Monday, August 15, 2005

Impian dan Harapan

Assalamualaikum,
Lama rasanya aku tak update blog ni... terutamanya sejak apa yang jadi dalam 2-3 minggu yang lepas.... kemuncaknya telah tercapai 2-3 hari lalu.... Aku betul-betul tak sangka begini akhirnya.... impian yang selama ni aku idamkan... nyata sekadar mimpi... Tak cukupkah dengan apa yang aku korbankan selama ni.... tak cukupkah semua tu... manis dibibir bermain kata... indah senyuman membelah jiwa...
Awak tak sebaik mana pun, dah puas saya bersabar dengan awak.... tak tau la sapa lagi yang boleh bertahan dengan baran awak tu..... silap cakap sikit, mula la nak melenting.... tapi kita sabar..... kita tahan... malah kita beri sepenuh kasih sayang pada awak..kita sayang sangat-sangat kat awak..kita tak pernah fikirkan perasaan sendiri.... setiap benda yang kita buat.... kita pikirkan awak... kita buat segalanya untuk awak...awak sakit kita pi antar ubat... awak bosan... kita pi ambik awak pi jalan2, walaupun time tu kita tgh penat giler2... malah.. assigment awak pun kiter tolong buatkan... segalanya bermula bila makcik awak nak satukan awak dengan anak saudaranya, awak terus berubah arah.... alasannya, tak nak kecewakan keluarga..... awak ingat saya ni tunggul ke? tempat persinggahan awak semasa bosan ke? Awak ingat la sikit.... kita berkenalan pun dengan restu famili. Mudahnya awak korbankan perasaan kita... mudahnya awak hancurkan harapan kita......
Mujur ada mak... kawan-kawan... yang jadi tempat aku mengadu...(thanks ila) ..... takpala, kalau awak nak sangat dengan anak saudara mak andak awak tu... pergi la kat dia.... mak kita pun pernah cakap.... perempuan ramai lagi.... buat apa nak terhegeh-hegeh dengan orang yang tak nak kat kita.... dah takda jodoh... nak buat macam mana..... biarla memori indah kita pergi bersama angin lalu.... luruh bersama dedaun kering...
P/s: Kita boleh terima awak sebagai kawan, sbb sungguh sukar untuk membenci awak... walaupun pernah ku cuba... namun kebencian tiada di hati.... tapi nak anggap sebagai abang tu... sori la beb... aku tak semulia tu....

6 comments:

Anonymous said...

erkkk lorr cian nya awak.. x pe xpe betul cakap mak bang long tu "pompuan kan ramai.." ekekekke... ha apa lg bang long cepat cr..ramai lg kat luar tu yg dok menunggu.. :D

Sham said...

chait..... maleh dah arrr nak tercari-cari ni... bior la masa yang menentukan

Anonymous said...

wahh bunyi cam merajuk je tu :p

Anonymous said...

iyo la nak cakap macam mana lagi... betoi la tu

Sham said...

heheh... iyo la cik siti...

Sham said...

anakomak? oh tidaaaaaaaaaaak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!