Monday, March 20, 2006

Bangsa Subsidi

Assalamualaikum,

Mungkin tulisan aku kali ni agak pedas dan akan menimbulkan kemarahan rakan-rakan, tapi aku menulis berdasarkan pendapat aku. Kalau ada yang tak berpuas hati, sila la komen. Tentu ramai yang berpuas hati bila kerajaan mengurangkan subsidi Petrol dan diesel baru-baru ni. 30sen seliter boleh dikatakan satu angka yang tinggi. Kesannnya bukan saja secara langsung, tetapi juga secara tak langsung dimana harga barang pun akan turun naik.

Apa yang aku nampak, pada pemerintahan Pak Lah ni, Pak Lah takan ragu-ragu melakukan sesuatu kalau dirasakan perlu berbanding dengan zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir dulu. Pak Lah tak takut dikeji, Pak Lah tak takut kalau pada pilihanraya akan datang dia tak dipangkah lagi. Sebenarnya rakyat sendiri perlu mengubah mentaliti , kita tak boleh bergantung totaly pada subsidi kerajaan. Sampai bila kita perlu mengharap bantuan. 30 Sen seliter boleh menjimatkan berbilion setahun. Bayangkan apa yang boleh dibuat dengan wang sejumlah itu. Berapa banyak projek pembangunan boleh dibuat. Anggaplah seperti sekarang masanya kita membantu kerajaan pulak. Kerajaan sekarang ni dengan sedaya upaya membendung kenaikan harga barang, memang sesetengah benda tu amat payah dikawal tapi dengan memberi subsidi diesel kepada nelayan-nelayan dan juga kepada sektor perkhidmatan pengangkutan, diharap dapat mengawal kenaikan kos pengangkutan yang selalunya dikaitkan dengan kenaikan harga barang.

Pak Lah dan Tok Najib kita juga sering menasihatkan kita supaya berbelanja dengan lebih berhemah, jangan membazir. Kita mestilah menyesuaikan diri dengan kenaikan harga minyak sekarang ni. Jangan mudah melatah, bayangkan lah kalau berlaku krisis ekonomi yang lebih teruk.... takan ke situasi akan menjadi lebih teruk.... Bayangkan berapa banyak penyesuaian yang perluk di buat dalam kehidupan seharian kita. Memang aku tak memiliki kereta besar.. cuma sebuah motosikal... Tapi apa gunanya kalau dah memiliki sebuah kereta besar kalau tak mampu menampung sedikit kenaikan harga minyak...

Sebenarnya yang lebih melatah dalam situasi ni adalah bangsa kita sendiri.. iaitu bangsa "Melayu". Melayu memang cepat melatah.. tapi cepat pulak lupa... Melayu sering mengharapkan subsidi ataupun bantuan kerajaan untuk terus bangun, tapi tak pulak bangun-bangun.. tak jugak sedar-sedar yang suatu hari nanti semua kemudahan ataupun keistimewaan yang dimiliki sekarang ni akan hilang. Contoh yang paling ketara, golongan petani kita sekarang ni..... masih mengharapkan subsidi baja dari jabatan pertanian, sedangkan kaum lain boleh mengerjakan ladang yang besar tanpa bantuan ataupun subsidi. Contohnya petani dari kaum cina, kebanyakan mereka ni bukannya bermula dengan ladang besar pun.... Mula usahakan ladang kecik jer... tapi diorang ni tekun, tak upah orang lain, just anak beranak jer yang kerjakan ladang.... Tapi lama- kelamaan, ladang bangsa kita pun ditelan skali... Kita ni cepat berputus asa, setahun tanaman tak jadi... dah malas nak kerjakan ladang, di juai semuanya.... anak-anak petani pulak, lebih rela kerja menjadi hamba di kilang-kilang yang tak tentu masa depannya... Memang tak dapat kita nafikan, dah ramai yang mula sedar, even yang kluar University pon meninggalkan bidang memasing semata-mata nak berbakti pada tanah. Cuma dapatkah kita berdikari tanpa bantuan kerajaan? Bolehkah kita? Apa akan jadi kalau semua keistimewaan "Kita" ditarik semula?Pak Lah bukannya nak menyeksa kita, tapi nak kita belajar, belajar mengadaptasikan diri dengan perubahan zaman... Syabas Pak Lah.... kerana berani... berani menghadapi cacian masyarakat.. berani bertindak sebagai Guru memberi pengajaran... Jangan sangka Pak Lah yang nampak lembut tak berani bertindak tegas... tanyalah pada Isa Samad, tanya lah pada Rafidah.

Kalau ada yang terasa dengan komen aku ni, aku minta maaf... aku cuma rakyat biasa yang tak lah berpelajaran tinggi... Aku sekadar ingin melemparkan pendapat yang mungkin bercanggah dengan pendapat ramai. Aku sayang bangsa ku, aku tak mau melihat Melayu mundur lagi. Aku tak ingin lihat Melayu dilabel sebagai bangsa yang tak boleh maju kalau tak mendapat banduan dari kerajaan. Aku ingin melihat Bangsa Melayu bangun, celik, sedar dari segala macam mimpi dan lamunan.

15 comments:

sempoii said...

Good review. thumbs up!
IMHO, masa jer kurang seswai, tup2 minyak naik 30 sen sejurus selps beberapa company "kroni" diwar² sedang menjunam. So reason duit subsidi tu akan digunakan utk "pembangunan" tu yg dimuskilkan oleh rakyat jelata. Kalau kerajaan dr dulu lg memang telus dengan rakyat, rakyat takkan byk soal bila benda cemni berlaku.

