Wednesday, January 25, 2006

Menyintai Tidak Bermakna Memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan

Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki... 

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah..
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

Nukilan asli:
Anna Abadi
~suatu tika dulu

10 comments:

mysha said...

hi sham...

apa khabar hari nie...yang nie lagu ke puisi nie???

Sham said...

yang ni srupa puisi le kot... heheehe

Masy said...

dia berpura2 kah? dia byk alasan kah?...

mungkin dia belum bsedia..

Sham said...

segalanya mungkin

Anonymous said...

aku sharis ni sam.

hehe..apa habaq?
sorry aku tak topup hp la.
macamana moto aku?
ok ka?
aku lepak png lagi ni
nanti2 aku balik la kl kot dalam minggu depan
aku dah interview kilang celestica,intel,amd spansion,seagate,
tapi haram pun tak dapat keja lagi..
jiwa aku pun kacau ni.
tapi kat rumah ni,aku berinternet aja la.
tapi jarang masuk.
aku masuk malam aja.
aku layan sembang guna mic dan earphone guna skype dan YM dgn awek ni.ala..sepupu sepapat aku juga.
dia dok kat selayang.
bekas tomboy..
hehe..
dulu aku kenal masa aku praktikal.
kurang la sket jiwa kacau ni.
tapi boring gak dok kat rumah ni.
sebab tak ramai kat kg kan.
ada internet pun,dah jadi muak aku nak pakai.
tapi sam,pakai skype ni kira best,tiap2 malam aku gayut macam dlm tepon 3,4 jam.
clear la sound..
hang patut try la.
tapi org tu kena ada juga skype la.
kalau ym tu,kurang best sbb sound dia kdg2 sangkut.
ok la sam..
apa2 hal,nanti kita jumpa kat kl,kalau aku tak keja kat png atau kedah la.
tunggu keja aja ni..
hehe..

a'kum...

Sham said...

oooo.. yaka.. moto hang aku tak prasan la.. dapat keja boleh open table kotr

Anonymous said...

hai .. pjg lebar citer kawan awk tu ye.. taman anggur ka dier .. now keja x leh nk pilih sgt ader keja jer .. belasah jer .. biar la salary nyer sikit . tp ader income jugak .

ai said...

Sham..salam tahun baru Maal Hijrah... panjang ek orang KL cuti next week...awak sambung ke hari jumaat tu??

Sham said...

ha'a.. sham cuti the whole day next week

Anonymous said...

Eνeгy particiρаnt observed added benefitѕ аll thrоugh the cгitiquе.


Нeге іѕ my ωеblog .
.. flex belt reviews