Friday, December 30, 2005

** Sigh **

Assalamualaikum...

Ish..... Malasnya aku nak kerja hari ni... staff kat department aku ni pun ramai yang tengah bercuti... mood nak kerja pon tak dak... Aku dah try mintak cuti untuk hari ni.... tapi boss aku tak bagi... Lagi pun aku ada keja perlu disettle sebelum 3 hb nanti... terpaksala berkorban sket... Ikut hati mau balik kampung lagi minggu ni... aku rasa best balik kampung... malam boleh merayap ngan geng.. kat sini.. pukul 10 dah boleh lena...
Hermmm..... 2005 dah hampir melabuhkan tirai... tirai 2006 pulak dah hampir tersingkap... apa yang aku achive sepanjang tahun 2005 ni? In life.. rasanya takda apa la kot.. but in work.. ada la sikit... keje aku dah makin bertambah.. dah makin independent... harap prestasi keje aku dapat dipertingkatkan lagi...
Tahun ni jugak maknanya dah 3 tahun lebih aku kat BNM ni... aku dah layak untuk apply scholarship... ramai staff kat department aku suruh aku sambung study.. termasuk gak la Boss besar dan manager aku... Bukan aku tak nak lagi.... aku masih terasa betapa peritnya kat u.m dulu.... walaupun aku tau banyak dah berubah.... tapi terasa macam semalam.. biarla aku digest dulu seberapa banyak knowledge yang aku dapat kat sini... aku tak nak bila sambung study nanti.. aku dalam keadaan 'zero'... aku nak bersedia lebih awal....
Dah lama rasanya aku takpi bercuti.. this year aku cuma pergi Penang and PD jer.... aku plan nak pegi fraser hill lak la next year... aku penah pi skali dulu kat sana.. best sangat... segar and nyaman... dikelilingi flora dan fauna.... tak ada pembangunan... tak ada pencemaran..... aku suka tempat-tempat macam tu...
Last year jugak aku terasa ditinggalkan seseorang.. macam mana peritnya bercinta... macam mana seksanya merindu... nasib baik aku ni cepat jer 'bounce back'. Maybe aku ni positif minded kot... Takpala yang pergi tetap ada penganti 'wink' ......
Pokoknya... next year.. aku nak tengok ader sikit perkembangan dalam hidup ni... aku nak jadi lebih baik dengan apa yang aku buat......

kalau kita sentiasa gagal dalam sesuatu... adakah kita perlu mengalah atau terus lagi mencuba? Bagi aku.... jangan la obses untuk berjaya.. dan jangan pula mudah mengalah... biarlah bersederhana...

11 comments:

Anonymous said...

yea la 2005 dh nk labuh kan tudung tingkap nyer . tak pa la apa yg berlaku udah suratan lam idup kiter nie . ako harap ko tabah laa.. 2006 mana tahu ade yg lebih baik dr 2005 ,kita mana nk tau . .. seLAMat tahun baru.. kuatkan azam hang tu .

Sham said...

tima kaceh cik anonymous.. huhuhu

Anonymous said...

sesama la .. hang tu jgn cepat putus harapan.. ako sbg kawan hanya mampu doa kan utk kekawan mcm hang .. idup mesti mau hepi ..

ai said...

hmm..terpk nak continue study dlm bidang apa?? satu idea yg bagus untuk terus maju di masa hadapan.. Selamat Berjaya dalam 2006.

"I'm just somebody who happens to walk in your blog..my comment : nice blog you have here.."

sorry kalau komen i mengganggu..

Sham said...

takder yang mengganggu pun.. everybody can pen in their comment here..

Sham said...

ai ader blog tak? maybe boleh berkongsi dengan saya n rakan2 yang lain

Anonymous said...

salam new year .. ader tp blog dlm proses ubah suai la .. nati dah ok ako bg tahu kat hang

ai said...

ai ada blog..tapi baru je bermula lebey kurang seminggu yang lalu.. erkk..nak share ke?? emm... ok kot.. you can step into http://www.aicomei.blogspot.com

feel free to comment anyway.. but ai memang kurang masa utk apdet sbb online internet just waktu mlm..

Sham said...

ok.. thanks ai.. nanti sya link kan ai k

anakomak said...

wahh dapat kwn baru lagi ye bang long... :p

Sham said...

berkawan biar ramai kan? huhu