Monday, May 29, 2006

Myteam, Ourteam or Yourteam

Assalamualakum,

Pagi-pagi lagi aku dah dengar orang riuh bercerita tentang perlawanan antara team Malaysia dengan Myteam yang berlansung semalam.... Yang peliknya cerita-cerita tu datangnya dari mulut mereka-mereka yang kaki AF, yang juga ditayangkan malam semalam..... Mungkin sebab semalam adalah kemuncak siri Myteam berbanding dengan siri AF4 yang hanya baru bermula... Atau mungkin juga kita ingin melihat sesuatu yang baru.... Bagi aku rancangan myteam ni adalah idea yang fresh dan tidak meniru rancangan-rancangan dari barat.. Myteam memberi peluang kepada bakat-bakat yang kebanyakannya dari kampung untuk mempamerkan bakat memasing... Hasilnya boleh kita lihat semalam, kebanyakan player myteam mepersembah kan "Raw talent" memasing... masih boleh digilap kalau usaha melatih mereka diteruskan....
Ulasan perlawanan semalam..... Terus terang aku katakan.. kedua-dua team bermain dengan teruk skali.. Myteam jangan cakap la....diorang ni amatur, baru 3 bulan ajer ditubuhkan takder sefahaman pun.... masing2 dengan mudah hilang bola akibat terlalu lama menggelecek... Sepatutnya diorang lebih banyak membuat hantaran-hantaran pendek untuk menembusi benteng lawan.... Lagi satu, apa yang aku nampak.... diorang ni kurang profesional dalam membuat bentesan.. kalau bola 50-50 pulak.... sesuka hati jer serbu.... kalau nasib tak baik, akan boleh membuatkan kecederaan yang serius.. Memang kagum dengan semangat diorang, tapi kena igt jugak.. main bola ni kena la bijak... bukan pakai hantam... tapi, diorang ni amateur.. tak boleh salahkan diorang.. Yang aku heran.... team Malaysia(doesn't matter la under 20 ke) nih pun turut terikut-ikut dengan rentak permainan myteam.. diorang pun turut bermain dengan emosi.... Bila dah 2-2 team main ikut emosi.. mula la kita lihat.. kejap-kejap ader jer yang jatuh tergolek... Sepatutnya team Malaysia yang pada aku adalah pemain profesional ni, mengawal emosi memasing... supaya permainan tak diluar kawalan..
Gol pertama jaringan perlawanan, dijaringkan oleh myteam kalau tak salah aku nama dia Arun... Mungkin ada yang kata gol nasib atau tak disengajakan... tapi bila kita lihat balik. kita boleh nampak.. Arun memang aim kearah gol setelah dia lihat Keeper Malaysia tgh off position...Memang satu gol yang bijak... Gol kedua dan ketiga dari pasukan Malaysia bukanlah gol padang, tetapi gol free kick .. memang menarik kedua-dua sepakan freekick oleh pasukan Malaysia tu.... tak meliar tapi tepat pada sasaran.. kalau lah setiap kali freekick yang diambil oleh Malaysia pada perlawanan lain nanti seperti yang kita tgk semalam..... tentu malaysia boleh pergi jauh... Beberapa minit sebelum tamat perlawanan... Myteam membuat serangan habis-habisan dan nyaris menambah jaringan.. hasil dari gerakan Fairuz, tetapi sepakan penyudah terkena palang gol... bagi aku gerakan yang dilakukan oleh fairuz tu adalah yang terbaik sepanjang perlawanan tu.... memang dia berbakat membuat larian disebelah kiri... Mungkin dia akan dilamar oleh pasukan tempatan nanti.. siapa yang tau....
Sepanjang perlawanan tu aku terdengar komen-komen dari pengulas dan juga seorang pengulas jemputan, yang kalau tak salah aku bekas pemain Malaysia yang pada pendapat aku berfikiran tertutup.... antaranya "Malaysia tak sepatutnya menerima jemputan untuk bermain dengan pasukan amatur seperti ni kerana kalau kalah ditakutkan akan mencemarkan maruah sukan bolasepak negara". Pada pendapat aku pulak, adakah lagi maruah dalam sukan bolasepak negara ni untuk dipertahankan? Kalau prestasi asyik turun naik.... kalau dulu kita dipandang hingga diperingkat olimpik... antara yang terbaik di Asia... sekarang ni? peringkat Asia Tenggara pun tak lepas... apa lagi yang nak dipertahankan? Pulihkan balik martabat sukan bolasepak negara kita ni.... aku harapkan semalam supaya myteam kalahkan Malaysia supaya dapat membuka balik mata-mata orang "atas" FAM agar janganla dibanggakan setakat menang beberapa perlawanan persabatan tapi bila tiba dikejohanan sebenar team kita jadi "ketar lutut"... Cari betul-betul bakat2 yang ada dikampung-kampung tu... tentu ramai anak-anak kampung yang ingin mengharumkan nama negara, bukan hanya mengharapkan ganjaran.... Aku sekadar meluahkan pandangan... pandangan seorang amatur yang ingin semula merasa bangga terhadap pasukan negara sendiri.... Sekian...
Fifa world ranking

