Wednesday, April 26, 2006

Indahnya Kematian - Panggilan

Biarkan aku terbaring dalam lelapku,
kerana jiwa ini telah dirasuki cinta,
dan biarkan daku istirahat,
kerana batin ini memiliki segala kekayaan malam dan siang.
Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah dupa nan mewangi di sekeliling ranjang ini,
dan taburi tubuh ini dengan wangian melati serta mawar.
Minyakilah rambut ini dengan puspa dupa dan olesi kaki-kaki ini dengan wangian,
dan bacalah isyarat kematian yang telah tertulis jelas di dahi ini.
Biarku istirahat di ranjang ini,
kerana kedua bola mata ini telah teramat lelahnya.
Biar sajak-sajak bersalut perak bergetaran dan menyejukkan jiwaku.
Terbangkan dawai-dawai harpa dan singkapkan tabir lara hatiku.
Nyanyikanlah masa-masa lalu seperti engkau memandang fajar harapan dalam mataku,
kerana makna ghaibnya begitu lembut bagai ranjang kapas tempat hatiku berbaring.
Hapuslah air matamu, saudaraku,
dan tegakkanlah kepalamu seperti bunga-bunga menyemai jari-jemarinya menyambut mahkota fajar pagi.
Lihatlah Kematian berdiri bagai kolom-kolom cahaya antara ranjangku dengan jarak infiniti
Tahanlah nafasmu dan dengarkan kibaran kepak sayap-sayapnya.
Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal buatku.
Ciumlah mataku dengan seulas senyummu
Biarkan anak-anak merentang tangan-tangan mungilnya
buatku dengan kelembutan jemari merah jambu mereka;
Biarkanlah Masa meletakkan tangan lembutnya di dahiku dan memberkatiku
Biarkanlah perawan-perawan mendekati dan melihat bayangan Tuhan dalam mataku,
dan mendengar Gema Iradat-Nya berlarian dengan nafasku

:+: Khalil Gibran :+:

Takziah kepada Officemate aku, Emli Ahmad, diatas kematianisteri tercinta, Norashikin Bt Abu… Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang telah ditetapkan ini. Al-fatihah.

Tuesday, April 25, 2006

Eksiden

Assalamualaikum....
Hari ni aku cuti.... nak tau sebab apa aku cuti? Sebab aku eksiden masa balik keje semalam... Best ka eksiden tuh? macam hampes punya sakit... damm its hurt... Macam mana aku boleh eksiden? Jap nak imbas kembali... wuingg... wuingggg(bunyi flash back)....
Semalam aku kluar sharp on time, iaitu pukul 5... disebabkan idung aku yang tak tak abis2 mengalun bunyi. cruuutttttt... creeetttttt.. pastu batuk plak tak hengat punya..... malas aku stay lama-lama kat opis...... Lepas hantar Cha-in ke Padang Merbuk, aku trus meluncur laju menghala ke Jalan Meru, sepanjang perjalanan tu aku tak rasa apa2 yang pelik.... cuma selsema aku ni buatkan aku rimas.... Elok sampai ke persimpangan ke KL sentral tiba2 tayar motor aku mula menggelongsor... Aku ilang kawalan.... dengan kelajuan 70kmh, moto aku mencium tar... begitu juga tubuh aku. Nasib baik takda kereta kat blakang aku masa tu.... kalau tak, sure parah.... Ada jugak la penunggang moto yang berenti untuk memberi bantuan, dengan menolong menghalang kenderaan lain dari melanggar aku.... Thanks.. who ever you are.....
Aku tolak moto aku ketepi jalan, ada sebuah kereta peronda polis dah berenti kat tepi... Polis tu kluar dan tanya aku apa jadi.... Aku trus explain yang kat tepi jalan tu ader minyak itam yang tumpah.. memang sebab tu lah aku ilang kawalan tadi... makhluk mana la yang biar minyak itam tumpah kat situ... siap ader tong plak tu kat tepi jalan.. Polis tu suruh aku pi hospital... dan dia akan hubungi DBKL untuk bersihkan tumpahan minyak tu.. Malas plak nak pi hospital... aku start moto, trus menuju ke umah, sib baik la moto aku tak teruk..... calar sket je.... badan aku dah sengal-sengal... darah pulak dah mula menitik dari tangan aku.... Ah.. tak kira, janji sampai umah... Masa dalam perjalanan balik tu, aku dapat rasakan yang tayar moto aku masih licin, akibat terkena minyak itam tadi..... Apa-apa pun, Alhamdulillah aku terselamat.

