Friday, December 30, 2005

** Sigh **

Assalamualaikum...

Ish..... Malasnya aku nak kerja hari ni... staff kat department aku ni pun ramai yang tengah bercuti... mood nak kerja pon tak dak... Aku dah try mintak cuti untuk hari ni.... tapi boss aku tak bagi... Lagi pun aku ada keja perlu disettle sebelum 3 hb nanti... terpaksala berkorban sket... Ikut hati mau balik kampung lagi minggu ni... aku rasa best balik kampung... malam boleh merayap ngan geng.. kat sini.. pukul 10 dah boleh lena...
Hermmm..... 2005 dah hampir melabuhkan tirai... tirai 2006 pulak dah hampir tersingkap... apa yang aku achive sepanjang tahun 2005 ni? In life.. rasanya takda apa la kot.. but in work.. ada la sikit... keje aku dah makin bertambah.. dah makin independent... harap prestasi keje aku dapat dipertingkatkan lagi...
Tahun ni jugak maknanya dah 3 tahun lebih aku kat BNM ni... aku dah layak untuk apply scholarship... ramai staff kat department aku suruh aku sambung study.. termasuk gak la Boss besar dan manager aku... Bukan aku tak nak lagi.... aku masih terasa betapa peritnya kat u.m dulu.... walaupun aku tau banyak dah berubah.... tapi terasa macam semalam.. biarla aku digest dulu seberapa banyak knowledge yang aku dapat kat sini... aku tak nak bila sambung study nanti.. aku dalam keadaan 'zero'... aku nak bersedia lebih awal....
Dah lama rasanya aku takpi bercuti.. this year aku cuma pergi Penang and PD jer.... aku plan nak pegi fraser hill lak la next year... aku penah pi skali dulu kat sana.. best sangat... segar and nyaman... dikelilingi flora dan fauna.... tak ada pembangunan... tak ada pencemaran..... aku suka tempat-tempat macam tu...
Last year jugak aku terasa ditinggalkan seseorang.. macam mana peritnya bercinta... macam mana seksanya merindu... nasib baik aku ni cepat jer 'bounce back'. Maybe aku ni positif minded kot... Takpala yang pergi tetap ada penganti 'wink' ......
Pokoknya... next year.. aku nak tengok ader sikit perkembangan dalam hidup ni... aku nak jadi lebih baik dengan apa yang aku buat......

kalau kita sentiasa gagal dalam sesuatu... adakah kita perlu mengalah atau terus lagi mencuba? Bagi aku.... jangan la obses untuk berjaya.. dan jangan pula mudah mengalah... biarlah bersederhana...

Tuesday, December 27, 2005

** Balik Kampung**

Assalamualaikum,

Argh!!!! Malasnya aku nak start keje ari ni, tak puas la lagi aku lepak kat kampung. Walaupun kekadang tu ader rasa boring sebab sekarang ni musim ujan, tapi taiping tetap best. Best sebab apa? Maybe sebab kat sana tenang, tak macam kat k.l ni.... berserabut.
Ari jumaat lepas aku ngan adik aku Faizal balik tepeng, plan asal bak balik skali dengan adik aku, lan dengan wife dia, tapi oleh sebab lan kata kreta dia tak service lagi... dia pun kansel nak balik..... aku balik jer ngan faizal.... Kalau dah berdua tu, mode of transport aku tak lain ler selain motor... jimat sket... bertolak dari rumah dalam pukul 3.... Tapi, memang malang betul hari tu, sedang kusyuk aku memulas trottle, tiba-tiba tayar aku pancit.... Cari paku kat tayar takda pulak, ni mesti tiub tayar aku dah rosak..... Masa tu baru jer lepas slim river, exit berikutnya kat sungkai, lebih kurang 20 km jauhnya..... apa lagi, tolak la.... sib baik adik aku yang ni askar... boleh la dia menolak sambil berlari... aku plak yang mengah. Elok dah lari dalam 2 km... Aku naik moto pelan-pelan... sebab tayar belakang jer yang pancit.. kalau naik sorang ok lagi... Sib baik ader orang yang baik hati tumpangkan adik aku ke exit sungkai. Kedai moto kat sungkai tu tak jauh dah dari exit highway... habis le melayang duit aku rm 70 tukar tayar luar dalam.
Perjalanan seterusnya memang lancar. Aku tak buat apa sangat kat tepeng.. cuma pi karaoke ngan member2 sekampung ngan pi shopping DVD kat plaza jer... DVD kat situ punya la murah... sekeping yang satu citer Rm 5.. yang 2 in 1 Rm 6, 3 in 1 Rm 7... hapa lagi, borong DVD le aku.. abis la dekat Rm 30... Sebelum balik Tepeng.. opismate aku dah kirim dalam 8 keping. Semalam awal-awal pagi aku dah bertolak dari Tepeng, boleh sampai awal sbb nak layan DVD. Sampai jer K.l... on DVD.. layan Lord of The Ring dari Episod 1 sampai abis....

Walaupun kita dah merantau jauh... dah seronok ditempat orang..... tak seperti kampung halaman sendiri.... betul lah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

Tuesday, December 20, 2005

++ year end ++

Assalamulaikum....

Dah seminggu rasanya aku tak update blog angkara kebizian yang melampau(buzy ke aku?). Last week aku involve dengan conference yang dianjutkan oleh department aku. Apa yang aku tau, conference tu merupakan perjumpaan dan perbincangan antara regulator-regulator financial institution antarabangsa. Seramai 38 peserta telah terlibat, termasuk 4 dari dalam negara. Jumlah tu tak termasuk lagi observer yang dihantar. Antara negara-negara yang mengambil bahagian ialah, Chech Republic, Pakistan, Canada, U.S.A, Ukraine, Korea Selatan, Botswana, Indonesia, Singapore, Qatar, Ireland dan banyak lagi... dah tak igt plak aku. Semuanya berjalan lancar, sampai merndapat puji-pujian dari Dato' Razif.... walaupun aku takder la memainkan peranan penting, tapi boleh la jugak tumpang bangga....
Semalam staff-staff BNM dah dapat bonus, alhamdulillah, rezeki hujung tahun. Walaupun ader la jugak dengar ader staff yang tak berpuas hati dengan bonus yang diterima, at least apa yang diterima di BNM ni jauh lebih banyak dari kebanyakkan company lain... Contohnya, lepas kerja semalam aku pi Jusco, terjumpak pulak staff yang aku kenal kat situ.... bila aku tanya jumlah bonus yang diorang dapat.... Cuma suku bulan jer..... terkejut bila aku dengar.....
Bila menuju ke penghujung tahun ni, kita asyik dengar tentang azam tahun baru..... bagi aku, aku tak pernah menetapkan apa-apa azam..... aku tak suka terkongkong macam tu... biarlah apa yang aku buat atas kesesuaian pada masa tu... Sebab aku tau, bila aku tetapkan satu azam, aku akan cuba dengan apa jua cara untuk laksanakan azam tu. Aku akan kecewa kalau azam tak terlaksana...... Biar la aku menjadi seorang yang spontaneous....
Semalam aku dah dapat apa yang aku nak..... sebuah dvd player jenama pioneer..... campur dengan home teater system yang aku dah beli sebelum ni..... tak payah la aku nak pi tengok wayang lepas ni.... layan movie kat umah pun dah best... walaupun citer tak berapa ngeri, tapi disebabkan gambar yang clear.. dan sound effect yang best... meremang gak la bulu roma aku..... Malam ni nak layan Dvd lagi.. aku dah beli 3 crita semalam.

