Wednesday, December 07, 2005

Ada orang kata

Assalamualaikum,

Ada orang kata aku ni bermulut manis, aku pandai berkata-kata. Orang mudah percaya dengan apa yang aku cakap.... Perempuan pun mudah melekat.... Tapi bagi aku, apabila aku meluahkan kata-kata, aku memilih ayat yang terbaik.... aku tak main cakap jer.. sebab kalau tersalah cakap akan membuatkan orang terasa..... Bila aku marah atau bila aku tak suka akan sesuatu.. aku akan cakap dengan cara yang terbaik..... berdiplomasi adalah cara yang terbaik daripada bersengketa...
Aku ingat lagi masa aku kerja sebagai promoter kat Jusco Bandar Utama dulu, masa tu aku jual produk yang boleh dikatakan amat susah untuk dipasarkan... Komputer kanak-kanak..... sebijik boleh dianggarkan dalam Rm 200 hingga Rm 500... Bukan senang untuk jual walaupun sebijik... Tapi alhamdulillah, masa tu Jusco Bandar Utama menjadi tumpuan pelanggan yang kaya raya... aku cuma perlu meyakinkan diorang tentang keberkesanan alat tu dalam pembelajaran anak-anak. Sale aku untuk sepanjang bulan boleh mencecah Rm 30 ribu, satu angka yang mengejutkan boss aku masa tu... sampai Regional Manager Berjaya HVN pun turun padang datang melawat aku... Rasa bangga lak..... mungkin apa yang dikatakan kawan aku tu betul, aku ni bermulut manis, mudah untuk aku meyakinkan seseorang tentang sesuatu..... aku harap aku tak menyalahgunakan kebolehan aku ni...

Kenapa manusia cepat membuat penilaian yang negatif? bagi aku, mungkin amat mudah untuk mengharap yang tak baik dari seseorang kerana tidak mau kecewa kalau harapan tentang kebaikan dihancurkan.

2 comments:

Anonymous said...

mulut manis.. x leh komen, pasai hang sorang leh rase, 'ayat power' memang ade...


sam-one..

Sham said...

huk alo.. sapo lak ni?