Thursday, July 13, 2006

Prize Giving

Assalamualaikum......

Entry tertangguh(tertangguh sbb busy), hari selasa lepas(11/07/06) telah berlangsung upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan Teka Keputusan World Cup(actually there's no official name for this competition, aku hantam jer ni.. ahaksss).... Selama sebulan kami bersaing untuk meneka dengan tepat keputusan setiap perlawanan Piala Dunia yang telah berlangsung..... Bukan senang tau.... Peraduan ni di anjurkan oleh Mr Chew.. adiah pun sumbangan Mr Chew.. Thanks Chew.... lagi 2 tahun Euro plak.... jadi la organizer lagi....


Chew disamping hadiah sumbangan beliau...... Walaupun sibuk dengan kerja-kerja opis.... dia berjaya membuatkan world cup kali ni lebih menarik untuk kami.. caya lah Chew

Qaiser menyampaikan hadiah kepada pemenang utama, Apai yang dinobatkan sebagai bookie terbaik kejohanan

Oppsss!!!!! Lupa nak bagi tau... aku berjaya mendapat tempat kedua setelah kiraan semula dibuat... sebabnya markah aku ngan Cha'aint sama....

Thursday, July 06, 2006

TEKAD lagi

Check it out..





Serba sikit tentang Projek Tekad lagi.

Tuesday, July 04, 2006

Wallaaaaa!!!!!

Assalamualaikum.....

Baru-baru ni seksa plak aku rasa nak update blog ni..... banyak lagi bender yang aku nak pikir selain dari update blog.....Pening la kepala ni... kalau ikutkan hati.. nak ajer aku ambik cuti seminggu... lepak umah.. ataupun pi jalan mana-mana..... Stress ni memang lagi memenatkan dari lari 1000 meter...... Aku ni plak jenis yang susah nak berenti berpikir.... sampai kat umah pun aku boleh terpikir tentang macam mana nak selesaikan problem-problem kat opis.... siap boleh ambik kertas, buat draft lagi tuh.... adey la... letih betul mcm ni..... kalau la otak aku ni ader switch.... boleh On or Off...

Ahad lepas aku pi tgk Superman Return.. What's my verdict? Boleh la..... memang ader yang mengatakan beyond expectation.... tak seperti yang diharapkan.. boring.... crita dragging.... banyak cintan... Bagi aku la.... Critanya tetap entertaining... tetap best.... mungkin mereka2 ni membandingkan dengan crita x-men3..... jangan la dibandingkan dengan crita tu..first movie X-men dulu pon tak la best sangat..... Superman return ni masih meninggalkan kita dengan banyak persoalan-persoalan yang belum terjawab... aku rasa maybe akan ada lagi sequence2 Superman lepas ni..... yang akan lebih menarik... dan penuh aksi ( hey.. superman dah ada anak tau.... do yu really think that they going to leave that story just that way)... Critanya akan diperkembangkan lagi... Lex still alive what.... well.. just wait and see lah...

p/s: Tak sabar nak tgk crita Pirate of The Caribbean: Death Man's Chest..... ada yang offer diri lak tuh.. ahaksss...

Saturday, July 01, 2006

Counter-measures

Kekadang kita selalu menyalahkan orang lain dengan kebodohan diri kita sendiri..... Tidak menghargai apa didepan mata, malah mengintai serta mengharap keindahan seberang. Apabila terkecewa dengan apa yang diharapkan, label pon dilekat pada kesemuanya... Well, everything comes with a price..... dan harga sebuah harapan memang amat tinggi nilainya.
Apa-apa pon, untuk menjadi lebih kuat.... kita kena mengakui kelemahan diri kita... cuba memperbaiki, cuba menampung segala lubang-lubang kesilapan.... walaupun mungkin akan berulang(selalunya akan berulang), namun keindahannya adalah kita tidak sakit seperti dulu.... kita menjadi mangli....
Berani lah kita memacu langkah... beranilah kita menhadapi segala kesilapan-kesilapan yang bakal kita lakukan.. kerana setiap langkah adalah pengalaman serta pengajaran dalam kehidupan. Hidup adalah satu risiko.