Friday, January 27, 2006

Balik Kampung! yea! yea!

Assalamualaikum....

Esok aku balik ke tepeng... selama seminggu aku akan berada di sana, dalam kepala aku ni dah ada bermacam-macam aktiviti telah diatur... yang pastinya dipenuhi dengan makan dan tidur..... Aku igt lagi masa aku study dulu.... setiap kali semester break... or mid sem. break berat badan aku akan meningkat lebih kurang 1-2 kg akibat aktiviti yang berpaedah tu....
Adik aku, Lan ada oper balik skali ngan dia... tapi maleh le aku.. aku nak balik sendiri... naik moto lagi best.... baru ada sket adventure.... apa2 pon... jom nyanyi dulu....

Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...
Napa aku nyanyi lagu tu ek? Sbb tu la lagu feveret sepanjang zaman aku.... sampai bila2 pon aku takan lupa... setiap kali masuk karaoke pun.... mesti cari lagu ni dulu....wah.. rindu plak aku kat karoake kat tepeng... balik ni sure melawat punyalah.... walaupun sound system tak setanding ngan redbox... tapi boleh la dengan bayaran cuma rm 1.20 untuk sebuah lagu..... nak nyanyi lagi lah...

Bunga

Tak usah ditanya mengapa ku pilih
Bunga yang mewangi terliar berseri
Yang tak akan nampak di mata pun
Berwarni dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang ku sembunyi

( 1 )
Pernah ku mencuba terima seadanya
Sayang ia selalu calarkan sudut hati ku
Hingga lelah jiwa ku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya

( 2 )
Ku mohon kau yang indah pada mu
Untuk ku tatap menawar resah ku
Kekal aku di situ harungi cinta

( 3 )
Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata kata tentang cinta
Bicarakan rindu pada ku
Mengharum selamanya
Lagu ni pun lagu peveret aku.... tapi susah betul nak ikut lenggok suara ezad... takpalah.. janji eppy..... hari ni, sepatutnya aku pi karaoke ngan bdak opis aku, oleh kerana ada yang tak jadi... yang jadi pulak pi bawak member2 luar dia.... maleh plak aku nak join.... Eh... rasa nak nyanyi lagi lah.....
Ku Pendam Sebuah Duka

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...
Kenapa aku boleh suka lagu di atas tu? aku pun tak tau sbb apa... maybe sbb liriknya yang best kot.... sesuai la bagi mereka-mereka yang bercinta bagai nak rak, tetiba putus plak..... Igt lagi masa aku ngan Mukhzani beduet nyanyi lagu ni masa kami sama-sama jiwa kacau dulu.... Layan siot..... Okay la.. last song....

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
Apa boleh yang dikatakan lagi tentang lagu ni...... Kita sering membuat keputusan yang tidak tepat dalam hidup kita ni.... tapi haruskah kita terus merasa takut untuk menghadapi masa depan? Atau terus menghayun langkah.... menghadapi segala kemungkinan...... kesilapan mungkin akan berulang... tapi hidup perlu diteruskan...... tak guna membuang masa dengan segala kesalan dan ratapan..... yang ruginya adalah kita nanti.....

Wednesday, January 25, 2006

Menyintai Tidak Bermakna Memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan

Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki... 

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah..
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

Nukilan asli:
Anna Abadi
~suatu tika dulu

Tuesday, January 24, 2006

Pernah

Pengalaman mengajarku
Jangan mudah meluahkan isi hatiku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka
Yang kuidamkan musnah
Yang kugenggam terpisah

( korus )
Aku pernah, jatuh cinta
Kerana cinta diriku merana
Aku pernah bahagia
Kata manisnya buat ku terpedaya

Biarkan aku temankan pilu
Haruskah cinta oh kejam padaku
Uhh yeahh

Kini mula ku terasakan
Degupan hatiku mula rasa oh gelisah
Kehadiranmu ku mengharapkan
Akan menghilangkan kegelapan di hidupku
Kau yang seharus yang pertama
Agar terakhir selamanya

( ulang korus )

Yang ku lupa, kisah yang lalu
Akan ku gubah oh hidup yang baru... uh yeah...
Kerana aku pernah... pernah yeah...

