Thursday, November 02, 2006

Raya yang dingin

Assalamualaikum...

Dah seminggu raya, aku baru nak update blog. Tak tau la napa malas sgt nak mengarang skarang ni... maybe aku dah mula buhsan yang teramat dengan dunia blog..... Idea pun dah makin kering, ditambah pulak dengan banyak lagi bender yang lebih penting yang perlu aku fikirkan.... well... just wait and see...

Raya yang dingin.... memang dingin.. teramatlah dinginnyer.... maklum ler, hari-hari hujan, pagi bawak ke petang sammpailah ke malam. Nasib baik pada raya pertama tu hujan cuma pada petang sampai ke malam... at least pagi sampai tengah hari sempat le jugak beraya... Kalau tak, for sure dok umah tidoq. Ujan pulak bukan calang-calang..... dah jadi mcm ribut... kalau kat kl sure banjir... nasib baik sistem saliran kat taiping ni masih bagus.... air plak senang nak ngalir... ujan lebat macam mana pun, air tak penah naik sampai ke paras buku lali. Harap stay la mcm tu. Keadaan yang sentiasa ujan kat tepeng ni jugak la menyebabkan timbul satu kata-kata gurauan "Patut la oghang tepeng ramai anak". Cuma satu jenaka antara aku dengan kawan2.

Raya kali ni, aku tak jalan mana sgt pun.... terasa malas nak berjalan... hampir semua orang yang aku temui mesti kluarkan ayat "Adik dah dapat anak, abang bila mau kawin" Huh!!... aku cuma senyum jer arrr..... malas nak jawab..... raya kali ni, first time kami kekurangan sorang ahli, adik aku Iwan terpaksa beraya diperantauan.... Dia sedang bertugas di Semporna, Sabah. Pengkalan baru TLDM yang baru saja siap. Dengar kata dah pasang awek sabah keliling pinggang.. terasa jugak la kami sbb kekurangan korum ni....

Aku pulang semula ke Kl pada sabtu lepas, niat ni hati utk elak kan kesesakan.... tapi memang meleset le jangkaan aku... jalan sesak nak mampos... keras kepala aku dalam bas tu dari pukul 2.50 sampai 8.30... next time aku naik moto jer lah... lagi senang... 3 jam setangah dah boleh sampai...

p/s: sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita.. itukah suratan atau kebetulan......

1 comment:

ai said...

Salam Aidilfitri sham... rasanya ramai yang sambut raya tapi tak semeriah zaman dedulu... betul ker? apa pun, semoga sham sentiasa berbahagia di lebaran yang mulia ini...