Tahun baru menjelma lagi... umur makin meningkat.... but i'm still the same

Tuesday, December 13, 2005

International Conference on Consumer Protection

Assalamualaikum,

Esok bermula la conference ni kat Westin hotel dan seperti masa-masa lepas, aku ler antara yang terlibat.. jadi penunggu secretariat room ler... aper lagi. Pukul 3 jap lagi nak bawak barang-barang ke hotel, and then set-up secretariat room.. berkampung le aku kat dalam bilik tu sampai hari jumaat ni.... harap-harap balik opis nanti keje tak bertimbun dah ler.....

Monday, December 12, 2005

Narnia

Assalamualaikum,

Last weekend aku pi tengok narnia kat Gsc Midvalley.... Apa yang boleh aku cakapkan lagi tentang citer ni... memang beyond my expectation. Ceritanya sebijik seperti dalam buku yang aku baca... The Lion, the witch and the wardrobe merupakan siri pertama daripada 6 siri chronicles of narnia(tak termasuk prelude, the magician nephew). Dalam filem ini, dunia narnia seakan hidup... sama seperti yang telah dilakukan oleh Peter Jackson dalam Lord of The Ring trilogy. Cuma cerita narnia ni ada unsur-unsur bible, maybe sbb penulisnya C.S Lewis merupakan orang kuat gereja pada masa itu. Tapi tak salah kalau sekadar menonton untuk berhibur. Aku tak nak cerita lebih lanjut... lebih baik korang pi tgk sendiri...


Pi tgk wayang sorang-sorang? ala... biasala tu.. wakakakakaka

Thursday, December 08, 2005

Argh!!! Tidak!!!!

Apa dah jadi ni.... Puas aku memberi sokongan tadi... sanggup aku bersengkang mata berjaga pukul 3.30 pagi... Tapi, M.U tewas jugak ditangan Benfica dengan keputusan 2-1....... Ini hari aku takder mood nak buat aper pon... kat opis ni pepagi lagi dah kena perli... almaklum la, aku ni peminat setia team M.U .... Melihatkan persembahan diorang pagi tadi, tak hairanla boleh kalah... Tak seperti zaman kegemilangan M.U sebelum ni, permainan diorang agak tak teratur.... Takper la, nak buat macam mana.... Adat permainan, ada kalah menang.... lain tahun boleh cuba lagi... harap team muda M.U dapat matang dengan secepat mungkin untuk menghadapi cabaran akan datang..

Sib baik la ari sabtu lepas Perak dah berjaya membelas Selangor 4-1, celebrate tak abis lagi ni...

Wednesday, December 07, 2005

Azura

Lagu ni ditujukan khas pada kawan aku sorang ni.. hahahahaha

( 1 )
Azura...
Ada sinar di matamu
Lembut hatimu mesranya... sayang

( 2 )
Azura...
Senyummu ku terbayang
Tanpa mu ku sepi... rindu

( korus 1 )
Azura...
Kaulah sinar hidupku
Yang mengalirkan cinta
Di dalam jiwaku

( korus 2 )
Azura...
Kaulah sinar hidupku
Moga takdir menyatukan
Cinta kau dan aku
Azura...

Ada orang kata

Assalamualaikum,

Ada orang kata aku ni bermulut manis, aku pandai berkata-kata. Orang mudah percaya dengan apa yang aku cakap.... Perempuan pun mudah melekat.... Tapi bagi aku, apabila aku meluahkan kata-kata, aku memilih ayat yang terbaik.... aku tak main cakap jer.. sebab kalau tersalah cakap akan membuatkan orang terasa..... Bila aku marah atau bila aku tak suka akan sesuatu.. aku akan cakap dengan cara yang terbaik..... berdiplomasi adalah cara yang terbaik daripada bersengketa...
Aku ingat lagi masa aku kerja sebagai promoter kat Jusco Bandar Utama dulu, masa tu aku jual produk yang boleh dikatakan amat susah untuk dipasarkan... Komputer kanak-kanak..... sebijik boleh dianggarkan dalam Rm 200 hingga Rm 500... Bukan senang untuk jual walaupun sebijik... Tapi alhamdulillah, masa tu Jusco Bandar Utama menjadi tumpuan pelanggan yang kaya raya... aku cuma perlu meyakinkan diorang tentang keberkesanan alat tu dalam pembelajaran anak-anak. Sale aku untuk sepanjang bulan boleh mencecah Rm 30 ribu, satu angka yang mengejutkan boss aku masa tu... sampai Regional Manager Berjaya HVN pun turun padang datang melawat aku... Rasa bangga lak..... mungkin apa yang dikatakan kawan aku tu betul, aku ni bermulut manis, mudah untuk aku meyakinkan seseorang tentang sesuatu..... aku harap aku tak menyalahgunakan kebolehan aku ni...

Kenapa manusia cepat membuat penilaian yang negatif? bagi aku, mungkin amat mudah untuk mengharap yang tak baik dari seseorang kerana tidak mau kecewa kalau harapan tentang kebaikan dihancurkan.

Monday, December 05, 2005

Seminggu punya cerita

Assalamualaikum,

Oleh kerana aku busy baru-baru ni dan takder masa nak update blog, ni aku sum up aper yang dah terjadi dalam idup aku sepanjang minggu lepas
Ari isnin takder aper yang menarik, seperti biasa jer dengan keje-keje harian. Ari selasa JPB ader friendly match futsal dengan JPI, team lelaki JPB membelasah team lelaki JPI 8-3, manakala Team wanita JPB membelasah team wanita JPI 5-1. Abaikan team lelaki... sbb dah memang power.. hehehe... cuma aku terkejut dengan persembahan team wanita kami... memang ramai yang berbakat, nampak jer lemah lembut.. tapi bila tendang bola.. mak aaiiii.. dasat betul... Balik main futsal.. aku ngan mukh pi karaoke kat Yow Chuan... kami melalak dari pukul 9 sampai 11 malam.... tekak aku sampai sakit ler.... Sebenarnya dah lama aku ajak mukh pi karaoke... sajer nak test... selalu karaoke kat taiping jer... aku ni bukannya pandai nyanyi sangat.. slalu ajer lari tune... tapi mukh menampakkan ciri2 sorang kaki karaoke... hahaha...
Ari Rabu keje sampai pukul 8 malam, layan borak ngan mukh sampai pukul 11.... masing2 tgh jiwa kacau... buleh la clear sket kepala ni.... ari khamis takder yang best.. ari jumaat dapat PRIME.... PRIME ni sebenarnya indeks penilaian prestasi sepanjang tahun... Bender alah ni jugak la yang akan menentukan kuantum bonus yang akan diterima... aku dapat 4.01.. cukup makan je la pun.... Bonus dalam kuantum 3.00-3.25.. oleh kerana attendance semua ok.. kebarangkalian besar dapat 3.25 bulan.... lebih dari target aku tu.. nak watper ek ngan duit lebih ni.. huhuhuhu
Ari Sabtu ngan ahad tak byk aktiviti, aku lepak umah jer.. igt nak pi umah Kak As(manager aku) yang nak pi haji nanti.... malas le pulak sbb takder geng...

Adakah hidup ini satu perjudian? Andai menang dengan pertaruhan yang besar..... habuannya cukup lumayan..... tetapi risiko yang dihadapi juga begitu menakutkan....

