Thursday, July 23, 2009

Unitar July '09 Intake

Salam,

Terima kasih kepada Azmi n Es3 sebab sudi menjemput aku untuk ikut serta bagi mengambil beberapa keping gambar bersempena induksi mahasiswa baru kemasukan July '09.

Salah sorang Fasilitator


Sifu Estree yg happy


Shoot the shooter


Amboii, pantang nampak kamera


Tetap ceria


Takan dah study kot


Hahahaha

Wednesday, July 15, 2009

Passion

Assalamualaikum,

Tergerak hati aku untuk menaip lagi di alam maya ini, walaupun tiada isi yang kritis, namun cukup sekadar meluahkan apa yang di hati. Bermula cerita, sudah lama aku mengidam sebuah medium untuk aku merakamkan kehidupan yang terpancar dari gambaran kaca mata aku dan boleh aku tafsirkan dari hati.

Suatu ketika dulu aku pernah memiliki sebuah kamera Fuji yang begitu canggih pada ketika itu, walaupun dibeli dengan harga yang murah dari kawan aku. Ia merupakan medium untuk aku untuk melepaskan tekanan. Memang tidak seberapa namun cukup mengembirakan. Bila hayat Fuji aku berakhir, aku menggunakan pula panasonic yang begitu "compact". Hayat penggunaan panasonic aku tidak lama, kerana aku begitu sibuk ketika itu. Minat aku entah kemana.

Namun sekarang, kehadiran sony alpha telah menceriakan hidup aku semua. Aku kembali asyik untuk mengambar kehidupan. Namun, banyak lagi yang perlu aku pelajari. Bimbingan sifu-sifu yang telah lama berkecimpung dalam dunia ini, amat aku perlukan. Berani aku katakan, dunia fotografi ini lebih kepada minat dari mencari peluang untuk menambah sumber pendapatan. Mungkin, apabila aku telah mempunyai modal yang lebih serta pengalaman, aku akan mula mencari rezeki menggunakan kamera aku. Buat masa sekarang, biarlah aku mencari kepuasan dahulu.

Nelayan Kota

Nelayan kota..... apakah hasil tangkapan?

Sunday, July 12, 2009

Crappy Pic

Hi, will not type anything, just going to upload some crappy pic. Any comment are most welcome.

My wife cousin

Aiman (terrible framing, i got some part of his left side chop off. B&W wise... errmm not sure)

Don't know why, but i like this pic, she's seems in a dreamy state, maybe thinking about somebody :). But not sharp enough :(

Another crappy pic, playing around with cs3, too saturated :(

Playing around with Lightroom 2.2, good tools for a newbies like me :)

Errm, nothing to say

Wednesday, June 24, 2009

Assignment!!!!!

Salam,

Tgh nak siapkan assignment Business Law, kepala tengah berpusing ligat, macam gasing cendawan. Susah jugak kan nak jadi lawyer, satu isu yang kecil boleh jadi besar kalau kita tengok dari pelbagai aspek. Lepas tu kena pandai "menggoreng" hujah yang disokong oleh fakta dan judicidal presedent. Sebab tu la aku lebih suka subjek mengira.....

Sunday, June 21, 2009

Alpha Ikut Makan Durian

Salam,

Lamanya tak update blog ni. Jangan kata sawang, dah berpenunggu dah pun. Sebenarnya aku benar2 takder idea nak menaip.... selama masa yang ada pun, aku habiskan untuk assignment, tv n bercengkerama..... bukak jer laptop, trus ilang idea. Semalam aku ikut wife and kaum kerabat dari opis dia ke Tabung Haji, Kelana Jaya, ader kenduri... lama plak tak makan kenduri... Aku usung skali la Alpha aku, kunun-kunun nak snap gambau pengantin laaaaa..... Skali kami duduk jauh sgt dari pelamin..... Nak ke depan, segan ahhhhh.... ambik gambau sendiri-sendiri je laaa....

