Monday, December 10, 2007

Wedding Invitation

Assalamualaikum.....


Yaaa... inilah dia satu-satunya pengumuman yang amat penting dari aku, maybe tak penting pada korang... tapi amat-amat penting bagi aku... Cakap banyak takmo, Straight to the point.... so, secara rasminya, aku ingin menjemput rakan2 yang mengenali diri ini, untuk menghadirkan diri ke satu acara gilang-gemilang dan penuh bersejarah, wedding aku le beb!!!... either nak datang kat Taiping or Rembau(rasanya pak mertua tak kisah).. terpulang kat korang lah....

Invitation(Perempuan)

Map (Perempuan)

Invitation(Lelaki)

Map (Lelaki)

Wednesday, September 26, 2007

Jom berbuka!!

Assalamualaikum,

Update on majlis berbuka yang bakal diadakan di KLCC boleh diperolehi di sini.

Sekian.

Tuesday, September 25, 2007

Kanak-kanak

Assalamualaikum,

Raya menjelang (lagi 17 hari kira menjelang le tu), tapi apa persiapan pun belum dibuat.. dah besar-besar mcm ni tak berminat la nak bermeriah sangat, mungkin cari baju melayu jer nanti... Tak seperti dulu, awal ramadhan dah mula membeli-belah.. walaupun persiapan sudah nyata dipertengahan ramadhan, tapi diakhir ramadhan still ada rasa yang tak cukup.. mula la membeli apa yang tak patut...
Setiap malam terdengar dentuman mercun di luar rumah aku, walaupun sudah diharamkan.... masih lagi ada yang bermain.... maklum dengan bahaya dan pembaziran tapi keseronokan bermain mmg tak disangkal lagi... Aku tak nafikan, aku memang suka main mercun.... aku suka dengan bunyi dentuman.. Masa zaman kekanak dulu, aku tak pernah ketinggalan untuk bermain mercun... duit sekolah yang dikumpul pada awal ramadhan sering menjadi sumber kewangan aku. Sebut saja mercun lada, mercun papan, roket, telur naga, ketupat dan macam-macam lagi lah.... Nak dasyat lagi.. meriam... aku masih igt lagi mcm mana nak mengendalikan meriam dengan baik... satu kampung bleh dengar dentuman.. Masa bermain, lepas solat tarawikh.... dah ada geng yang menunggu... tepi lombong mencacak kayu untuk meletak meriam... kedebooommmmm.. bergegar tanah... berdengung telinga...
Tapi sekarang ni, semua lebih terkawal.... aku masih tak ketinggalan utk membeli mercun(dari sumber yg dirahsiakan.. hehehe)... namun cuma mercun roket sajer.... dah tak minat main mercun lain... tahun ni masih mencari-cari penjual...(ada nak rekemen).. Memang aku rasa tak meriah la kalau tak dengar bunyi mercun..

p/s: jom kita meriahkan klcc pada 4 atau 5 oktober (date belum confirm) nanti.

Thursday, September 20, 2007

Errmm...

WHY!!??

Betullah kata org.. buat baik berpada-pada... buat jahat jgn sekali.... buat baik tak semestinya dibalas dengan kebaikan... susu diberi.. tuba yang dibalas..

Tuesday, September 18, 2007

Salam ramadhan

Assalamualaikum,

Bulan ramadhan, bulan yang mulia... bulan yang memberi ketenangan, bulan memberi seribu makna.... bulan yang juga menurun kan segala jenis ujian, baik dari segi fizikal, mental dan juga emosi... Aku tak terkecuali... aku dapat rasanya bahawa bulan ramadhan kali ni amat-amat menguji tahap kesabaran aku.. setakat mana aku boleh pegi... aku tau.. mesti ada cahaya di hujung jalan2 kegelapan ini (cheewwwaahhh)... namun untuk sampai... terasa amat jauh sekali... aku tahu aku perlukan bantuan.. aku tahu aku perlukan torsh light utk terangi jalan2 ku ini.. tapi mana kan ku cari torsh light itew? dapat lampu pelita pun jadi laaaaa.... huhuhuhu

Bercakap pasal bulan ramadhan ni.... bender yang mungkin jadi kegemaran kita semua ialah... pasar ramadhan.... dengan pelbagai juadah.. pelbagai kaler... pelbagai rasa, memang tak dapat dinafikan boleh manguji tahap nafsu kiter... kalau diikutkan mmg penuh tangan kiri dan kanan.. alamatnya, time berbuka tak pernah habis... alhamdulillah, setakat ni aku belum lagi betul2 membazir... cuma semalam terlebih order ayam golek plak.. terpaksala bungkus.... sedangkan tom yam pon tak terhabis makan... so, hari ni kenala bersederhana sikit... makan berpada-pada beli dgn hati-hati....