Monday, November 28, 2005

### Ujan ###

Assalamualaikum,

2-3 menjak ni ujan asyik turun, aktiviti aku pun banyak terbatas kat umah jer la.... bila dah terbatas kat umah, satu jer la yang best untuk dibuat.... Tidoooo........ walaupun aku ni bukan kategori kaki tido, kalau dah ujan lebat... takder benda lain nak buat.. katil jer la tempat tujuan....
Sekarang ni aku tgh busy dengan keje2 aku kat opis, pc yang sepatutnya sampai.... dah pon sampai... sampai dengan pelbagai masaalah.... kalau dulu semua dah siap diconfigure.. sekarang ni yang sampai tu tak configure lagi.... jenuh nak kena configure dulu.. sib baik la vendor yang buat...
Yang dah siap diserahkan kat user pun ader banyak masaalah gak... masuk jer HRMS system.. ader oracle error lak.... MS Office 2003 pun without Sp 1 .... nak kena update SP lak.... tambah lagi satu keje.... naper la IT depart tak buat siap2.. ni semua Acer punya kejer la... buat keje tak complete... akibatnya setiap kali open Ms Office.. mula la nak hang.... rimas tul la bila user tak abis2 nak komplen...... telinga aku gak yang panas dok dengar ngomelan diorang... tapi nak buat camna... ini la nasib staff admin. Aku pun tak tau la napa aku boleh buat keje2 IT ni.. sedangkan aku tak penah ader formal education dalam IT... malah tak penah pun ader sebuah Pc... But i have learn a lot... and still learning.... and learning... dengan syarat, tak malu bertanya dan berani belajar...... thanks pada yang sudi mengajar....

to Kriesz:- dah sampai kat kerinchi pun tak leh jumpa kejap ek.... takper la.. len kali kalau panjang umor le ek.. huhuhu

Friday, November 25, 2005

Layu Di Hujung Mekar- Rio

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan


Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Thursday, November 24, 2005

Buhsan

Hari ni aku betul-betul bosan... sepatutnya semalam ngan ari ni, vendor dari it department dah datang untuk configure pc baru untuk staff-staff department aku yang bakal menerima pc baru tu, tapi sampai sekarang tak datang-datang lagi.... Aku jemu menjawab pertanyaan staff-staff yang terlibat.... sebenarnya bos aku dah email kat mereka2 yang terlibat tu ari isnin lagi, yang aku akan mula menukar pc-pc baru tu pada ari rabu.... bila sampai sekarang pun masih takder perkembangan.... mula la ader yang bersuara.... Dengan ulser kat bawah lidah aku yang makin membesar ni.... lagi la aku tensen..... silap tanya.. ader lak yang nak kena hamun.... sib baik aku ni penyabar orangnya...(ye ke?)...
itu jer la.. nak meluahkan perasaan jer sebenarnya ni... wakakakaka

Friday, November 18, 2005

Karam- Zabarjad

Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...

Thursday, November 17, 2005

***Tak Cehat ***

Assalamualaikum,

Ari ni aku tak sihat, badan lemah semacam jer ni.. Ikut hati nak ajer ambik cuti... Ni semua angkara aku terlena masa balik dari keje semalam.... sampai jer umah dari opis, aku layan juara lagu semi-final jap.... elok jer Ning Baizura start nyanyi, aku trus terlelap.... sedar2 dah dekat pukul 7 malam.. Badan rasa semacam jer, dah seram sejuk. Pas mandi, layan Detective Conan sampai abis baru pi pasar malam. Tak tau la nak makan apa time badan tak cehat ni, pekena la Yong Tau Foo.... Malam tu badan aku bertambah panas, lepas abis jer citer Independence Day, aku makan obat dan trus lelap.
Bangun pagi tadi punya la seksa.... sib baik dah kurang sket la demam aku ni, boleh la nak menggagahkan diri untuk pi keje... kalau tak, M.C le ari ni. Nampaknya kensel le niat aku nak turun gym tgh hari ni....

Dalam kehidupan ni, kita sering diberi pilihan.... untuk melalui jalan yang dipenuhi ranjau atau melalui jalan yang nampaknya begitu mudah...... Tapi kita jangan menganggap jalan yang nampaknya mudah itu adalah semudah yang disangka, sebab kehidupan kita sering dipenuhi dengan ketaktentuan....

Wednesday, November 16, 2005

Open House

Assalamualaikum,

Semalam aku tak update blog, rasa takder mood plak..... Takder aper yang penting pun berlaku, life aku ni too simple sangat, pi keje balik keje jer... takder yang xciting... Petang semalam ader open house BNM, seperti tahun-tahun lepas, menu tak banyak yang berbeza... laksa johor, roti jala, nasi briani dan byk lagi la.... yang paling tak boleh miss, kambing panggang..... Pukul 12.50 aku dah turun sbb aku tau kalau turun lambat, sure pack ngan manusia. Aku dah la kebulur... sampai jer kat bawah tu, Gabenor dah siap menanti dengan senyuman.... orang pun tak ramai sangat... boleh la chop tempat yang strategik sket....
Abis makan, Mukhzani(merangkap boss aku) ajak aku kluar ke chow kit jap, antar motor dia pi workshop. Pukul 2.30 kami menyelinap kluar, sib baik manager aku tak tau... kalau tak naya jer la.... Badan aku still sakit2 lagi, angkara main badminton ngan azman ari isnin lepas, sib baik ari ni man sakit kaki, boleh rest jap.... esok ingat nak main lagi.....
Balik keje semalam, aku trus ke midvalley, layan blues sorang2 kat sana..... pusing dalam Jusco ngan care4 untuk survey Dvd player lagi.... aku ni kalau tak abis survey, takan puas hati.... kalau boleh, mau semua shopping complex aku nak pi survey.... Jumpa Kak Mala kat toys department, Jusco..... dulu aku keje kat situ... banyak gak la kenangan aku dengan mainan2 kat jusco tu.... kalau boleh teringin la nak keje situ balik........ seronok, sbb time keje pun boleh main.. banyak lak tu mainan yang bermacam-macam jenis..... keje pun tak stress....

Kalau diberi peluang menyongsang masa, aku nak balik ke waktu diketika aku membuat keputusan yang merubah kehidupan aku sekarang ni

Monday, November 14, 2005

Penat

Assalamualaikum,

Weekend lepas aku tak cukup rest, aku banyak bergerak compare dengan selalu.... Besala, kan raya.. takan nak dok umah kot.... ari jumaat malam aku lepak umah jer... layan cd lagi, kali ni citer Just Like Heaven..... aku dok harap la citer ni setanding dgn Sleepless in Seattle or You Got Mail ke... tapi mengecewakan.... jalan citer yang boring, dan tak berkembang langsung.... cuma last2 jer baru ader sikit jiwang... aku call adik aku that night... set ngan dia nak ke umah makcik aku kat shah alam.... try call makcik aku tak dapat2.... takper la... assume dia ader umah le nanti....
Ari sabtu tgh hari, adik aku mai ambik aku kat pantai dalam.... elok on the way nak ke kereta adik aku... aku dapat msg dari Fiza, sepupu aku.... dia attach skali no tipon makcik aku yang baru... rupanya makcik aku dah tukar no, gara2 sim card lama dah rosak... Aku call makcik aku tu... pakcik aku yang jawab.... Diorang sume takder kat umah.. satu famili kluar jalan.. adeh la... adik ngan wife dia dah malas nak balik umah.. alang2 kluar.. tu biarlah sampai malam... call sepupu aku fiza.... suruh dia masak sedap2... kami gerak trus ke klang..... Lama gak lepak kat umah dia.... dari pukul 2 sampai 8 malam.... Dalam jangkamasa tu, letih aku melayan kerenah anak2 dia si Haikal 1 tahun lebih.. ngan Danial, 4 tahun... buasnya ya'amat sgt.... memang letih lerr......
Pukul 8 lebih baru gerak ke umah makcik aku kat shah alam... Fiza and famili pon join gak skali.... Bila dah dok lepak ngan pakcik aku.. besa la... semua citer pasal BNM jer la... pakcik aku staff BNM gak.. dia bahagian security.. pangkat sarjan beb... Lepak kat situ sampai pukul 10 lebih... sebelum tu, aku dah call sepupu aku sorang lagi kat shah alam gak.... dia berniaga burger kat seksyen 18 shah alam.... janji nak pi lepak ngan dia jap.... siap order burger special lagi....
Yang bestnya lepak ngan Dali ni... boleh cuci mata... ye la.. kat situ kan area Uitm.... banyak le yang jambu2... huhuhu... Sampai umah dalam pukul 12 lebih.... aku dah letih giler... tanpa disedari.... aku dah lelap...
Ari ahad.. seperti biasa.. pepagi dah bukak Tv3, layan ninja turtle.... pastu Shoalin showdown.. diikuti dgn gundam dan batman..... pukul 11 citer digimon... tapi citer tu ulangan dari citer ari sabtu.. aku buhsannyer pasal.... aku mandi.... bersiap sepantas yang mungkin.... start moto.. trus ke Pj jap, bayar duit courts mamoth... boleh surver Dvd player jap.... Lawa gak brand Pioneer... set dalam minda... ujung tahun beli.... ikut hati mau pi cari Atm machine kluarkan duit... trus sambar.... tapi sabar la dulu...
Dah puas pusing dalam courts mammoth tu.... aku gerak ke Kotaraya.. lama aku tak pi situ... seperti biasa la... dah tak macam malaysia lagi.... penuh dgn pendatang.... aku park moto..... Hala tuju utama nak ke S&M.... aku nak cari VCD Slamdunk the movie..... Mata aku dah rambang bila tgk banyak VCD anime kat situ.... nyaris2 aku nak beli Box set citer Bleach..... tapi aku kuat kan iman dan menepis segala godaan... hehehe.... dalam dok tepis2 tu, aku terbeli gak citer Eye Shield 21 episod 1-8.... sebenarnya sebelum ni aku dok ikut citer tu tru manga jer... pasni nak cari episod berikutnyer lah.... Balik umah, trus layan vcd ler..
Malam tu, aku ajak Ajai pi Care4 subang.... aku suka pi sana, compare ngan midvalley walaupun midvallley jauh lebih dekat..... Sbb kat situ byk pilihan, and then tak sesak... Aku beli towel utk ke gym ari ni.... nak main badminton ngan Azman.... dah berbulan rasanya tak turun gym... towel aku kat situ sure dah kena buang...... Survey gak Dvd, berkenan le plak bran Samsung... alamak.. nak beli yang mana satu ek... nanti ler lambung syiling....
Balik umah layan Tarzan and Smallvile, pastu lelap.....

