Wednesday, January 31, 2007

Aku, Dia dan Kamu

Assalamualaikum,

Terbelenggu, dibelenggu dan membelenggu.... memang sering membuat kita tak keruan... sasau akan keadaan... binggung akan situasi... Mencari jawapan yang didepan mata.. Buta akibat emosi yang membakar diri... Namun aku tetap disini.... membawa sinar lilin yang malap-malap menerangi diri.... Antara Aku dan Dia?

Nak sembang aper ek hari ni? Dah lama aku tak concentrate untuk update blog ni..... kalau nak diumpamakan taman... dah tentu berlalang... Tapi oleh kerana ada yang ingin aku terus mencatitkan sesuatu diruangan maya ni.... Aku taip la apa yang patut....

Esok hari wilayah, cuti bagi wilayah persekutuan... mula2 aku tak perasan langsung yang esok jugak merupakan hari thaipusam.... baru aku igt nak kluar jalan2 kat area selangor.. but for sure esok sesak... Baik aku dok umah baca novel yang aku pinjam dari Choo Ann sebelum ni..... dah lama sebenarnya aku pinjam dari dia.. tapi still tak kesempatan nak baca lagi.... Apa tajuk pon aku dah tak sure... Rasanya "The Client" by John Grisham... dah abis baca nanti aku critala serba sikit tentang buku ni ek....

Ermm apa yang berlaku hari ni? Boringggggggggggggggggggggg..... setiap hari di ofis merupakan hari yang boring bagi aku sejak kebelakangan ni... terutamanya sejak realignment ni.. aku tak kisah kerja banyak... yang paling aku kisah ialah membuat kerja 2 kali... Things should be simpler... Damn it's so simpler before this..... Ermmm .. takper la... I've no say....

P/s: Secara tiba-tiba...................

Tuesday, January 30, 2007

Diari Hati

Assalamualaikum,

Kenapa? Setiap kali aku nampak sinar di penghujung.... ada saja bayang yang menyelubungi.... Apakah hidup aku akan sentiasa dihantui bayang-bayang yang tak kesudahan.... Kalau boleh, aku ingin lari dari semua ni... Tapi, berlari bererti yang aku ni pengecut... tak berpendirian.... apa lagi yang harus aku buat? Terus berdiri disini... mengabaikan bayang-bayang dengan harapan pancaran cahaya yang benderang akan dapat melenyapkan atau................................................

Friday, January 19, 2007

Tempat Berteduh

Assalamualaikum,

Before this aku ada citer serba sikit tentang perancangan aku untuk membeli rumah dari kawan aku kan? So, on monday ari tu aku n Khairul dah buat appointment dengan valuer untuk "melawat kawasan". Sebenarnya ari sabtu lepas lagi aku dah pi melawat kawasan perumahan tu..... Takut tetiba lak tak berkenan, tak payah la buat appointment dengan valuer lagi... Tapi, aku betul2 suka dengan kawasan tu..... Walaupun keluasan rumah tak berapa luas, cuma 850 kaki persegi.... Tapi kawasan persekitaran yang tenang, luas dan kawalan keselamatan yang ketat bebetul2 dah buat aku tertarik... Tambahan pulak.. ader kolam renang... Jom kita tengok gambar.

P/s: Psssttt, adik ipar.... tak mau sewa ke? hehehehe


X mark the spot

Sejuk jer nampak air tu... macam nak terjun


Kawasan yang bersih n nyaman

Gambar kolam lagi....

Friday, January 12, 2007

Caca Marba

Assalamualaikum,

Setelah hampir 2 bulan di jabatan baru ni, baru la ada sikit kelegaan..... kalau nak dibandingkan keadaan sebelum ni, sekarang jauh lebih selesa. Tapi, still banyak jugak kerja-kerja tengah dok caca marba.... aku still tak paham rasionalnya mewujudkan unit sokongan yang mcm ni. Semenjak awal lagi aku amat-amat tidak bersetuju. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya 27/11/2006 lepas satu perubahan besar-besaran telah berlaku di BNM.... Kesemua jabatan under Regulation n Supervision function telah di rombak... Sebelum ini, kesemua jabatan adalah berdasarkan sector memasing... Seperti Insuran dan juga banking... tapi sekarang telah dirombak... dan jabatan-jabatan yang baru berdasarkan fungsi memasing, contohnya Policy dan juga Surveillance...

Cuma, yang aku tak setuju, kenapa diwujudkan Unit Sokongan ni... Kenapa aku tak setuju? Ok.. let me justify.... Fungsi unit sokongan ni adalah memberi sokongan (services) kepada 9 jabatan di bawah fungsi Regulation n Supervision dari segi pentadbiran yang melibatkan budget, kursus, kerja-kerja IT, system maintenance dan bermacam-macam lagi... Sebenarnya sebelum ni kesemua fungsi-fungsi ini di jalankan oleh unit pentadbiran di jabatan masing-masing... setelah "Realigment" unit pentadbiran di jabatan-jabatan telah dihapuskan. Aku tau tujuan diorang mewujudkan Unit sokongan ni adalah untuk "centralise" kesemua kerja-kerja pentadbiran.... tetapi apa yang aku lihat sekarang ni.... kesemua kerja menjadi makin susah dan melambatkan.... Contoh yang paling mudah: untuk meminta alatan pejabat.... kalau dulu unit pentadbiran di jabatan akan meminta secara terus dari Jabatan Harta Perkhidmatan (JHP), tetapi sekarang ni.... sebarang "request" perlu diajukan dahulu kepada kami, then baru kami akan ajukan permintaan tu kepada JHP. Tidak kah ini akan melambatkan kerja? Mereka telah mewujudkan satu lagi lapisan (layer) pada setiap "workflow". Aku harap semua ni takan berterusan.

