Friday, December 30, 2005

** Sigh **

Assalamualaikum...

Ish..... Malasnya aku nak kerja hari ni... staff kat department aku ni pun ramai yang tengah bercuti... mood nak kerja pon tak dak... Aku dah try mintak cuti untuk hari ni.... tapi boss aku tak bagi... Lagi pun aku ada keja perlu disettle sebelum 3 hb nanti... terpaksala berkorban sket... Ikut hati mau balik kampung lagi minggu ni... aku rasa best balik kampung... malam boleh merayap ngan geng.. kat sini.. pukul 10 dah boleh lena...
Hermmm..... 2005 dah hampir melabuhkan tirai... tirai 2006 pulak dah hampir tersingkap... apa yang aku achive sepanjang tahun 2005 ni? In life.. rasanya takda apa la kot.. but in work.. ada la sikit... keje aku dah makin bertambah.. dah makin independent... harap prestasi keje aku dapat dipertingkatkan lagi...
Tahun ni jugak maknanya dah 3 tahun lebih aku kat BNM ni... aku dah layak untuk apply scholarship... ramai staff kat department aku suruh aku sambung study.. termasuk gak la Boss besar dan manager aku... Bukan aku tak nak lagi.... aku masih terasa betapa peritnya kat u.m dulu.... walaupun aku tau banyak dah berubah.... tapi terasa macam semalam.. biarla aku digest dulu seberapa banyak knowledge yang aku dapat kat sini... aku tak nak bila sambung study nanti.. aku dalam keadaan 'zero'... aku nak bersedia lebih awal....
Dah lama rasanya aku takpi bercuti.. this year aku cuma pergi Penang and PD jer.... aku plan nak pegi fraser hill lak la next year... aku penah pi skali dulu kat sana.. best sangat... segar and nyaman... dikelilingi flora dan fauna.... tak ada pembangunan... tak ada pencemaran..... aku suka tempat-tempat macam tu...
Last year jugak aku terasa ditinggalkan seseorang.. macam mana peritnya bercinta... macam mana seksanya merindu... nasib baik aku ni cepat jer 'bounce back'. Maybe aku ni positif minded kot... Takpala yang pergi tetap ada penganti 'wink' ......
Pokoknya... next year.. aku nak tengok ader sikit perkembangan dalam hidup ni... aku nak jadi lebih baik dengan apa yang aku buat......

kalau kita sentiasa gagal dalam sesuatu... adakah kita perlu mengalah atau terus lagi mencuba? Bagi aku.... jangan la obses untuk berjaya.. dan jangan pula mudah mengalah... biarlah bersederhana...

Tuesday, December 27, 2005

** Balik Kampung**

Assalamualaikum,

Argh!!!! Malasnya aku nak start keje ari ni, tak puas la lagi aku lepak kat kampung. Walaupun kekadang tu ader rasa boring sebab sekarang ni musim ujan, tapi taiping tetap best. Best sebab apa? Maybe sebab kat sana tenang, tak macam kat k.l ni.... berserabut.
Ari jumaat lepas aku ngan adik aku Faizal balik tepeng, plan asal bak balik skali dengan adik aku, lan dengan wife dia, tapi oleh sebab lan kata kreta dia tak service lagi... dia pun kansel nak balik..... aku balik jer ngan faizal.... Kalau dah berdua tu, mode of transport aku tak lain ler selain motor... jimat sket... bertolak dari rumah dalam pukul 3.... Tapi, memang malang betul hari tu, sedang kusyuk aku memulas trottle, tiba-tiba tayar aku pancit.... Cari paku kat tayar takda pulak, ni mesti tiub tayar aku dah rosak..... Masa tu baru jer lepas slim river, exit berikutnya kat sungkai, lebih kurang 20 km jauhnya..... apa lagi, tolak la.... sib baik adik aku yang ni askar... boleh la dia menolak sambil berlari... aku plak yang mengah. Elok dah lari dalam 2 km... Aku naik moto pelan-pelan... sebab tayar belakang jer yang pancit.. kalau naik sorang ok lagi... Sib baik ader orang yang baik hati tumpangkan adik aku ke exit sungkai. Kedai moto kat sungkai tu tak jauh dah dari exit highway... habis le melayang duit aku rm 70 tukar tayar luar dalam.
Perjalanan seterusnya memang lancar. Aku tak buat apa sangat kat tepeng.. cuma pi karaoke ngan member2 sekampung ngan pi shopping DVD kat plaza jer... DVD kat situ punya la murah... sekeping yang satu citer Rm 5.. yang 2 in 1 Rm 6, 3 in 1 Rm 7... hapa lagi, borong DVD le aku.. abis la dekat Rm 30... Sebelum balik Tepeng.. opismate aku dah kirim dalam 8 keping. Semalam awal-awal pagi aku dah bertolak dari Tepeng, boleh sampai awal sbb nak layan DVD. Sampai jer K.l... on DVD.. layan Lord of The Ring dari Episod 1 sampai abis....

