gentle.
Like a young mother half-shy of her own glory she walks among us."
And the passionate say, "Nay, beauty is a thing of might and dread.
Like the tempest she shakes the earth beneath us and the sky above us."
The tired and the weary say, "beauty is of soft whisperings. She speaks in our spirit.
Her voice yields to our silences like a faint light that quivers in fear of the shadow."
But the restless say, "We have heard her shouting among the mountains,
And with her cries came the sound of hoofs, and the beating of wings and the roaring of lions."
At night the watchmen of the city say, "Beauty shall rise with the dawn from the east."
And at noontide the toilers and the wayfarers say, "we have seen her leaning over the earth from the windows of the sunset."
In winter say the snow-bound, "She shall come with the spring leaping upon the hills."
And in the summer heat the reapers say, "We have seen her dancing with the autumn leaves, and we saw a drift of snow in her hair."
All these things have you said of beauty.
Yet in truth you spoke not of her but of needs unsatisfied,
And beauty is not a need but an ecstasy.
It is not a mouth thirsting nor an empty hand stretched forth,
But rather a heart enflamed and a soul enchanted.
It is not the image you would see nor the song you would hear,
But rather an image you see though you close your eyes and a song you hear though you shut your ears.
It is not the sap within the furrowed bark, nor a wing attached to a claw,
But rather a garden forever in bloom and a flock of angels for ever in flight.
People of Orphalese, beauty is life when life unveils her holy face.
But you are life and you are the veil.
Beauty is eternity gazing at itself in a mirror.
But you are eternity and you are the mirror.
By Khalil Gibran
Thursday, March 15, 2007
Tag Desktop
Alamak, tanpa ku sedari rupanya ada la beberapa kerat tag yang aku tak buat.... antaranya tag desktop yang telah diperturunkan oleh Ila ni.... oleh kerana tagnya mudah... aku ringan2kan la tulang untuk buat.
Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting)Laptop, LCD or CRT monitor : LCD
Kaedah (bagi yang blur) :
Hit "Print Scrn" button (sblh F12) > paste kat paint/adobe photoshop..:)
1. Masy
2. Pooh
3. Kriesz
Monday, March 12, 2007
Interview
Tuesday, March 06, 2007
Sayang
Lama sungguh rasanya tak menjengok ruangan maya ni... Kalau nak ibaratkan umpama rumah tinggal, dah tentu lalang sudah sampai ke tahap pinggang.... Tapi hari ni, terlintas pulak untuk aku meng"update" atau menebas segala lalang yang meninggi ni.
Uik, apa plak tajuk yang aku dah letak kat atas tu.... "SAYANG" tentu ramai yang faham maksud sayang tu... apa syarat2 untuk kita menyayangi seseorang tu? Ada yang menjawab, sbb dia cantik.... sbb dia baik.... sbb dia sopan.... Betul ke semua jawapan tu? Entah lah... sbb ianya terlalu subjektif.... Bagi aku pulak, menyayangi tak semestinya bersebab... Perasaan sayang tu sendiri adalah satu kurniaan yang kita takan dapat menjangka bila ia akan menjelma... Tidakkah sayang yang tak bersebab itu lebih indah? Dengan itu tidaklah nanti akan timbul sebab2 untuk kita tidak menyayangi pulak.... Okay lah.. tak mau kupas dengan lebih lanjut... banyak keje nak kena settle... sebarang pertanyaan.. sila post kat komen ek... bye... Wassalam....
P/s: Semakin hari, semakin sayang.......
Thursday, February 15, 2007
Love of My Life
kau umpama bunga yang mekar di hati ku
ku harap kau mekarlah selama-lamanya
kau umpama bintang menyinari hidup ku
ku harap kau terus bersinar
ketika kau perlukan aku
sentiasa aku ada di sisimu
ketika ku rindu padamu
terasa cinta semakin dalam
sayang kasih ku abadi
cinta mu mekar di hati ini
kau dalam ingatan
di sepanjang hayat ku
demi teguhnya cinta selama-lamanya
ketika kau perlukan aku
sentiasa aku ada di sisimu
ketika ku rindu padamu
terasa cinta semakin dalam
sayang kasih ku abadi
cintamu mekar di hati ini
kau dalam ingatan
di sepanjang hayatku
demi teguhnya cinta selama-lama..
kau umpama bunga yang mekar di hati ku
kuharap kau mekarlah selama-lamanya
kau umpama bintang menyinari hidupku
ku harap kau terus bersinar Friday, February 02, 2007
Kejora
Wednesday, January 31, 2007
Aku, Dia dan Kamu
Terbelenggu, dibelenggu dan membelenggu.... memang sering membuat kita tak keruan... sasau akan keadaan... binggung akan situasi... Mencari jawapan yang didepan mata.. Buta akibat emosi yang membakar diri... Namun aku tetap disini.... membawa sinar lilin yang malap-malap menerangi diri.... Antara Aku dan Dia?