Tadi boss bising-bising pasal filing... bising pun bising la... dah takder kerjasama dalam department... lain unit mcm lain department pulak.... hang-hang... aku-aku.. masing-masing buat hal masing-masing... takder muafakat.. takder sepakat.. jangan salahkan kalau aku mengamuk.... aku takan diam kalau semua asyik buat hal masing2...

Thursday, September 13, 2007

Poserr

Assalamualaikum,

Ramadhan tiba lagi, cepat betul masa berlalu.... bulan berganti bulan, tahun berganti tahun... this year merupakan ramadhan ke 30 aku... Alhamdulillah........ harap2 puasa aku tahun ni sempurna.
Seperti biasa, dalam bulan ramadhan ni kita akan diuji dengan pelbagai cara... ujian untuk diri aku, teramatlah berat... entah la.... aku pasrah dengan segala yang bakal berlaku.... aku cuma berserah pada Allah untuk menentukan segalanya... Aku tak tau nak mula di mana.. atau patutkah aku bercerita didalam ni.... tapi aku tak boleh nak pendam lagi... hati aku benar hancur.. benar2 pedih.... kenapa atas kesalahan orang lain.. aku yang menjadi mangsa... ramadhan kali ni benar2 disambut dengan kesedihan... dah la... aku tak tau nak tulis apa lagi... kepala aku benar2 buntu...
wassalam

Monday, September 03, 2007

Tepeng = Ujan

Assalamualaikum,

Last week balik kampung .. tepeng yang tercinta.. yeahuuu.. lama betul rasanya tak balik kampung... sungguh berbezankalau nak dibandingkan dgn kampung orang.. walaupun kampungku tiada ada apa dimata, namun dihati ada segala-galanya... Bertolak dari pudu jam 4.00 petang dan tiba di stesen bas kamunting jam 8.00 malam. Nasib baik jalan tak berapa sesak. Turun2 dari bas, ternampak kelibat famili2 ku yang sedia menjemput... mak ai, ramainya.. siap pak andak pun ada jugak, terasa betul2 macam dijemput di lapangan terbang.. ala2 org balik haji gitu.. huhuhuhu... Rupa-rupanya Pak andak secara kebetulan membawa famili ke taiping untuk bersiar-siar.

Bawak famili semua dinner, then baru la balik.. Ada rennovation pulak kat umah aku, semuanya tunggang-langgang.. mcm kapal pecah... apa2 pun tido la dulu.
Esok paginya, bangun dengan kesegaran... betapa bestnya cuaca di tepeng yang sejuk dan nyaman.. nyata berbeza dengan cuaca di kl ni.. Pepagi lagi test drive keter bapak aku, maklum ler.. aku ni baru nak belajar memandu... dulu2 degil, malas... sekarang ni baru la nak terkontang-kanting... bawak seround.. then balik.. sib bai yoi ada kat sebelah... Sampai2 umah bersiap ke Zoo tepeng... Nak bawak tunang aku jalan2 tepeng, transport lak takder.. setakat pi zoo je laaa... Pusing2 zoo.. gelak ketawa tgk telatah haiwan di situ.. paling best tgk gaya orang utan dgn aksi tak senonohnya..
Cuba teka apa yang sedang dibuat oleh orang utan ini

Lepas habis satu pusing dalam zoo tu, kami pun cabut.... langit pun dah mendung, terasa pulak titisan air dimuka... sib baik ada teksi yang sedia menunggu, ujan mula turun dgn lebat.. bermula jam 2 ptg sampai la kehari yang berikutnya... hujan tak berhenti-henti... kalau KL, sure banjir... tapi Taiping... walaupun hujan 24 jam... tak pernah dgr akan bencana banjir... begitu lah rahmat yang sering menimpa bumi bertuah.. .

