Friday, October 28, 2005

Assalamualaikum,

Ari merupakan ari terakhir aku kat opis sebelum bercuti raya.. so aku nak ambik kesempatan ni untuk memohon seribu kemaafan kalau2 ader yang terasa dengan coretan aku sepanjang aku berblog ni.... Sesungguhnya aku ni pun manusia yang tak lari dari melakukan kesalahan.....

Image hosted by Photobucket.com


Sekian... Wassalam..

Thursday, October 27, 2005

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan
memilih jodoh.
Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.


Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti;
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Wednesday, October 26, 2005

Countdown

Assalamualaikum,

Kenapa rasa lambat jer hari-hari yang berlalu... setiap detik tu rasa makin perlahan.... kepala aku dah dok igt kampung jer... keje pun makin malas.... kalau boleh ari ni gak aku nak ambik cuti balik kampung... cuti banyak lagi ni.... Tapi saper plak nak buat keje aku nanti...
Sebenarnya aku tak sabar nak main mercun yang aku beli dari emli ari tu.. abis la duit aku dalam RM70 hinggit angkara mercun punya pasal.... adik2 aku kat kampung pon dah tak sabar tunggu aku.. Di ingat balik rasa membazir lak beli mercun sampai mcm tu punya banyak..... beli baju raya pun ok... tapi setahun sekali punya kes, takper la... janji heppi....
Tahun ni seperti 3-4 tahun yang lepas, aku balik beraya naik moto lagi..... aku rasa seronok plak balik naik moto ni... rasa bebas bila kat tengah-tengah highway tu daripada terkurung dalam bas atau kereta... memang la kurang selesa... tapi aku suka macam tu.... lagi pun ader la gak transport untuk aku merayap kat tepeng nanti..... malas la nak guna moto adik aku.... tak selesa....
Pada umat-umat yang rajin membaca blog aku ni(aku tau tak ramai).... Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin serta berhati-hati dijalan raya... ingatlah mereka yang tersayang.... kalau drebar bas tu bawak laju.... pi sound sket.... suruh dia bawak slow-slow... biar lambat asal selamat....

Tuesday, October 25, 2005

Satu Hari Di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Monday, October 24, 2005

Raya semakin hampir

Assalamualaikum,

Raya semakin hampir, hari ni aku betul-betul lesu sbb semalam dan ari sabtu jalan sakan dgn ajai, ari sabtu kami jalan ke midvalley, ari ahad pulak kat sogo dan bazar ramadhan. Pagi tadi aku tak sahur, nak bangun pun tak boleh.
Apa keistimewaan raya tahun ni bagi aku? Emmm, aku tak tau nak jawab macam mana soalan tu, sbb bagi aku, kebelakangan ni, raya dah kosong.... dah tak ada pengertian... aku tak rasa kegembiraan macam dulu.. mungkin bila kita meningkat dewasa kita kurang merasa kemeriahan..... Tahun ni aku still akan bagi duit raya pada budak2 yang datang... entah la.. aku rasa seronok memberi... aku teringat balik masa aku kanak2 dulu, memang seronok dapat duit raya... aku nak diorang pun rasa keseronokan tu... Cuma zaman dah berubah, kalau dulu 20 posen pun dah cukup, skarang sekepala mau sehinggit, takpe.. duit boleh dicari.... kegembiraan amat susah didapati... Lagipun aku dapat rasa kekosongan di hati ni dapat diisi dengan memberi....
Sempena ari raya ni aku tujukan lagu feveret aku ni untuk kekawan yang sudi singgah, dengan ucapan... hargailah mereka yang hampir dengan anda... sbb kita tak tahu bila mereka akan meninggalkan kita.

Ku Pohon Restu Ayah Bonda

( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

( ulang korus )

Kesalahan diri ku...

