Thursday, July 28, 2005

Kasih Sayang, Kekayaan dan Kejayaan

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Mutiara Kata

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. -Saidina Ali bin Abi Talib
Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa -Saidina Ali bin Abi Talib
Jangan berkawan dgn orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tapi hakikatnya dia akan mencelakan . Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya .Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah - Saidina Ali bin Abi Thalib
Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -Khalifah Ali bin Abi Talib
Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut -Saidina Umar bin Al-Khatab
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani -Khalifar Umar al Khattab
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Kekayaan yg sebenar ialah akal ,kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. Saidina Ali bin Abi Thalib
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan -Saidina Ali bin Abi Thalib

Monday, July 25, 2005

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisahKini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya
Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa
Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini
Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku
Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)(Luka cintaku)

Friday, July 22, 2005

Takdir

Apa lagi harus kulakukan
Setelah semua kau anggap tak bermakna
Apa salahku cuba kau fikirkan
Sedangkan semua kulakukan untukmu
Ku bukanlah seorang wira
Yang memerlukan kekuatan
Setandingnya
Aku hanyalah manusia biasa
Tak punyai semua
Apa salah ku kini kau menyepi
Tak tahu di mana nilai kejujuranmu
Mungkin kita tak dapat bersama
Kerana hatimu tak sehati deganku
Capai citamu
Lupakan daku
Jika itu yang ingin kau lakukan
Anggaplah semua
Memori yang indah
Akan kusimpan hingga akhir hayat
Bukan aku tak sayang lagi
Bukan aku tak cintakanmu
Tapi semua... takdir yang menentukan
Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
WajahmuMengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Monday, July 18, 2005

Weekend Bersama S_ _ n

Sebenarnya dah berkali-kali aku try nak ajak dia kluar... tapi akhirnya ari sabtu malam tu dia setuju gak nak kluar ngan aku pada ahad lepas... kami janji akan bertemu kat kl central pukul 12 tgh hari..... aku malas nak bawa moto.. tak sure lak kat mana nak parking nanti.... baik aku naik putra jer.. lagi pun sekarang kan musim ujan... pukul 11 aku dah kluar tunggu feeder bas putra tu... mana la bas ni.. lambat le pulak... pukul 11.30 baru sampai.. Nak dipendekkan cerita.. pukul 11.45 aku dah sampai kat central... aku tau S_ _ n mesti lambat sket... sbb aku call dalam 11.40 dia ada kat serdang lagi.... takpa la aku layan dulu Malaysian idol kat tv sebelah pintu masuk komuter tu... layan punya layan.. aku ternampak si dia berbaju maroon.... sekali pandang aku dah kenal.... aku malas nak sergah jer.. nanti melompat lak... aku ikut dulu, tunggu dia keluarkan hp untuk miss call aku... bila nampak ajer hp ngan buzz dia tu... dalam masa yang sapa hp aku lak bergegar.. kompem la yang didepan aku skarang ni Miss Blink... hehehe
Dah jumpa tu... say hai... trus menuju ke putra lrt... dalam hati aku jgan la ramai orang kat Tgv.... selalunya weekend beratur sampai ke tangga.... Tapi alhamdulillah... tak ramai org lak... saya tau awak nak tgk citer antu... tapi citer yang awak nak tgk tu pukul 4 lebih la... nanti lewat lak awak balik... lagi pun naper awak tak nak tgk citer amityville tu? Maybe awak phobia sbb peristiwa lepas. Last2 terpaksala aku buat pilihan..... layan la citer Fantastic 4. Kiter tau awak tak suka tgk citer macam tu.... but i hope you enjoy it like i did...
Abis wayang kami pi makan, kiter tau awak dah lapar... tula... dari awal kiter dah ajak awak makan.... tapi awak kata malas nak makan... ha.. kan dah dah lapar... makan sizzling kat food court.... masin semacam la sizzling tu...tapi lapar punya pasal.... bedal jer la.... cuma kurang abis la....
Dalam pukul 5... saya nampak awak dah gelisah semacam... rupanya awak dah nak balik... laa... napa tak cakap... apa la awak ni.... tapi kan, saya tgk awak tak banyak cakap la.... sbb apa ek?
Kami berpisah kat komuter kl central... dia naik train pukul 5.25.... Thanks sebab sudi temankan saya... i hope you enjoy that day... as i enjoy it..... maybe next time (kalau awak sudi) kita boleh tgk citer antu lak...