Keesokan harinya.... hari untuk aku bertolak kembali ke kl.. sungguh berat kaki melangkah.. hujan yang lebat dari semalam, mula reda... bagai memberi jalan untuk aku pulang.. perjalanan pulang ke kl sungguh memenatkan, sbb jalan sesak tak hengat... dari 1.30 sampai la hampir 8.00 malam, baru la tiba di kl.. dalam keletihan terus pulang kerumah....


Thursday, August 30, 2007

Anak Haram!!!!!!

Assalamualaikum,

Pada sesiapa yang lemah semangat, aku mau kasi sikit warning jangan la meneruskan pembacaan entry aku kali ni, sbb ianya mengandungi unsur-unsur yang mungkin akan mengganggu emosi anda.
Pepagi ni aku nak maki orang, pasai apa aku mau maki orang? Mai kita imbas kembali apa yang berlaku ketika aku dalam perjalanan ketempat keje tadi..... Seperti biasalah, lepas bersiap untuk ketempat keje, aku pegi menjemput tunangku di vista.. lepas tu aku pun meneruskan perjalanan ke UM untuk menghantar dia... Ntah macam mana, bila aku sampai di lampu isyarat menghala ke UM dari kerinchi tu... ada sekor mangkuk ni dgn tiba belok kiri pulak, jalan tu sebenarnya untuk kehadapan saja, bukan untuk membelok sbb jalan untuk kekiri memang dah ada.... aku yang secara kebetulan berada di bahagian kiri kereta magkuk tu pun apa lagi, mula la membrek, tapi tergesel jugak di bahagian tayar depan... nasib baik tak tergolek, mangkuk tu dgn selambernyer meneruskan perjalanan dia.... Haram jadah sungguh la, pepagi lagi dah buat aku hangin.... kalau la ada batu kat tangan aku time tu... dah lama aku baling....

Kiri kanan, depan belakang terdengar laungan merdeka, negara sudah maju kononnya... tapi malu sungguh bila minda masih macam baboon.... tak tau berfikir kesan tindakan.. cuma mementingkan diri sendiri. Apakah makna ikrar "kesopanan dan kesusilan" kalau setakat dibibir saja....

p/s: don't make make angry(boleh jadi ijau woo)

Tuesday, August 28, 2007

Merdeka!!!!!

Assalamualaikum,

Setelah lama tak dikemaskinikan, hari ni aku nak jugak mencelah, demi mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50. Seperti biasa lah, kalau dah dekat2 nak merdeka ni, kita selalu mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum mencapai kemerdekaan, juga tidak ketinggalan kejayaan-kejayaan kita setelah merdeka. Memang tidak dinafikan, byk yg telah kita capai sepanjang 50 tahun ini, tetapi tidakkah kita sedar.... kita merdeka 50 tahun setelah kita dijajah selama 446 tahun. Selama 446 tahun kita bertukar-tukar "tuan" sebanyak 5 kali (Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Inggeris)... Kita ditipu, kita diperbodohkan kita di"anjingkan". Selama 446 tahun!!!... Kenapa kita jadi begitu? kenapa kita boleh menjadi mangsa? Mangsa penjajahan.. adakah sebab ketika itu kita terlalu mundur? Tidak sama sekali, kita bukan bangsa yg mundur. Sejarah telah mencatitkan bahawa Empayar Melayu Melaka merupakan satu kerajaan yang kaya raya, yang menjadi pertembungan pelbagai tamadun manusia. Mungkin kekayaan kita telah menjadi "becon" bagi penjajah-penjajah asing ini, tanah melayu merupakan satu kawasan yang strategik untuk meluaskan empayar. Tetapi, mengapa begitu mudah? Kita selidik balik apa yang berlaku ketika tanah melayu mula jatuh ketangan portugis dulu... ya, sebab ketika itu politik kerajaan melayu melaka dalam keadaan yang lemah. Tiada kesepakatan, penuh dengan hasat dengki antara pemerintah serta masing-masing gila kuasa. Itu merupakan titik punca kejatuhan kita... selama 446 tahun kita sengsara untuk bangun bukannya senang, untuk mengikis kesan idealisma penjajah bagi mengembalikan jati diri kita pun bukannya senang. Selama 50 tahun ini mungkin kita boleh berbangga dengan kejayaan kita dari segi ekonomi dan juga modenisasi... tapi adakah kita telah mencapai kemajuan dari segi insaniah? apakah kita lebih bagus dari segi akhlak jika dibandingkan dengan nenek moyang kita dulu? Tanya la diri kita masing-masing...