P/s: adey saketnya badan... angkara excercise angkat peti ais menaiki tangga flat 3 tingkat semalam.....

Saturday, May 27, 2006

Epilog Cinta Dari Bromley - Sohaimi Mior Hassan

Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat dihatimu
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku

Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku tak mungkin berpadu

1
Nun di sana
Beribu batu
Kau kutinggalkan bersama hatimu

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku

Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku

Ku doakan dikau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy

Thursday, May 25, 2006

Adam - Jatuh

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

Tuesday, May 23, 2006

Attention Young Professionals

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak memperkenalkan korang dengan satu projek team yang aku baru sedar akan kewujudannya beberapa hari lepas.... Projek Tekad. Apa dia sebenarnya Projek Tekad nih? Ia adalah satu projek pembangunan masyarakat yang dibangunkan dan dikemudi oleh golongan profesional muda, dibawah naungan PROMUDA(Young Professionals Chamber Malaysia)... Projek ni ditaja sepenuhnya oleh RHB.
Aku tak pandai nak cerita banyak tentang diorang ni, sebab aku pun baru tau.... Tapi aku kagum dengan matlamat serta komitmen yang diberikan.... Rata-rata mereka yang terlibat adalah golongan professional, seperti pensyarah, consultant, doktor mahupun executive... Mereka-mereka yang dianggap telah berjaya dalam masyarakat... Diorang ni mengadakan program-program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah menengah(form 4-5) yang dianggap kurang berkemampuan..... tetapi berkemahuan untuk belajar... Diorang akan bertindak sebagai "abang" atau "kakak" dan "role model"kepada pelajar-pelajar ni... It's a way for them to contribute something to the society... Mengikut apa yang kawan aku(yang terlibat secara langsung dengan projek ni) cerita.... Dia memang seronok, bila dapat menolong pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan ni.... Dapat memberi semangat pada diorang... dapat memberi galakan serta dorongan...... It's feel great... Furthermore, it's the best way to work outside ur world...
Pada sesiapa yang berminat untuk mengenali group ni or perhaps one day interested to join, jangan memalu utk masuk blog diorang http://projektekad.blogspot.com/
Sori sebab aku tak pandai nak mengulas tentang diorang ni... why not u all check it out by yourself.

p/s: This week ada X-Men 3 plak.... kena booking tiket sesiap... any takers?

Monday, May 22, 2006

Kucari Damai Di Hati -Gingerbread

Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

Lagu ini ditujukan pada sesiapa yang rasa dirinya dikhianati...
Nak cakap tentang aper ek.... Ermm, petang semalam, seperti yang dirancang, aku pi tgk Da Vinci Code kat Bukit Raja, Klang.... nak ulasan? tak payah la... aku bukannya pandai nak buat ulasan filem ni... Cuma saranan aku kepada peminat-peminat filem genre action adventure nih, jangan la segan silu mengunjung pawagam yang berhampiran... Nak kunjung pawagam yang jauh dari umah macam yang aku buat pon takpa.... Cerita ni memang penuh dengan kontraversi, sebelum ditayangkan lagi kerana mempertikaikan kesahihan Agama Kristian sekarang..... Walaupun ada ura-ura yang menyatakan pihak gereja meminta penganut-penganut agama kristian memboikot tayangan filem ini, tapi apa yang aku nampak, ramai gak penonton yang aku pasti beragama kristian.....

p/s: Kalaula ada filem yang memperolokan Agama Islam... pasti ada pawagam yang akan Dibom.... perlukah?

