Monday, June 20, 2005

Opis Aku

Ari ni aku nak cerita serba sikit tentang tempat kerja aku... Bank Negara Malaysia... Bila orang dengar aku kerja kat sini... reaksi diorang selalunya berbunyi macam ni " waaaa.. banyak la duit ko" .... reaksi aku selalunya " ceh...". Aku bekerja dalam Jabatan Pengawalan Bank... atau dalam bahasa omputihnya Bank Regulation Department... nama glemernya pulak Bank reg. Jabatan aku ni antara yang terpenting dalam BNM.. sbbnya jabatan ni telibat secara langsung dalam menghasilkan polisi-polisi perbankan dan kewangan supaya industri perbankan dan kewangan negara kita menjadi stabil. Kalau industri perbankan dan kewangan negara stabil, bermakna secara tak langsung, ekonomi kita juga akan turut stabil... Jabatan ni juga sentiasa merancang kehadapan supaya industri perbankan negara kita tidak ketinggalan dan supaya setanding dengan industri perbankan negara-negara maju.....
Jabatan ni juga mengawal semua institusi-institusi kewangan di Malaysia supaya mematuhi undang-undang kewangan seperti yang termaktub dalam Akta Bank dan Industri Kewangan(BAFIA)... dan atas sebab ni jugak la... bank-bank kat malaysia takut dengan kami... hehehe.... ada satu unit kat Bank Reg ni, salah satu fungsinya menerima aduan daripada public.... pergh... pening kepala diorang ni melayan pengadu.... macam-macam kerenah...sampai ada yang datang marah-marah, itu la betapa pentingnya kesedaran pengguna... sbb aku tengok kebanyakan customer tak tahu akan undang-undang....bila sign agreement tak baca dulu... janji dapat duit.... bila dah breach contract.. kena tindakan... orang lain pulak yang disalahkan. Unit aku takla sepenting unit-unit yang lain.... aku dalam unit Admin.... tapi kalau unit aku ni takdak.. teruk gak la staff-staf yang lain... jom kita jengok ke opis aku


layout opis aku
Yang di atas tu layout opis aku kat tingkat 10B... sebenarnya kami ada tiga floor, iaitu 10A, 10B dan 7A... Staff ramai... floor pon banyak la... Jom kita jengok lak tempat duduk aku.


my place
Haaa... yang tu tempat aku, kalau tak jelas... klik.. pastu expand la ek....... sori la selerak sket.. besala, banyak keje.. hehehe... tak sempat nak kemas beb...tempat aku ni boleh dikatakan strategik le jugak... sbb boss kat seberang sana... apa yang aku buat... dia bukannya nampak... so kalau aku nak berblog sehari-suntuk pun, dia bukannya tau... hehehe... janji kejer siap(kalau ada keje la) hehehe.... Okla.... cukupla setakat ni... any question bolehla menjerit kat shoutbox tu...

2 comments:

s2m3r said...

chehhh..chehhh...nak glamor lah tu..bukan BAFIA LAH...ABIK...silap fakta tu..ahaks..anyway...cayalah sham

Sham said...

ala, sama la tu.. omputih ckp Bafia... oghang melayu lak cakap abik