Tuesday, February 21, 2006

Hakikat Sebuah Perpisahan

Terasing

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku letak lagu terasing kat atas tu sbb masih tergiang-ngiang lagi nyanyian mukh(boss aku) kat karaoke semalam... Susah nak bawak lagu ni sebenarnya sbb banyak lenggok yang nak kena hafal.... tapi mukh bawak dengan baik, sampai aku layan syahdu jap.....
Dalam hidup kita ni, kita takan lari daripada perpisahan.... mahupun yang terduga atau yang tidak terduga. Perpisahan mengundang sejuta kesedihan, hidup mula menjadi tak keruan, setiap detik yang indah mula terbayang di mata. Pabila sendiri, air mata mula menjadi teman. Namun setiap perpisahan, ada hikmah disebaliknya. Jangan diratapi perpisahan itu.... cukuplah sekadar menangisi untuk menghilangkan sebak didada. Hidup mesti diteruskan, jangan biarkan detik menjadi pegun kerana setiap perpisahan akan diganti dengan satu pertemuan.

Tah mcm mana tetiba plak mukh ajak pi karaoke semalam, time tu dah pukul 8.30 mlm. Untuk tak menghampakan boss merangkap member aku sorang ni, aku start moto, trus ke opis. Dari umah aku ke opis tak jauh, dengan kelajuan menjangkau 100kmh, 10 minit jer dah sampai. Aku tau sebenarnya mukh dengan jiwa kacau..... kat opis siang tu pon dah nampak semacam ajer. Start pukul 9 kami pegang mic, sampai la pukul 12 baru settle. Yang bestnya karaoke kat redbox sogo ni, kalau ambik pakej Rm25 sekepala, dapat buffet ngan karaoke 3 jam.... murah la kalau dibanding ngan tempat lain. Walaupun aku ni bukannya kategori pandai menyanyi, tapi bedal jer la.... lagi pun aku ngan mukh ajer... sumbang mambang ke.. takda sapa yang tau. Antara bebanyak lagu semalam, aku try bawak lagu Hujan.... tah kenapa aku rasa baru-baru ni, lagu hujan significant dalam idup aku. Sebak pulak rasanya dalam dada ni bila menghayati lagu tu... Errmmm biarkan lah..... biarkan hujan kali ini membasuh pergi memori yang ada.

17 comments:

Noushy Syah said...

yehaaaaahhh nak komen, nak komen...
SHam, perpisahan adelah lumrah dalam kehidupan insan yg bernama maknusia, sama ade bercerai kasih atau pun mati, namun jangan ditangisi akan perpisahan yang terjadi kiranya adakala Tuhan menguji kita dan adakala kita ditemukan dengan seseorang yang kemudiannya meninggalkan kita atas sbb2 tertentu kerana tuhan mahu mempertemukan kita dengan org yg jauh lebih baik....

DOn't be frown,keep smiling coz you neva know, someone might fall in love with your smile...it's ok anyway to have the memories but as time passes by, let it go, bit by bit...moves on!!!

Sham said...

waa.. tak sabar2 dia nak kasi komen.. speaking like a real pro la noush... that's rite noush... perpisahan adalah takdir.... walaupun cara atau kronologi perpisahan itu menyakitkan... tapi ia tetap satu ketentuan yang takan dapat dihalang, bukankah jika terlalu meratapi satu perpisahan itu menunjukkan kita tak redha dengan ketentuan Ilahi?

Noushy Syah said...

yeh yeh..mmg betul, "taqdir" that's the word that 'm looking for just now..tehehhehhe...lama n0ushy nak igtkan perkataan tu tadi tau, emmm kalau ade ayat n0ushy yg xbegitu betul just baiki yea coz this is part of learning to improve my bahasa from time to time...and yes indeed, kita kena redha!!!(just like the word!)

Sham said...

hehehe.. glad to help noush..

Anonymous said...

kenapa perlu kita tangisi perpisahan .. lupa kan laa... eishhhhh ..makin sakit .

Sham said...

sakit aper tu?hehehe

Anonymous said...

byk sgt sakit nyer .. tapi tak pa laaa..insyallah .. leh setlle .
ooooo andai nyer ku tahu sakit nyer hempedu ..
batin lebih dr itu ..
mengapa kah perpisahan terjadi dlm cinta ku ketika ku memerlukan kasih mu...

Sham said...

waa.. cayalah anony(whoever u are) let it out....

Anonymous said...

huhuhu ..
kedamaian yg ku cari masih belum ku temui..jiwa tak pernah tenteram,, makin lama makin terkenang di lubuk hati yg paling dalam.....terluput laa ukiran jiwa.
entah berapa lama ,,, harus ku nanti sinar kasih sayang ,,
oooooo kau tak penah tahu ,,

bertapa luka nya hati ku di atas sikap mu yg dulu ,membuat kan aku tk ujud disisi...

Sham said...

sabo2.. ish jiwang lak dia.. huhuh

Anonymous said...

hohoho .. tetiba jer jiwang jap .. sabo la nie ,, lalalalalala..
aku tak kan melupa kan mu ...hohohoho..yeaaaaaaaa.

Sham said...

takan melupakan sapa ni?

arianna adrizal said...

sham,
layannn... hehe

Sham said...

err.. arianna.... zassssss

sempoii said...

Tanpa pertemuan
maka tiada perpisahan
Namun jgn salahkan pertemuan
kerana dr pertemuan kita perolehi pengalaman.

apa aku merepek ni..hehehe!

salam kenal. First time komen sini, salu dtg sini nak dgr lagu Radja jek :)
keep on blogging!

Sham said...

hehehe... welcome, selalu2 la datang ek....

Anonymous said...

opssssssss awk sesapa jer ... tapi pasti tak kan menlupa kan mu ..hohohoho