Saturday, May 20, 2006

Sayang-KRU

Takku pinta gemala ditatah
Yang jatuh menimpa
Dan menguji cinta kita
Namun daku tak sanggup lihatmu
Mengobati rindu semata-mata untukku

Wahai sayang kau sepatutnya dicinta
Jejaka yang lebih sempurna

*
Pergilah sayang
Dirimu kan tetap daku kenang
Setiap malam berlinang
Air mataku jadi perangsang
Merindumu sayang

Jangan pernah dikau salah sangka
Ku mungkiri janji ku tak mencintai lagi
Tapi kini izinku undur diri
Kerna ku tak mampu tuk membahagiakanmu

Rela saja untukku melepaskanmu
Biarku tanggung deritaku

Ulang dari *
Dakaplah aku untuk kali terakhir
Oh kasihku berikanku peluang
Tuk menatapi wajahmu
Agar abadi di ingatanmu

Lagu yang pernah menghantui aku dulu.... sib baik la tak sampai kena rasuk... huhuhu...
Ari Sabtu yang membosankan... ari ni aku lepak umah ajer.. tak tau nak kluar pi mana... Ikut plan, aku nakpi tgk Da Vinci Code ngan sorang member ni... tapi dia ada hal lak... Takper la... Esok plak aku tgk.... Lagi pun aku memang dah jangka yang plan malam ni takan menjadi... Sebab tu aku setkan plan esok awal-awal lagi.... Tapi plan utuk esok tu, aku kena tgk sorang-sorang la..... no worries.... bukan tak biasa tgk wayang sorang-sorang pun.... dulu aku penah buat marathon dua citer berturut-turut, sorang-sorang jugak.... Tak matinyer kalau tgk wayang sesorang.. janji heppy.. btoi tak?
Hari jumaat lepas aku tgk perlawanan volleyball team D'mrak lagi... kali ni apa yang disangka tak menjadi.... Perlawanan yang disangka seperti mengopek kacang tu tiba-tiba menjadi seperti mengopek buah kelapa... Pada set yang pertama, kami tewas tipis... Tetapi pada set yang kedua, kami bangkit semula dan berjaya menewaskan team NSY, juga kemenangan tipis.... Pada set penentuan, kami berjaya menewaskan lawan dengan margin yang agak besar....
Aku tak tau apa yang jadi pada pemain-pemain D'mrak time tu.. mungkin terlebih konfiden atau gugup dengan kehadirian penaung team kami, iaitu Dato' Razif yang turut turun memberikan sokongan...... Pada perlawanan tu, buat pertama kalinya tekak aku sakit akibat memberikan sorakan padu.... Sib baik la menang.. tak sia-sia tekak aku sakit...

p/s: Lagi 2 minggu ada perlawanan bola sepak plak... kena reserve suara nih....

Thursday, May 18, 2006

Mengapa Perpisahan Kau Pinta -Flybaits

Seketika itu sepi mencuit hati
Hanya suara hujan seakan menyanyi
Mendendangkan lagu syahdu
Ketika ku terpegun
Merenung jauh gambarmu sayangku

Terkilan rasa bila kata-katamu
Kau ucapkan padaku, membuat ku terpaku
Bersama-sama suratmu, setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi

( korus )
Titisan demi titisan
Airmata ku jatuh berlinangan
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu...
Sayang...
Di dalam dunia ini
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh... mengapa perpisahan yang kau pinta

Janganlah kau lupa suatu ketika dulu
Kita pernah bersama berjanji dan bercinta
Kini nyata kau mungkiri setelah janjimu itu
Di manakah letak kejujuranmu

( ulang korus )
Dariku... dariku...

Aku letakkan lagu ni diatas permintaan khas oleh dak Masy. Nak Bagi sket ucakapan nih... jangan bersedey lagik... wakakakakaka.......

Cerita semalam....
Team Volleyball D'mrak menang lagi.. Yeaaa!!!!!!... Tak sia-sia aku turun memberikan sokongan.. siap jadi kameraman lagi tuh..... Sebenarnya dalam sukan Volleyball.. kami memang tiada tandingan.. Undisputed champion le katakan.... Tapi game lain mcm hampes.... selalu tangga tercorot..... Semalam kami membelasah MIT 2-0.. hari jumaat ni last game menentang NSY plak.... Mengikut hasil intipan game NSY dengan DMD semalam.. rasanya kami akan membelasah NSY nanti... seperti mana kami membelasah DMD pada perlawanan hari Isnin lepas...... Apa-apa pun Syabas D'mrak.. semoga kekal juara(volleyball ajerla pon)

Wednesday, May 17, 2006

Mimpi Yang Tak Sudah -Ibnor Riza

Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Pintu kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah


Lagu klasik oleh Ibnor Riza yang aku rasakan best..... Psstttt Zue.. pernah dengar tak lagu nih?