( ulang korus )

Kisah yang lama mengajar aku
Agar bahagia hidup bersamamu

Hey hey... Yang ku cinta...

Monday, January 23, 2006

Karaoke & Wayang

Assalamualaikum,

Hari ni start balik keje... seperti biasa la... on monday... mula la dengan monday blues.. nak bersiap ke keje pun berat jer.... tapi aku gagahkan jugak... sampai terlebih awal pulak. Pukul 6.50 dah sampai opis. Namun begitu, kesegaran citer Long Khong masih bermain dalam kepala aku ni... Sebenarnya semalam(hari ahad) aku, Ajai, zura ngan Suen adalah antara umat-umat yang menyemakkan lagi panggung kat midvalley tu... Lama jugak aku nak ajak Zura tgk wayang, al-maklum la... boleh dikatakan lama jugak aku kenal dia... sejak dia dok tanam anggur kat Ipoh lagi... sampai la keje kat sini.... Semalam first time aku jumpa dia.... Suen aku dah penah jumpa sebelum ni... Apa yang boleh aku katakan tentang citer ni? Hermmmm...... memang Class... walaupun tak brapa nak seram.... tapi jalan citernya sungguh menarik..... Sekali-sekala dalam panggung tu terdengar suara Suen ngan Zura tgh dok discuss pasal citer tu... Aku plak dok intai-intai apa yang depa dok buat... mana nak tau kot dah menyorok bawah kerusi..... abis wayang, kluar pi food court... igt nak makan, perut aku dah lapo giler.... Zura ngan Suen diet plak.... Ajai dah makan lak.... Adey la... takan aku nak makan sesorang... tahan jer la.... macam tak besa puasa ye tak.... lepak lebih kurang setengah jam(atau lebey ek), kami pun gerak balik..... aku singgah jusco jap... beli air ngan roti.. boleh bedal kat umah nanti.......

Falsh back ari jumaat... Balik keje.. aku, Raizon(opismate aku) ngan Kak Anim(manager aku) membuat lawatan muhibah ke pusat karaoke Redbox, Sogo.... kami dah plan sejak minggu lepas lagi.... mula-mula farah nak join jugak... tapi apakan daya.. keje telah menjadi penghalang..... pukul 6 tepat.. kami gerak dari opis dengan Trajet pejuang kak anim.. sib baik jalan tak sesak.... sampai dalam 6.15... Saampi jer.. terus memilih pakej yang ada... mahal gak kat situ... tapi sound system dia memang best la.. suara sumbang pon boleh jadi sedap wooo......Sebenarnya kak anim saja jer nak join lepak-lepak ngan kami... tapi atas desakan dan paksaan... terpaksa gak la dia memilih beberapa lagu oldies untuk didendangkan.... Si ejon plak aku tgk memang tak segan silu memilih lagu.. maklum la dah biasa masuk karaoke... aku plak baru second time kat kl ni... kat tepeng dah bertime-time pun... hehehe.... cukup sejam... kami pun check out... dapat gak aku bedal lagu Langkah Seiringan-exists sebagai penutup..... Sebelum balik..... shopping jap kat center court sogo tu... ader sale tu......

Rindu.... mengapa sering datang tanpa diundang..... mengapa sering hadir kala kesepian.... namun, indah sungguh bila disergah rindu.... lagi indah bila rindu berbalas.

Thursday, January 19, 2006

Assalamualaikum,

Hari ni aku tak mau taip pepanjang, just nak upload sket gambo yang tak ter upload.. angkara kecewa atas kerosakan digicam aku masa raya puasa lepas..... Oleh sebab dah ada pengganti..... baru terasa nak upload gambo-gambo ni... Malas nak upload ke multiply aku, biaq kongsi kat sini dah la.....


Aku Che On dan Rashid





Adik aku no 4 yang kat TLDM ngan anak sepupu aku

Sesi makan2 kat umah Paksu(dari kiri, aku, paksu dan ayah)
Adik Bongsu aku
Sesi makan2 jugak
Adik aku no 3 yang kat TUDM

Sori la kalau tetiba blog aku jadi berat lak sbb gambar-gambar ni......

