Lately aku malas betul nak update blog ni, sebab aku rasa benda-benda yang aku nak update sama aja dari hari ke hari.. aku sendiri pon bosan membaca, apatah lagi orang lain... Hari-hari yang berlalu nampaknya begitu pantas... Sampai tak terkejar rasanya, 2006 nampaknya dah menuju ke akhir suku yang pertama... esok bermula lah suku kedua. Rasa macam baru semalam kita melangkah ke tahun baru...
Hari ni ader pembentangan Rancangan Malaysia ke-9, kita tunggu dan lihatlah apa pulak sektor yang akan diberi keutamaan untuk dibangunkan kali ni.... ramai yang mengatakan maybe sektor pertanian dimana kita akan menumpu kepada bidang Bioteknologi.... Cabang bioteknologi memang luas, antaranya industri, mikrob, makanan, pertanian dan perubatan. Sememangnya bioteknologi mampu memberikan impak yang besar kepada gaya hidup masa kini.
Para Petani misalnya, berupaya memperoleh hasil tanaman yang lebih tinggi. Proses pemasakan buah-buahan seperti betik, mangga dan sebagainya boleh dilambatkan , untuk mengekalkan kesegaran buahan yang dieksport keluar negara. Kita juga boleh menghasilkan ternakan yang lebih sihat melalui penyelidikan dalam bioteknologi ini. Negara-negara maju seperti Jepun telah lama mempelopori bidang ini.. hasil kita tgklah sendiri... Jepun bukan sahaja maju dalam bidang Industri, malah berdaya saing dalam bidang pertanian.
Aku rasa tak payah la aku cerita dengan lebih lanjut tentang bidang ni, sebab bidang ni sungguh luas dan kompleks.... Ia melibatkan genitic enginering atau genetic modification yang boleh melangkaui hukum alam kalau tak digunakan sebaiknya... Kebaikan yang ketara yang boleh aku simpulkan disini, ialah.. bidang bioteknologi amat penting untuk mempertingkat hasil pertanian dan ternakan tanpa mengabaikan peningkatan kualiti.
Review aku ari ni mcm budak kecik tulis la..... lantok la.. takder mood nih...