Semalam aku dah pi jumpa valuer kat wisma yakin.... mengikut kata En Syamsul dari W.M Malik... secara kasarnya, value rumah Khairul tu dalam 115-120k..... bukan harga yang aku harap kan.... kalau boleh aku nak 130k... boleh buat loan lebih sket... hehehe.. tapi ok la tu.... balance boleh buat renovation.. esok aku igt nak pi melawat kawasan.... mengikut kata dari rakan-rakan aku.. kawasan Bandar Mahkota Cheras tu "elok", tapi aku nak la jugak pi tgk sendiri.... mana nak tau kot tetiba tak berkenan... kalau tgk gambar memang la best... siap ader swimming pool lak... terbayang-bayang lak aku tgh dok berendam dalam kolam tu.... Tapi for sure la.. lepas aku beli umah tu, kenala aku budget sket.. takleh la bermewah-mewah macam sekarang ni.... "RED BOX" pon kena la dikurangkan.... adey laaaaaaaaa........


P/s: aku tak mau fikir lagi..... makin difikir, makin pening jadinya... biarlah masa yang tentukan... biarlah takdir yang menyuluh hala tuju....

Tuesday, January 02, 2007

Aidiladha Vs New Year

Assalamualaikum,

Setelah hampir seminggu di kampung, kini aku berada semula di KL... alahai, cepat benar masa berlalu... Aku mula pulang bercuti pada hari Khamis (28/12/2006), diikutkan perancangan, sepatutnya aku mula bercuti pada hari jumaat... tapi, mood aku untuk tinggal di kl ni dah mula hilang.... lebih baik aku pulang ke kampung dengan seberapa cepat yang boleh.

Kali ni aku dah rancang nak balik naik Moto, tak la boring nak mampos seperti mana menaiki bas... kalau diikutkan, budget naik bas sama ajer kalau nak dibandingkan dengan naik moto.... Aku lebih prefer naik moto..... Aku bertolak jam 9.30 pagi dan sampai di Taiping jam 1.30 ptg.... sesampai saja aku di kampung, adik aku, Azhar dah bersedia untuk mencuci moto. Syarat utama, malam tu aku kena belanja dia karaoke.... Aku dah agak, sebelum aku balik tepeng lagi dia dah mention pasal karaoke ni.. maklum le, kat Terengganu mana nak cari pusat hiburan macam tu...

Raya Qurban tahun ni amat-amat tidak meriah, cuma aku, Azhar dan adik ipar aku ajer yang pulang beraya.... Adik aku Azlan di Paloh, Izwan di Semporna dan faizal di kuantan (dengar kata kena tolong mangsa banjir) tak dapat pulang beraya.... Sebenarnya aku pon baru jer pulang beraya setelah 3 tahun tak menyambut raya Qurban dikampung. Susana di kampung pun sama saja seperti hari-hari yang lain... tiada perbezaan.... Mungkin ramai yang bertugas atau sedang sibuk membuat persiapan untuk menghantar anak ke sekolah. Almaklumla.. sekarang ni kos untuk menghantar anak ke sekolah semakin meningkat.... dengan pelbagai jenis yuran... buku rujukan yang ntah apa2.... Sib baik cuma sorang ajer adik aku yang sedang bersekolah.... Azrul yang baru masuk ke tingkatan 1. Bercakap pasal sekolah.... aku nak ucapkan tahniah pada anak makcik aku, Along yang berjaya mendapat 9A dalam PMR... Ni sure dapat Scholar BNM nanti.

Tahun baru aku berlalu begitu saja.... malah malam menjelang tahun baru pun aku tido awal... dan seperti biasa... tiada Azam baru... malas arr nak ber "Azam" ni... cuma this year.. aku ader target aku sendiri.... Target "All-In-One". Nak tau apa dia maksud target tu... tanya la tuan punya badan... jangan buat andaian melulu....

Semalam kami sekeluarga ke Ipoh, menghantar azhar. Oleh kerana perkhidmatan bas dari Taiping ke Pantai Timur amat-amat terhad, Azhar bersama 4 lagi rakan semaktab terpaksa mengambil bas dari Ipoh ke Kota Bharu.... Dari Kb pulak baru diorang boleh mendapatkan Bas ke Besut. Dengar kata diorang terpaksa 2-3 kali jugak menukar pengangkutan sebelum sampai Ke Maktab Perguruan Sultan Mizan tu..... Sib baik ramai jugak yang senasib.... kalo sesorang dah tentu naya.

Pagi tadi bertolak dari Taiping jam 7.30 pagi dan sampai Kl jam 11.30... masa perjalanan, Caaint ada call and sms aku... menjemput kerumah untuk lunch bersama-sama geng Tekad.... Sorry la Caaint, gua letih la beb... lagi pon banyak lagi kerja yang tak settle, antaranya menghantar baju ke dobi (kes malas nak basuh baju)

P/s: Meet Nur Afifah (Fifi) satu-satunya anak sedara aku.... dah besar rupanya dak ni.. siap boleh membebel lak tu... huhuhuhu


Fifi sedang membuat belon menggunakan air liurnya.... alahai comeinyaaaa

Hai Fifi