Walaupun kita dah merantau jauh... dah seronok ditempat orang..... tak seperti kampung halaman sendiri.... betul lah kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

Tuesday, December 20, 2005

++ year end ++

Assalamulaikum....

Dah seminggu rasanya aku tak update blog angkara kebizian yang melampau(buzy ke aku?). Last week aku involve dengan conference yang dianjutkan oleh department aku. Apa yang aku tau, conference tu merupakan perjumpaan dan perbincangan antara regulator-regulator financial institution antarabangsa. Seramai 38 peserta telah terlibat, termasuk 4 dari dalam negara. Jumlah tu tak termasuk lagi observer yang dihantar. Antara negara-negara yang mengambil bahagian ialah, Chech Republic, Pakistan, Canada, U.S.A, Ukraine, Korea Selatan, Botswana, Indonesia, Singapore, Qatar, Ireland dan banyak lagi... dah tak igt plak aku. Semuanya berjalan lancar, sampai merndapat puji-pujian dari Dato' Razif.... walaupun aku takder la memainkan peranan penting, tapi boleh la jugak tumpang bangga....
Semalam staff-staff BNM dah dapat bonus, alhamdulillah, rezeki hujung tahun. Walaupun ader la jugak dengar ader staff yang tak berpuas hati dengan bonus yang diterima, at least apa yang diterima di BNM ni jauh lebih banyak dari kebanyakkan company lain... Contohnya, lepas kerja semalam aku pi Jusco, terjumpak pulak staff yang aku kenal kat situ.... bila aku tanya jumlah bonus yang diorang dapat.... Cuma suku bulan jer..... terkejut bila aku dengar.....
Bila menuju ke penghujung tahun ni, kita asyik dengar tentang azam tahun baru..... bagi aku, aku tak pernah menetapkan apa-apa azam..... aku tak suka terkongkong macam tu... biarlah apa yang aku buat atas kesesuaian pada masa tu... Sebab aku tau, bila aku tetapkan satu azam, aku akan cuba dengan apa jua cara untuk laksanakan azam tu. Aku akan kecewa kalau azam tak terlaksana...... Biar la aku menjadi seorang yang spontaneous....
Semalam aku dah dapat apa yang aku nak..... sebuah dvd player jenama pioneer..... campur dengan home teater system yang aku dah beli sebelum ni..... tak payah la aku nak pi tengok wayang lepas ni.... layan movie kat umah pun dah best... walaupun citer tak berapa ngeri, tapi disebabkan gambar yang clear.. dan sound effect yang best... meremang gak la bulu roma aku..... Malam ni nak layan Dvd lagi.. aku dah beli 3 crita semalam.

Tahun baru menjelma lagi... umur makin meningkat.... but i'm still the same

Tuesday, December 13, 2005

International Conference on Consumer Protection

Assalamualaikum,

Esok bermula la conference ni kat Westin hotel dan seperti masa-masa lepas, aku ler antara yang terlibat.. jadi penunggu secretariat room ler... aper lagi. Pukul 3 jap lagi nak bawak barang-barang ke hotel, and then set-up secretariat room.. berkampung le aku kat dalam bilik tu sampai hari jumaat ni.... harap-harap balik opis nanti keje tak bertimbun dah ler.....

Monday, December 12, 2005

Narnia

Assalamualaikum,

Last weekend aku pi tengok narnia kat Gsc Midvalley.... Apa yang boleh aku cakapkan lagi tentang citer ni... memang beyond my expectation. Ceritanya sebijik seperti dalam buku yang aku baca... The Lion, the witch and the wardrobe merupakan siri pertama daripada 6 siri chronicles of narnia(tak termasuk prelude, the magician nephew). Dalam filem ini, dunia narnia seakan hidup... sama seperti yang telah dilakukan oleh Peter Jackson dalam Lord of The Ring trilogy. Cuma cerita narnia ni ada unsur-unsur bible, maybe sbb penulisnya C.S Lewis merupakan orang kuat gereja pada masa itu. Tapi tak salah kalau sekadar menonton untuk berhibur. Aku tak nak cerita lebih lanjut... lebih baik korang pi tgk sendiri...


Pi tgk wayang sorang-sorang? ala... biasala tu.. wakakakakaka

Thursday, December 08, 2005

Argh!!! Tidak!!!!

Apa dah jadi ni.... Puas aku memberi sokongan tadi... sanggup aku bersengkang mata berjaga pukul 3.30 pagi... Tapi, M.U tewas jugak ditangan Benfica dengan keputusan 2-1....... Ini hari aku takder mood nak buat aper pon... kat opis ni pepagi lagi dah kena perli... almaklum la, aku ni peminat setia team M.U .... Melihatkan persembahan diorang pagi tadi, tak hairanla boleh kalah... Tak seperti zaman kegemilangan M.U sebelum ni, permainan diorang agak tak teratur.... Takper la, nak buat macam mana.... Adat permainan, ada kalah menang.... lain tahun boleh cuba lagi... harap team muda M.U dapat matang dengan secepat mungkin untuk menghadapi cabaran akan datang..

