Tergerak hati aku untuk menaip lagi di alam maya ini, walaupun tiada isi yang kritis, namun cukup sekadar meluahkan apa yang di hati. Bermula cerita, sudah lama aku mengidam sebuah medium untuk aku merakamkan kehidupan yang terpancar dari gambaran kaca mata aku dan boleh aku tafsirkan dari hati.
Suatu ketika dulu aku pernah memiliki sebuah kamera Fuji yang begitu canggih pada ketika itu, walaupun dibeli dengan harga yang murah dari kawan aku. Ia merupakan medium untuk aku untuk melepaskan tekanan. Memang tidak seberapa namun cukup mengembirakan. Bila hayat Fuji aku berakhir, aku menggunakan pula panasonic yang begitu "compact". Hayat penggunaan panasonic aku tidak lama, kerana aku begitu sibuk ketika itu. Minat aku entah kemana.
Namun sekarang, kehadiran sony alpha telah menceriakan hidup aku semua. Aku kembali asyik untuk mengambar kehidupan. Namun, banyak lagi yang perlu aku pelajari. Bimbingan sifu-sifu yang telah lama berkecimpung dalam dunia ini, amat aku perlukan. Berani aku katakan, dunia fotografi ini lebih kepada minat dari mencari peluang untuk menambah sumber pendapatan. Mungkin, apabila aku telah mempunyai modal yang lebih serta pengalaman, aku akan mula mencari rezeki menggunakan kamera aku. Buat masa sekarang, biarlah aku mencari kepuasan dahulu.

No comments:
Post a Comment