Friday, February 17, 2006

Jika Ia Sebuah Cinta


Jika ia sebuah cinta...
ia tidak mendengar...
namun sentiasa bergetar....

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..

Jika ia sebuah cinta...
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan...
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...


-pp-gtI

5 comments:

Anonymous said...

salam jumaat ai awk ..
cinta apa erti nya cinta
jika seseorang itu tak hargai nilai cinta , tiada erti nya . kasih pada yg sudi , usah di rayu pada yg telah pergi .hanya menambah luka ..
adossss jiwang jap
cinta ohhhhhh cinta .. penuh pura-pura..

Noushy Syah said...

yea mmg benar..sbb cinta dtg dengan ketentuan tanpa diduga tanpa dipaksa2..ianya perkara hati dan naluri....datangnya tanpa diundang tanpa kita minta....

jadilah diri sebenarnya ketika bercinta....dan jgn berpura2!! Pada yang pergi jangan diratapi, kenangilah dia kiranya cintanya pernah membuat anda baahgia walau seketika.....

nilai sebuah cinta'is priceless'...
jangan bermain cinta jika hanya sekadar memenuhkan masa...

Sham said...

waaa... baguss.. bagus... suka komen2 mcm ni.. keep it coming...

Anonymous said...

cinta ooooo dimana kah cinta .dpt kah kita mencari cinta.sejujur nyer.

Sham said...

tak payah cari.. menyakitkan hati jer kalau cari...