Apala yang aku nak sembang ari ni, macam takder idea... Tapi ader something yang bermain dalam kepala aku ni.... Dalam hidup kita ni, memang tak boleh lari dari mengharapkan sesuatu... contohnya.. nak rumah besar, kereta besar, isteri/suami yang cun/encem.... Sesetengah orang, memang amat mudah untuk mendapat semua ni..... kekadang tu tanpa sebarang usaha yang berlebihan serta tanpa halangan..... Tapi, bagi sesetengah orang pulak, pelbagai halangan serta cabaran yang perlu ditempuhi.. malah, ada yang kecundang dalam usaha mereka untuk mencapai semua ini.... Harga sebuah kebahagiaan bagi diorang ni teramat-amat bernilai....
Aku percaya, jikalau terdapat sedikit pun kebahgiaan yang menjelma, mereka ni akan teramat bersyukur serta menghargainya dengan sepenuh hati.... Aku tahu, tentu ramai diantara rakan-rakan pernah terfikir.... "kenapa la aku tak boleh bahagia macam orang lain"... "kenapa la hidup ni sentiasa dipenuhi dengan segala macam dugaan". Hakikatnya, setiap makhluk di atas muka bumi ini telah ditetapkan dengan pelbagai cabaraan serta dugaan yang harus ditempuhi... Cuma magnitude cabaran tu adalah berbeza-beza... Maybe kita boleh mengingatkan diri kita satu perkara, setiap kali kita berasa kecewa.... frust atau marah... cubalah berfikir sejenak .... Ramai lagi yang lebih derita dari kita... ramai lagi yang lebih sengsara... bersyukurlah yang dugaan kita tak seteruk diorang... bersyukurlah kita masih berdiri disini.... Kalau jatuh tersungkur, bangunlah untuk terus melangkah...
Okay lah.. puas aku membebel.... jom nyanyi
Gerhana
Oh! siapakah yang datang bersama malam
Dan memuramkan wajah siang hariku
Oh! engkaukah, aku tak ingin menjemputmu
Biarlah kau hanya berdiri di depan pintu
Kau hancurkan hatiku
Kau musnahkan harapanku
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu
Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu
Gerhana, oh! gerhana
Dalam jiwaku
Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu
Kiniku berlari jauh
Tapi kau masih mencari
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu
Oh! siapakah yang datang bersama malam
Dan memuramkan wajah siang hariku
Oh! engkaukah, aku tak ingin menjemputmu
Biarlah kau hanya berdiri di depan pintu
Kau hancurkan hatiku
Kau musnahkan harapanku
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu
Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu
Gerhana, oh! gerhana
Dalam jiwaku
Oh! bilakah gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau dengan janji-janji palsumu
Kiniku berlari jauh
Tapi kau masih mencari
Pulanglah ke tempat asalmu
Tempat asalmu