Wednesday, June 13, 2007

Share Market

Assalamualaikum,

Terasa bahang... walaupun hari-hari hujan sehingga menyebabkan banjir di bandaraya ini... tapi aku terasa bahang.... bahang apakah itu? Yea... aku terasa bahang kerancakan pasaran saham... jual... beli...... ahh.... berpeluh dalam kesejukan air-cond.. setelah berjaya mendaftarkan diri minggu lepas, akaun aku telah diaktifkan pada isnin ni dan secara rasminya aku boleh menjalankan urus niaga trading di bursa saham kl...

Langkah pertama yang aku buat ialah dengan membeli saham PSC Industries (PSCI) sebanyak 5 lot.. 1 unit 49 sen.. 1 lot Rm 490...... 5 lot Rm 2450... kalau ikut kan info2 yang aku perolehi, share ni ada potensi untuk naik. Then aku buat sikit research, aku ambik keputusan untuk beli share Halifax Capital (Halifax) sebanyak 10 lot... share ni murah, 1 unit 11 sen ajer... 10 lot baru 1100... tapi aku baru dapat tahu yang company ni tgh hadapi tindakan dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana tidak comply dengan salah satu syarat untuk disenaraikan di bursa. Mula-mula aku gelabah jugak la... and mula fikir nak jual share ni...tapi bila aku teruskan buat kajian... rupanya company ni baru lepas restructuring.... walaupun trading untuk company ni akan digantung pada 14/6 ni.... aku tak rasa yang company ni akan gulung tikar.... Lagipun beberapa hari ni trading share untuk company ni amat aktif... secara logiknya... kalau sesuatu company tu mengalami masaalah, trading share untuk company tu akan lembab. Tapi sebaliknya berlaku pada Halifax (being positive enuff).. Well.. we wait and see.. harap-harap ok la... kalau mencanak naik.. lega hati.. boleh la tersenyum... Namun...... Panasssss bebbbbb..... pucat jugak la beberapa hari ni....

Friday, June 08, 2007

Entah laaaaa

Assalamualaikum,

Ujan yang turun bagaikan mutiaraaa... wah.... ujan lagi... ari-ari ujan. I wish i'm at home sleeping.. bukan calang-calang anak punya ujan... lebat bapak wooo.... Harap-harap la ujan ni boleh berenti sebelum pukul 5... sbb aku nak balik on the dot ari ni... tapi now dah pukul 4 still lebat. Macam tipis jer harapan nak balik awal ari ni.

Setiap kali ujan ajer.. kita mesti risau pasal banjir... pasal jalan sesak... pasal kesihatan... aku tak peduli tentang dua yang terdahulu tu.. aku cuma risaukan yang terakhir tu.... Cuaca yang lembab dan sejuk ni membuatkan aku tak henti-henti batuk, memang efect peparu aku.. kalau ikutkan nasihat kawan-kawan, diorang nak aku pi x-ray... takut ada jangkitan pada peparu.. tapi aku malas la nak buat appointment... at least kena dapatkan surat dari doktor panel plak... baik aku tunggu dan lihat dulu.... skarang ni still boleh handle...

Pagi tadi aku escape jap pi RHB Investment, register untuk buat trading... lepas sonok dapat cikit untung masa guna account emli ari tu... rasanya lebih senang kalau aku ada account sendiri. Emli pun setuju untuk bawa aku berjumpa dengan kawan dia yang merupakan seorang remiser. Sekarang ni tak leh trading lagi, sbb permohonan sedang diproses, harap next week boleh la... ada beberapa stock yang aku tgh dok usha skarang ni... kalau dapat buat untung mcm beberapa hari lepas, best jugak... InsyaAllah, kalau ada rezeki.