Kecederaan kecil di tangan(dah letak antiseptic)

Kat siku(tempat lain tak dapat ditunjukkan

Monday, April 24, 2006

Last Week

Assalamualaikum,

Aku tak nak crita banyak ari ni, just nak kongsi sikit gambar yang diambil hari rabu minggu lepas.

Layout Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit yang menarik

AKPK.. memberi khidmat kaunseling kepada mereka2 yang menghadapi masaalah hutang tak berbayar secara percumaMe, kak anim and man

Malam pulak salah seorang Manager department aku, Suhaimi (Bulat) ajak pi karaoke kat RedBox Sogo.. Dia blanja Beb!!!

Bulat tengah melahap

Lepas makan, dia nyanyi plak.. sedap suara dia beb... merdu abis

Aku yang menyumbangkan suara... gelabah abis lepas dengar suara bulat yang power tuh

Rudy, Aku and Bulat yang kekenyangan

Sunday, April 23, 2006

Sekalung Takhziah

Assalamualaikum,
Takhziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba, sekembalinya beliau ke Rahmatullah ahad, 7.23 pagi. Sesungguhnya jasa beliau sebagai Tokoh Negarawan Ulung akan sentiasa dikenang. Al-Fatihah......

Saturday, April 22, 2006

Critical Thinking

Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita di dalam dunia blog aku ni... Walaupun hari ni hari sabtu, aku terasa pulak nak update, saja jer nak berkongsi pandangan dan pendapat. Sebenarnya apakah fungsi blog? Setiap orang ada tafsiran memasing, ada menjadikannya sebagai catatan harian, ada sebagai ruang berkongsi maklumat, meluahkan perasaan tak kurang juga sebagai tempat untuk memasarkan produk. Bak kata blog ni adalah flexible dan bergantung kepada hak individu ataupun bergantuang kepada tuan punya blog. Aku ingin memetik satu kenyataan"pop up" daripada blog salah seorang kawan aku, berbunyi "Ini Blog aku....Sukati aku nak Bubuh aper".. Jadi pemilik blog ada kebebasan sepenuhnya untuk letak apa pun.
Namun begitu, kita hidup dalam masyarakat.. tak boleh lari dari kritikan dan juga mungkin akan menyinggung perasaan pembaca-pembaca kita.... Walau apa pun, kita kena berani menghadapi dugaan, jadikanlah blog sebagai ruang untuk mengkritik... memberi pendapat serta berbincang dengan secara rasional....Latih pemikiran kita untuk lebih kritis, dan lebih open pada perbincangan daripada hanya mendiamkan diri serta memendam pandangan dan pendapat memasing... Mungkin kerana kita hendak menjaga hati orang, maka kita mengambil langkah untuk mendiamkan diri.... But, truth must be spoken.. kalau tak masaalah takan selesai.
Ya, mungkin sesuatu perbincangan akan melibatkan emosi yang membuak-buak.... tapi cubalah mengawal perasaan dan berikan hujah-hujah yang releven, justify your disagreeness with a clear mind. Don't let emotions clouded your mind. Sesuatu perbahasan atau perdebatan tak semestinya menghasilkan jawapan yang mutlak.... Ia mungkin juga tak kemana, dimana kedua-kedua pihak mempunyai asas yang kukuh kepada apa yang dipertahankan..... In the end, it's o.k to agree just to disagree... Apa-apa pun, terpulanglah pada individu, aku cuma melontarkan pandangan sendiri dan tak menutup minda aku pada pandangan ramai... your opinions are most welcome..... Thank you.