Nak sembang aper ek hari ni? Dah lama aku tak concentrate untuk update blog ni..... kalau nak diumpamakan taman... dah tentu berlalang... Tapi oleh kerana ada yang ingin aku terus mencatitkan sesuatu diruangan maya ni.... Aku taip la apa yang patut....
Esok hari wilayah, cuti bagi wilayah persekutuan... mula2 aku tak perasan langsung yang esok jugak merupakan hari thaipusam.... baru aku igt nak kluar jalan2 kat area selangor.. but for sure esok sesak... Baik aku dok umah baca novel yang aku pinjam dari Choo Ann sebelum ni..... dah lama sebenarnya aku pinjam dari dia.. tapi still tak kesempatan nak baca lagi.... Apa tajuk pon aku dah tak sure... Rasanya "The Client" by John Grisham... dah abis baca nanti aku critala serba sikit tentang buku ni ek....
Ermm apa yang berlaku hari ni? Boringggggggggggggggggggggg..... setiap hari di ofis merupakan hari yang boring bagi aku sejak kebelakangan ni... terutamanya sejak realignment ni.. aku tak kisah kerja banyak... yang paling aku kisah ialah membuat kerja 2 kali... Things should be simpler... Damn it's so simpler before this..... Ermmm .. takper la... I've no say....
P/s: Secara tiba-tiba...................
Tuesday, January 30, 2007
Diari Hati
Kenapa? Setiap kali aku nampak sinar di penghujung.... ada saja bayang yang menyelubungi.... Apakah hidup aku akan sentiasa dihantui bayang-bayang yang tak kesudahan.... Kalau boleh, aku ingin lari dari semua ni... Tapi, berlari bererti yang aku ni pengecut... tak berpendirian.... apa lagi yang harus aku buat? Terus berdiri disini... mengabaikan bayang-bayang dengan harapan pancaran cahaya yang benderang akan dapat melenyapkan atau................................................
Friday, January 19, 2007
Tempat Berteduh
P/s: Psssttt, adik ipar.... tak mau sewa ke? hehehehe
Friday, January 12, 2007
Caca Marba
Setelah hampir 2 bulan di jabatan baru ni, baru la ada sikit kelegaan..... kalau nak dibandingkan keadaan sebelum ni, sekarang jauh lebih selesa. Tapi, still banyak jugak kerja-kerja tengah dok caca marba.... aku still tak paham rasionalnya mewujudkan unit sokongan yang mcm ni. Semenjak awal lagi aku amat-amat tidak bersetuju. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya 27/11/2006 lepas satu perubahan besar-besaran telah berlaku di BNM.... Kesemua jabatan under Regulation n Supervision function telah di rombak... Sebelum ini, kesemua jabatan adalah berdasarkan sector memasing... Seperti Insuran dan juga banking... tapi sekarang telah dirombak... dan jabatan-jabatan yang baru berdasarkan fungsi memasing, contohnya Policy dan juga Surveillance...
Cuma, yang aku tak setuju, kenapa diwujudkan Unit Sokongan ni... Kenapa aku tak setuju? Ok.. let me justify.... Fungsi unit sokongan ni adalah memberi sokongan (services) kepada 9 jabatan di bawah fungsi Regulation n Supervision dari segi pentadbiran yang melibatkan budget, kursus, kerja-kerja IT, system maintenance dan bermacam-macam lagi... Sebenarnya sebelum ni kesemua fungsi-fungsi ini di jalankan oleh unit pentadbiran di jabatan masing-masing... setelah "Realigment" unit pentadbiran di jabatan-jabatan telah dihapuskan. Aku tau tujuan diorang mewujudkan Unit sokongan ni adalah untuk "centralise" kesemua kerja-kerja pentadbiran.... tetapi apa yang aku lihat sekarang ni.... kesemua kerja menjadi makin susah dan melambatkan.... Contoh yang paling mudah: untuk meminta alatan pejabat.... kalau dulu unit pentadbiran di jabatan akan meminta secara terus dari Jabatan Harta Perkhidmatan (JHP), tetapi sekarang ni.... sebarang "request" perlu diajukan dahulu kepada kami, then baru kami akan ajukan permintaan tu kepada JHP. Tidak kah ini akan melambatkan kerja? Mereka telah mewujudkan satu lagi lapisan (layer) pada setiap "workflow". Aku harap semua ni takan berterusan.
