Harap Maklum
Tuesday, August 22, 2006
Hey Guys!!!
Harap Maklum
Monday, August 21, 2006
Songzz
Hai all, just nak bagitau yang aku dah upload lagu kat blog ni.... sesiapa yang nak mendengar sila la click play.... Lagu minggu ni, Mimpi Yang Tak Sudah dan Meneka Dalam Kesamaran.... 2-2 by Ibnor Riza.... from time to time aku akan terus menambah koleksi lagu2 dalam list player tu, mengikut tahap kerajinan la.... sesiapa yang ingin membuat permintaan lagu, adalah dialu-alukan.... tapi kena bagi tau sebab-musabab meminta lagu tu.... Kalau permintaan tak dapat ditunaikan, jangan saman ek....
Sunday, August 20, 2006
Tekad 4 Coaches (T4C)
Fuh!!!! Penat sesangat... Sebenaqnya aku baru balik dari program tekad 4 coaches(t4c) yang diadakan di Multimedia University(MMU) sebagai persediaan untuk menjadi coach pada Program Tekad yang bakal diadakan di Penang 2-3 september nanti.... Penat tak terhingga... aku rasa tak larat nak bukak mata jer ni..... tapi gagah jugak la menaip, sementara semuanya masih segar di ingatan.....
Program bermula dalam pukul 9.00 pagi, tapi aku, Caaint dan Mat(member Caaint) dah ada kat situ dalam pukul 7.50 pagi.. semua ni sbb caaint perlu ada di sana lebih awal.. maklum jer la dia ni Gabenor(jawatan tertinggi dalam tekad...think so...)..... Sebenarnya pukul 7.00 pagi lagi aku dah sampai kat umah dia, kat Quaters kakitangan hospital serdang..... heaven le dok situ... dgn suasana aman tenteram... nyaman.... kalo ader bilik kosong... nak gak aku sewa....
Program dimulakan dengan sesi memperkenalkan Tekad Core team... depa ni la yang bertanggungjawab merealisasikan projek ni.... lepas tu modul 1 pun bermula... Tajuk modul, Tekad dipahat.. kami dikehendaki menulis goals serta target for attending this project... Kiranya sesi menetapkan matlamat la.... Then Modul 2, Langkah pertama....Dalam modul ni, kami dikehendaki mengambil nama serta tandatangan, ni sebenarnya sesi ice breaking la.... Dungga dance(welcoming dance)
Modul 5 plak, Tekad ball.... dalam modul ni kami diberi beberapa batang straw, getah, sudu... kami kena cipta satu cara utk ambil bola ping pong yang ader kat tgh tanpa keluar dari kotak yang dilukis yang juga jauh dari bulatan ditengah tu... punya la seksa.... dah la dalam masa yang sama kumpulan lain pun tgh mencuba utk dapatkan bola tu... jadi la sesi rebut-merebut bola. memang fun la.... Tekad Ball
Harmless volcano.... lahar kluar ciput jer.. wakakakak
Sesi last skali.. kena buat volcano, tentu ramai yang penah buat masa skolah dulu..... Semua modul-modul... ader mesej2 yang tersendiri, yang perlu disampaikan kepada student2 kat penang nanti.... kalau disampaikan dengan betul, akan memberikan kesan yang mendalam kepada mereka, terutamanya sesi dari hati ke hati tu... It's a way to reach out and touch their heart... Actually, aku nak jadi helper jer kat tekad penang ni.. tapi dah kena jadi coach plak..... ermmm.... takpe laaa... Sib baik la masa skolah dulu dah penah jadi fasilitator.... Really2 looking foward to attend the actual program kat USM Penang nanti...
Pictures from tekad blog..... more are coming lepas diorang upload gambar2 ler... gambar aku takder lagi nih
Wednesday, August 16, 2006
Kedebushhh!!!!
Kedebushhhh!!! begitulah agaknya bunyi kita kalau terjatuh..... Bayangkan la kalau jatuh dari tingkat 18 dan tersangkut di tingkat 11.. Sebenarnya aku nak merujuk kepada kemalangan yang berlaku kat opis aku pagi tadi. Seorang technician telelift(telelift ni sistem pengangkutan surat-surat yang disambung terus dari setiap department ke unit mel) berbangsa cina, tergelincir dan jatuh dari tingkat 18 ketika sedang melakukan kerja-kerja selenggara... Aku tak tau la mcm mana dia boleh jatuh, tapi punca utama sbb dia tak pakai tali keselamatan.