Kekadamg tu, kita tak selalunya dapat apa yang kita nak... Bersyukurlah dengan apa yang kita ada... nyata lebih menenangkan

Friday, November 11, 2005

Assalamualaikum,

Balik keje semalam ujan lebat lagi.... kali ni worse dari hari sebelum tu.... dengan angin yang kencang sampai aku bawak moto pun melelong.. Aku tak tau kenapa aku boleh meneruskan jugak perjalan, sedangkan ramai penunggang motosikal yang dah mula berteduh..... Hati aku memang berdegup kencang masa tu, sekencang angin yang meniup motosikal aku... memang aku terasa yang tayar motosikal aku nyaris tergelincir bila aku membrek..... Tapi, alhamdulillah... selamat gak sampai umah.....
Semalam, akhirnya buat pertama kali aku cakap ngan zura on the phone setelah berbulan cuba mintak no tipon dari dia.... tak banyak yang kami borak.... just sembang kosong jer... nak ajak tgk wayang, tapi jual mahal.. kena ader blink le plak baru nak pi.... mcm le kiter nak culik dia... huhu.. (jgn marah ek zura).... sebenarnya masa sembang ngan zura tu, aku tgh layan citer Legend of Zorro... Best gak ler, cuma gambar vcd cetak rompak tu gelap sangat..... bila malam tu, muka pon tak nampak.... kadar penghayatan pun jadi kurang ler.... After that aku layan citer Sky High lak... ala citer sekolah untuk superhero tu.... walaupun citer tu lebih sesuai untuk kanak-kanak.... aku tetap enjoy.... daripada citer zorro yang gelap-gulita tu...... Pukul 12 lebih baru aku tido.... sedapnyer tidur diulit curahan hujan diluar..... nyaris aku nak terbabas... sib baik la roomate aku bangun awal.... kalau tak.... mau lewat ari ni....

Ari aku dah rasa lega sket, aku dah boleh melupakan dia.... sebenarnya takda harapan pun dalam diri ni.... cuma..... entahla, susah nak explain....

Thursday, November 10, 2005

Assalamualaikum,

Semalam aku balik dalam ujan, mula perjalanan ok jer... tapi bila dah sampai kat jalan travers, ujan turun mencurah-curah.... Seakan tahu apa yang tersirat di hati aku pada masa tu. Kenapa cepat sangat aku boleh terjatuh cinta pada dia, kenapa cepat sangat semua ni terjadi.... Sebelum terlewat, biarlah aku mengambil langkah untuk selamatkan hati aku dari terluka.... Buat yang di sana, selamat bebahgia dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu.... kalau ada rintangan, sabarlah dalam menghadapi... setiap masaalah dan halangan ada jalan penyelesaian asalkan kita tak panik dalam mencari jawapan......

Cerita yang aku nanti-nantikan dah hampir muncul di pawagam, aku dah plan nak pi tgk ngan ajai.. oleh sbb cuti sekolah, kena la tgk midnight... kalau weekend sure fullhouse..... Sesaper nak join aku tgk Harry Potter and the Goblet of Fire, sila la jerit kat shoutbox... boleh aku booking kan tiket skali nanti.... Sure gempaqnyer siri ni, sbb Harry dah tahun 4 .... Magic pon dah makin power....

Wednesday, November 09, 2005

Assalamualaikum,


Ini hari aku nak nyanyi sket..... besh lagu ni... tiba-tiba lak bermain dalam pala otak aku....


Milik Siapakah Gadis Ini


Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam...

Aku teringat satu pesan dari Saidina Ali bin Abi Thalib, " Berputus asa (terhadap wanita) adalah kebebasan, harapan itu satu penyeksaan". Mungkin, inilah yang patut aku lakukan... biarlah seperti aku tak pernah mengenalinya... biarlah dia sekadar teman biasa.... kalau dah jodoh, tak kemana, ye tak? huhuhu



Tuesday, November 08, 2005

Assalamualaikum,

Aku letih la, bila ramai yang tau umur aku 28, diorang semuanya tak percaya... pastu mula la bertanyakan dulu aku kerja kat mana.... bila aku explain yang aku tak penah keje sebelum ni..... lagi la diorang tak pecaya.... ye la.. aku keje kat bnm ni baru 3 tahun lebih... masa aku mula keje kat sini umur aku baru nak masuk 25 tahun.... kemana menghilangnya usia aku yang selebihnya..... Aku pun explain kat diorang yang dulu aku study kat U.M tapi tak abis...... Lepas tu mula la tanya aku ambik course apa.. kenapa tak abis.... Bila aku crita yang dulu aku ambik course Biomedical Sc. .... ader la yang bersuara " Ooooo, kalau tak ko jadi doctor le yea"..... Adey la.... Biomedical Sc. ni bukannya jadi doktor la kekawan sekalian.....
Mai aku nak crita sket aper tugas2 Saintis bioperubatan ni..... Sebenarnya post2 biomedical sc banyak terdapat dalam lab2 perubatan di hospital-hospital kerajaan atau pun swasta... Tugas2 diorang tertumpu kepada analisis sample2 yang diambil dari pesakit untuk dibuat diagnostic test.... Contohnya, pesakit yang datang dengan jangkitan pada salur pernafasan, akan diambil kahak untuk dibuat ujian, bagi mengetahui apakah jenis jangkitan yang terlibat.... Doktor cuma boleh membuat andaian, tapi biomedical Sc. akan memastikan jenis jangkitan.....Parasit Dientamoeba fragilis yang diambil dari najis pesakit... aku ambik gambar ni menggunakan multiphase microscope masa buat tesis dulu

Skop bidang sains perubatan, memang luas sekali(sbb tu la aku takleh nak handle dulu).... Seluas bidang perubatan itu sendiri..... Contohnya, bidang Parasitology(parasite), bacteriology, virology, blood banking, haematology(semua berkaitan darah), genetic, Pharmacology, Clinical Chem. etc....... dulu aku major in bacteriology and parasitology.. kalo abis study dulu, dah tentu keje kat hospital.. tak le terperangkap dalam BNM ni..... Nak wat cam na..... 5 tahun di sia-siakan mcm tu ajer.. huhuhu


Aku tau aku takder harapan untuk milikinya.... tambahan bila aku tau dia sudah berpunya(betul ke?)..... biarlah aku simpan segalanya didalam hati... walaupun terasa benar yang hati ni mula terjatuh padanya..... Arghhhhhh!!!!!... Tidak!!!.. apa yang ku takutkan telah terjadi.....