Wednesday, July 13, 2005

Selsema

Arghhhhhh!!!!! Tidakkk!!! Aku selsema lagi, kenapa kerap sgt kena selsema ni? Kalau ikut teori kita akan makin jarang kena selsema, setelah selalu sangat kena sebelum ni... sebab sistem antibody badan kita dan dapat mengenali antigen yang lepas..... mungkin sebab sistem imunisasi badan aku ni lemah sangat.....
Selsema biasa atau "common cold" ni disebabkan oleh lebih dari 200 jenis virus.... Antara virus yang boleh menjadi penyebab selsema biasa ni, "respiratory synticial virus" dan parainfluenza adalah yang paling biasa menyerang kita... dan simptomnya takla teruk sgt pada org dewasa, tapi boleh menyebabkan jangkitan pada lower respiratory pada kanak2... kalau dah masuk ke lower respiratory.... jenuhla... paru-paru pulak yang kena serang... jangkitan pada paru2 ni, biasanya orang sebut sebagai pneumonia.
Rhinovirus pulak menyebabkan lebih kurang 30-35% jangkitan pada org dewasa, terdapat lebih kurang 110 jenis rhinovirus telah dikenalpasti. Virus yang boleh sebabkan selsema yang teruk antaranya ialah, adenoviruses, coxsackieviruses, echoviruses, orthomyxoviruses (including influenza A and B viruses, which cause flu), dan enteroviruses. ...
Banyak sgtla virus yang sebabkan selsema ni, sbb tu susah sket utk mengelakkan diri dari terkena... antara virus-virus ni.. ada pulak yang antigenic diversity yang terlampau luas..... virus ni jugak boleh alami mutasi... sbb tu boleh dikatakan mustahil utk mengelak dari virus penyebab selsema.......
Dari segi rawatan, cara paling baik utk merawat selsema ni adalah dengan, berehat, minum banyak air, makan ubat seperti paracetamol, asprin atau acetaminophen, tylenol utk demam atau pening kepala. Antihistamines boleh melegakan kita dari simptom seperti runny nose yang biasa dikatikan dengan selsema... Jangan sesekali mengambil antibiotik utk merawati selsema, sebab antibiotik tak boleh membunuh virus. Antibiotik biasanya diambil utk merawati jangkitan bacteria seperti sinusitis(jangkitan bacteria pada salur pernafasan).
Emmmmm.... setakat ni la yang aku tau tentang selsema..... kalau nak tau banyak lagi... sila la baca sendiri.......... ha.. nak tambah satu lagi.... orang selalu kaitkan vitamin c dengan selsema..... kononnya vitamin c ni boleh elakkan selsema... ambik banyak vitamin c boleh elakkan selsema.... saintis pernah membuat ujian, dan belum ada bukti yang nyata. Cuma dengan mengambil banyak vitamin c, mungkin boleh mengurangkan kadar atau jangkamasa simptom-simptom. Tapi jaga-jaga... ambil banyak sgt vitamin c, boleh sbbkan toxicity pada badan....

Monday, July 11, 2005

Luahan hati seorg suami yg ada keinginan nak kawin lain


"Assalamualaikum
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering me war-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life start at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan'.Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah I at that time. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri saya tu main reverse psikologi dengan saya. Tapi lepas saya berfikir panjang, rasa rasanya tak nak lah. Sebab apa ?Bila mengenangkan awak dah 40.
Let say kalau I kahwin dengan anak dara. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah.Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah. Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain. Anak anak lebih tertekan. Disebabkan masyarakat kita ni mmandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada xperience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak)sedangkan di rumah isteri tua, anak anak sedangseronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Insya Allah semua lelaki di Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial"

Wednesday, July 06, 2005

Boring

Boring.. boring... boring... baru-baru ni aku rasa betul-betul boring.. nak taip entry kat blog ni pun rasa malas... aku tak tau apa yang nak dimasukkan..... sebab aku rasa, hari yang berlalu sama saja seperti hari-hari yang lepas... masa seolah-olah satu jasad yang pegun... tak bergerak.. statik.... setiap hari membuat benda yang sama.... macam satu ritual pulak..... Aku perlukan kelainan dalam hidup, dari mana harus ku cari? Tak tau la berapa lama lagi aku boleh bertahan dengan semua ni......