Friday, April 21, 2006

Pasti

Semenjak aku kehilanganmu
Sekitar maya ku berubah
Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika dulu
KAu lakukan untukku
Sepi mencengkam
Resah berpanjangan
Wajahmu bermain di ingatan
Yang tinggal kini
Airmata cinta telah membasahi kolam hatiku

Pasti kau di saat ini
Berselindung di balik wajahnya
Aku tak lagi kau hiraukan
Terlontar jauh dari hatimu
Bagaikan mawar terkulai sepi
Tak lagi bererti

Mengimbas kenangan di masa silam
Aku terkenangkan janjimu
Tiada lagi kesempatan untukku
Memilikimu seperti dulu

Assalamualaikum,
Setelah berpanas-panasan, jom kita dengar lagu..... Pasti oleh Mega, lagu ni takda kena-mengena dengan yang idup ataupun yang telah meninggal. Aku letak lirik lagu nih sebab aku rasa best dengar lagu nih... so, sesiapa yang terasa nak dengar lagu nih.. sila-sila le cari ek...

Thursday, April 20, 2006

**Kelakar Siot**

Assalamualaikum,

Kelakar... itu aja yang aku boleh katakan..... Posting aku baru-baru ni betul-betul menjadi topic yang hangat.... Tapi takpa, itu yang aku nak.... best betul rasanya bila mendapat beberapa komen yang "membina". Nak wat macam mana, semua orang ada pandangan dan pendapat memasing.... Dunia kita luas.... berpenghuni dengan pelbagai jenis ragam, pahaman serta pandangan.... kalau semuanya sependapat.. takanla adanya peperangan.. takanla ada petikaian... Semuanya sepahaman.. semua sehaluan.... Tiada keunikan....
Namun kita kenala cuba belajar untuk memahami.. cuba untuk meneroka diri orang lain.. sebab didunia ini, bukan kita seorang yang tinggal.... Malang bagi katak dibawah gelas berbanding dari katak dibawah tempurung.. kerana katak dibawah gelas boleh melihat sekeliling.. tapi tak ingin mengambil tahu.... tak ingin meneroka... hanya hidup di dalam dunianya sahaja.... Tetapi.... katak adalah katak.... Katak tak bisa belajar, katak hidup dengan fitrah yang dikurniakan sejak lahir hinggalah keakhir hayat.....
Terima kasih atas komen-komen yang diberi dalam posting aku bertajuk "Yang Memeningkan" tu.... aku cuma pelik kenapa ada yang mengaitkan posting aku itu disebabkan seseorang wanita yang aku kenal dalam dunia blog nih.... Takpa la biarla kat dia... pada "Jerung II" anda dimaafkan... tak perlu la minta maaf k....... Dan pada yang terasa tu aku minta maaf jugak..... tak terniat untuk aku mengaitkan diri kalian..... tetapi cili itukan amat pedas... jangan cuba memakannya mentah-mentah... hahahhahaha

P/s: I really like it....

Wednesday, April 19, 2006

Laguku Untukmu

Kehadiran membawa seribu erti
Terasa bagaikan suatu mimpi
Indah mahligai yang kita bina
Impian kini terlaksana sudah

Tiada ku terlintas akan terjadi
Kita kan terpisah jua akhirnya
Sejenak ku terfikir segala
Oh keindahan bersamamu

( 1 )
Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita

Setelah kau pergi tiada kembali
Pilunya tak dapat ku menggambarkan
Abadi kasihku yang amat suci
Biarku yang dalam kegelapan

Dengarlah dendangan laguku untukmu
Suara hati lambang suci murni
Berat saatku dilamun rindu
Setelah lama dikau pergi oh...
Kasihku... oh...

( 2 )
Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita

Setelah kau pergi tiada kembali
Pilunya tak dapat ku menggambarkan
Abadi kasihku yang amat suci
Biarku yang dalam kegelapan
Kasihku... oh...