Monday, November 07, 2005

Assalamualaikum.....

5 Syawal, ari ni dah start keje..... kepala still dok ingat kampung lagi, bagi aku, Aidilfitri tahun ni adalah antara yang bermakna. Compare ngan last year... this year aku banyak sket bergerak dari dok umah ajer.... dulu aku sampai penah kena brand sebagai suri rumah sepenuh masa..... Apa kena, aku pon tak tau.... balik-balik ajer kampung.. aku dah tak leh dok umah.... malam mesti nak kluar.... aku mula join ngan bebudak kampung aku... walaupun aku paling senior daripada sesemua tu.... tapi still boleh enjoy.... lepak kedai mamak, pi karaoke... pusing2 lake... banyak ler jugak aktiviti aku..... jangan kater mak aku.... aku pon tekejut gak.... macam tak caya jer aku leh join diorang.... sebenarnya ok gak aku buat cenggitu.. boleh ler aku monitor pergerakan 2 org adik aku yang slalu join diorang... nak tau gak aper yang diorang slalu buat balik lewat2.. alhamdulillah takder benda yang tak sihat..
1st Syawal aku pusing2 umah kekawan aku kat kampung tu.... termasuk la umah cik tipah kat kamunting... sempat gak la pekena dia... maklum la, dia bukannyer cam aku pon... aku suruh member aku nyamar jadi aku... sian gak tgk muka dia terpinga-pinga... bila mak dia dah tanya yang mana satu keje bnm... terpaksa la aku angkat tangan..... tak elok woo tipu org tua...... best sembang ngan abah cik tipah kita ni... banyak citer yang kluar... lebih kurang sejam gak ler dok kat situ...... kalo tak sebab ader umah yang perlu dilawati lagi, silap2 sampai maghrib.. huhuhu
2nd and 3rd syawal aku aku lebih banyak dok umah jer... tunggu orang dtg umah lak... 4 syawal aku dah kena balik kl..... member aku, Rohaidi tumpang aku balik kl.... tah aper bala, moto aku pancit kena paku kat rawang..... aku ngan dee dah mati kutu... igt nak tolak sampai exit Rawang.... sib baik la, belum sempat tolak, ader orang berenti untuk tolong kami.... Dalam kepala aku, ni mesti melayang dalam Rm30.... rupanya diorang mintak harga tiub jer.. rm5... aku tak sampai hati lak.. aku ulur ler Rm20...... Aku ngan Dee tekejut gak.... tak sangka ader lagi org yang mcm tu dalam dunia ni lagi.. igt dah pupus........ Thanks guys....

Sungguh aku terpegun.. sungguh aku terpana dengan keayuanmu.... namun siapalah aku untuk miliki bunga yang layak dijadikan perhiasan istana.... untuk miliki keayuan itu? Biarla aku sekadar pemerhati... melihat keayuannya dari jauh.... untuk ku miliki? Hanya mimpi...............


Pergh!!!!... karat siot.....

Friday, October 28, 2005

Assalamualaikum,

Ari merupakan ari terakhir aku kat opis sebelum bercuti raya.. so aku nak ambik kesempatan ni untuk memohon seribu kemaafan kalau2 ader yang terasa dengan coretan aku sepanjang aku berblog ni.... Sesungguhnya aku ni pun manusia yang tak lari dari melakukan kesalahan.....

Image hosted by Photobucket.com


Sekian... Wassalam..

Thursday, October 27, 2005

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan
memilih jodoh.
Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.


Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti;
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Wednesday, October 26, 2005

Countdown

Assalamualaikum,

Kenapa rasa lambat jer hari-hari yang berlalu... setiap detik tu rasa makin perlahan.... kepala aku dah dok igt kampung jer... keje pun makin malas.... kalau boleh ari ni gak aku nak ambik cuti balik kampung... cuti banyak lagi ni.... Tapi saper plak nak buat keje aku nanti...
Sebenarnya aku tak sabar nak main mercun yang aku beli dari emli ari tu.. abis la duit aku dalam RM70 hinggit angkara mercun punya pasal.... adik2 aku kat kampung pon dah tak sabar tunggu aku.. Di ingat balik rasa membazir lak beli mercun sampai mcm tu punya banyak..... beli baju raya pun ok... tapi setahun sekali punya kes, takper la... janji heppi....
Tahun ni seperti 3-4 tahun yang lepas, aku balik beraya naik moto lagi..... aku rasa seronok plak balik naik moto ni... rasa bebas bila kat tengah-tengah highway tu daripada terkurung dalam bas atau kereta... memang la kurang selesa... tapi aku suka macam tu.... lagi pun ader la gak transport untuk aku merayap kat tepeng nanti..... malas la nak guna moto adik aku.... tak selesa....
Pada umat-umat yang rajin membaca blog aku ni(aku tau tak ramai).... Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin serta berhati-hati dijalan raya... ingatlah mereka yang tersayang.... kalau drebar bas tu bawak laju.... pi sound sket.... suruh dia bawak slow-slow... biar lambat asal selamat....

Tuesday, October 25, 2005

Satu Hari Di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Monday, October 24, 2005

Raya semakin hampir

Assalamualaikum,

Raya semakin hampir, hari ni aku betul-betul lesu sbb semalam dan ari sabtu jalan sakan dgn ajai, ari sabtu kami jalan ke midvalley, ari ahad pulak kat sogo dan bazar ramadhan. Pagi tadi aku tak sahur, nak bangun pun tak boleh.
Apa keistimewaan raya tahun ni bagi aku? Emmm, aku tak tau nak jawab macam mana soalan tu, sbb bagi aku, kebelakangan ni, raya dah kosong.... dah tak ada pengertian... aku tak rasa kegembiraan macam dulu.. mungkin bila kita meningkat dewasa kita kurang merasa kemeriahan..... Tahun ni aku still akan bagi duit raya pada budak2 yang datang... entah la.. aku rasa seronok memberi... aku teringat balik masa aku kanak2 dulu, memang seronok dapat duit raya... aku nak diorang pun rasa keseronokan tu... Cuma zaman dah berubah, kalau dulu 20 posen pun dah cukup, skarang sekepala mau sehinggit, takpe.. duit boleh dicari.... kegembiraan amat susah didapati... Lagipun aku dapat rasa kekosongan di hati ni dapat diisi dengan memberi....
Sempena ari raya ni aku tujukan lagu feveret aku ni untuk kekawan yang sudi singgah, dengan ucapan... hargailah mereka yang hampir dengan anda... sbb kita tak tahu bila mereka akan meninggalkan kita.

Ku Pohon Restu Ayah Bonda

( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

( ulang korus )

Kesalahan diri ku...