Semalam aku dah pi jumpa valuer kat wisma yakin.... mengikut kata En Syamsul dari W.M Malik... secara kasarnya, value rumah Khairul tu dalam 115-120k..... bukan harga yang aku harap kan.... kalau boleh aku nak 130k... boleh buat loan lebih sket... hehehe.. tapi ok la tu.... balance boleh buat renovation.. esok aku igt nak pi melawat kawasan.... mengikut kata dari rakan-rakan aku.. kawasan Bandar Mahkota Cheras tu "elok", tapi aku nak la jugak pi tgk sendiri.... mana nak tau kot tetiba tak berkenan... kalau tgk gambar memang la best... siap ader swimming pool lak... terbayang-bayang lak aku tgh dok berendam dalam kolam tu.... Tapi for sure la.. lepas aku beli umah tu, kenala aku budget sket.. takleh la bermewah-mewah macam sekarang ni.... "RED BOX" pon kena la dikurangkan.... adey laaaaaaaaa........
P/s: aku tak mau fikir lagi..... makin difikir, makin pening jadinya... biarlah masa yang tentukan... biarlah takdir yang menyuluh hala tuju....
Tuesday, January 02, 2007
Aidiladha Vs New Year
Kali ni aku dah rancang nak balik naik Moto, tak la boring nak mampos seperti mana menaiki bas... kalau diikutkan, budget naik bas sama ajer kalau nak dibandingkan dengan naik moto.... Aku lebih prefer naik moto..... Aku bertolak jam 9.30 pagi dan sampai di Taiping jam 1.30 ptg.... sesampai saja aku di kampung, adik aku, Azhar dah bersedia untuk mencuci moto. Syarat utama, malam tu aku kena belanja dia karaoke.... Aku dah agak, sebelum aku balik tepeng lagi dia dah mention pasal karaoke ni.. maklum le, kat Terengganu mana nak cari pusat hiburan macam tu...
Raya Qurban tahun ni amat-amat tidak meriah, cuma aku, Azhar dan adik ipar aku ajer yang pulang beraya.... Adik aku Azlan di Paloh, Izwan di Semporna dan faizal di kuantan (dengar kata kena tolong mangsa banjir) tak dapat pulang beraya.... Sebenarnya aku pon baru jer pulang beraya setelah 3 tahun tak menyambut raya Qurban dikampung. Susana di kampung pun sama saja seperti hari-hari yang lain... tiada perbezaan.... Mungkin ramai yang bertugas atau sedang sibuk membuat persiapan untuk menghantar anak ke sekolah. Almaklumla.. sekarang ni kos untuk menghantar anak ke sekolah semakin meningkat.... dengan pelbagai jenis yuran... buku rujukan yang ntah apa2.... Sib baik cuma sorang ajer adik aku yang sedang bersekolah.... Azrul yang baru masuk ke tingkatan 1. Bercakap pasal sekolah.... aku nak ucapkan tahniah pada anak makcik aku, Along yang berjaya mendapat 9A dalam PMR... Ni sure dapat Scholar BNM nanti.
Tahun baru aku berlalu begitu saja.... malah malam menjelang tahun baru pun aku tido awal... dan seperti biasa... tiada Azam baru... malas arr nak ber "Azam" ni... cuma this year.. aku ader target aku sendiri.... Target "All-In-One". Nak tau apa dia maksud target tu... tanya la tuan punya badan... jangan buat andaian melulu....
Semalam kami sekeluarga ke Ipoh, menghantar azhar. Oleh kerana perkhidmatan bas dari Taiping ke Pantai Timur amat-amat terhad, Azhar bersama 4 lagi rakan semaktab terpaksa mengambil bas dari Ipoh ke Kota Bharu.... Dari Kb pulak baru diorang boleh mendapatkan Bas ke Besut. Dengar kata diorang terpaksa 2-3 kali jugak menukar pengangkutan sebelum sampai Ke Maktab Perguruan Sultan Mizan tu..... Sib baik ramai jugak yang senasib.... kalo sesorang dah tentu naya.