Peristiwa berlaku dalam pukul 10.30 pagi, masa tu aku tgh dok nolong(sambil juai minyak) sorang staff baru kat department aku ni configure email dia.. ada la yang bawak berita ngatakan yang ada orang dah jatuh dari tingkat 18..... abih le kecoh department aku time tu.... macam-macam spekulasi plak kluar... bunuh diri lah... jatuh celah lubang lift lah... memacam lagi laaa.... Untuk mengompem kan lagi cerita, aku pon naik ketingkat 10 untuk mendapatkan berita dari sumber terdekat....Memang sah la dah ader orang jatuh, tempat kejadiannya boleh dilihat dari tingkap kat area toilet blok aku... Oleh kerana aku berada di tingkat 10, mayat pulak tersangkut ditingkat 11, memang jelas le kelihatan ahli bomba sedang berusaha mengeluarkan mayat. Cuma mayatnya tak boleh nak nampak sbb terlindung.... Boleh nampak la darah terpercik kat kawasan kejadian tu. Usaha mengeluarkan mayat(gambar dikidnap dari blog ret)
Monday, August 14, 2006
UM Convo
Last week telah berlangsung Upacara konvokesyen di U.M, seperti biasa lah, setiap kali Konvo, mesti ada Pesta Konvo...... Oleh sebab tak tau nak buat apa kat umah, hari jumaat lepas, aku ngan sharis gerak kesana dengan harapan untuk membuang masa yang ada..... Kami parking moto kat bangunan peperiksaan dan mula berjalan ke arah Fak. Sains..... rupanya ader jualan gudang kat situ...... banyak betul barang murah-murah. Malang skali, takda apa pon yang aku nak ... Pusing seround.. and then kami mulakan langkah ke arah bangunan perdana siswa..... rupanya ada pertandingan silat... Lepak jap.. tgk diorang berentap, masa tu wakil ATMA(akademi tentera malaysia) tgh mempertontonkan kemahiran seni tempur.... berapi golok diorang bila bertemu... dasat betul la.... kalau silap tetak, sure parah tu...
Memang meriah betul la Pesta Konvo Um kali ni..... macam-macam hiburan ader..... dah abis pusing segala gerai yang ada, kami berenti makan kat kedai 3rd kolej(kolej kurshiah). Kalau korang nak tau 3rd kolej atau nama samaran Kolej Kurshiah ni, terkenal dengan gerai makan pakcik Sahur... memang setiap malam sure penuhnyer.... Masa aku study dulu.. slalu gak aku lepak kat sini... antara puncanya sbb kat 3rd ni ramai awek... sambil makan, boleh cuci mata.. makanan pon sedap.. Mula-mula, aku suspen gak nak makan kat gerai-gerai di pesta konvo ni... sbb slalunya tak sedap... pernah dulu, seingat aku masa asasi sains, the first time aku makan kat pesta konvo ni.... pengalaman yang takan dapat aku lupakan.... Dah la order dkt sejam tak dapat-dapat lagi..... dapat milo plak perasa paip.. pernah tak korang minum air paip? kalau korang penah.... try la minum, macam tu la rasanya milo tu... cuma ader warna ngan bau milo. Tapi kali ni jangkaan aku silap.... Sate serta laksa yang aku makan memang amat sedap, even ais blended pon best.... cepat lak tu..... sempat gak la aku ngan sharis kacau adik2 kat situ... ala biasa la.... abang2 super senior wajib le kacau adik-adik btoi tak......Dah abis makan, kami pon blah arr.... Aku betul kagum dengan pesta konvo um kali ni, memang banyak improve dari tahun-tahun sebelumnya.
P/s: tahniah pada shahris yang telah menerima skrol beliau last week.... Bachelor of Computer Sc
Friday, August 11, 2006
Email yang aku terima...........
Dear All,
CONGRATULATIONS!! You are a step closer to becoming the role models for the Champions of TEKAD Penang!
Ready to discover your super powers? :)
To prepare you for the actual Projek TEKAD in September 2006, on behalf of Projek TEKAD Penang Core Team, we would like to invite you to attend the TEKAD FOR COACHES (T4C) Session as detailed below:
Venue : Multimedia University (MMU), Cyberjaya
Date : Sunday, 20th August 2006
Time : 8.00am Registration & Light Breakfast
8.30am T4C Session
7.00pm End of T4C
The exact venue and map to MMU will be emailed to you later.
Attire for T4C is smart casual. Please note that we will be carrying out many activities both indoors and outdoors, therefore kindly be in your most suitable attire (i.e. preferably pants and sport shoes).
Please note that attendance for T4C Session is COMPULSORY in order for you to be selected as coaches for Projek TEKAD Penang.
We look forward to seeing all of you at the T4C Session!