Tuesday, October 18, 2005

Housemate

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak cerita mengenai rakan-rakan serumah aku... tentu ramai yang dah tau yang aku dah pindah rumah... pada yang tak tau.. mai aku nak bagi tau skali lagi...
Skarang ni aku dok ngan member-member aku kat pantai dalam, cuma beberapa blok ajer dari rumah lama aku. Untuk pengetahuan korang aku dah kenal budak2 umah aku ni dah lebih kurang 11 tahun.. Semua dari Asasi Sains U.M, class of 95/96, Kolej Kediaman Pertama....
Jom aku kenalkan sesorang(rujuk gambar di atas). Yang paling kiri tu.. tak payah la aku kenalkan... tu la aku.. yang kat sebelah aku tu.. ala yang macam YB tu namanya Azizuldin a.k.a Dzul a.k.a Master... Dia ni dulu ambik Chemical Engineering, oleh kerana sbb yang aku pasti amat2 munasabah... dia tak boleh nak abiskan..... sekarang ni dia dok tolong bapak dia kat Tangkak... urus ladang kelapa sawit.... Bila dia dah boring kat Tangkak tu.. dia balik la Pantai Dalam.. kekadang tu sampai berbulan lamanya kat kampung... tapi bila balik sini.... keje dia cuma lepak depan pc... bestnyer idup... Lagi satu.. dia ni cukup misteri... rahsia byk tu...Setakat yang aku tau... dia ni takder makwe and tak pernah bermakwe... bagi sesaper yang berminat... boleh la msg saya.. nanti saya mintak approval dari dia.. hahaha....
Yang pakai baju putih tu namanya shaharis a.k.a Shahkran(sempena nama shahrukh) hahaha... dia ni Penang mai punya.... Baru grad computer Sc. dia baru jer dpt keje sementara.. aper nama company tu aku pun tak igt dah.... Baru2 ni dia clash ngan makwe dia yang dah 4 tahun bersama... kesian gak aku tgk.... sampai tertonggeng la.... sayang bangat le katakan..... sib baik baru-baru ni ader sesorang yang telah mencuri hati dia..... at least boleh gak buat semangat untuk dia lupakan ex dia tu...
Yang pakai baju pengantin tu namanya Yusouff a.k.a Ucop.... baru jer kawin.. tapi terpaksa berjauhan dgn wife dia.... wife dia cikgu kat Jasin... dia lak R.A kat U.M.. opppss .. lupalak nak bagi tau.. dia grad Mechanical Engin.... Setiap ari jumaat sure ilang punyer..... balik Jasin... mana tahan berjauhan lama2 oooo.... huhuhu.....
Sebelah wife ucop tu namanya Wira.. Jawa tulen tu, aku igt lagi dulu dia selalu call kampung and then speaking jawa.... sepatah pun aku tak paham.... tapi yang bagusnyer... setiap kali raya, sure segundi kuih raya dia bawak balik kl.. pergh... puas makan beb... jawa pun jawa lah.... hahaha.... Wira ni budak accounting dulu.... and still single..
Lastly, yang macam budak skolah tu, namanya Rozaiman a.k.a Ajai.... tapi ajai ni takder Nurul, still single gak... dia ni skarang keje kat PTPTN.... bagi sesaper yang nak tanya pasal study loan boleh la tanya ajai ni.... dia ni coursemate Wira, budak accounting gak dulu.... seperti biasa.. sesaper yang nak berkenalan... boleh tru aku.. untung tau saper dapt dia ni.... baik tau... tak pernah bermakwe tu....hahahah
ok la... itu la serba sikit tentang housemate aku.... nak tau lelebih, kenala kenal dengan lebih rapat... kata orang, tak kenal maka tak cinta... dah kenal boleh jatuh cinta.. hahaha


Pssttt... ajai... aku promote hang.. takan takdak apa2 kot....huhuhu


Tuesday, October 11, 2005

Puasa

Assalamualaikum,

Napala baru-baru ni aku malas sangat nak update blog, maybe sbb keje aku makin bertambah-tambah kot. So, pada kekawan yang rajin dok jengok blog aku ni..... terima kasih kerana sabar menanti.

Kejap je ek, dah seminggu kita berpuasa, masa yang berlalu begitu pantas... rasa tak sedar pun dah seminggu.. Lain la pulak kalau kita asyik menghitung hari nak raya, kalau mcm tu, sure la rasa lambat. Dalam seminggu berpuasa ni, takda banyak yang berlaku, menu berbuka and bersahur pun sama jer, kecuali la ari jumaat lepas, aku berbuka kat restoran Pakcik Samuri yang femes tu... Adik aku banjer, sbb ari sabtu dia dah nak ke Sabah, so keseorangan la adik ipar aku kat sini... Aku try call dia tak dapat2, nampak sgt la kat Kunak tu takder line....

Apa la dugaan yang bakal menjelma dalam bulan poser ni... selalunya dalam bulan ramadhan ni mesti byk dugaan yang akan datang.... kenala byk bersabar... Tapi dah ader hint yang ader beberapa dugaan akan tiba tak lama lagi.... Dalam bulan puasa ni jam biologi aku turut berubah... pukul 5 dah bangun sahur... pukul 10 dah ngantuk giler.... letak kepala jer.... sure hanyut.... Lepas raya ni nak kena adjust balik... tak bujang la kalau tido awal... hahaha....

P/s: Rasa malas lak nak raya tahun ni.. naper ekkkkk

Tuesday, October 04, 2005

Recap of last 2 weeks

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update blog ni, entah la kenapa... nak kata busy... takla sebusy sampai tak boleh nak update blog. Ok, straight to the point, on sunday 25/9/2005 ader merupakan hari bersejarah dalam famili aku kat kampung, ye la first time umah aku ader kenduri kawin... sapa lagi kalau bukan adik aku lan. Biasala, kenduri belah laki le pulak. Tak banyak yang aku boleh citer, sbb aku pun tak tau nak citer apa(takder mood nak citer ni). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, seperti dirahmati, Taiping yang masa tu tiap-tiap hari hujan tapi on that wedding day, cerah elok jer....


Bersanding



Padan muka cuci periuk

Ok tutup citer pasal kawin, last sunday aku dah pin dah kerumah member-member aku masa study dulu.... member asasi kat first colledge u.m dulu... Dah hampir 10 tahun kami kenal.... perangai masin-masing pun dah masak sangat... yang pasti, bulan puasa ni takder la aku nak berbuka sorang2... ader gak Ajai, Wira, sharis, master and usop untuk berbuka skali... walaupun masuk rumah baru(yang dah usang.. hahahaha) aku tak rasa janggal langsung....