Thursday, June 07, 2007

Apa apa jer la

Assalamualaikum,

Hai hai hai!!! lama betul aku tak merapu dalam ni, ari ni aku nak start merapu balik lah (kalau still ada mood la). So, mana nak mula ek? Ermm.... maybe dengan meng'update' tentang apa yang berlaku dalam idup aku selama sebulan yang lepas. Okay, seperti mana yang sesetengah dari korang tahu, 14/5 yang lepas, genap la umur aku 30 tahun... waaa.. muda lagi haku rupanya.. hak hak hak!!!.... Well, for men, life start at 30... betul ke? Maybe le kot, aku dapat merasakan seperti aku baru hendak memulakan idup baru.... mempunyai keazaman yang baru.... huhuhuhu... poyo jer kan? apa apa jer laaaaaaaaa.

Another update, ermmmm... pada 20/5 lepas, aku n liza telah selamat bertunang, aminnnnnnnn..... doa-doakanla kami kekal keakhir hayat ek.... Tq.. huhuhu... Majlis perkahwinan? ermm.... kalau ikut plan, dalam bulan 12 tahun ni... Tapi kami hanya merancang, Allah yang tentukan, ye tak? skali lagi, doa-doakan la kami ek....

Ada lagi update ni, ermm... aku berjaya mendapatkan schorlarship BNM, yeahuuuuuuu...... kalau aku berjaya mendapatkan tempat kat Univ. plak, alamatnya aku akan kembali menjadi student sepenuh masa.... waaa... macam best kan? Memang best pon, mana ada organisasi yang sanggup sponsor staff dia study, dgn yuran ditanggung sepenuhnya, elaun yang bermcm-mcm jenis, dah tu gaji full lak. Enjoy life la beb....... Fokus.. fokusssssss!!!!..huhuhuhuhu

Kebelakangan ni aku memang-memang ya amaaatttt busy, al maklumla, salah sorang staff kat sini tgh cuti bersalin, ada keje dia yang aku kena take over.... jadi secara automatiknya, tahap kebizian aku meningkat secara eksponen .... takpo lah, lebih baik busy dari takder keje, at least aku tau nilai aku disini.... Ermm... wokay lah, len kali plak aku membebel, keje dah bertimbun atas meja ni, dah takda rupa meja pon tempat aku nih....

p/s: misteri cinta

3 comments:

arianna adrizal said...

tahniah.. tahniah.

:)

Sham said...

thanks anne

ai said...

Hmm..lamanya tak jengah blog awak sham... dah tunang rupanya ek... TAHNIAH dari ai untuk sham dan tunangan sham... semoga hubungan kalian sampai ke jenjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat... jangan lupa hantar kad jemputan ek... ;)