Wednesday, March 15, 2006

**Akibat boring***

Assalamualaikum,

Tentu korang masih ingat tentang saat-saat yang paling mendebarkan dalam hidup korang dulu.... Salah satu darinya tentulah apabila nak ambil keputusan SPM... Malam susah nak tidur... jantung berdengup kencang... Tertanya-tanya dalam hati, apakah keputusan yang bakal diterima. Sebab keputusan SPM adalah. Kemuncak pembelajaran kita di bangku sekolah, yang bakal menjadi turning point untuk kita melangkah sama ada terus ke alam pekerjaan, ke universiti, kolej, ataupun kembali ke sekolah(form 6). Tentu tak ramai yang ingin ke Form 6... Sebab Form 6 dianggap sebagai membazir masa. Malah terpaksa melalui semula keadaan yang sama seperti di form 4 dan 5. Isnin yang lepas, keputusan SPM telah pun diumumkan. Seperti yang dijangka, terdapat pertambahan lagi dalam peratus kelulusan. Malah, lebih ramai yang mendapat kesemua A. Adakah pelajar kita sekarang lebih bijak dari zaman kita dulu? Mungkin benar, tapi pada pandangan aku, ini semua adalah hasil dari "method" pengajaran yang semakin maju dan pelbagai. Kalau kita dulu, cikgu-cikgu hanya pandai menggunakan papan hitam(yang sebenarnya hijau), sekarang ni dah pandai menggunakan powerpoint slide... Ingat lagi masa aku terkulat-kulat menyalin nota di papan hitam dulu, sambil berdoa "jangan la padam lagi". Macam mana nak paham apa yang diajar, sedangkan sepenuh konsentrasi ditumpukan pada proses penyalinan nota? Sekarang ni, nota boleh diedarkan sebelum kelas dimulakan, ini memudahkan pelajar untuk lebih memberi perhatian terhadap guru yang mengajar daripada memberikan perhatian pada papan hitam... Disamping itu, nota-nota tambahan boleh dibuat pada nota yang telah diberi. Lebih baik lagi kalau nota diberi sehari sebelum kelas berikutnya, pelajar boleh membuat persedian awal.
Memang banyak yang mudah sekarang ni, semuanya hasil dari perkembangan teknologi. Masa zaman aku dulu, mana la nak cari internet... semua rujukan dalam library, tapi bila masuk library jer, mula la rasa ngantuk... Keseronokan belajar dah makin bertambah sekarang ni. Memang tak dapat dinafikan, guru juga memainkan peranan yang penting. Menanam semangat untuk belajar... memberi keseronokan kepada pelajar dengan teknik-teknik pengajaran yang kreatif. Tapi satu la setbacknya... persaingan untuk ke pusat-pusat pengajian tinggi tu makin sengit ler... kalau setakat 2-3 A, susah ler nak dapat.. Unless menggunakan kuota status pelajar sekolah luar bandar. Walaupun telah banyak IPTA/IPTS sekarang ni, tetapi kualiti IPTA/IPTS ni masih boleh dipertikaikan lagi. Kekadang tu, cuma graduate dari IPTA/IPTS tertentu aja yang dipandang... terutamanya oleh badan-badan kerajaan. Sebab tu masih banyak graduan yang menganggur, walaupun terdapat banyak jawatan kosong yang belum diisi. Bukannya siswazah yang memilih pekerjaan, tetapi majikan yang lebih memilih pekerja. Contohnya, kenapa kita masih mengimport tenaga mahir dalam bidang IT lagi, sedangkan kita mempunyai ramai graduan IT yang masih menganggur? Maybe soalan tu boleh ditanya dalam dewan parlimen, boleh menteri yang berkenaan menjawab.

P/S: Terkejut lagi sbb lepas cakap ngan Dato Dr Awang Adek Hussin(timbalan menteri kewangan) tadi.

13 comments:

ai said...

hmm...mmg teknik pembelajaran sekarang mudah... tapi tak ramai pelajar yang merebut peluang tersebut...ada yang nakkan peluang tu, tapi tiada kemampuan... yang mampu pulak sering 'take it for granted'... bukan semua laa tapi tak mustahil segelintir... sebab tu payah nak jumpa semua sekolah mencapai tahap 100% berjaya... sedikit sebanyak..ada yang gagal.. ada guru dah berusaha mengajar bersungguh-sungguh, tapi pelajar tetap sambil lewa.... ada plaks pelajar yang nak belajar, tetapi guru pula mengajar macam tangkap muat jek...

aikk..apa yg ai melalut nie??

sorry sham..cuma melahirkan pendapat dari pemerhatian jauh je..

Sham said...

pelajar2 tu sebenarnya kurang kesedaran akan betapa pentingnya menimba ilmu... selalunya semua ni jadi kat kawasan-kawasan luar bandar.. maybe sebab kurang persaingan atau kurang kemudahan. Berbanding dengan kawasan bandar.... Jarang skali nak tengok student fail.. kekadang tu kalau ditanya bebudak yang dok lepak2 kat shopping complex.. apo result diorang.. silap2 paling cikai pun 2-3 A..

Anonymous said...

salam ... rasa nyer cam baru jer amik spm . alhamdulillah keputusan memuaskan ..
letih terasa lg . sepai x2 .. pergi thailand ..
dato dr awang adek husin ,ehh smlm baru bincang pasal dier nie ...

Sham said...

pergi thailand? buatpa kat sana?

Anonymous said...

yup hehe ader urusan rasmi ..

s2m3r said...

awang adek..heheh..iLa pun cakap ngan dia....mula2 tak tahu dia....last2 baru tau.ahaks

Sham said...

anon.. waa.... dasat anon ni.. ader urusan siap ke luar negara arr

Sham said...

ila.. mesti semalam kan dia call CKL.. dia nak tanya pasal domestic bank yang ada caw kat luar negara

Anonymous said...

hehehe urusan kecikx2 jer .. sham nk tnya awk sham pasal dato dr awg adek nie . ader urusan rasmi sikit dgn dia ..

Sham said...

nak tanya apa tu?

arianna adrizal said...

sham,
wah,... lagu baru ek!!

Sham said...

dah boring la lagu radja... tukar selera lak

Anonymous said...

ooo ader sikit hal nt sy tanya awk yea .. berkenan dgn dia .