Pagi tadi bertolak dari Taiping jam 7.30 pagi dan sampai Kl jam 11.30... masa perjalanan, Caaint ada call and sms aku... menjemput kerumah untuk lunch bersama-sama geng Tekad.... Sorry la Caaint, gua letih la beb... lagi pon banyak lagi kerja yang tak settle, antaranya menghantar baju ke dobi (kes malas nak basuh baju)
P/s: Meet Nur Afifah (Fifi) satu-satunya anak sedara aku.... dah besar rupanya dak ni.. siap boleh membebel lak tu... huhuhuhu
Thursday, December 21, 2006
Take a Break
Hai Ols! Sejak akhir-akhir ni aku betul-betul takder mood nak keje... maybe sebab dah hujung tahun, ramai staff kat sini yang sedang bercuti panjang, secara tak langsung turut mempengaruhi mood aku... Aku dalam mood cuti. Kalau ikutkan hati, memang aku nak abiskan cuti aku... ambik dari 26 hingga 29/12.... dah tentu seminggu lebih aku kat kampung... tapi kalau cuti lama-lama pun boring jugak... lain la kalau ada aktiviti yang dah dirancang kat kampung.... nak outing pun... sekarang ni musim hujan... Taiping pulak tempat yang paling banyak menerima hujan sepanjang tahun... Of cos' la everyday akan ujan...
Semalam aku ambik half-day, semata-mata nak berpoya-poya kat midvalley... sebenarnya aku memang dah plan sejak dari minggu lepas lagi... Semuanya gara-gara mood cuti aku ni.... Pada mulanya aku memang takder plan.. ingat nak window shopping aje.. jalan-jalan tanpa arah tujuan..... Tapi bila difikirkan balik... ari rabu tiket wayang murah.. aku trus ke Gsc online, booking tiket utk citer Cicakman... Aku booking pukul 2.00... keluar opis lak pukul 1.00... ader 15 minit utk aku sampai ke midvalley... pecut moto lebih kurang.. tetiba jalan sesak pulak masa nak masuk ke dalam midvalley tu... Ape kejadahnya ni, time2 weekday pun jalan boleh jammed... ni semua angkara cuti sekolah ler nampaknya..... Sampai kat Gsc dalam pukul 1.25.... dah lewat 10 minit ni untuk ambik tiket.. trus ke kaunter booking... sib baik la tiket tu belum di'release' lagi, kalau tak..... naya aku nak kena beratur... dah la line sket punya panjang.... Masa aku ambik tiket utk citer cicakman tu... aku ambik skali utk citer Eragon, pukul 4.10.... Yeah!!! aku layan 2 citer semalam.... dah lama sebenarnya aku tak buat macam ni.... dah lupa kenikmatan melayan 2 citer dalam sehari....
Lepas ambik tiket, aku ke foodcourt... lapau beb.... pekena Grilled Chicken Chop yang amat sedap... abis makan memang ngam-ngam pukul 2.... berjalan dengan lajunya ke Gsc.. Laaaaa.... tak boleh masuk panggung lagi rupanya..... penat ajer aku berlari-lari anak tadi.... pukul 2.10 baru leh masuk.... Overall aku boleh simpulkan, citer cicakman ni memang lain.... dengan jalan citer yang cukup menarik serta kesan visual yang lebih realistik... tetapi banyak lagi yang perlu diperbaiki..... terutamanya dari segi lakonan dan juga dialog... Apa-apa pun syabas kepada Yusry dan juga Kru Motion kerana "Berani" membikin filem ni....
Abis citer cicakman, aku trus ke panggung 10 untuk citer Eragon pulak.... seat aku dibelakang sekali bersebelahan dengan sepasang couple...... pada awal cerita... yang lelaki(dok kat sebelah aku) ok ajer... duduk pun straight.. then bila dah lama-lama.... mula la nak melentok... macam2 aksi lagi la yang boleh ditonton... kiranya memang berbaloi la aku masuk panggung tu.... dapat tonton 2 cerita dengan sekali gus.... Citer Eragon ni berunsurkan fantasy.... ala LOTR gitu... memang genre yang aku minati.... jalan citer yang sungguh menarik... watak yang sungguh berkesan.. serta kesan grafik yang amat-amat realistik.... setahu aku akan ader sambungan untuk citer ni nanti.... Bila la watak2 dari novel Dragonlace akan dihidupkan pulak....