Sebahagian dari rombongan

Lepas abis makan kenduri, gerak balik..... tetapi, singgah plak ke SS2. Apa ada di SS2? Ini dia....

Raja segala buah


Di SS2 ni boleh makan sampai pecah perut dengan bayaran hanya Rm15 sekepala, buah dia sedap beb, semua berkuali. Macam-macam gred ada, D24, D101, udang merah... semua ada laaaa. Aku punya feveret, udang merah..... Perghhhhh!!!!!!! ..... apa yang buat aku sikit kesal, sbb makan kat kenduri tadi banyak sgt, tak boleh la makan durian banyak-banyak.

Air kelapa untuk sejukkan perut

Balik dari SS2 singgah jap kat taman tasik yang kecik dekat area rumah aku, saja nak test-test ambil gambau, kalau tak test, nanti under utilised plak kamera aku ni. Boleh la main dengan setting2 yang ada..... Seperti biasa, model rasmi aku ari tu.......

Wife aku ler (sbb tak payah bayar :) )

Sempat la shoot beberapa keping and try beberapa setting. Sebenarnya aku memang tak puas hati dengan gambar-gambar yang aku ambik, banyak lagi yang aku kena explore, kena cari sifu-sifu yang pakar untuk perbaiki skill kampung aku ni.

Silau le plak

Igt nak pegunkan, tapi tak best la plak

Bila muka wife aku dah jadi mcm ni.......

Signal aku untuk balik

Semua gambar ni aku edit guna PhotoshopLightroom, nak edit guna CS3, tak boleh pakai plak. Sebarang komen untuk aku perbaiki teknik-teknik photography adalah dialu-alukan :)


Saturday, February 14, 2009

Jangan Biadap


Diambil dari utusan malaysia/14 Feb 2009.

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

"Tgk tu, Sultan Selangor pun dah marah, kenapala diorang ni biadap sangat, dah sultan titahkan, dengar jer la... jangan membantah, kita semua maklum, sultan-sultan yang ada adalah bersifat Neutral, tidak menyebelahi mana-mana pihak, cuma yang dipentingkan adalah Rakyat Jelata. Ooooo... kalau masa kes perlantikan MB Terengganu dulu, pembangkang punya bersorak... Dengar cakap Sultan lah, jangan derhaka lah...... Bila jadi kat depa, pandai pulak melatah. Pasal melompat parti tu... depa yang mula dulu.... bila ada yang nak masuk parti depa.... Perghhh..... seronok abis..... nak tarik MP kerajaan masuk parti depa lah.... nak tubuhkan kerajaan baru lahhh.... pooooraaaahhhh..... Mungkin la ada yang tak kena bila beberapa adun kat Perak tu lompat parti..... tapi kalau ada pon.... buktikan la dulu... Ni apasai yang dok marah Sultan pulak.... aku cukup pantang kalau ada yang perlekeh Sultan Azlan Shah. Kalau dulu aku ada la jugak nak sokong depa.... tapi bila tengok perangai biadap depa tu..... aku jadi menyampah. Orang kata, kepimpinan melalui teladan..... bukan buatperangai macam orang tak bertamadun..... Woi, ingat sikit la, kita orang Islam. Bawak bersabar la.... jangan marah kat orang lain.... Sultan pulak jadi mangsa. Kalau orang melayu sendiri tak mau mempertahankan Institusi Kesultanan Melayu.... Sapa lagi? Nak jadi mcm zaman Kolonial dulu ka? Bodoh betul laaaaaaa....."