Tuesday, October 18, 2005

Housemate

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak cerita mengenai rakan-rakan serumah aku... tentu ramai yang dah tau yang aku dah pindah rumah... pada yang tak tau.. mai aku nak bagi tau skali lagi...
Skarang ni aku dok ngan member-member aku kat pantai dalam, cuma beberapa blok ajer dari rumah lama aku. Untuk pengetahuan korang aku dah kenal budak2 umah aku ni dah lebih kurang 11 tahun.. Semua dari Asasi Sains U.M, class of 95/96, Kolej Kediaman Pertama....
Jom aku kenalkan sesorang(rujuk gambar di atas). Yang paling kiri tu.. tak payah la aku kenalkan... tu la aku.. yang kat sebelah aku tu.. ala yang macam YB tu namanya Azizuldin a.k.a Dzul a.k.a Master... Dia ni dulu ambik Chemical Engineering, oleh kerana sbb yang aku pasti amat2 munasabah... dia tak boleh nak abiskan..... sekarang ni dia dok tolong bapak dia kat Tangkak... urus ladang kelapa sawit.... Bila dia dah boring kat Tangkak tu.. dia balik la Pantai Dalam.. kekadang tu sampai berbulan lamanya kat kampung... tapi bila balik sini.... keje dia cuma lepak depan pc... bestnyer idup... Lagi satu.. dia ni cukup misteri... rahsia byk tu...Setakat yang aku tau... dia ni takder makwe and tak pernah bermakwe... bagi sesaper yang berminat... boleh la msg saya.. nanti saya mintak approval dari dia.. hahaha....
Yang pakai baju putih tu namanya shaharis a.k.a Shahkran(sempena nama shahrukh) hahaha... dia ni Penang mai punya.... Baru grad computer Sc. dia baru jer dpt keje sementara.. aper nama company tu aku pun tak igt dah.... Baru2 ni dia clash ngan makwe dia yang dah 4 tahun bersama... kesian gak aku tgk.... sampai tertonggeng la.... sayang bangat le katakan..... sib baik baru-baru ni ader sesorang yang telah mencuri hati dia..... at least boleh gak buat semangat untuk dia lupakan ex dia tu...
Yang pakai baju pengantin tu namanya Yusouff a.k.a Ucop.... baru jer kawin.. tapi terpaksa berjauhan dgn wife dia.... wife dia cikgu kat Jasin... dia lak R.A kat U.M.. opppss .. lupalak nak bagi tau.. dia grad Mechanical Engin.... Setiap ari jumaat sure ilang punyer..... balik Jasin... mana tahan berjauhan lama2 oooo.... huhuhu.....
Sebelah wife ucop tu namanya Wira.. Jawa tulen tu, aku igt lagi dulu dia selalu call kampung and then speaking jawa.... sepatah pun aku tak paham.... tapi yang bagusnyer... setiap kali raya, sure segundi kuih raya dia bawak balik kl.. pergh... puas makan beb... jawa pun jawa lah.... hahaha.... Wira ni budak accounting dulu.... and still single..
Lastly, yang macam budak skolah tu, namanya Rozaiman a.k.a Ajai.... tapi ajai ni takder Nurul, still single gak... dia ni skarang keje kat PTPTN.... bagi sesaper yang nak tanya pasal study loan boleh la tanya ajai ni.... dia ni coursemate Wira, budak accounting gak dulu.... seperti biasa.. sesaper yang nak berkenalan... boleh tru aku.. untung tau saper dapt dia ni.... baik tau... tak pernah bermakwe tu....hahahah
ok la... itu la serba sikit tentang housemate aku.... nak tau lelebih, kenala kenal dengan lebih rapat... kata orang, tak kenal maka tak cinta... dah kenal boleh jatuh cinta.. hahaha


Pssttt... ajai... aku promote hang.. takan takdak apa2 kot....huhuhu


Tuesday, October 11, 2005

Puasa

Assalamualaikum,

Napala baru-baru ni aku malas sangat nak update blog, maybe sbb keje aku makin bertambah-tambah kot. So, pada kekawan yang rajin dok jengok blog aku ni..... terima kasih kerana sabar menanti.

Kejap je ek, dah seminggu kita berpuasa, masa yang berlalu begitu pantas... rasa tak sedar pun dah seminggu.. Lain la pulak kalau kita asyik menghitung hari nak raya, kalau mcm tu, sure la rasa lambat. Dalam seminggu berpuasa ni, takda banyak yang berlaku, menu berbuka and bersahur pun sama jer, kecuali la ari jumaat lepas, aku berbuka kat restoran Pakcik Samuri yang femes tu... Adik aku banjer, sbb ari sabtu dia dah nak ke Sabah, so keseorangan la adik ipar aku kat sini... Aku try call dia tak dapat2, nampak sgt la kat Kunak tu takder line....

Apa la dugaan yang bakal menjelma dalam bulan poser ni... selalunya dalam bulan ramadhan ni mesti byk dugaan yang akan datang.... kenala byk bersabar... Tapi dah ader hint yang ader beberapa dugaan akan tiba tak lama lagi.... Dalam bulan puasa ni jam biologi aku turut berubah... pukul 5 dah bangun sahur... pukul 10 dah ngantuk giler.... letak kepala jer.... sure hanyut.... Lepas raya ni nak kena adjust balik... tak bujang la kalau tido awal... hahaha....

P/s: Rasa malas lak nak raya tahun ni.. naper ekkkkk

Tuesday, October 04, 2005

Recap of last 2 weeks

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update blog ni, entah la kenapa... nak kata busy... takla sebusy sampai tak boleh nak update blog. Ok, straight to the point, on sunday 25/9/2005 ader merupakan hari bersejarah dalam famili aku kat kampung, ye la first time umah aku ader kenduri kawin... sapa lagi kalau bukan adik aku lan. Biasala, kenduri belah laki le pulak. Tak banyak yang aku boleh citer, sbb aku pun tak tau nak citer apa(takder mood nak citer ni). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, seperti dirahmati, Taiping yang masa tu tiap-tiap hari hujan tapi on that wedding day, cerah elok jer....


Bersanding



Ok tutup citer pasal kawin, last sunday aku dah pin dah kerumah member-member aku masa study dulu.... member asasi kat first colledge u.m dulu... Dah hampir 10 tahun kami kenal.... perangai masin-masing pun dah masak sangat... yang pasti, bulan puasa ni takder la aku nak berbuka sorang2... ader gak Ajai, Wira, sharis, master and usop untuk berbuka skali... walaupun masuk rumah baru(yang dah usang.. hahahaha) aku tak rasa janggal langsung....

Tuesday, September 20, 2005

Wedding

Last weeend, adik aku dah selamat melansungkan perkahwinan dengan buah hati dia Siti Norniza... setelah lebih kurang 2 bulan merancang... akhirnya semua telah menuju ke penamat... So, last week hidup aku pun turut tunggang-langgang la... biasa arr.. the first marriage in my family... semuanya first time.. takder pengalaman lagi..... adik aku ni asal jadi jerk... yang lain2 tak kisah... sampai pakai inai pun pagi nak kawin tu baru pakai.... Sebenarnya diorang dah akad nikah ari rabu sebelum tu..... tak le kelam kabut sgt.... if not... i can't imagine la... sbb pagi weekend tu pun dah kelam-kabut semacm jerk...
Hari kami bermula pukul 7 pagi ahad tu... adik ajak aku pi umah makcik aku kat shah alam utk ambik baju pengantin dari mak aku yang dah sampai kat pada pukul 3 pagi lagi..... Mak aii... ramai gak family aku yang datang.... aku lak yang tensen... mana taknyer.... tak abis2 tanya soalan bila nak kawen..huhuhu.... kasi duit... kasi calon... aku kawen la.... apo raa....Pastu lak kami ke Puchong, umah pengantin perempuan utk hantar baju pengantin perempuan.... diorang guna kaler ijau... nanti aku post la gambor.... saborrr....
Dah antar baju.. kami balik ke umah kat pantai dalam... adik aku yang kecik skali pun ikut.... time tu lah baru nak pakai inai... pakai lebih kurang sejam jer, warna inai pun oren semacam jer.... jadilaaaaa... aku call member aku sharis... sbb dia kata nak ikut skali.. maklum la... orang dah bujang balik.... mana nak tau kot bertemu sapa2 kat sana ker... apa2 pun sharis... beratur blakang aku ek... aku chop dulu.... huhuhuhu...
Dah siap semua.. kami pun ke shah alam semula... kat sana lah baru nak buat final preparation... alamk... takda sorang pun yang reti nak pakaikan samping.... sib baik la jiran makcik aku reti.. kami import dia jap..... siap tolong makeup kan adik aku lagi.... free of charge.. oh tidak.. upah bunga telur 2 bijik... hehehe....
Reti ke tu mak?

