Friday, May 20, 2005

10 GOLONGAN YANG MENGERJAKAN SOLAT TETAPI TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH

Sabda Rasullullah s.a.w:
"Sesiapa yang memelihara solatnya, maka solat itu sebagai cahaya petunjuk dan jalan selamat baginya. Dan barangsiapa yang tidak memelihara solatnya, maka sesungguhnya solat itu tiada bercahaya dan tiada pula menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
"10 golongan yang solatnya tidak diterima oleh Allah:-
I. Lelaki yang mengerjakan solat tanpa membaca sesuatu
II. Lelaki yang melakukan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
III. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang mengikutnya membenci dirinya
IV. Hamba yang lari daripada tuannya
V. Lelaki yang meminum arak tanpa mahu bertaubat
VI. Isteri yang menderhaka pada suami
VII. Perempuan yang mengerjakan solat namun tiada ia menutup kepalanya dengan tudung
VIII. Imam/pemerintah yang sombong dan zalim serta menganiaya orang bawahan
IX. Orang yang suka memakan riba
X. Orang yang sentiasa bersolat tetapi tetap melakukan perkara mungkar"
"Barangsiapa yang solatnya itu tiada dapat menahan dirinya daripada melakukan perkara keji dan mungkar, sesungguhnya solatnya itu hanyalah menambahkan lagi kemurkaan Allah swt dan bertambah jauh daripadaNya"
"Kalau solatmu itu tidak dapat menahan diri kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya dianggapNya kamu tidak mengerjakan solat. Di hari Kiamat nanti solatmu itu dilemparkan ke muka kamu bagaikan bungkusan kain tebal buruk yang tiada berguna"
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.