Lepas citer Eragon... pusing-pusing midvalley jap.... membeli-belah apa yang patut.... dalam pukul 8.00 baru aku berangkat pulang...
Monday, December 18, 2006
Tiada Lagi - Amy
Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini…..
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu
Monday, December 11, 2006
Kijang Hunt 2006: Drive for Perfomance
K.L to JB..... jauh betul kami merantau untuk mencari harta karun.... still boleh rasa sengal-sengal kat badan ni... Setelah Penang n last year Kuantan... this year punya treasure hunt kami ke JB pulak.... This year aku sekumpulan dengan Qaiser, Nasir n Azwanizam, nama team kami "Scavengers Too"..... target kami, at least balik modal, tak payah la nak top up duit untuk tampung kos perjalanan....
Se-awal 6 pagi aku dah tercongok kat Opis, menantikan teammate aku yang tak sampai-sampai lagi.... actually memang kami plan nak jumpa dalam pukul 6.30.... seperti yang dijanjikan... dalam pukul 6.30, kesemua ahli pasukan aku dah siap berkumpul... Lepas briefing oleh Ajk dalam pukul 7.00, kami semua bergerak ke kenderaan masing2.... Igt kot Nasir bawak GTI, aleh2 dia tukar Vitara pulak... okayla.. tak le susah payah nak kluar keter nanti..... Lepas Flag off kami pun meluncur laju ke arah soalan pertama mengikut tulips yang diberikan... First section of the question tu memang susah sket.. walaupun soalan pertama memang mudah jer kami jawab... tapi soalan kedua memang membuang banyak masa.... tanpa melengahkan masa lagi.. kami biar dulu soalan kedua dan trus kearah soalan ketiga n keempat.... Untuk pengetahuan korang, team aku ader membuat pakatan dengan team "Lord of The Race" yang dianggotai oleh Haniff, Kak Lizza, Sasha n Hazlina. So, boleh la berkongsi-kongsi jawapan n bertukar-tukar fikiran... Actually dah memang kebiasaan kalau membuat pakatan macam ni.... Boleh dikatakan hampir semua team ada pakatan masing2..... Perjalanan ke JB amat lancar walaupun kekadang tu kami tersangkut kat Tol akibat tak sorang pun yang igt untuk bawak Touh 'n Go... dah le highway sentiasa sesak specially kat seremban.... Tapi sib baik la kami punya time management memang superb... Sepanjang treasure hunt tu ader gak la terima msg2 dari kekawan lain yang bukan sekomplot ngan team aku bertanyakan jawapan, specially dari team Tipah ler.... aku tolong le aper yang mampu... walaupun ader jawapan yang aku bagi tu salah... sori ek.. heheheh
Malang tidak berbau..... elok nak sampai ajer kat JB.... kami ter"miss" satu exit.... akibatnya kami tersesat sampai ke tambak johor... Nyaris-nyaris nak masuk ke Singapore.... jalan dah le sesak, kami tersangkut lebih kurang setengah jam kat area tu... Sib baik la Puteri Pan Pacific (garis penamat) dah tak berapa jauh..... kami sampai tepat jam 4.16... 3 minit lewat dari jangkamasa yang ditetapkan iaitu 8 jam 30 minit.... akibatnya kami dipotong 2 markah..... Sampai2 jer terus submit jawapan and then kena pi buat mission... naik atas bola besar and then lompat macam kuda.... mudah banget... dengar citer hampir semua team dapat markah penuh. Abis mission... lepak2 jap kat lobby and then kami check in...... lepak dalam bilik Qaiser n Nasir sebab bilik aku n azwan still tak ready... maybe sbb ramai sgt pengunjung.. maklum le cuti sekolah.... Azwan, qaiser n haniff plan nakpi Jakuzzi.. aku tak bawak shorts lak... lepak le dalam bilik ngan nasir...

Mya, aku n Tipah(klakar arr bila tgk diri sendiri)
Wednesday, November 15, 2006
Tidak Kesampaian
Apala yang aku nak sembang ari ni, macam takder idea... Tapi ader something yang bermain dalam kepala aku ni.... Dalam hidup kita ni, memang tak boleh lari dari mengharapkan sesuatu... contohnya.. nak rumah besar, kereta besar, isteri/suami yang cun/encem.... Sesetengah orang, memang amat mudah untuk mendapat semua ni..... kekadang tu tanpa sebarang usaha yang berlebihan serta tanpa halangan..... Tapi, bagi sesetengah orang pulak, pelbagai halangan serta cabaran yang perlu ditempuhi.. malah, ada yang kecundang dalam usaha mereka untuk mencapai semua ini.... Harga sebuah kebahagiaan bagi diorang ni teramat-amat bernilai....