Semua dah ok... dah confident ok... konvoi kami pun bertolak... Ade brapa bijik kereta ek... jap nak kira.... ada 5 bijik kereta... dan sebijik van... dalam perjalanan tu tah macam mana adik aku pi megong lak.... dia tunjuk jalan lain.... rombongan yang lain2 pulak follow sepupu aku ikut jalan lain.... tinggal lah kereta pengantin bersendirian ikut jalan lain... sib baikla sepupu aku tau jalan....Bila dah sampai sana tu..... emm... tak byk cerita nak aku taip kat sini.... everything going smoothly..semuanya dah slamat....... Yang aku tensen.... napa la tak abis2 dgn soalan tu.... mak ipar adik aku pun dok tanya aku soalan tu.... adoi.... tensen..... Berarak..
Apo pandang-pandang?

Uish bang.. sodapnyer lauk....
akhirnya.. ada gak gambor kameraman

Friday, September 16, 2005

MIMPI

Kala malam datang dan rasa kantuk membentangkan selimutnya di wajah bumi, aku bangun dan berjalan ke laut, "Laut tidak pernah tidur, dan dalam keterjagaannya itu laut menjadi penghibur bagi jiwa yang terjaga.",

Ketika aku sampai di pantai, kabus dari gunung menjuntaikan kakinya seperti selembar jilbab yang menghiasi wajah seorang gadis. Aku melihat ombak yang berdeburan. Aku mendengar puji-pujiannya kepada Tuhan dan bermeditasi di atas kekuatan abadi yang
tersembunyi di dalam ombak-ombak itu - kekuatan yang lari bersama angin, mendaki gunung, tersenyum lewat bibir sang mawar dan menyanyi dengan desiran air yang mengalir di parit-parit.

Lalu aku melihat tiga Putera Kegelapan duduk di atas sebongkah batu. Aku menghampirinya seolah-olah ada kekuatan yang menarikku tanpa aku dapat melawannya.

Aku berhenti beberapa langkah dari Putera Kegelapan itu seakan-akan ada tenaga magis yang menahanku. Saat itu, salah satunya berdiri dan dengan suara yang seolah berasal dari dalam laut ia berkata:
"Hidup tanpa cinta ibarat pohon yang tidak berbunga dan berbuah. Dan cinta tanpa keindahan seperti bunga tanpa aroma semerbak dan seperti buah tanpa biji. Hidup, cinta dan keindahan adalah tiga dalam satu, yang tidak dapat dipisahkan ataupun diubah."

Putera kedua berkata dengan suara bergema seperti air terjun,"Hidup tanpa berjuang seperti empat musim yang kehilangan musim bunganya. Dan perjuangan tanpa hak seperti padang pasir yang tandus. Hidup, perjuangan dan hak adalah tiga dalam satu yang tidak dapat dipisahkan ataupun diubah."

Kemudian Putera ketiga membuka mulutnya seperti dentuman halilintar :

"Hidup tanpa kebebasan seperti tubuh tanpa jiwa, dan kebebasan tanpa akal seperti roh yang kebingungan. Hidup, kebebasan dan akal adalah tiga dalam satu, abadi
dan tidak pernah sirna."

Selanjutnya ketiga-tiganya berdiri dan berkata dengan suara yang menggerunkan sekali:

'Itulah anak-anak cinta,
Buah dari perjuangan,
Akibat dari kebebasan,
Tiga manifestasi Tuhan,
Dan Tuhan adalah ungkapan
dari alam yang bijaksana.'

Saat itu diam melangut, hanya gemersik sayap-sayap yang tak nampak dan getaran tubuh-tubuh halus yang terus-menerus.

Aku menutup mata dan mendengar gema yang baru saja berlalu. Ketika aku membuka mataku, aku tidak lagi melihat Putera-Putera Kegelapan itu, hanya laut yang dipeluk halimunan. Aku duduk, tidak memandang apa-apa pun kecuali asap dupa yang menggulung ke syurga.

:+: Khalil Gibran :+:

Thursday, September 15, 2005

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Tuesday, September 13, 2005

Treasure Hunt

Lama rasanya aku tak merepek dalam ni... 2-3 menjak ni rasa malas lak... keja pun dah berlambak... tak sempatla nak meluangkan masa mengupdatekan blog ni... last weekend BNM buat treasure from kl to kuantan... memang enjoyla tru' out that hunt.... Setiap team terdiri dari 4 peserta... ahli2 team aku ialah, dalila, aden and suraya... yup, aku sorang jer lelaki dalam keter tu... siap kener harass lak tu.. hehehe... kami naik keter honda city aden yang baru jer kluar... perghh..... bau kedai lagi tu......

Tengah lastik tin

Tentang detail treasure hunt ni aku malas la nak cerita.... yang pasti penat giler... kami clock out dari bnm 7.38... dan sampai kat haytt regency kuantan jam 4.08... betul-betul tepat dengan masa yang diberikan selama 8 jam setengah......
Malam tu kami dinner.... theme utk malam tu ialah character from the movie... team aku pakai custome lanun.... kiranya aku ni chief lanun la... tak sangka, hampir semua team partipate dalam custome dinner ni.... selalunya staff bnm tak suka buat benda2 pelik mcm ni.... kali ni aku nampak byk kelainan daripada acara2 bnm sebelum ni..... kami dihiburkan oleh band tempatan... "the road block" walaupun band biasa, tapi amat2 menghiburkan.... Dengan M.C yang kelakar giler.... sampai senak perut aku ketawa... Disamping tu exbintang Rtm Feyzal Ayob sempat gak mendendangkan lagu gadis melayu... siap gelek ala2 inul tu... pergh.. tapi still tak dapat menandingi kepoweran vokal azuraini yang mendendangkan lagu anuar zain.... meremang bulu roma aku tuuuu.... apa2 pun all the central bankers memang best ari tu...... next year... aku sure join lagi... insyallah...
Ari ahad tu, aku nak bangun pun seksa.... letih beb.... lepas breakfast.... lepak kat pantai jap... member ajak main beach volley lak.... aku bukan pernah main... tapi hantam sajala... okay la jugak....hehehe... pukul 12.00 checkout... malasnya nak balik K.L .......tapi nak buat macam mana.... ari isnin kejeeeeeeeee
From left, akma, dalila, suraya, aden, kak ayu, me... duduk, kak anim, farah and ejon

From left Haniff, me, ejon, qaiser, farah, kak anim, nasir, kak ayu..... kat depan azwan, odah... yang sedang ambik gambar, akma

