Monday, February 06, 2006

Seminggu yang hangat

Assalamualaikum,
Sepanjang satu minggu aku tak update blog... sepanjang satu minggu aku berada di tepeng bercuti... sepanjang satu minggu gak terasa bahang kepanasan di tepeng..... Tepeng dilanda kepanasan melampau baru-baru ni... Namun kepanasannya, adalah kepanasan yang natural... bukan kepanasan buatan akibatan pelepasan gas-gas karbon monoksida berlebihan diudara atau di sebabkan kesan rumah hijau... kepanasan tepeng adalah kepanasaan matahari... kepanasan alam.....
Apa yang aku buat sepanjang minggu? Tak banyak aktiviti yang aku jalankan, banyak melepak kat umah je... tolong mak aku perabiskan makanan yang dimasak.... Dah jadi kebiasaan mak aku, bila kami balik bercuti, mesti ader jer la menu istimewa yang di hidangkan, dari laksa, mee kari, nasi tomato sampai la ke ikan bakar... tapi sib baik la aku berjaya mengimbangi balik pengambilan kolesterol yang berlebihan tu dengan aktiviti yang memenatkan.... seperti mendaki bukit larut dan juga memanjat pokok... tak ilang lagi rupanya skil memanjat pokok aku... walaupun badan dah terasa berat sesangat, namun aku berjaya panjat pokok rambutan kat umah sampai ke pucuk... terasa lagi kenikmatan berada di hujung dahan sambil ditiup angin dan menikmati kemanisan buah rambutan di atas pokok....
Hari rabu dalam minggu tu, kami sekeluarga, kecuali ayah aku dan adik aku, faizal.. pergi berkelah di burmesse pool... seperti biasalah... kat situ kalau tiba musim cuti, akan dipenuhi dengan pengunjung.... kami berjaya mendapat tempat yang best untuk berendam, walaupun terpaksa berkongsi dengan beberapa umat lain..... namun, kepuasan tetap terasa..... Keesokannya pulak, aku ngan adik aku, azhar mendaki bukit larut pulak..... aku ingin mencabar diri.... setakat mana kemampuan aku... kali terakhir aku mendaki adalah pada tahun lepas, juga 2-3 hari selepas tahun baru cina.... walaupun pada awal pendakian, aku nyaris nak give up akibat kepala yang pening berpunca dari tak makan b/fast.... tapi aku teruskan jugak... aku tak mau mengalah.... selama 3 jam 20 minit baru tamat perjalanan sejauh 10km ke ketinggian 1036m.. Fuhh!! letih tak terkata.....

Minggu percutian di kampung aku tamatkan pada hari sabtu dimana se-awal pukul 7 pagi aku dah bertolak ke kl dengan moto aku.. nasib baik jalan clear nak mampus, tak se-jem masa nak balik kekampung ari tu....
Tak tau la napa tak boleh upload gambar.. tensen gak ni

Patah tumbuh, hilang berganti... walaupun yang tumbuh dan hilang, tak sama seperti yang patah dan hilang tu... kita mestilah menghargainya... sbb kita tak tahu bila yang baru tumbuh dan baru berganti tu akan turut patah dan turut hilang...

7 comments:

Anonymous said...

salam hai awk nice betui holiday awk yea .. panjat pokok , kelah kat bemes pool huiii best tu sejuk air kt situ ..
opssssss ptah tumbuh ilang ader ganti ,, haaaaa dah ader calon nyer ker .. opsssss gurau jer awk ..

Masy said...

cuti-cuti malaysia :D

Sham said...

tapi tak melibatkan kambeng ek... hehehe

Unknown said...

wahhh...sakannya bercuti.. bagus jugak kan dapat balik kg lelama.. macam ai setiap hari balik kg.. hehehe..nak wat camner kan..kg kat bandar nie... hmm..pi burmesse pool tu..tak terserempak ngan cik tipah ker?? dgr2 dia pun ke sana...

Sham said...

cik tipah? entah ler.. lagi pun ramai manusia kat situ.... maybe dia pi ari lain kot

Anonymous said...

huiiiiiiii .. awkkkkkk .. cik tipah... pun balik..

Sham said...

memang la tipah balik... so? napernyer?