Tuesday, May 16, 2006

Hazrul Nizam - Kaulah Segalanya

Cinta yang ku dahaga
Kehadiran dirimu
Menyinari maka semua hatiku

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai

Hulur tanganmu kasih
Sambut cintaku
Jangan tinggalkan daku
Seorang diri
Tak sanggup lagi dilukai oh..

Maafkan daku
Jika salahku
Peristiwa yang pernah ku alami dulu
Aku tahu betapa pahit
Mu menerima sejarah hidupku oh..

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu
Ikhlas sejati
Cintaku padamu
Ikhlas sejati

Pernah dengar tak lagu ni? Better check it out...

Sunday, May 14, 2006

Destinasi Shah Alam

Assalamualaikum,

3 hari cuti... 2 hari aku bertapa dalam umah, cuma ari ni aku kluar merayau.... Kalau diikutkan... memang aku takan kluar ari ni... Tapi bila mendapat panggilan dari mak aku... Aku jadi tak menentu... Semuanya bermula... wuing...wuingggg(flash back)...
14/5 jam 10.00 pagi mak aku call bertanyakan pilihan apa yang patut adik aku yang lepas SPM tu ambik, sama ada menerima tawaran Uitm course pengurusan hartanah, matrik kementerian atau menerima program ijazah perguruan..... Oleh kerana yang program ijazah perguruan tu masih dalam proses temuduga.. aku cadangan dia menerima program matrik kementerian tu dulu.... Kalau diterima masuk ke program perguruan tu.. baru la pergi.... Ok, fine.. mak aku pun setuju.. sebab adik ipar aku pun cakap macam tu..... Tapi, yang membuatkan aku terkedu bila mak aku menceritakan yang dia pergi ke kenduri kawin Ex aku semalam... Tiba-tiba aku jadi tak menentu.. aku tak tau mana datangnya perasaan ni... Bila adik aku Sms semalam tentang kenduri kawin Ida tu.. aku tak kisah sangat.... tapi bila mak aku cerita yang mak dia memeluk mak aku dan menyatakan yang kami takda jodoh.... aku jadi bengong jap... Tiba-tiba, semua saat-saat indah mula terpapar dalam kotak fikiran aku....
Selepas cakap ngan mak aku.. aku fikir sejenak... aku ambik keputusan untuk ke Shah Alam... Mengimbau balik segala kenangan aku bersama dia.... Abis cerita Prince of Tennis.. dalam pukul 12.30.. aku bersiap.. dan terus menuju ke Shah Alam.... destanasi pertama aku, Tesco Shah Alam..... Dah hampir setahun rasanya aku tak ke sana... kali terakhir aku sampai Tesco ni.. tak banyak pon lagi kedai-kedai yang dibuka... sekarang dah penuh.. dah ramai orang yang menyesaki hypermarket ni.... Aku mula igt detik2 kami disana... Seakan baru semalam berlalu, segalanya masih segar diingatan....
Destinasi berikutnya, Plaza Masalam.... Sebenarnya, tak banyak kenangan kami disini... tapi kenapa aku ingin kesana... mungkin ada kenangan yang tak dapat aku lupakan di situ.... Kejap saja aku kat Plaza Masalam ni.... Lepas tu aku meneruskan perjalanan aku ke Giant seksyen 13.. Dalam perjalanan, aku ternampak tempat makan kat seksyen 11... Banyak betul kenangan aku disitu.... Kat Giant, ingatan aku kembali pada saat kami mula bertemu dulu.... Sebenarnya aku terhutang budi dengan dia.. kalau tak sebab dia, aku takan tau jalan-jalan di Shah Alam ni.. ingat lagi tumbukan padu yang dikenakan kat belakang aku sebab aku tak ingat jalan dulu....
Segalanya sudah berakhir... Namun kenangan tetap kenangan.. kenangan tak mungkin dapat dipadamkan.... Apa-apa pun.. Selamat Pengantin baru kepada Zuraida bt Mohd Zainal.. semoga kekal bahagia keakhir hayat.....

29!?