Ps: Lagu ni takder kena-mengena dengan yang idup atau yang telah pergi.... sajer sronok dengar lagu nih

Tuesday, April 18, 2006

Yang Memeningkan

Assalamualaikum,

Suatu pagi yang indah, udara yang nyaman serta suhu yang rendah akibat hujan yang turun hampir setiap hari di ibu kota baru-baru ni memang menyegarkan..... Tapi kesemua tu masih tak dapat menghilangkan kelesuan mental serta fizikal yang aku alami sekarang ni.... banyak benda yang aku tgh fikir... banyak benda jugak yang aku kena buat ditambah pulak dengan bebanan kerja yang banyak semalam.... aku benar-benar harap yang hari ni tak seteruk semalam, sebab badan aku betul-betul rasa lesu... rasa nak demam.... Kalau ikutkan hati, memang aku teruskan berselimut pagi tadi, tapi tanggungjawab kerja tak boleh diabaikan.... Aku perlu selesaikan semua kerja-kerja segera... lagi pun apa gunanya berehat dirumah kalau kepala merewang entah kemana... Fizikal dan mental tidak sekata... Tidak sehaluan.. bagai mana kita hendak mencapai tahap rehat sepenuhnya kalau ni berlaku..... dah tentu hasilnya nanti tidak seperti yang diharapkan.....
Kekadang aku terfikir, kenapa perempuan ni suka bermain teka-teki.... apakah hidup wanita ini penuh dengan persoalan yang perlu kita cari.. atau perlu dibiarkan saja semua persoalan itu... Mungkin ada lelaki yang boleh mengabaikan... dan meneruskan hidup dengan wanita yang dicintai tanpa mencari .... tetapi membiarkan semua teka-teki terjawab dengan sendirinya.. tapi aku ni tiada kesabaran... apa yang rasa musykil, aku akan terus mencari jawapan tersebut secepat mungkin.... Aku tak mau persoalan bersarang dalam benak fikiran aku ni.... Kalau boleh aku tak memikirkan persoalan-persoalan yang mungkin tak memberikan apa2 kepentingan pada aku ni... Tapi sifat aku, ingin tahu mengatasi segala-galanya..... aku betul-betul pening, letih, lesu memikirkan semua ni..... kekadang aku fikir, kalau aku dapat amnesia pon ok jugak..... ilang kejap soalan-soalan nih....
Errmmm......Wanita suka memberikan harapan pada ramai lelaki dalam masa yang serentak, supaya mereka direbuti dan akan sentiasa mengharap untuk memilih yang terbaik dari sekumpulan lelaki tersebut... tapi aku ingat lagi kata-kata mak aku.. "pilih punya pilih... dapat ikan bilis"

Thursday, April 13, 2006

*** Shhhiiiit***

MALAYSIA BATAL PROJEK JAMBATAN PM Abdullah juga umum KL hentikan semua rundingan dengan Singapura

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia semalam membuat keputusan untuk membatalkan pembinaan jambatan 'separuh' atau 'bengkok' bagi menggantikan Koswe yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

Mengumumkan demikian, Perdana Menterinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaannya juga telah membuat keputusan untuk menghentikan semua rundingan bersabit dengan jambatan itu.

'Keputusan kerajaan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya, terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara,' katanya dalam satu kenyataan.

Ketika dihubungi agensi berita Bernama, Datuk Seri Abdullah mendedahkan kabinet telah membincangkan projek itu pada mesyuarat mingguannya semalam dan berpendapat sekiranya Malaysia meneruskan projek itu akan timbul implikasi dan komplikasi undang-undang yang perlu diselesaikan kelak.

'Masalah akan timbul apabila kita hendak potong tambak, laluan paip air dan laluan kereta api (yang sedia ada) kelak untuk disambungkan dengan jambatan yang baru. Masalah itu tidak akan selesai,' katanya.

Dalam satu sidang akhbar berasingan, beliau berkata:

'Kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi projek yang dipertikaikan.'

Pembinaan jambatan yang diberi nama 'jambatan indah' itu telah bermula awal tahun ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada April 2009.