Bagi duit banyak² pun, jembatan retak jugak.

Sham said...

Saya akui tu, tapi pemerintahan Pak Lah baru setahun jagung, masih banyak "cleaning" up yang perlu dilakukan after a "big mess". For me, saya ada nampak banyak ketelusan dalam Pak Lah punya pentadbiran compare dengan pentadbiran lepas... kalau tak, takanla semua isu yang kalau dulunya akan dicover up sekarang ni boleh terpampang di kaca TV dan juga didada akhbar. Takan kita boleh nampak menteri yang nangis2 di khalayak ramai.. takan kita boleh nampak menteri yang diheret ke mahkamah...

sempoii said...

Mmg betul, kalau bandingkan 2 tampok pemerintahan tu, kita nampak Pak lah is trying so hard cleaning up the mess yg org dulu² buat. Even dia kekalkan 2 menteri otai dok kat kabinet dengan sebab yg sama, to make sure derang settlekan semua mess yg dah derang buat dulu, then baru step down.

Tapi macam saya ckp tadi la, kalau kita dah lama implement camtu, rakyat takkan byk soal. But there is still a room for improvement. Harap ini cuma transition period (mintak2 tak lama)utk malaysia menjadi negara cemerlang..gemilang..lang..lang lang..

p/s: err, ada lagu laskar cinta tak?

Sham said...

Ahaksss.... tapikan cik puan.... "melayu kan mudah lupa"... lama-lama nanti senyap la.

Lagu laskar cinta? takdo la

sempoii said...

Iyo la tuuuu... :D

Anonymous said...

SETUJU sib baik tak bleh kasi besar font..ahaks...

kalau mampu pakai keta besar...sepatutnya mampu bayar minyak...pandai2 ukur baju kat badan sendiri....

asik nak salahkan kerajaan jer...kalau tak kerana kerajaan..mampukah MALAYSIA di mata dunia sekarang??

renungkan sejenak...

Sham said...

Tul tu, tapikan.. yang aku heran... yang dok bising lelebih ni golongan yang MAMPU le jugak.... Kereta pon besau.... Cuma yang saya harap usaha Kerajaan menyekat kenaikan harga barang mentah dengan memberi subsidi diesel kepada sektor2 tertentu berkesan la.... supaya, golongan miskin dan sederhana tak terjejas teruk

Masy said...

mahal! mahal!!!

30 sen tu mmg nmpk sikit, tp utk golongan miskin bdr mcm sy ni, it's samting..

Sham said...

sebab tu kita kena cepat menyesuaikan diri kita dengan perubahan.... err.. masy, awak miskin ker? umah dekat jer ngan opis, naik basikal arrrr.. hahahaha

Masy said...

miskin bandar laa..g carik definisi miskin bandar kat internet..

naik memang best la beskal tu, turun bukit lg best, tp klu ujan..hohoh

Sham said...

kalo ujan lepak la kat opis dulu... tak pun pakai arr baju ujan.. ahaksssss

sempoii said...

Hehe cakap mmg ler senang.

Tapikan, cuba kita pikir sat dr sudut yg ni plak ek..bkn setakat org naik keta je yg kena penangan minyak naik ni tau, yg jalan kaki, naik beskal, naik lrt pun kena jugak yer. Minyak naik, rega barang naik, brg yg takde kena mengena ntahape-hape pun amik kesempatan nak naik. Yg single-mingle atau yg lom ada anak mebbe tak terasa sgt la kot. Pd yg ada family, ada anak? susu anak, pampers..

takpe..kita ngk jer la nanti sapa yg kenaaaaaaa..

pis-pis kacang pis!

zura lias said...

eh,dah lame x menjenguk..ingt nk rest minda skali nampak topik menarik.Tgh berpikir, kenapa negara kita pengeksport minyak, harga minyak dh nak sama dgn pengimport?Bagus le saranan suruh berjimat. Apa kata kita mula dr yg atas baru yg bawah boleh ikut.Jgn yg atas pandai berckp, yg bwh angguk saje.
Kita pilih kerajaan bukan nk suruh menyusahkan kita.Kenapa bising dgn subsidi, itukan hak kita.Tanggungjawab kita bayar cukai.
Ye,lepas nie kita punye ekonomi bergantung pd batik dan batik.Biarkan minyak naik, biarkan api naik. Yang pentin batik kite pemes.Yeaa..hidup Malaysia dgn batiknya.:D..

Sham said...

Cik Sem, Kerajaan sekarang kan mengambil langkah2 mengawal kenaikan harga barang... antara langkah2 yang berkesan ialah dengan memberi subsidi Diesel kepada sektor perkhidmatan pengangkutan.... Selalunya bila tokey2 lori ni naikan harga perkhidmatan, baru barang akan naik..... Bak kata.. fokus kepada penyebab utama barang tu naik... once sebab utama tu berjaya dikawal, insyaallah usaha ni akan berjaya

Sham said...

Cik Zura, di bawah pemerintahan Pak Lah, memang kerajaan dah banyak berjimat... Pak Lah dah suruh hentikan projek2 yang dianggap sebagai pembaziran.. malah setiap function2 oleh kerajaan pun kena berjimat cermat.. tak semewah dulu... kalau awak seorang kakitangan kerajaan.. tentu awak paham...
Lagi satu Cik Zura, adakah subsidi tu hak kita? Adakah duit cukai tu semata-mata untuk membiayai subsidi minyak? bagi saya adalah satu pembaziran memberi subsidi mcm tu. Sedangan duit dari subsidi tu boleh digunakan secara terus untuk membantu golongan miskin.. pembangunan luar bandar... dan lain-lain lagi?