Tuesday, October 18, 2005

Housemate

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak cerita mengenai rakan-rakan serumah aku... tentu ramai yang dah tau yang aku dah pindah rumah... pada yang tak tau.. mai aku nak bagi tau skali lagi...
Skarang ni aku dok ngan member-member aku kat pantai dalam, cuma beberapa blok ajer dari rumah lama aku. Untuk pengetahuan korang aku dah kenal budak2 umah aku ni dah lebih kurang 11 tahun.. Semua dari Asasi Sains U.M, class of 95/96, Kolej Kediaman Pertama....
Jom aku kenalkan sesorang(rujuk gambar di atas). Yang paling kiri tu.. tak payah la aku kenalkan... tu la aku.. yang kat sebelah aku tu.. ala yang macam YB tu namanya Azizuldin a.k.a Dzul a.k.a Master... Dia ni dulu ambik Chemical Engineering, oleh kerana sbb yang aku pasti amat2 munasabah... dia tak boleh nak abiskan..... sekarang ni dia dok tolong bapak dia kat Tangkak... urus ladang kelapa sawit.... Bila dia dah boring kat Tangkak tu.. dia balik la Pantai Dalam.. kekadang tu sampai berbulan lamanya kat kampung... tapi bila balik sini.... keje dia cuma lepak depan pc... bestnyer idup... Lagi satu.. dia ni cukup misteri... rahsia byk tu...Setakat yang aku tau... dia ni takder makwe and tak pernah bermakwe... bagi sesaper yang berminat... boleh la msg saya.. nanti saya mintak approval dari dia.. hahaha....
Yang pakai baju putih tu namanya shaharis a.k.a Shahkran(sempena nama shahrukh) hahaha... dia ni Penang mai punya.... Baru grad computer Sc. dia baru jer dpt keje sementara.. aper nama company tu aku pun tak igt dah.... Baru2 ni dia clash ngan makwe dia yang dah 4 tahun bersama... kesian gak aku tgk.... sampai tertonggeng la.... sayang bangat le katakan..... sib baik baru-baru ni ader sesorang yang telah mencuri hati dia..... at least boleh gak buat semangat untuk dia lupakan ex dia tu...
Yang pakai baju pengantin tu namanya Yusouff a.k.a Ucop.... baru jer kawin.. tapi terpaksa berjauhan dgn wife dia.... wife dia cikgu kat Jasin... dia lak R.A kat U.M.. opppss .. lupalak nak bagi tau.. dia grad Mechanical Engin.... Setiap ari jumaat sure ilang punyer..... balik Jasin... mana tahan berjauhan lama2 oooo.... huhuhu.....
Sebelah wife ucop tu namanya Wira.. Jawa tulen tu, aku igt lagi dulu dia selalu call kampung and then speaking jawa.... sepatah pun aku tak paham.... tapi yang bagusnyer... setiap kali raya, sure segundi kuih raya dia bawak balik kl.. pergh... puas makan beb... jawa pun jawa lah.... hahaha.... Wira ni budak accounting dulu.... and still single..
Lastly, yang macam budak skolah tu, namanya Rozaiman a.k.a Ajai.... tapi ajai ni takder Nurul, still single gak... dia ni skarang keje kat PTPTN.... bagi sesaper yang nak tanya pasal study loan boleh la tanya ajai ni.... dia ni coursemate Wira, budak accounting gak dulu.... seperti biasa.. sesaper yang nak berkenalan... boleh tru aku.. untung tau saper dapt dia ni.... baik tau... tak pernah bermakwe tu....hahahah
ok la... itu la serba sikit tentang housemate aku.... nak tau lelebih, kenala kenal dengan lebih rapat... kata orang, tak kenal maka tak cinta... dah kenal boleh jatuh cinta.. hahaha


Pssttt... ajai... aku promote hang.. takan takdak apa2 kot....huhuhu


3 comments:

Anonymous said...

yaa...ni shahkrann atau shahrukhan atau shaharris nak jawab...amboi promote aku baik punya..untuk pengetahuan kawan kawan semua..aku baru aje kenal pompuan tu..baru kawan beb..belum ada apa apa lagi..

hari hari aku minta doa pada Allah adakah dia ciptakan untuk aku atau tidak..

aku doa macam ni tau..

Ya Allah,Jika Noraini@Siti Khalija dicipta untukku,semaikan rasa cinta di dalam diri ku.Jika Noraini@Siti Khalija bukan dicipta untukku jauhkanlah dia dari pandangaku supaya tidak hilang rasa cintaku padaMu Ya Allah.

Begitu juga aku doa untuk janda aku..

aku takmau jiwang lebih2..aku dah ada pengalaman hidup sebelum ni,jadi biar perasaan tu wujud dengan sendiri dalam diri masing2.
tak perlu nak DECLARE..

biar perasaan sayang,cinta dan rindu dipendamkan dalam diri tanpa ucapan dan lafaz.
Kerana lafaz dan ucapan boleh menjadi palsu..
biar ia hadir secara automatik di dalam diri ni.

Sesapa pun boleh lafaz dan ucapkan sayang,cinta dan rindu kan..jadi biar dipendamkan..

sebab apa aku fikir macam tu..bagi aku kalau dia diciptakan untuk aku,dia memang dah ada perasaan pada aku,hanya aku aje akan ada di dalam perasaan dia.hanya aku istimewa di dalam hidup dia.begitu juga la dengan aku.

setelah aku berkenalan lama dengan baru aku tau yang dia tu rupa-rupanya umur dah 29 tahun,tua daripada aku setahun.

dalam soal ni..aku hanya berkawan..tiada DECLARE..tiada kecewa..

hari-hari aku berdoa minta Allah s.w.t temukan jodoh aku secepat mungkin..

Adakah Noraini@Siti Khalija ini adalah jodoh aku? aku hanya mampu berdoa,bertawakal pada Allah dan berusaha berkawan dengan dia.

untuk pengetahuan kawan-kawan semua,aku masih lagi berkawan baik dengan janda aku.Adakah dia jodoh aku?tak tahu..Allah yang lebih tahu.aku tak sematkan perasaan benci pada dia,dan aku tak anggap dia seorang perempuan yang jahat atau hina..aku fikir macam tu bukan sebab aku jiwang dengan dia tapi kita KENA SEDAR,kita ni BAGUS SANGAT KE senang2 nak benci dan hina kat orang lain..sedar la dengan keadaan diri kita sendiri..apa yang berlaku ada sebab dan ada hikmahnya..


Masih terlalu awal untuk semuanya berlaku..

Sederhanakan langkah..

apa yang berlaku di dalam hidup aku ini adalah dugaan dan cabaran di dalam hidup aku.memang betul apa yang bapa aku cakap,aku memang akan struggle teruk tahun ni.


jadi untuk sahabatku dan housemate ku SAM..hehe..relaks beb..

zura lias said...

nape dh xde tag board?kosong skalik..hihihi..

Sham said...

caiyooookkkkk sharis..... huhuhu
cik zura rabun kutt? hahaha