Aku percaya, jikalau terdapat sedikit pun kebahgiaan yang menjelma, mereka ni akan teramat bersyukur serta menghargainya dengan sepenuh hati.... Aku tahu, tentu ramai diantara rakan-rakan pernah terfikir.... "kenapa la aku tak boleh bahagia macam orang lain"... "kenapa la hidup ni sentiasa dipenuhi dengan segala macam dugaan". Hakikatnya, setiap makhluk di atas muka bumi ini telah ditetapkan dengan pelbagai cabaraan serta dugaan yang harus ditempuhi... Cuma magnitude cabaran tu adalah berbeza-beza... Maybe kita boleh mengingatkan diri kita satu perkara, setiap kali kita berasa kecewa.... frust atau marah... cubalah berfikir sejenak .... Ramai lagi yang lebih derita dari kita... ramai lagi yang lebih sengsara... bersyukurlah yang dugaan kita tak seteruk diorang... bersyukurlah kita masih berdiri disini.... Kalau jatuh tersungkur, bangunlah untuk terus melangkah...
Okay lah.. puas aku membebel.... jom nyanyi
Oh! siapakah yang datang bersama malam
Dan memuramkan wajah siang hariku
Oh! engkaukah, aku tak ingin menjemputmu
Biarlah kau hanya berdiri di depan pintu
Kau hancurkan hatiku
Kau musnahkan harapanku
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu
Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu
Gerhana, oh! gerhana
Dalam jiwaku
Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu
Kiniku berlari jauh
Tapi kau masih mencari
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu
Tuesday, November 14, 2006
Malas Ah!!!
Woooo... macam ni rupanya blog aku, dah lupa la... lama giler tak jengok.... wuik.. takan la aku ilang ingatan sampai macam tu skali.... Cuma ayat untuk memperli diri sendiri... tu pun lepas kena perli ngan budak sekor tu.... Betul malas... aku takder betul-betul takder idea nak update blog.... Tapi lepas disindir, gagah la jugak nak merapu serba sedikit......
Open house.. open house.... biasala tradisi lepas raya... tentu ramai yang terima jemputan ke open house.. tak putus-putus sepanjang 2-3 minggu ni.... perut sampai sendat diisi dengan segala macam rendang, lemang, ketupat dan bermacam-macam lagi biskut raya yang kita sendiri pon tak tau namanya, makin kreatif la masyarakat kita ni.... ada saja jenis-jenis biskut baru yang muncul setiap tahun.... selera makin besar.. adat la kan... Tapi.... aku banyak habiskan masa di rumah sepanjang minggu.... malas nak ke mana... ditambah pulak dengan musim yang tak menentu.. panas yang terik, tetiba menjadi hujan ala ribut.... Baik aku stay kat rumah melayan movie yang aku dah muat turun... atau pun melayan mini series yang juga di muat turun.... bercakap pasal mini series ni, sekarang aku tgh gila menonton smallville musim ke 6, Lost musim 3 dan juga Heroes musim 1. Bila terfikir, best jugak ada broadband kat umah... time boring, boleh muat turun movie atau mini series tak pun anime.....Tapi bila time connection slow yang amat.... rasa nak ngamuk pon ader jugak....
Cuti sekolah makin hampir... kalau dah cuti sekolah tu.... satu lagi musim akan tiba..... musim orang kahwin.... Kenapa ek... diorang ni suka kawin time cuti sekolah? Kalau nak difikirkan, budak sekolah jer yang cuti.... kita yang kerja ni, tetap kerja macam biasa jugak... Entah la.. aku takder anak.... maybe time cuti sekolah ni, banyak ibu bapa yang turut cuti.... menghabiskan cuti tahunan.... But still.. napa nak buat kenduri kawin time ni... 26/11 ni sampai 3 undangan aku dapat..... nak pegi semuanya ke? Terpaksala buat priority, kalau nak travel ke 3-3 tempat tu.. memang tak mampu la, lain la kalau ader yang nak mengangkut... tu pun dikira yang di lembah kelang saja... yang 'out-station' mcm mana plak? Apa-apa pun... selamat berbahagia ke anak cucu.....
P/s: PRIME dah abis... tak sabar nak tunggu result