Wednesday, January 18, 2006

Rindukan Kampung

Assalamualaikum,

Disaat aku jiwa kacau macam ni, tentu aku terasa nak balik kampung.... Di Kampung jiwa ku tenang.... aku dapat lupakan seketika segala masaalah yang membelenggu.... Walaupun dah hampir 11 tahun aku Di K.L ni, hati aku tetap pada Tepeng... kalau diberi pilihan aku nak menetap disana....
Tapi Tepeng sekarang dah banyak berubah, malamnya dah penuh dengan kehidupan.... kalau dulu atas pukul 9 ajer, bandar dah lengang.... Dah ada kedai mamak yang bukak 24 jam, dah banyak pusat karaoke, bowling etc.... Masa zaman aku dulu mana ada semua tu..... Kampung aku pun dah berubah... dah banyak pembangunan sekeliling... mana perginya belukar yang pernah aku redah dengan lastik ditangan, mana perginya lombong tempat aku memancing, mana hilangnya kolam tempat aku menangkap ikan laga.... Semuanya dah takder.... dah jadi kawasan perumahan... Malah padang tempat aku bermain bola.... bermain layang-layang pun dah ghaib...... aku bencikan pembangunan macam ni..... takder tempat lagi untuk budak-budak sekarang beriadah..... Akibatnya cuma satu pilihan bagi mereka... di cafe cyber... bermain perang-perang tanpa mengeluarkan peluh.....
Terasa benar aku nak balik kampung sekarang ni.... Pabila hujan turun, aku suka lepak-lepak diluar, di bawah teduhan.. melihat titisan-titisan hujan yang turun... memberi nyawa pada hidupan.... Sungguh segar rasanya.... Satu keistimewaan Kampung ku ni, walau selebat mana, walau sehari semalam hujan..... tak pernahnya banjir.... Alam tak pernah menyusahkan kami... InsyaAllah, Tahun Baru Cina ni aku akan balik seminggu... dah bermacam-macam plan bermain di kepala aku ni.... antaranya... aku bercadang nak daki Bukit Larut.... dah setahun aku tak daki... Last time aku daki..... macam nak pengsan rasanya..... hope this time tak seteruk tu... aku nak dera adik aku lagi kali ni..... Aku rasa nak masuk zoo kali ni.... dah lama aku tak masuk zoo taiping.... aku nak ambik byk gambar binatang dalam tu...... saje nak simpan.... mana nak tau kot ader yang nak gambar orang utan... .. okay la.. cukup setakat ni untuk ari ni.... nanti ader yang boring plak.... tata....


Rinduku tak pernah pudar.... aku still ingatkan dia.... aku boleh terima dia sebagai kawan... tapi sampai bila? Lepas ni aku tak nak lagi cerita pasal kami dalam blog ni..... biarla apa yang jadi lepas ni.... cuma aku dan dia ajer yang tahu....

Tuesday, January 17, 2006


Show me the meaning of being lonely

So many words for the broken heart
It’s hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me, and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me...

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can’t be there where you are
There’s something missing in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They never say forever gaze
Guilty roads to an endless love
There’s no control
Are you with me now
Your every wish will be done
They tell me

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can’t be there where you are
There’s something missing in my heart

There’s nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body and soul
How can it be you’re asking me to feel the things you never show

You are missing in my heart
Tell me why I can’t be there where you are

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can’t be there where you are
There’s something missing in my heart

Assalamualaikum,

Pernah tak terasa ada masanya kita tak keseorangan, tapi kita kesunyian.... we are not alone but we're lonely... Kita dikelilinggi oleh rakan-rakan, sahabat-handai dan kaum-keluarga... but there's something missing.. like an emty space inside your heart.... We keep on looking.. and looking.. searching... and searching..... it just not there... Namun, perlukah kita membuang masa terus mencari, hanya berserah pada takdir... atau teruskan pencarian... kata orang.. berputus asa adalah kebebasan... itukah kebebasan yang kita cari?