With warmest regards,
HR TEKAD Penang
On behalf of Projek TEKAD Penang Core Team
Wednesday, August 02, 2006
P.R.I.M.E
Namun Prime yang teramat subjektif amat-amat tidak digemari oleh kakitangan yang sering mendapat rating yang rendah... alasannya... "Tukang Kipas" sudah pasti akan mendapat rating yang tinggi..... Tak payah la aku nak bercerita panjang mengenai maksud tukang kipas ni.... Aku akui, benda yang subjektif sering mendatangkan ketidakpuasan hati, it's a fact..... dan dimana-mana pun ada "Tukang Kipas", that's also a fact. Tetapi, apalah gunanya mengeluh.... kan baik dan lebih menenangkan kalau kita berkhidmat dengan lebih ikhlas dan tak mengharapkan apa-apa ganjaran daripada kerja-kerja kita... Kalau orang tak nak hargai, sudah lah.. asalkan kita dah buat yang terbaik... dan berpuas hati dengan kerja-kerja kita... cukup... namun, cubalah untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan jangan terus berada pada takuk yang lama.... Tetapi kalau ada yang menghargai.... Alhamdulillah.....
Based on my observation, kebanyakan mereka-mereka yang berjaya dalam department aku.... those people that are willing to "Show Themself", maksud aku, diorang ni bukannya orang yang pasif.. malah aktif dalam setiap perkara.... mereka berkebolehan dan memperlihatkan kebolehan diorang.... Dalam setiap perbincangan... dioranglah yang sentiasa mengutarakan idea2 serta cadangan yang bernas.... mereka berani mengatakan tidak kepada boss memasing dengan alasan yang munasabah.... Tak salah menonjolkan kemampuan memasing, bukan setakat untuk mendapat penghargaan, tapi untuk mendapat lebih peluang dan pengalaman....
p/s: Terdapat 4 group penyelarasan gaji mengikut prestasi memasing...5%, 10%, 15% atau 20%.. cuba teka brapa banyak gaji aku di "revise"
Tuesday, August 01, 2006
Antara Tepeng dan K.L
Fuh... lega kpala aku lepas lebih kurang 3 hari kat kampung, walaupun sepanjang 3 hari tu aku dok umah ajer tapi aku rasa cukup sronok.... mana taknya... time lapar ajer, jengok la dapur.. tentu ada benda yang boleh dimakan.... kalau kat sini, nak kena kluar plak... jalan lagi.. adoi la... sbb tu bila time malas tahap gaban.. sanggup berlapar lagi dari kluar cari makanan.... Itu le adat dok bujang ni... Cakap pasal bujang, kat kampung aku rupanya ramai yang akan mengakhiri zaman bujang diorang..... masing2 tunggu duit cukup jer.... takpa la.. jodoh diorang dah sampai.... kalau dulu aku cukup tensen kalau orang tanya soalan2 berkaitan jodoh ni, tapi skarang sikit pun tak... maybe aku buhsan ckp pasal jodoh... pi mampos arrrr....
Rupanya meriah rumah aku ujung minggu lepas... dengan adik aku azhar balik kejap untuk settlekan urusan kemasukan ke maktab.. akhirnya tercapai gak hajat mak aku untuk salah sorang anak dia jadi cikgu.. walaupun baru jer masuk.... ader 5 tahun lagi untuk abis study.. tapi mak aku dah sronok sgt.... Dia dihantar ke maktab perguruan di Besut.. jauh btoi....
faizal pon ada kat umah... bawak balik keter baru... sronok le bapak aku sbb keter tu akan disimpan kat tepeng.. adik aku tu kena posting kat kuantan.... kat atas bukit katanya... jaga radar tentera, almaklumla dia kan tudm.... baru jer lepas konvo ari tu.. Masak le ko dok atas bukit tu.... kata dia.... tujuh hari atas bukit... tujuh hari lak cuti.. macam tu la rutin kerja dia nanti.. ok ler tu.. dapat tujuh hari cuti lepas setiap kali shift kerja..... Jangan memboya kat kuantan nanti dah la....
Si Iwan plak mcm biasa la... balik dari lumut dengan member2 navy dia.. duit memanjang tak cukup... keje tak stress lagi sbb dia dah ader junior.. tak la kena buli mcm dulu.. pepaham jer la mcm mana keadaannya dalam tentera.... yang senior membuli yang junior... stakat basuh baju senior tu bender biasa la..... Adik Ipar aku pun balik ari tu... dah besar perut dia.. maklum le dah 7 bulan, lagi 2 bulan bersalin ler.. sure nama anak pon dah ader tu.. ahaksss.. soli arr cik siti... Si Lan tak dapat nak balik ler.. skarang dia kat Paloh, asistant manager ladang kelapa sawit kat sana... dengar kata berkawan dengan ular.. ye la kat situ penuh ngan ular tedung...
Seperti biasa la, ari tu aku balik taiping naik moto... alhamdulillah.. takder aper musibah yang menimpa... cuma time balik ke kl pagi isnin lepas.... ujan sepanjang jalan dari taiping ke tapah.... angin plak kuat, jadi takleh la aku bawak moto laju2...
p/s: Ari ni masuk jer opis, dah memacam keje menanti.... letih gak la berkejar-kejaran.... tapi nampaknya semua keletihan tu dah hilang bila dapat surat dari HR tadi.... Alhamdulillah.... syukur la atas rezeki yang dikurniakan....