Thursday, August 30, 2007

Anak Haram!!!!!!

Assalamualaikum,

Pada sesiapa yang lemah semangat, aku mau kasi sikit warning jangan la meneruskan pembacaan entry aku kali ni, sbb ianya mengandungi unsur-unsur yang mungkin akan mengganggu emosi anda.
Pepagi ni aku nak maki orang, pasai apa aku mau maki orang? Mai kita imbas kembali apa yang berlaku ketika aku dalam perjalanan ketempat keje tadi..... Seperti biasalah, lepas bersiap untuk ketempat keje, aku pegi menjemput tunangku di vista.. lepas tu aku pun meneruskan perjalanan ke UM untuk menghantar dia... Ntah macam mana, bila aku sampai di lampu isyarat menghala ke UM dari kerinchi tu... ada sekor mangkuk ni dgn tiba belok kiri pulak, jalan tu sebenarnya untuk kehadapan saja, bukan untuk membelok sbb jalan untuk kekiri memang dah ada.... aku yang secara kebetulan berada di bahagian kiri kereta magkuk tu pun apa lagi, mula la membrek, tapi tergesel jugak di bahagian tayar depan... nasib baik tak tergolek, mangkuk tu dgn selambernyer meneruskan perjalanan dia.... Haram jadah sungguh la, pepagi lagi dah buat aku hangin.... kalau la ada batu kat tangan aku time tu... dah lama aku baling....

Kiri kanan, depan belakang terdengar laungan merdeka, negara sudah maju kononnya... tapi malu sungguh bila minda masih macam baboon.... tak tau berfikir kesan tindakan.. cuma mementingkan diri sendiri. Apakah makna ikrar "kesopanan dan kesusilan" kalau setakat dibibir saja....

p/s: don't make make angry(boleh jadi ijau woo)

Tuesday, August 28, 2007

Merdeka!!!!!

Assalamualaikum,

Setelah lama tak dikemaskinikan, hari ni aku nak jugak mencelah, demi mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50. Seperti biasa lah, kalau dah dekat2 nak merdeka ni, kita selalu mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum mencapai kemerdekaan, juga tidak ketinggalan kejayaan-kejayaan kita setelah merdeka. Memang tidak dinafikan, byk yg telah kita capai sepanjang 50 tahun ini, tetapi tidakkah kita sedar.... kita merdeka 50 tahun setelah kita dijajah selama 446 tahun. Selama 446 tahun kita bertukar-tukar "tuan" sebanyak 5 kali (Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Inggeris)... Kita ditipu, kita diperbodohkan kita di"anjingkan". Selama 446 tahun!!!... Kenapa kita jadi begitu? kenapa kita boleh menjadi mangsa? Mangsa penjajahan.. adakah sebab ketika itu kita terlalu mundur? Tidak sama sekali, kita bukan bangsa yg mundur. Sejarah telah mencatitkan bahawa Empayar Melayu Melaka merupakan satu kerajaan yang kaya raya, yang menjadi pertembungan pelbagai tamadun manusia. Mungkin kekayaan kita telah menjadi "becon" bagi penjajah-penjajah asing ini, tanah melayu merupakan satu kawasan yang strategik untuk meluaskan empayar. Tetapi, mengapa begitu mudah? Kita selidik balik apa yang berlaku ketika tanah melayu mula jatuh ketangan portugis dulu... ya, sebab ketika itu politik kerajaan melayu melaka dalam keadaan yang lemah. Tiada kesepakatan, penuh dengan hasat dengki antara pemerintah serta masing-masing gila kuasa. Itu merupakan titik punca kejatuhan kita... selama 446 tahun kita sengsara untuk bangun bukannya senang, untuk mengikis kesan idealisma penjajah bagi mengembalikan jati diri kita pun bukannya senang. Selama 50 tahun ini mungkin kita boleh berbangga dengan kejayaan kita dari segi ekonomi dan juga modenisasi... tapi adakah kita telah mencapai kemajuan dari segi insaniah? apakah kita lebih bagus dari segi akhlak jika dibandingkan dengan nenek moyang kita dulu? Tanya la diri kita masing-masing...