Ermmm...... Semalam aku teruskan idup aku mcm biasa.. cuba melupakan kekecewaan kelmarin... walaupun di mulut hanya meluahkan hanya sahabat... di hati masih meronta-ronta... masih mengharap.... harapan yang mungkin terbunuh bila-bila masa....
Aku teruskan call dia seperti biasa.. thanks sebab menjawab panggilan ku... kita kan kawan.....herrmmm....

Perghh.. karat siot... cuba teka, lagu apakah ini? Lagu tema aku ni....


Malam pulak, aku layan citer The Promised... hampes tul la.... dah la jiwa aku tengah kacau... citer pulak pasal cinta.... lagi la bertambah kacau... Tapi aku kagum dengan jalan citer yang putar belit serta cinematography yang amat menarik.... Ada orang tu tgk citer ni tanpa sari kata... sure ternga-nga... aku yang tgk 4 channel of subtitles ni pon kena berulang-kali rewind certain place untuk memahamkan lagi citer.....

Thanks pada kekawan yang bagi komen-komen yang membina..... i'm not willing to give up just yet.... i'm not a quiter... kalau tak... takan la aku sampai 7 tahun dalam U.M tu walaupun ada yang dah blah.. tapi buang masa le tak.... life always about gambling... u lose some... u gain some.... but i'm sure, this time.. is worth it....


Monday, January 16, 2006

Jiwa kacau





Assalamualaikum....

Ish... napala rasa jiwa bergelora ni... bergelodak rasanya... dah lama siot tak rasa macam ni... Walaupun dah puas cuba untuk aku memujuk hati ni.. tapi still ada rasa macam tu..... maybe ambik masa sket untuk ilang(mungkin kah akan ilang?)
Mai kita imbas kembali apa yang sebenarnya terjadi, ari sabtu lepas aku kluar tgk wayang dengan dia... dah janji nak tengok citer The Wing kat Bukit Raja..... ala citer pasal antu rambut tu... Dah lama jugak aku tak pi sana.. sib baik igt lagi jalan... Sebenarnya aku sajer jer ajak dia kluar tgk wayang... aku bukan nak tgk wayang sgt pon.. aku nak jumpa dia... that's the second time i went out with her[maybe the last :( ] , but i do cherish all those moments...

first or might be the last?


Malam tu plak pi tgk exists kat angkasapuri.... layan giler beb.. dah la lagu2 yang dimainkan semuanya feveret aku... elok nak balik terserempak ngan marya tgh dating.... balik2 ajer... aku decide nak bagitau dia apa yang tependam di lubuk sanubari aku ni(cheewwwaahh).... nyata rupanya aku menampar angin(tepuk sebelah tangan le tu)..... malam tu sure la takleh tido.... aku cuba pejamkan mata... tapi susah benor rasanya.... terdengar-dengar kat telinga aku Si Ajai ngan Wira tgh dok layan Kabhi Kushi Kabi Gham.... biar la diorang layan industand.. aku layan blues...
esoknya, lepas layan kartun... aku kluar, dengan tujuan nak ilangkan jiwa kacau ni... ternampak plak promotion digicam kat courts Pj... Mula-mula aku igt tak mau beli.... still frust sbb mengenangkan digicam aku yang rosak raya lepas... tapi bila balik jer umah... pikir punya pukir... Ajai plak menggalakkan aku umpama pom-pom girl... Jiwa aku plak tgh kacau.... aku start moto.. trus pi kluar duit... dan menuju ke arah courts.. sib baik ader lagi digicam tu.. last set beb... satu tabiat yang aku tak boleh nak ilangkan... bila frust.... aku ni suka perabih duit.... kununnya nak mengalih perhatian kepada bender lain la.... tak la pikir sgt pasal dia.... tapi nyata... tak berjaya gak lagi....

Panasonic Lumix Lc 50.. not much but at least something..


Errmmm... awak.... boleh tak kalau nak call lagi?