Dalam rundingan terbaru kedua-dua negara, Singapura dilaporkan telah menyuarakan kesediaan menimbangkan tindakan menggantikan Koswe dengan jambatan lurus tetapi antara lain meminta Malaysia membenarkan pesawat pejuangnya menggunakan ruang udara Malaysia dan ia dibekalkan pasir sebagai balasan.

Permintaan Singapura itu dikritik rakyat Malaysia, terutamanya penduduk Johor yang menganggapnya sebagai keterlaluan dan diibaratkan menggadaikan kedaulatan negara jika dipenuhi.

Mengulas perkembangan terbaru itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata keputusan itu sangat dihargai oleh penduduk negeri itu.

'Kami berbesar hati kerana keputusan itu mengambil kira sentimen penduduk.

'Kami menerima keputusan kerajaan federal untuk menghentikan rundingan berkaitan projek itu dan mengekalkan Koswe,' katanya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, semalam berkata pihaknya telah mengarahkan kontraktor, Gerbang Perdana Sdn Bhd, supaya menghentikan serta-merta kerja membina jambatan itu.

Syarikat itu juga diarah membersihkan kawasan tapak dan memberitahu Kementerian Kerja Raya jumlah wang yang sudah dibelanjakannya sejak memulakan projek tersebut.

Datuk Samy Vellu berkata Gerbang Perdana sebaliknya akan diminta membina jalan bertingkat, yang akan menyambungkan kompleks baru Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang akan siap September ini, dengan Tambak Johor. - Agensi berita.

Kerajaan "scrap" projek jambatan ke Singapura.. ermm.. ermmmm.... semangat aku berkobar-kobar bila aku dapat tau tentang benda ni semalam.... bagi aku ini lah caranya untuk handle "blood sucking community" macam kerajaan singapore tu... kita kena berani say no to them... Ya, memang kita akan rugi, sebab rakyat kita ramai yang kerja di sana, kesesakan akan terus berlaku di tambak Johor tu.... tapi apalah sangat kalau dibandingkan dengan kedaulatan negara kita..... jangan kita mengalah seperti dalam isu air... kita menjual air dengan harga yang amat-amat murah dan akhirnya kita membeli balik dengan harga yang amat-amat mahal...Sebab Singapore akan terus menekan kita.. jangan mudah mengalah... dahla satu Sen pon diorang taknak tanggung untuk kos pembinaan jambatan tersebut... nak demanding plak...... Biarlah kita cuba untuk berdiri dengan sendiri.... biarlah suatu hari nanti.... dah takda lagi orang kita yang bekerja di Singapore...... Memang meraka maju.... memang mereka hebat... tapi percayalah kita boleh lebih maju.... kita boleh lebih hebat dari mereka.. InsyaAllah.....

Wednesday, April 12, 2006

Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Bersempena dengan Maulidur Rasul... jom kita nilai balik keperibadian diri kita..... adakah sekelumit hama pun menyamai dengan keperibadian Rasul kita yang tercinta?

Friday, April 07, 2006

Upload

Assalamualaikum,

Esok balik kampung, walaupun hati aku rasa berat jer nak balik(budget rendah) tapi aku kena gak balik..... nak ilangkan keserabutan yang bersarang dalam kepala otak aku ni...... Sebab aku tau, kepala aku akan tenang bila kat kampung.... aku betul-betul rimas dengan k.l .... Kalau diberi pilihan, aku nak keluar dari k.l ... tak mau aku kerja kat sini.... dengan kesesakan.. kos sara idup yang tinggi... arghhh.... rimasnya.. bila aku boleh kluar dari kl ni buat selama-lamanya...

Aku cuba upload gambar tadi, tiba-tiba plak boleh.... sebelum asyik tak berjaya ajer.... tak payah la aku kena pi cc semata-mata untuk upload gambar.....