Friday, July 01, 2005

Khas Untuk Peminat-peminat Mawi


Apa yang anda nak tahu tentang PEMUDA TERHANGAT DI PASARAN MAWI?
Nama: Asmawi bin Ani.
Umur: 24 Tahun.
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor.
Tarikh Lahir: 25 Ogos 1981. BERSAMAAN DENGAN 24 SYAWAL 1401Hijrah
Tinggi: 173 cm.
Berat: 56 kg
Location: Malaysia
Zodiac Sign: Virgo
Hometown: felda taib andak, kulai, johor
Occupation: finalis af3, DJ sambilan...
Sekilas: DJ sambilan yang bersuara 'dalam' ini tidak pernah melupakan
irama nasyid. Pernah memenangi Tilawah Al-Quran. Mewakili Johor Bahru ke
peringkat Negeri.
Schools: sek ren sinar bahagia, sek agama sinar bahagia, sekolah
menengah tunku abdul rahman putra ( STARP ) Hobbies and Interests: main
snooker, Bermain Sepak Takraw Lagu Kegemaran: Seruan .
Penyanyi Kegemaran: Yassin, Nash, Waheeda.
Pelakon Kegemaran: M. Rajoli, Jalaluddin Hassan, Ida Nerina, Umie Aida.
Filem kegemaran : senario lagi
INTERVIEW
=======
J: Apa komen Mawi setelah menjadi antara orang paling kontroversi
setelah gagal menempatkan diri dalam Akademi Fantasia?
Mawi
M: Sebenarnya Mawi pun terperanjat jugak. Apa taknya, kat Channel @15 tu
ramai yang bercakap tentang Mawi, bergaduh pasal Mawi. Rasa sedih pun
ada, rasa terharu pun ada. Yang penting, sekarang rasa konfiden tu
datang dengan sokongan ramai peminat di luar sana. Masa Abang Aznil
umumkan yang Mawi gagal ke AF, Mawi rasa terkejut sangat sebab malam tu
rasa confident datang dalam diri Mawi. Mawi yakin Mawi boleh pergi.
Sudah tentu Mawi rasa kecewa sangat. Tak terbayangkan perasaan Mawi masa
tu. Orang lain dah menangis tapi Mawi tak menangis. Rasa tu ada tapi
Mawi tahan. Masa tu Mawi terus duduk. Kak Shahila (staf Astro) datang
dan memberikan semangat. Tapi bila makin ramai yang bagi semangat,
semakin rasa sedih tu datang. Kemudian, adik Mawi iaitu Asmida datang
dan terus memujuk hati Mawi. Katanya, Mawi tak dapat masuk AF3 pun takpe
sebab Mawi dah buat yang terbaik. Kata mereka (keluarga), Mawi kalah
bermaruah.
J: Apa Mawi nak katakan pada penyokong setia Mawi?
M: Terima kasih yang tak terhingga Mawi ucapkan. Mawi sangat
menghargainya dan kita tunggu dan lihat.Terimalah kenyataan ini (terdiam
seketika)
J:Apa impian Mawi?
M:Impian Mawi nak buat album.Dulu Mawi pernah jadi deejay di sebuah
restoran yang ada buka karaoke,berhampiran dengan Lapangan Terbang
Senai.Mawi ingat nak bantu keluarga jika dapat masuk AF3.Tapi dah jadi
macam ni
J: Ceritakan sedikit latar belakang keluarga Mawi?
M: Mawi anak kelima daripada enam adik beradik.Keluarga Mawi sederhana
sahaja. Ayah peneroka Felda di Felda Taib Andak,Kulai,Johor dan emak
suri rumah.Waktu malam,mak dan ayah mengajar mengaji.Kalau dah
ramai,Mawi pun tolong ajar jugak
J: Tak takut ke orang kata Mawi ni berubah bila dah jadi artis?
M: Mawi tak kisah apa orang nak kata.Dalam Islam kan ada hiburan
jugak,asalkan tak melampaui batas,rasanya tak salah.Mawi cuba bataskan
apa yang patutlah
J: Mawi ni nampak macam alim. Komen sikit?
M: Eh, takdelah sampai macam tu. Mawi ni gila-gila jugak bila dah jumpa
kawan-kawan. Orang panggil Mawi ustaz sebab dulu Mawi pernah mengajar di
Sekolah Agama Bandar Kulai 2. Masa tu Mawi jadi guru perintis Fardhu
Ain.
J: Selain main takraw, apa yang Mawi suka buat?
M: Hehe..Berzanji dengan mak dan abah. Kalau ada orang kenduri potong
jambul, mesti Mawi ada sekali. Takpun time ada Maulud Nabi. Ada sekali
tu, ada la pertandingan berzanji. Time tu bilal masuk, orang-orang tua
banyak masuk. Mawi sorang je orang muda. Tak sangka pulak jadi johan
(ketawa).
J: Macam mana boleh terlibat dalam AF ni?
M: Kawan-kawan yang selalu datang karaoke yang ajak. Kan Mawi kerja kat
su Corner tempat karaoke tu. Sekali diorang telefon cakap ada ujibakat
AF.
Mawi pergi la. Sekali tu ada lagu favourite Mawi 'Pantun Budi'. Apa
lagi, masuk ajelah. Tak sangka sampai setahap ni.