Sib baik la ari sabtu lepas Perak dah berjaya membelas Selangor 4-1, celebrate tak abis lagi ni...

Wednesday, December 07, 2005

Azura

Lagu ni ditujukan khas pada kawan aku sorang ni.. hahahahaha

( 1 )
Azura...
Ada sinar di matamu
Lembut hatimu mesranya... sayang

( 2 )
Azura...
Senyummu ku terbayang
Tanpa mu ku sepi... rindu

( korus 1 )
Azura...
Kaulah sinar hidupku
Yang mengalirkan cinta
Di dalam jiwaku

( korus 2 )
Azura...
Kaulah sinar hidupku
Moga takdir menyatukan
Cinta kau dan aku
Azura...

Ada orang kata

Assalamualaikum,

Ada orang kata aku ni bermulut manis, aku pandai berkata-kata. Orang mudah percaya dengan apa yang aku cakap.... Perempuan pun mudah melekat.... Tapi bagi aku, apabila aku meluahkan kata-kata, aku memilih ayat yang terbaik.... aku tak main cakap jer.. sebab kalau tersalah cakap akan membuatkan orang terasa..... Bila aku marah atau bila aku tak suka akan sesuatu.. aku akan cakap dengan cara yang terbaik..... berdiplomasi adalah cara yang terbaik daripada bersengketa...
Aku ingat lagi masa aku kerja sebagai promoter kat Jusco Bandar Utama dulu, masa tu aku jual produk yang boleh dikatakan amat susah untuk dipasarkan... Komputer kanak-kanak..... sebijik boleh dianggarkan dalam Rm 200 hingga Rm 500... Bukan senang untuk jual walaupun sebijik... Tapi alhamdulillah, masa tu Jusco Bandar Utama menjadi tumpuan pelanggan yang kaya raya... aku cuma perlu meyakinkan diorang tentang keberkesanan alat tu dalam pembelajaran anak-anak. Sale aku untuk sepanjang bulan boleh mencecah Rm 30 ribu, satu angka yang mengejutkan boss aku masa tu... sampai Regional Manager Berjaya HVN pun turun padang datang melawat aku... Rasa bangga lak..... mungkin apa yang dikatakan kawan aku tu betul, aku ni bermulut manis, mudah untuk aku meyakinkan seseorang tentang sesuatu..... aku harap aku tak menyalahgunakan kebolehan aku ni...

Kenapa manusia cepat membuat penilaian yang negatif? bagi aku, mungkin amat mudah untuk mengharap yang tak baik dari seseorang kerana tidak mau kecewa kalau harapan tentang kebaikan dihancurkan.

Monday, December 05, 2005

Seminggu punya cerita

Assalamualaikum,

Oleh kerana aku busy baru-baru ni dan takder masa nak update blog, ni aku sum up aper yang dah terjadi dalam idup aku sepanjang minggu lepas
Ari isnin takder aper yang menarik, seperti biasa jer dengan keje-keje harian. Ari selasa JPB ader friendly match futsal dengan JPI, team lelaki JPB membelasah team lelaki JPI 8-3, manakala Team wanita JPB membelasah team wanita JPI 5-1. Abaikan team lelaki... sbb dah memang power.. hehehe... cuma aku terkejut dengan persembahan team wanita kami... memang ramai yang berbakat, nampak jer lemah lembut.. tapi bila tendang bola.. mak aaiiii.. dasat betul... Balik main futsal.. aku ngan mukh pi karaoke kat Yow Chuan... kami melalak dari pukul 9 sampai 11 malam.... tekak aku sampai sakit ler.... Sebenarnya dah lama aku ajak mukh pi karaoke... sajer nak test... selalu karaoke kat taiping jer... aku ni bukannya pandai nyanyi sangat.. slalu ajer lari tune... tapi mukh menampakkan ciri2 sorang kaki karaoke... hahaha...
Ari Rabu keje sampai pukul 8 malam, layan borak ngan mukh sampai pukul 11.... masing2 tgh jiwa kacau... buleh la clear sket kepala ni.... ari khamis takder yang best.. ari jumaat dapat PRIME.... PRIME ni sebenarnya indeks penilaian prestasi sepanjang tahun... Bender alah ni jugak la yang akan menentukan kuantum bonus yang akan diterima... aku dapat 4.01.. cukup makan je la pun.... Bonus dalam kuantum 3.00-3.25.. oleh kerana attendance semua ok.. kebarangkalian besar dapat 3.25 bulan.... lebih dari target aku tu.. nak watper ek ngan duit lebih ni.. huhuhuhu
Ari Sabtu ngan ahad tak byk aktiviti, aku lepak umah jer.. igt nak pi umah Kak As(manager aku) yang nak pi haji nanti.... malas le pulak sbb takder geng...

Adakah hidup ini satu perjudian? Andai menang dengan pertaruhan yang besar..... habuannya cukup lumayan..... tetapi risiko yang dihadapi juga begitu menakutkan....