Rujuk pada gambar di atas, gambar ni aku ambik kat burmesse pool masa balik bercuti tahun baru cina lepas... nampaknya populariti mawi telah memberikan kesan dimana-mana saja.... ish.. ish....
Jernihnya air yang mengalir..... aku takan ragu-ragu untuk menghirup air yang mengalir di bukit larut ini.... kesejukannya seakan baru kluar dari water cooler je.... Bila la aku nak naik Bukit Larut lagi.
Pemandangan Bandar taiping dari atas Bukit Larut.... Nampak kosong jer.... macam takder apa-apa pon kat Taiping...
Okay la.. c u all next week... Doakan aku selamat dalam perjalanan.. seperti biasa.... kali ni aku naik moto lagi....

Wednesday, April 05, 2006

ABO blood group system

Method of classifying human blood on the basis of the inherited properties of red blood cells (erythrocytes) as determined by their possession or lack of the so-called antigens A (including A1 and A2) and B. Persons may, thus, have type A, type B, type O, or type AB blood. (Antigens of other blood group systems may also be present.) The A, B, and O blood groups were first identified by the Austrian immunologist Karl Landsteiner in 1901.

An antigen is a substance that can, in certain circumstances, excite the production of a corresponding antibody. An antibody is a substance capable of reacting specifically with particular antigens. Blood group antigens are carried on the surface of the red cells.
Blood containing red cells with type A antigen on their surface has in its serum (fluid) antibodies against type B red cells. If, in transfusion, type B blood is injected into persons with type A blood, the red cells in the injected blood are destroyed by the antibodies in the recipient's blood. In the same way, type A red cells are destroyed by anti-A antibodies in type B blood.

Type O blood can be injected into persons with type A, B, or O blood unless there is incompatibility with respect to some other blood group system also present. Persons with type AB blood can receive type A, B, or O blood.
Blood group O is commonest throughout the world, reaching a frequency of 100 percent in Amerindians of South and Central America and in the southern two-thirds of the United States. Type B is high in Asia, with a maximum in Northern India; it is low in Europe and Africa and absent among American Indians and in most Australian Aborigines. Type A1 is common all over the world and appears to exist to the exclusion of type A2 among the Australian Aborigines and Eskimos and in parts of Indonesia, the Pacific, India, Canada, and the northern United States.

The world high occurs among the Blackfoot and Blood Indians and surrounding tribes in Alberta and Montana; this concentration in a continent otherwise so strongly type O is a puzzle that some scholars believe is evidence for repeated waves of migration into the New World from Asia. Gene A2 reaches a frequency of 50 percent in certain Sami (Lapps); it is uncommon or rare elsewhere.
Stomach cancer is 20 percent more frequent in persons of type A than in people of types O or B; pernicious anemia and possibly bronchopneumonia in infants are also associated with type A. Type O is associated with a 40 percent higher frequency of duodenal ulcer, especially in persons who do not secrete water-soluble antigen (nonsecretors); gastric ulcer is also more frequent in type O individuals.

Erythroblastosis fetalis (a type of anemia) occurs in offspring of ABO-incompatible matings, particularly when the mother is O and the father A; early loss of embryos is also increased in ABO-incompatible matings.
The ABO antigens are developed well before birth and remain throughout life. ABO antibodies are acquired passively from the mother before birth, but by three months the infant is making his own—it is believed the stimulus for such antibody formation is from contact with ABO-like antigenic substances in nature.

Tuesday, April 04, 2006

Kepulangan

Berlari menuju ke muka pintu
Seakan pasti suaramu
Yang terdengar
Sayup-sayup mesranya memanggilku

Berabad tak mendengar suaramu
Berbisik manja kepadaku
Yang terdengar
Cumalah hanya kalimah pemutus cinta

Gementar perasaanku
Menyahut panggilanmu
Dan demi pintuku buka
Dihadapanku seorang wanita

Airmata bertitisan ke pipinya
Yang cengkung dan layu tak bermaya

Terharu ku mendengarkan nasibmu
Semenjak kau meniggalkanku
Apalah.. daya diri
Tiada kekosongan lagi

Merisik Khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...