Tuesday, January 02, 2007

Aidiladha Vs New Year

Assalamualaikum,

Setelah hampir seminggu di kampung, kini aku berada semula di KL... alahai, cepat benar masa berlalu... Aku mula pulang bercuti pada hari Khamis (28/12/2006), diikutkan perancangan, sepatutnya aku mula bercuti pada hari jumaat... tapi, mood aku untuk tinggal di kl ni dah mula hilang.... lebih baik aku pulang ke kampung dengan seberapa cepat yang boleh.

Kali ni aku dah rancang nak balik naik Moto, tak la boring nak mampos seperti mana menaiki bas... kalau diikutkan, budget naik bas sama ajer kalau nak dibandingkan dengan naik moto.... Aku lebih prefer naik moto..... Aku bertolak jam 9.30 pagi dan sampai di Taiping jam 1.30 ptg.... sesampai saja aku di kampung, adik aku, Azhar dah bersedia untuk mencuci moto. Syarat utama, malam tu aku kena belanja dia karaoke.... Aku dah agak, sebelum aku balik tepeng lagi dia dah mention pasal karaoke ni.. maklum le, kat Terengganu mana nak cari pusat hiburan macam tu...

Raya Qurban tahun ni amat-amat tidak meriah, cuma aku, Azhar dan adik ipar aku ajer yang pulang beraya.... Adik aku Azlan di Paloh, Izwan di Semporna dan faizal di kuantan (dengar kata kena tolong mangsa banjir) tak dapat pulang beraya.... Sebenarnya aku pon baru jer pulang beraya setelah 3 tahun tak menyambut raya Qurban dikampung. Susana di kampung pun sama saja seperti hari-hari yang lain... tiada perbezaan.... Mungkin ramai yang bertugas atau sedang sibuk membuat persiapan untuk menghantar anak ke sekolah. Almaklumla.. sekarang ni kos untuk menghantar anak ke sekolah semakin meningkat.... dengan pelbagai jenis yuran... buku rujukan yang ntah apa2.... Sib baik cuma sorang ajer adik aku yang sedang bersekolah.... Azrul yang baru masuk ke tingkatan 1. Bercakap pasal sekolah.... aku nak ucapkan tahniah pada anak makcik aku, Along yang berjaya mendapat 9A dalam PMR... Ni sure dapat Scholar BNM nanti.

Tahun baru aku berlalu begitu saja.... malah malam menjelang tahun baru pun aku tido awal... dan seperti biasa... tiada Azam baru... malas arr nak ber "Azam" ni... cuma this year.. aku ader target aku sendiri.... Target "All-In-One". Nak tau apa dia maksud target tu... tanya la tuan punya badan... jangan buat andaian melulu....

Semalam kami sekeluarga ke Ipoh, menghantar azhar. Oleh kerana perkhidmatan bas dari Taiping ke Pantai Timur amat-amat terhad, Azhar bersama 4 lagi rakan semaktab terpaksa mengambil bas dari Ipoh ke Kota Bharu.... Dari Kb pulak baru diorang boleh mendapatkan Bas ke Besut. Dengar kata diorang terpaksa 2-3 kali jugak menukar pengangkutan sebelum sampai Ke Maktab Perguruan Sultan Mizan tu..... Sib baik ramai jugak yang senasib.... kalo sesorang dah tentu naya.

Pagi tadi bertolak dari Taiping jam 7.30 pagi dan sampai Kl jam 11.30... masa perjalanan, Caaint ada call and sms aku... menjemput kerumah untuk lunch bersama-sama geng Tekad.... Sorry la Caaint, gua letih la beb... lagi pon banyak lagi kerja yang tak settle, antaranya menghantar baju ke dobi (kes malas nak basuh baju)

P/s: Meet Nur Afifah (Fifi) satu-satunya anak sedara aku.... dah besar rupanya dak ni.. siap boleh membebel lak tu... huhuhuhu


Fifi sedang membuat belon menggunakan air liurnya.... alahai comeinyaaaa

Hai Fifi

No comments: