Thursday, June 23, 2005

Mengapa aku di sini?

Mengapa? Emmmm..... Sudah hampir 3 tahun aku di BNM, tapi aku masih seperti tak percaya... begini nasib aku.. kalau la aku perolehi segulung ijazah yang puas aku usahakan sebelum ini...sudah tentu aku tiada di sini...
Semuanya bermula dari tahun 1995... aku diterima masuk ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, dalam bidang Sains Hayat.... Di tempatkan pulak di kolej Pertama, U.M. Di sini lah aku mengenali hidup di Kuala Lumpur.... Kawan-kawan aku ramai datang dari seluruh pelusuk Negara... Tambahan pulak pelajar-pelajar pusat asasi sains ditempatkan berhampiran antara satu sama lain... Jadi, kami jadi rapat.... nak kemana pun.. kami akan keluar secara berkumpulan... Silibus kursus asasi sains, takla berat sgt.... cuma blajar tu kenala konsisten sket.. kalau tak, surela ketinggalan..... oleh sbb tinggal dalam kolej kediaman... takla susah bila nak study.... nak ke kuliah pun senang....
Selama dua tahun aku disini... sbb zaman tu matrikulasi memang wajib 2 tahun.... tak macam sekarang.. setahun dah boleh habis...Zaman matrik ni jugak, bermacam-macam kenangan yang tersemat didalam ingatan aku.... ada yang manis... dan juga pahit.... kalau nak cerita.. sure tak abis...
Tahun 97 aku diterima masuk ke Ijazah Sarjana Muda Sains Bio-perubatan.... Aku terpinga-pinga bila dapat tahu perkara ni.... First choice aku Medic.. second choice Chemical Eng. Masa tahun tu dan tahun sebelumnya... U.M mengalami perubahan yang ketara..... ia baru beranjak dari sistem penggal... ke sistem semester... keadaan masih kelam-kabut... Silibus pelajaran juga masih tak stabil..... semuanya dalam peringkat percubaan..... Kami sebagai mahasiswa baru "Blur"... tak tahu akan sistem2 yang dilaksanakan.... tanya lecturer... lecturer pun "blur" jugak.. pada siapa kami harus bertanya?
Sains Bio-perubatan ni merupakan kursus yang baru di Malaysia.... kursus ni merupakan kursus campuran antara lab sains.. dan juga perubatan..... Mata pelajaran yang diajar seperti rojak... bercampur aduk........ kami belajar seperti budak perubatan.. tetapi silibusnya perlu dihabiskan dalam masa yang singkat.... kalau budak medic ambil masa setahun... kami kena habiskan dalam masa satu sem. ajer... punyala cramp kepala. Tambahan pula, time tu aku stay kat rumah sewa dengan kekawan.... Kami tinggal seramai 10 orang dalam satu rumah.... boleh dikatakan sampai takda ruang nak study, tambahan pulak.. kawan2 aku ramainya budak kejuteraan... aku takda rakan untuk ulangkaji... untuk bertanya....
Aku pernah jumpa Penyelaras kursus masa tu, Prof. madya Dr. Khalifah Sidek.... aku ingin menukar kursus... aku tak boleh nak handle kursus yang begitu berat.... tambahan pulak aku tak minat.. sampai sekarang, aku still igt kata-kata dia "Result U masa di matrik dulu bagus.. I tau U boleh handle this course..." Aku tahu sebabnya dia tak nak tukarkan aku sbb masa tu ada 4 orang aja budak lelaki melayu badge aku dalam kursus tu..... tambahan pulak, semuanya still dalam keadaan kelam-kabut lagi...
Selama empat tahun aku terperangkap dalam kursus ni..... aku still tak boleh nak bawak.... walaupun aku dah berjaya menyiapkan thesis aku.... aku still terumbang-ambik... Salah sorang course-mate aku.. Fitri.... menghilangkan diri.. dia pun senasib dengan aku... tak boleh nak bawak course tu.... sekarang dia dah kerja kat International Medical University.. sebagai lab asisstant... at least dia apply apa yang kami blajar sebelum ni.... Pikir punya pikir... dengan result yang tak elok..... dengan paper yang berkali-kali dah repeat... dengan silibus yang makin tough... aku ambik keputusan... this is it... i must stop this... aku tak nak buang masa lagi.....
Dipendekkan cerita.... aku diterima bekerja di BNM.. tu pun jasa pakcik aku yang tolong ambilkan borang kejer..... nasib baik aku ni jenis yang senang menyesuaikan diri pada persekitaran..... aku tak kisah dengan kerja-kerja yang diberi.... aku dah biasa kejer yang berat-berat sebelum ni.... Sebut ajer.. kilang, kantin... pasar raya... semua aku dah kejer.... takda kejer yang susah bagi aku... Aku bermula di BNM ni tanpa apa2 knowledge, bayangkan... budak medic, tiba2 masuk bidang banking... walaupun aku buat admin ajer... tapi lama-kelamaan.. knowledge tu datang sendiri... asalkan kita ingin ambik tahu... Entah sampai bila aku akan terus di sini?... adakah nasib aku akan berubah? semuanya bergantung pada usaha aku sendiri... peluang kedua di hadapan.. Terpulang pada aku untuk merebutnya atau tidak....

6 comments:

Anonymous said...

Nukilan Sharis..

Sabar la Sam..hidup aku pun terumbang-ambing la ni..aku pun banyak buang masa aku 3 tahun di Kejuruteraan dan 5 tahun di Sains Komputer.

Aku sedih..lagi nak nangis sebab aku tak dapat Konvo pada sambutan UM yang ke 100..Ini dugaan hidup Sam.Aku memang nak nangis..Biar apa orang nak kata,aku ni karat ka,jiwang ka,layan perasaan ka.aku tak peduli..air mata tetap mengalir dipipi aku ni ketika aku berada hanya bersama diri aku bersendirian.

Apakah nasib aku?
Sampai bila?

Hang pun merungut macam tu kan?

Kita sebagai manusia memang sentiasa akan diuji.

Tapi bagi aku..satu hari kita akan jadi senang gak..Tapi senang macamana?

Maksud senang adalah berbeza bagi setiap orang.

kalau orang yang hidup susah amat sangat,kita bagi dia RM100 pun dia dah anggap dia tu senang dan kaya.

tapi bagi orang yang belanja RM100 dalam seminggu,RM100 tu takdak benda pun.

Sama gak dengan hidup kita ni..Hidup ni macam roda..macam Jam la..

Kita tengok..dekat jam tu,jarum akan pusing dari 12 sampai 12 balik.

Kita perlu tau,hidup kita senang pada ketika jam tu berdetik dari 12-3 aja..dari 3-6,kita mula berasa kesusahan.

dari 6-12 kita mula struggle untuk hidup senang.

Dan apabila kembali pukul 12,kita senang semula.Tapi seperti aku kata tadi.

Maksud senang adalah berbeza bagi setiap orang.

Jadi..dalam hidup kita ni..hanya 25% aja masa yang kita senang sebenarnya.

Lagi 75%,kita akan berasa keperitan hidup kat dunia ni.

Keperitan pun mempunyai maksud yang berbeza bagi setiap orang.

Bagi orang yang biasa hidup makan Maggi hari2,mungkin dia mampu tanggung,tapi bagi orang yang hidup makan sedap2,makan maggi pun dah menjadi keperitan bagi depa.

Maksud "KESENANGAN", "KESUSAHAN","KEPERITAN" DLL adalah berbeza dan maksudnya tetap ABSTRAK..

Mari la kita sama2 tempuh hidup ini.mungkin kita sekarang berada di dalam waktu 3-12,kita struggle untuk capai waktu 12 itu.

Sama kita cuba.Setiap manusia ada rezeki sendiri.

A'kum..

Sham said...

pergh.. karat gang hang ek.. hehehe... Peace beb... aku tak pernah menyesal dengan apa yang dah jadi.... semua tu pengajaran.. dan juga pengalaman.. yang penting. kita usaha untuk bangkit balik...

Anonymous said...

menyesal tu ada la juga..

tapi menyesal kemudian tiada gunanya kan..

memang betul kita kena bangkit semula..sebab tu kita kena kejar balik pukul 12

Seperti kata Rosyam Nor dalam filem "laila isabella"

"hidup macam anak panah,kekadang anak panah tu akan terpesong,tak ikut arah yang kita nak.tapi apa2 kita pandang ke depan,jangan toleh belakang"

tu la sket2 yang aku ingat.

karat la sekali sekala..

Sham said...

sharis.. hang kasi bikin la satu blog.. hang kan budak sains comp. sure gempaq blog hang nanti.... boleh la aku jengok slalu...

Anonymous said...

aku bukan takmau buat blog sam..aku lagi 3 minggu habis praktikal.taktau lagi nak keja kat mana..tak dapat keja lagi la..nanti aku dah dapat keja tetap.dah ada internet selalu.boleh aku buat blog.la ni aku takut nanti blog aku tak terupdate.

nak pi CC tu,hang tau la,aku ni hidup cukup makan aja..

nanti aku akan usaha buat blog aku..

member2 aku dok promote blog,friendster.

aku ni kena ada keja tetap dulu,baru aku kasi bikin aku punya blog..

tunggu.....

Anonymous said...

tu la..omak hantar suruh poi belajar, ekau poi main pompuan..(kot kot jantan pun ade gamaknye)lain kali ekau jangan perasan nak jadi romeo sangat