Wednesday, January 18, 2006

Rindukan Kampung

Assalamualaikum,

Disaat aku jiwa kacau macam ni, tentu aku terasa nak balik kampung.... Di Kampung jiwa ku tenang.... aku dapat lupakan seketika segala masaalah yang membelenggu.... Walaupun dah hampir 11 tahun aku Di K.L ni, hati aku tetap pada Tepeng... kalau diberi pilihan aku nak menetap disana....
Tapi Tepeng sekarang dah banyak berubah, malamnya dah penuh dengan kehidupan.... kalau dulu atas pukul 9 ajer, bandar dah lengang.... Dah ada kedai mamak yang bukak 24 jam, dah banyak pusat karaoke, bowling etc.... Masa zaman aku dulu mana ada semua tu..... Kampung aku pun dah berubah... dah banyak pembangunan sekeliling... mana perginya belukar yang pernah aku redah dengan lastik ditangan, mana perginya lombong tempat aku memancing, mana hilangnya kolam tempat aku menangkap ikan laga.... Semuanya dah takder.... dah jadi kawasan perumahan... Malah padang tempat aku bermain bola.... bermain layang-layang pun dah ghaib...... aku bencikan pembangunan macam ni..... takder tempat lagi untuk budak-budak sekarang beriadah..... Akibatnya cuma satu pilihan bagi mereka... di cafe cyber... bermain perang-perang tanpa mengeluarkan peluh.....
Terasa benar aku nak balik kampung sekarang ni.... Pabila hujan turun, aku suka lepak-lepak diluar, di bawah teduhan.. melihat titisan-titisan hujan yang turun... memberi nyawa pada hidupan.... Sungguh segar rasanya.... Satu keistimewaan Kampung ku ni, walau selebat mana, walau sehari semalam hujan..... tak pernahnya banjir.... Alam tak pernah menyusahkan kami... InsyaAllah, Tahun Baru Cina ni aku akan balik seminggu... dah bermacam-macam plan bermain di kepala aku ni.... antaranya... aku bercadang nak daki Bukit Larut.... dah setahun aku tak daki... Last time aku daki..... macam nak pengsan rasanya..... hope this time tak seteruk tu... aku nak dera adik aku lagi kali ni..... Aku rasa nak masuk zoo kali ni.... dah lama aku tak masuk zoo taiping.... aku nak ambik byk gambar binatang dalam tu...... saje nak simpan.... mana nak tau kot ader yang nak gambar orang utan... .. okay la.. cukup setakat ni untuk ari ni.... nanti ader yang boring plak.... tata....


Rinduku tak pernah pudar.... aku still ingatkan dia.... aku boleh terima dia sebagai kawan... tapi sampai bila? Lepas ni aku tak nak lagi cerita pasal kami dalam blog ni..... biarla apa yang jadi lepas ni.... cuma aku dan dia ajer yang tahu....

5 comments:

Anonymous said...

hai awk .. good idea kalo nk balik kg . elok la awk lari japdr kota raya yg penuh dgn pancaroba kehidupan .. mana tahu dpt ketenagan kt kg nati ..apa pun semoga awk dpt lupa kan apa yg dh berlaku last week . sempena menyambut thun hijrah akan dtg tk lama lg ,dlam kelendar islam .
nie lah yg kiter semua tunggu x2 .. ..penting tuuuuuu .

Anonymous said...

hi sham...

apapun yang berlaku..hidup mesti diteruskan..mungkin dengan bercuti ke kg dapat mengurangkan bebanan perasaan dalam diri kita....


insya allah..

Sham said...

hai..
InsyaAllah.... for me ini bukan satu beban... tapi cabaran dalam hidup

Anonymous said...

that's the spirit!!!! chaiyo..chaiyo...

Sham said...

thanksss.......