Assalamualaikum,

14/5/2006, Jam 1.20 pagi... tepat jam 12.00 tgh malam tadi genap la umur aku 29 tahun. Takda apa yang menarik, for me those digit doesn't mean anything.... Umur tidak melambangkan apa-apa....
29 tahun.. sudah 29 tahun aku hidup didunia ini... sampai bila lagi aku akan terus menetap didunia yang sementara ni? Tak siapa yang tahu... entah-entah tahun ni yang terakhir.... Apa yang dah aku capai sepanjang 29 tahun ni? "0" ... nuthin'.... takda apa2... Bila aku kenang balik... frust betul rasanya..... betul-betul rasa sia-sia hidup ni..... Rugi betul masa-masa yang berlalu.. Kebanyakan lelaki lain dah mencapai segala-galanya dalam usia aku ni... Adakah masa lagi untuk aku kejar balik masa-masa yang tertinggal.... Sempatkah untuk aku bangun semula, setelah jatuh tertiarap?
Memang susah untuk bangun semula setelah jatuh dari tempat yang tinggi..... Silap aku juga dulu tidak mahu bertegas... terlalu leka... terlalu asyik.. Sehingga masa depan menjadi kelam-kelam didepan mata.... Sehingga sekarang, bila aku pejamkan mata dan cuba bayangkan balik masa-masa dulu.... betapa ngeri... betapa menakutkan..... aku menjadi phobia... aku menjadi takut untuk menyambung semula pelajaran aku.... aku takut tersalah pilih course lagi.... aku tak mau sejarah lama berulang.... bagi aku, itulah sejarah paling hitam dalam hidup aku..... aku ingat lagi, betapa aku dihidangkan dengan pelbagai-bagai pilihan... Itm, UM matrik, Um RPKJ(persediaan khas jepun), Diploma Medical lab, diploma Jurupulih.. walaupun result SPM aku tak berapa gempak... tapi cukupla.. untuk budak kampung macam aku ni mendapatkan tempat di Ipta.... Tapi.. aku pun tak tau.. kenapa aku tertarik dengan U.M.... mungkin dengan status U.m yang begitu berprestij masa tu....
Aku takda sebarang masaalah semasa di matrik U.M... semua berjalan lancar.... result pun boleh tahan, walaupun selalu gak merayau kat Kotaraya, sogo or Sungai wang time tu... kehidupan aku semasa Matrik memang menyeronokkan... Banyak kenangan manis aku di kolej kediaman pertama U.M tu.... Tapi, semuanya berakhir bila aku melangkahkan kaki ke tahun satu dalam bidang Biomedical science... Apa yang berlaku semasa aku dalam bidang ni rasanya pernah aku ceritakan dulu...... Pokoknya.. masa aku terbuang begitu saja..... Apa gunanya kemahiran aku dalam membuat diagnosis penyakit dalam makmal... kemahiran aku membuat tissue culture.. membuat culture bakteria..... mengenal pasti parasit.. mengenal pasti virus.. bakteria.. ah.. rindunya aku nak memegang mikroskop semula.... nak memegang radas-radas makmal... namun, semuanya terpaksa aku lupakan.. aku tak mungkin menjenguk dibalik corong mikroskop lagi.... Kerja aku sekarang amat berlainan.. seperti langit dengan bumi... tiada simpang pertemuan dengan bidang aku dulu.... Aku bagaikan bermimpi.... mimpi yang tak sudah.... kejutkan aku dari mimpi ini... sungguh ngeri rasanya.....

Sunday, May 07, 2006

Setulus Cintamu- Broery Marantika

Betapa sucinya cinta
Setia menanti daku
Tiada merasa hampa
Kasihmu nan abadi

Walaupun jiwa tersiksa

cintamu tiada batasnya
Dikau untuk berkorban
Cintamu...cintaku...

*

Sinaran bintang bintang
Menyinari hudupku
Namun hatiku sepi...

Takkan dapat ku lupa
Mesranya belai manja
Kumerintih dalam kalbu

Ku rindu...ku rindu...kasih

Semoga cerah kembali
duniaku yang kesepian
Padamu kuserahkan kasih... yang suci....

Pernah dengar tak lagu kat atas tu... Best.. best sangat2.... Dengan rentak slow yang mendayu serta alunan suara Broery yang lunak merdu memang mengasyikkan.... Aku "jatuh cinta" bila kali pertama mendengar lagu ni... Pada sesiapa yang tak pernah dengar. sila la cari.. kalau tak dapat, bagitau aku.. nanti aku email kan sebab saiz lagu tu tak besar sangat....