Beach volley.... aku berbaju kuning

P/s: More picture comming.... tungguuuuuu

Monday, August 22, 2005

From Taiping with Luv

Last weekend aku balik kampung... igt kot nak balik sesorang.. tiba2 last minit adik aku ngan wife to be dia nak ikut skali lak... diorang nak tempah baju utk majlis diorang nanti... so daripada nak naik moto... naik la kelisa dioramg..... aku jadi penumpang.. dok kat blakang.. tidoq... pergh.. bestnya...
Mula-mula aku cadang nak bertolak dalam pukul 3 ptg... boleh la sampai awal sket... adik ipar aku lak tak boleh balik awal.... kenala tunggu sampai abis opis.. rugi cuti halfday aku.... takpola.. aku membuta la dulu... elok je pukul 6 diorang pon sampai.... sempat la pulak aku membebel kat adik aku... dia buat dek ajer la.... dah sampai bawah... igt kot nak trus ke highway.. rupa-rupanya nak kena pi puchong pulak dah.. ayo yo... poning pala den la... sampai puchong dalam pukul 7 lebih.... lepas maghrib baru kami bertolak lak... jalan punya sesak la... aku yang dok kat blakang pon dah pening-pening lalat... sib baik la kelisa tu auto... tekan minyak jer la...
Dah masuk highway utara selatan igt kot dah ok... tah macam mana pulak... sesak nak mampus sebelum sampai rawang... ada operasi bersepadu lak kat petronas rawang..... adoila... perut aku dah la berbunyi-bunyi.. lapo giler....
Dekat pukul 10 sampai rawang... lepak jap kat R&R rawang tu... tak tau nak makan apo... takder aper yang menarik pon.. lapar punya pasal..... bedal jer la nasi ayam...... abis makan trus chow..... sib baik perjalanan seterusnya lancar... tak tau bila aku terlelap.. sedar-sedar dah ada kat ipoh..... masa tu dah dekat 12 lebih.... pukul 1 baru la sampai taiping... mak ngan ayah aku dah siap menunggu... mesti depa risau.... iyo la, mula2 kata sampai dalam pukul 11...
Aku tak buat apo pun kat taiping... just lepak-lepak jer la.... pastu nyampuk-nyampuk la sket adik ngan adik ipor aku tgh discuss pasal majlis diorang... adik aku yang TLDM t pun ader kat umah, cuti 2 minggu.. tapi srupa macam takder jer la.... merayap ajer kejer dia.... takpola... masuk kem nanti... kena perintah berkurung la dia... padan muka...

Adik ngan adik ipar aku tgh pening kpala
Ada gaya tentera laut ke mamat ni? macam bohjan adala
Uik.. sapo pi snap gambor aku ni?

Tuesday, August 16, 2005

Alhamdulillah

Alhamdulillah..... ari ni aku rasa tenang sikit... compare dengan hari-hari yang sebelumnya...... nyata dia bukanla segalanya dalam hidup aku..... life's more than that.... life's full of joy if you just know how to live it.... Memang aku kecewa, memang aku frust... aku kecewa bukan sebab takdir..... tapi sebab dia yang suka menggunakan alasan takdir.......Tapi ada baiknya semua ni terjadi... there's always a bigger reason for everything...
Pada kawan-kawanku... hangpa semua tentu tau kan aku macam mana...... nothing can keep me down for long.... aku frust pun kejap ajer... bukannya sebab aku tak sayang... bukan sebab aku tak cinta..... tapi kita kena la fikir secara rasional..... bila emosi menguasai diri........ semuanya diluar kawalan...
Dari semalam.... sampaila pagi ni....dia asyik antar msg utk dimaafkan.... aku tak cakap apa-apa... aku malas nak cakap apa-apa... nanti aku cakap.... sakit lak ati... baik aku senyap jer la.....
Erkkk... rasa nak balik kampung le pulak.... teringin pulak nak jumpa adik aku yang baru lepas training TLDM tu.... macam mana la agaknya dia..... dia tgh cuti 2 minggu, lepas ni nak pi posting kat Lumut... takla jauh sgt tu..... kena pi sabah baru tau....
Bercakap pasal Sabah .... adik aku yang angah... dapat keje kat golden hope plantation.... and nak kena posting kat sabah awal oktober ni.... sekarang tgh gila rancang nak kawin.... katanya dalam akhir bulan 9 ni... kursus semua dah pi..... surat kebenaran dari pejabat kadi pun dah dapat.... Nampaknya jodoh dia sampai dulu la.....
Aku kenala pindah ke umah member2 aku kat pantai dalam gak.... Ajai.. here i come... jangan lupa kemas bilik.... barang aku banyak siot..... it'll be just like old days...

p/s: takda hidup yang sempurna.... kalau kita dapat menerima ketaksempurnaan tu... sudah cukup untuk merasa bahagia

Monday, August 15, 2005

Impian dan Harapan

Assalamualaikum,
Lama rasanya aku tak update blog ni... terutamanya sejak apa yang jadi dalam 2-3 minggu yang lepas.... kemuncaknya telah tercapai 2-3 hari lalu.... Aku betul-betul tak sangka begini akhirnya.... impian yang selama ni aku idamkan... nyata sekadar mimpi... Tak cukupkah dengan apa yang aku korbankan selama ni.... tak cukupkah semua tu... manis dibibir bermain kata... indah senyuman membelah jiwa...
Awak tak sebaik mana pun, dah puas saya bersabar dengan awak.... tak tau la sapa lagi yang boleh bertahan dengan baran awak tu..... silap cakap sikit, mula la nak melenting.... tapi kita sabar..... kita tahan... malah kita beri sepenuh kasih sayang pada awak..kita sayang sangat-sangat kat awak..kita tak pernah fikirkan perasaan sendiri.... setiap benda yang kita buat.... kita pikirkan awak... kita buat segalanya untuk awak...awak sakit kita pi antar ubat... awak bosan... kita pi ambik awak pi jalan2, walaupun time tu kita tgh penat giler2... malah.. assigment awak pun kiter tolong buatkan... segalanya bermula bila makcik awak nak satukan awak dengan anak saudaranya, awak terus berubah arah.... alasannya, tak nak kecewakan keluarga..... awak ingat saya ni tunggul ke? tempat persinggahan awak semasa bosan ke? Awak ingat la sikit.... kita berkenalan pun dengan restu famili. Mudahnya awak korbankan perasaan kita... mudahnya awak hancurkan harapan kita......
Mujur ada mak... kawan-kawan... yang jadi tempat aku mengadu...(thanks ila) ..... takpala, kalau awak nak sangat dengan anak saudara mak andak awak tu... pergi la kat dia.... mak kita pun pernah cakap.... perempuan ramai lagi.... buat apa nak terhegeh-hegeh dengan orang yang tak nak kat kita.... dah takda jodoh... nak buat macam mana..... biarla memori indah kita pergi bersama angin lalu.... luruh bersama dedaun kering...
P/s: Kita boleh terima awak sebagai kawan, sbb sungguh sukar untuk membenci awak... walaupun pernah ku cuba... namun kebencian tiada di hati.... tapi nak anggap sebagai abang tu... sori la beb... aku tak semulia tu....

Monday, August 01, 2005

Ku Pendam Sebuah Duka

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta
Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana
Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan
Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimpi yang kau harapkan
Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri
Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...

Thursday, July 28, 2005

Kasih Sayang, Kekayaan dan Kejayaan

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Mutiara Kata

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. -Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib
Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib
Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib
Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut -Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifar Umar al Khattab
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Kekayaan yg sebenar ialah akal ,kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. Saidina Ali bin Abi Thalib
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan -Saidina Ali bin Abi Thalib

Monday, July 25, 2005

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisahKini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya
Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa
Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini
Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku
Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)(Luka cintaku)

Friday, July 22, 2005

Takdir

Apa lagi harus kulakukan
Setelah semua kau anggap tak bermakna
Apa salahku cuba kau fikirkan
Sedangkan semua kulakukan untukmu
Ku bukanlah seorang wira
Yang memerlukan kekuatan
Setandingnya
Aku hanyalah manusia biasa
Tak punyai semua
Apa salah ku kini kau menyepi
Tak tahu di mana nilai kejujuranmu
Mungkin kita tak dapat bersama
Kerana hatimu tak sehati deganku
Capai citamu
Lupakan daku
Jika itu yang ingin kau lakukan
Anggaplah semua
Memori yang indah
Akan kusimpan hingga akhir hayat
Bukan aku tak sayang lagi
Bukan aku tak cintakanmu
Tapi semua... takdir yang menentukan