Tuesday, January 13, 2009

Emergency

Assalamualaikum,

" Yang dok sihat pon boleh sakit taww" itu la yang bermain dalam kpala otak aku semalam bila terpaksa berlagak bagai tongkoi kayu selama 8 jam. Apa sebenarnya yang jadi? Semalam wife aku mengalami alahan yang amat teruk, muntah-muntah dan pening yang amat sgt. Sampai air kluar kot idung . Panik tu memang la panik, tapi kalau panik ajer pon tak guna jugak... kenala ikhtiar. Aku bawa la pi jumpa Doc dkt area umah aku ni. Nama kliniknya "An-nur". Doc nasihatkan untuk refer kes wife aku ni ke hospital, untuk masuk "drip", kes dehidration dia mmg teruk.. muka pun dah pucat. Doc tanya la aku, nak refer ke hospital mana, mula-mula aku pikir nak refer kes dia ke HUKM, tapi bila pikir balik, HUKM tu selalunya sibuk. Aku suruh la doc refer ke hospital serdang yang amat dekat dengan umah aku.

Sampai hospital dalam pukul 3, melihat keadaan wad kecemasan yang agak sesak, i know what to aspect. Wife segera dilayan bila diketahui yang dia pregnant. Lepas 3 botol air dimasukkan, dia mula segar, cuma pening-pening yang aku rasa tak mungkin hilang dalam masa terdekat ni. Tapi, alangkah seksanya bila kami terpaksa menunggu hingga 7 jam lebih untuk doktor bertugas datang "menjengok". Aku memang dah agak yang kami akan terpaksa menunggu, tapi tak lah sampai macam ni. Diluar wad tu pun mmg ramai lagi yang masih menunggu. Majikan aku memang ada menyediakan kemudahan untuk menggunakan hospital pakar swasta, entah kenapala aku tak menggunakannya......

Agak-agaknya, bilala kemudahan kesihatan awam dinegara kita ni akan maju or lebih efisien? apa sebenarnya yang kerajaan perlu buat untuk perbaiki kemudahan ni? Melatih lebih ramai doctor pakar? Rasanya ramai jugak doc yang di"produce" setiap tahun. Cuma mungkin, nak retain diorang ni yang menjadi masaalah, yela.... berapa sgtla gaji seorang doc kerajaan kalau nak dibandingkan dengan gaji seorang doc pakar swasta. Bagai langit dengan bumi beb.... Kebanyakan diorang ni, abis jer kontrak.... trus chow.... masing-masing pikir nak buat duit.... memangla tak boleh salahkan diorang..... study bagai nak gila mestila untuk dapat habuan. Entahlaaaaaa.....


p/s: bersyukur kita dalam keadaan aman sejahtera... kalau jadi macam palestin.... mau berhari nak tunggu dirawat

Thursday, January 08, 2009

New Beginning ... Again?

Assalamualaikum,

Seperti yang mati dihidupkan semula (jadi zombi), aku decide untuk hidupkan semula blog aku. Sebab apa? Suka hati aku la... hahahahaha... Kali terakhir aku update blog ni, aku still lagi bujang trang-tang-tang, but now happily married and expecting our first born. Hidup pon dah lain, ditambah pulak aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran. Full time study and full time husband. Memang jauh berbeza dengan sebelum kawen dulu (body pon dah lain, huhuhu).

Walaupun tanggungjawab kejer dah memang takder, tapi tanggungjawab sebagai suami and sebagai pelajar sungguh berat. Bukan senang beb nak imbangi kedua2nya. Setelah setahun, alhamdulillah, aku masih boleh survive. Sepanjang setahun ni jugak dah banyak dilalui, ada pahit dan ada manis... semua pengalaman beb. Dah banyak jugak yang aku belajar, terutamanya tentang manusia.... memang banyak betul ragamnya.... yang tak pernah aku sangka wujud pon ada...

Aku tak mau cerita pepanjang untuk posting pertama ni...... mungkin lain kali la ek...


P/s: Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat.... Apakejadahnya.... Anak kurniaan Allah, amanah kepada kita. Adat cuma buatan manusia, siapa kita untuk mengutamakan ciptaan manusia dan mengabaikan Amanah yang dikurniakan. Relevenkah lagi pepatah ini? Bak kata Nabil, Lu pikir la sendiri... Assalamualaikum