Sunday, January 15, 2006

The end without any beginning

Assalamualaikum,
Ermm.... apa yang boleh aku komen lagi tentang tajuk di atas.... semuanya berakhir sebelum apa-apa bermula.... aku dah ambik keputusan untuk meluahkan apa yang aku rasa semalam.... nyata sekali, hasilnya tak memberangsangkan..... Takpa la.. kita tak selalunya dapat apa yang kita nak... Aku paham.. biarlah aku menyekat perasaan aku ni sebelum terjebak lebih dalam lagi... Thanks for a very wonderful week.. hope i didn't give you any trouble......
Lagi pun bila aku baca balik tentang taste2 dia pada lelaki.. aku takdak pon ciri2 yang dia idamkan.... well, what to do.. life always been very exciting... hey.. we're still friend kk... but not the way it has been for this past week.... c ya in a couple of weeks... got a broken heart to be mend first... hahahahaha.....

laugh out loud.... laughter always a remedy for sadness... cry out loud... cry an invisible tears... let a broken heart be mended with a thousand stitches.....

Friday, January 13, 2006

Misi Mustahil

Assalamualaikum,

Ishmish lermer.... amakumu takmak tamahumu camakapmap amapama lamagimi... bamarumunyamya sememingminggumu amakumu kemenalmal dimiama, amakumu dahmah jamadimi mamacammam nimi..... amapamakahmah amakumu dahmah jamatuhmuh cinmintama... Hamarusmus amakumu camakapmap katmat dimiama.... Tamapimi, simiamapama lahmah amakumu nimi, bamanyakmak lamagimi lamakimi yangmang dimiama kemenalmal yangmang lemebihmih bamaikmik damarimi amakumu.... amakumu semedarmar samapama amakumu... Wamalaumau sememumuama takmak bermerbamalasmas.... takmakpama lahmah... Hermmmmm.... Emesokmok nakmak kemeluamuarmar damatingming demenganman dimiama... takmak samabarmar ramasamanyama....

sapo pandai tafsir la msg rehsia ni

Thursday, January 12, 2006

Milik Siapakah Gadis Ini

Assalamualaikum,

Rasanya aku penah post lirik lagu ni before this.. but this time aku rasa aku perlu lagi post lagu ni... sebabnya? Rehsia laaaa.......

Milik Siapakah Gadis Ini


Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam...


Wednesday, January 11, 2006

Mata

Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya
Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya
Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati
Oh mata memandangku
Membuat ku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku

Tuesday, January 10, 2006

+++Aidiladha+++

Assalamualaikum,
Hari ni masyarakat Islam seluruh dunia menyambut Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban dikalangan masyarakat melayu.. Walaupun aku bercuti selama 4 hari bermula dari hari sabtu lepas, aku ambik keputusan untuk tidak balik ke kampung. Sepanjang 4 hari ni aku banyak lepak kat umah... Cuma sekali-sekala keluar mencari makanan atau untuk hirup udara yang segar. Sepanjang hari aku asyik melayan Dvd movie ataupun dvd anime yang aku pinjam dari Zulnasri..... Best gak layan citer katun ni.... tambah citer yang penuh aksi macam Gundam dan juga transformers. Masa berjalan dengan pantas sekali bila kita habiskan dengan benda yang kita gemari.
Semalam adik aku, Lan datang umah aku jap... nak pinjam Dvd katanya... Kesian aku kat adik aku yang sorang ni, sejak balik dari sabah dalam bulan sepuluh hari tu.. dia still tak dapat keje lagi.... Kalau dulu dia stay kat Teknologi Park tentu dah okay... ni nak mencuba kat Golden Hope, Sabah tu jugak... Alih2 lari balik sebab tak tahan dipaksa berkaraoke dan bermain golf setiap kali ujung minggu... Adik aku sorang ni memang pantang kalau disuruh berdiri kat stage, apatah lagi kena menyanyi... Sebenarnya, aku baru balik dari umah dia kat Putra Permai, Seri Kembangan ni.... akibat kehabisan Dvd untuk ditonton, lepas zohor tadi aku ambik tindakan nekad.. aku start moto, trus menuju ke arah Puchong... sampai jer kat IoI mall, aku call lan... tanya arah.... aku tak penah pi umah dia sebelum ni..... dalam sepanjang perjalanan tu, banyak kali gak la aku berenti and call dia untuk tanya arah... sib baik la aku naik moto..... salah jalan pun boleh sesuka ati jer buat "U" turn.... Dengan berkat usaha dan juga instinct aku.. sampai gak kat umah dia...Lepak jap, bedal bihun sup yang adik ipar aku masak... boleh tahan gak la masakan dia.... "Boleh la kalau nak berniaga pasar malam"... ngamuk adik ipar aku bila aku cakap macam tu.. Dalam pukul 4 aku blah and singgah la kat CC jap untuk menaip entry ni...... sekian....
Dalam sepanjang hidup kita, pernah tak kita berkorban untuk orang lain? Dan pernah tak ada manusia yang sanggup berkorban untuk kita? Setinggi mana nilai pengorbanan itu? Adakah berbalas segala pengorbanan itu? Adakah berbaloi?

