Wednesday, June 13, 2007

Share Market

Assalamualaikum,

Terasa bahang... walaupun hari-hari hujan sehingga menyebabkan banjir di bandaraya ini... tapi aku terasa bahang.... bahang apakah itu? Yea... aku terasa bahang kerancakan pasaran saham... jual... beli...... ahh.... berpeluh dalam kesejukan air-cond.. setelah berjaya mendaftarkan diri minggu lepas, akaun aku telah diaktifkan pada isnin ni dan secara rasminya aku boleh menjalankan urus niaga trading di bursa saham kl...

Langkah pertama yang aku buat ialah dengan membeli saham PSC Industries (PSCI) sebanyak 5 lot.. 1 unit 49 sen.. 1 lot Rm 490...... 5 lot Rm 2450... kalau ikut kan info2 yang aku perolehi, share ni ada potensi untuk naik. Then aku buat sikit research, aku ambik keputusan untuk beli share Halifax Capital (Halifax) sebanyak 10 lot... share ni murah, 1 unit 11 sen ajer... 10 lot baru 1100... tapi aku baru dapat tahu yang company ni tgh hadapi tindakan dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana tidak comply dengan salah satu syarat untuk disenaraikan di bursa. Mula-mula aku gelabah jugak la... and mula fikir nak jual share ni...tapi bila aku teruskan buat kajian... rupanya company ni baru lepas restructuring.... walaupun trading untuk company ni akan digantung pada 14/6 ni.... aku tak rasa yang company ni akan gulung tikar.... Lagipun beberapa hari ni trading share untuk company ni amat aktif... secara logiknya... kalau sesuatu company tu mengalami masaalah, trading share untuk company tu akan lembab. Tapi sebaliknya berlaku pada Halifax (being positive enuff).. Well.. we wait and see.. harap-harap ok la... kalau mencanak naik.. lega hati.. boleh la tersenyum... Namun...... Panasssss bebbbbb..... pucat jugak la beberapa hari ni....

Friday, June 08, 2007

Entah laaaaa

Assalamualaikum,

Ujan yang turun bagaikan mutiaraaa... wah.... ujan lagi... ari-ari ujan. I wish i'm at home sleeping.. bukan calang-calang anak punya ujan... lebat bapak wooo.... Harap-harap la ujan ni boleh berenti sebelum pukul 5... sbb aku nak balik on the dot ari ni... tapi now dah pukul 4 still lebat. Macam tipis jer harapan nak balik awal ari ni.

Setiap kali ujan ajer.. kita mesti risau pasal banjir... pasal jalan sesak... pasal kesihatan... aku tak peduli tentang dua yang terdahulu tu.. aku cuma risaukan yang terakhir tu.... Cuaca yang lembab dan sejuk ni membuatkan aku tak henti-henti batuk, memang efect peparu aku.. kalau ikutkan nasihat kawan-kawan, diorang nak aku pi x-ray... takut ada jangkitan pada peparu.. tapi aku malas la nak buat appointment... at least kena dapatkan surat dari doktor panel plak... baik aku tunggu dan lihat dulu.... skarang ni still boleh handle...

Pagi tadi aku escape jap pi RHB Investment, register untuk buat trading... lepas sonok dapat cikit untung masa guna account emli ari tu... rasanya lebih senang kalau aku ada account sendiri. Emli pun setuju untuk bawa aku berjumpa dengan kawan dia yang merupakan seorang remiser. Sekarang ni tak leh trading lagi, sbb permohonan sedang diproses, harap next week boleh la... ada beberapa stock yang aku tgh dok usha skarang ni... kalau dapat buat untung mcm beberapa hari lepas, best jugak... InsyaAllah, kalau ada rezeki.

Thursday, June 07, 2007

Apa apa jer la

Assalamualaikum,

Hai hai hai!!! lama betul aku tak merapu dalam ni, ari ni aku nak start merapu balik lah (kalau still ada mood la). So, mana nak mula ek? Ermm.... maybe dengan meng'update' tentang apa yang berlaku dalam idup aku selama sebulan yang lepas. Okay, seperti mana yang sesetengah dari korang tahu, 14/5 yang lepas, genap la umur aku 30 tahun... waaa.. muda lagi haku rupanya.. hak hak hak!!!.... Well, for men, life start at 30... betul ke? Maybe le kot, aku dapat merasakan seperti aku baru hendak memulakan idup baru.... mempunyai keazaman yang baru.... huhuhuhu... poyo jer kan? apa apa jer laaaaaaaaa.

Another update, ermmmm... pada 20/5 lepas, aku n liza telah selamat bertunang, aminnnnnnnn..... doa-doakanla kami kekal keakhir hayat ek.... Tq.. huhuhu... Majlis perkahwinan? ermm.... kalau ikut plan, dalam bulan 12 tahun ni... Tapi kami hanya merancang, Allah yang tentukan, ye tak? skali lagi, doa-doakan la kami ek....

Ada lagi update ni, ermm... aku berjaya mendapatkan schorlarship BNM, yeahuuuuuuu...... kalau aku berjaya mendapatkan tempat kat Univ. plak, alamatnya aku akan kembali menjadi student sepenuh masa.... waaa... macam best kan? Memang best pon, mana ada organisasi yang sanggup sponsor staff dia study, dgn yuran ditanggung sepenuhnya, elaun yang bermcm-mcm jenis, dah tu gaji full lak. Enjoy life la beb....... Fokus.. fokusssssss!!!!..huhuhuhuhu

Kebelakangan ni aku memang-memang ya amaaatttt busy, al maklumla, salah sorang staff kat sini tgh cuti bersalin, ada keje dia yang aku kena take over.... jadi secara automatiknya, tahap kebizian aku meningkat secara eksponen .... takpo lah, lebih baik busy dari takder keje, at least aku tau nilai aku disini.... Ermm... wokay lah, len kali plak aku membebel, keje dah bertimbun atas meja ni, dah takda rupa meja pon tempat aku nih....

p/s: misteri cinta