Thursday, April 13, 2006

*** Shhhiiiit***

MALAYSIA BATAL PROJEK JAMBATAN PM Abdullah juga umum KL hentikan semua rundingan dengan Singapura

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia semalam membuat keputusan untuk membatalkan pembinaan jambatan 'separuh' atau 'bengkok' bagi menggantikan Koswe yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

Mengumumkan demikian, Perdana Menterinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaannya juga telah membuat keputusan untuk menghentikan semua rundingan bersabit dengan jambatan itu.

'Keputusan kerajaan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya, terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara,' katanya dalam satu kenyataan.

Ketika dihubungi agensi berita Bernama, Datuk Seri Abdullah mendedahkan kabinet telah membincangkan projek itu pada mesyuarat mingguannya semalam dan berpendapat sekiranya Malaysia meneruskan projek itu akan timbul implikasi dan komplikasi undang-undang yang perlu diselesaikan kelak.

'Masalah akan timbul apabila kita hendak potong tambak, laluan paip air dan laluan kereta api (yang sedia ada) kelak untuk disambungkan dengan jambatan yang baru. Masalah itu tidak akan selesai,' katanya.

Dalam satu sidang akhbar berasingan, beliau berkata:

'Kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi projek yang dipertikaikan.'

Pembinaan jambatan yang diberi nama 'jambatan indah' itu telah bermula awal tahun ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada April 2009.

Dalam rundingan terbaru kedua-dua negara, Singapura dilaporkan telah menyuarakan kesediaan menimbangkan tindakan menggantikan Koswe dengan jambatan lurus tetapi antara lain meminta Malaysia membenarkan pesawat pejuangnya menggunakan ruang udara Malaysia dan ia dibekalkan pasir sebagai balasan.

Permintaan Singapura itu dikritik rakyat Malaysia, terutamanya penduduk Johor yang menganggapnya sebagai keterlaluan dan diibaratkan menggadaikan kedaulatan negara jika dipenuhi.

Mengulas perkembangan terbaru itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata keputusan itu sangat dihargai oleh penduduk negeri itu.

'Kami berbesar hati kerana keputusan itu mengambil kira sentimen penduduk.

'Kami menerima keputusan kerajaan federal untuk menghentikan rundingan berkaitan projek itu dan mengekalkan Koswe,' katanya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, semalam berkata pihaknya telah mengarahkan kontraktor, Gerbang Perdana Sdn Bhd, supaya menghentikan serta-merta kerja membina jambatan itu.

Syarikat itu juga diarah membersihkan kawasan tapak dan memberitahu Kementerian Kerja Raya jumlah wang yang sudah dibelanjakannya sejak memulakan projek tersebut.

Datuk Samy Vellu berkata Gerbang Perdana sebaliknya akan diminta membina jalan bertingkat, yang akan menyambungkan kompleks baru Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang akan siap September ini, dengan Tambak Johor. - Agensi berita.

Kerajaan "scrap" projek jambatan ke Singapura.. ermm.. ermmmm.... semangat aku berkobar-kobar bila aku dapat tau tentang benda ni semalam.... bagi aku ini lah caranya untuk handle "blood sucking community" macam kerajaan singapore tu... kita kena berani say no to them... Ya, memang kita akan rugi, sebab rakyat kita ramai yang kerja di sana, kesesakan akan terus berlaku di tambak Johor tu.... tapi apalah sangat kalau dibandingkan dengan kedaulatan negara kita..... jangan kita mengalah seperti dalam isu air... kita menjual air dengan harga yang amat-amat murah dan akhirnya kita membeli balik dengan harga yang amat-amat mahal...Sebab Singapore akan terus menekan kita.. jangan mudah mengalah... dahla satu Sen pon diorang taknak tanggung untuk kos pembinaan jambatan tersebut... nak demanding plak...... Biarlah kita cuba untuk berdiri dengan sendiri.... biarlah suatu hari nanti.... dah takda lagi orang kita yang bekerja di Singapore...... Memang meraka maju.... memang mereka hebat... tapi percayalah kita boleh lebih maju.... kita boleh lebih hebat dari mereka.. InsyaAllah.....

2 comments:

Anonymous said...

dah agak dah mesti x jadi wat jgk.. apa pun kiter sebagai rakyat malaysia ptut bersyukur,,kiter dah la tinggal kuasa politik jer . dr segi ekonomi agak kurang .. kena amik perhatian sikit .. kalo kiter semua x sedar lg tak tahu la apa akan jadi di masa hadapan.

Sham said...

frankly speaking... i hate singaporean.... nasib baik la takda sedara mara kat sana...