Thursday, January 05, 2006

Kemalasan Melampau

Assalamualaikum,

Semalam aku betul-betul rasa malas... aku tak tau nak mula kat mana... keje aku banyak yang pending... aku perlu settlekan semua ni sebelum 25/1 ni.... Sebab on that date, manager aku dah masuk opis.. tak mau la bila dia masuk nanti banyak keje yang pending.... This coming Gong Xi Fa Chai pun, dah tentu banyak keje yang menanti... dengan tukaran wang pun dah sure aku yang kena buat... Sebelum ni aku cuma assist Kak Midah... tapi sekarang semenjang dia dah tukar ke unit lain... semua aku kena uruskan sendiri...
Next week, on the 10 of Jan.. kita semua akan menyambut Aidiladha.... a.k.a hari raya korban.... aku dah ambil keputusan untuk tak balik kampung.. tapi tak tau jugak... bila-bila masa aku boleh ubah keputusan.... kalau nak balik jugak.... aku kena la ambik cuti hari isnin and rabu.... Awal-awal lagi aku dah inform mak aku yang aku tak balik... tapi aku akan balik selama seminggu masa chinese new year... Adik aku, Lan pun tak balik.. dia kena balik Kelantan dengan wife dia.... sure sunyi la umah aku dipagi raya nanti.... takper.. mak aku pun dah biasa, sebenarnya dah 4 tahun aku ngan lan tak balik kampung raya korban.....
Aku dah start turun gym semula masa lunch hour semalam.... dah lama aku tak berpeluh.... badan pun dah rasa lemah... Dapat la main badminton 2 set... walaupun dibelasah oleh team Man ngan Ali... tapi aku ngan kak Midah memberi tentangan sengit... Walaupun Kak midah tu perempuan... dia banyak memberi tunjuk ajar cara-cara paling baik untuk mengawal gelanggang.. dia banyak pengalaman....

Manusia ni memang unik... banyak tabiat.. banyak ragam... banyak pulak pe'el... kita tak semestinya sehaluan untuk berkawan...belajar menerima, sebab setiap orang ada kelebihan dalam kekurangan.....

Wednesday, January 04, 2006

ujan

Assalamualaikum...

Hujan... Kebelakangan ni hujan sering turun di kotaraya yang penuh dengan kesesakan... hujan yang turun bersama seribu rahmat... semoga dapat membasuh segala kekotoran silam dan memberi nyawa pada hidupan baru....
Cuti minggu lepas, aku banyak lepak kat umah ajer... even tahun baru pun disambut didepan tv... malas aku nak bersesak kat dataran or klcc.... aku dah serik dengan kesesakan di sana... Hari isnin aku terpaksa gak keluar. Kepala aku dah pening sebab banyak sangat tido... Wira ada bagi tau aku yang metrojaya Pj ader buat clearance sale... well better check it out... jalan kat area seksyen 14 tu sesak, parking penuh sbb sale tu... memang murah giler.. tapi takder yang dapat menarik perhatian aku... dah abis rewang dalam metro tu.. aku pi jaya supermarket jap... masuk guardian beli la apa yang patut... Masa nak balik, aku singgah jap kat kfc depan INTAN... best la kat situ... sebab apa best? Baik korang pi sendiri.. wakakakakaka....
ok la.. ini ari aku takder masa nak taip panjang-panjang... busy sket la.. huhuhu.....