Thursday, June 07, 2007

Apa apa jer la

Assalamualaikum,

Hai hai hai!!! lama betul aku tak merapu dalam ni, ari ni aku nak start merapu balik lah (kalau still ada mood la). So, mana nak mula ek? Ermm.... maybe dengan meng'update' tentang apa yang berlaku dalam idup aku selama sebulan yang lepas. Okay, seperti mana yang sesetengah dari korang tahu, 14/5 yang lepas, genap la umur aku 30 tahun... waaa.. muda lagi haku rupanya.. hak hak hak!!!.... Well, for men, life start at 30... betul ke? Maybe le kot, aku dapat merasakan seperti aku baru hendak memulakan idup baru.... mempunyai keazaman yang baru.... huhuhuhu... poyo jer kan? apa apa jer laaaaaaaaa.

Another update, ermmmm... pada 20/5 lepas, aku n liza telah selamat bertunang, aminnnnnnnn..... doa-doakanla kami kekal keakhir hayat ek.... Tq.. huhuhu... Majlis perkahwinan? ermm.... kalau ikut plan, dalam bulan 12 tahun ni... Tapi kami hanya merancang, Allah yang tentukan, ye tak? skali lagi, doa-doakan la kami ek....

Ada lagi update ni, ermm... aku berjaya mendapatkan schorlarship BNM, yeahuuuuuuu...... kalau aku berjaya mendapatkan tempat kat Univ. plak, alamatnya aku akan kembali menjadi student sepenuh masa.... waaa... macam best kan? Memang best pon, mana ada organisasi yang sanggup sponsor staff dia study, dgn yuran ditanggung sepenuhnya, elaun yang bermcm-mcm jenis, dah tu gaji full lak. Enjoy life la beb....... Fokus.. fokusssssss!!!!..huhuhuhuhu

Kebelakangan ni aku memang-memang ya amaaatttt busy, al maklumla, salah sorang staff kat sini tgh cuti bersalin, ada keje dia yang aku kena take over.... jadi secara automatiknya, tahap kebizian aku meningkat secara eksponen .... takpo lah, lebih baik busy dari takder keje, at least aku tau nilai aku disini.... Ermm... wokay lah, len kali plak aku membebel, keje dah bertimbun atas meja ni, dah takda rupa meja pon tempat aku nih....

p/s: misteri cinta

Monday, April 23, 2007

Not In Office

Assalamualaikum,

Start petang ni, sampai la 26/4/2007(orang semua cuti, aku kena keje)... aku tak masuk office, tapi kena standby di renaissance hotel kl sebagai secretariate untuk FSI-SEANZA International Forum...

p/s: Hermmmmmmm

Thursday, April 19, 2007

RedBox

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama, rasanya lebih dari dua bulan, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ku ke redbox semula (karaoke la beb!!) pada malam selasa yang lepas. Kiranya sesi melepas gian la time tu. Mulanya aku malas jugak, sbb tekak aku bukannya elok lagi, dengan batuk yang tak betul-betul sembuh lagi. Tapi kesian pulak tgk si mukh tu, maklum le tgh pressure giler. So, dia perlu untuk rilek jap.
Seperti biasa, kami ambik pakej buffet n karaoke selama 3 jam. Harga cuma Rm28++, kira berbaloi la... boleh nyanyi sampai hancus... memang hancus pun... akibat batuk aku, serta tekak aku yang tak elok lagi ni, lepas 2 lagu suara aku dah pecah.... lagu tinggi2 dah tak boleh bawak... Arghhhh... tensen, so, aku balas dendam dengan makanan ler... makan sampai senak perut.... Tapi aku teruskan jugak nyanyi... lama kelamaan suara aku elok la sket. Cukup la sekadar nak lepaskan geram...
Pada sesi kali tu, mukh memperkenalkan aku pada satu lagu yang amat-amat menarik. Aku pernah dengar lagu tu, cuma aku tak tau sapa penyanyi n tajuk.

Sohaimi Mior Hassan

Misteri Cinta

Kau bertanya padaku
Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada di sini

Bagaimana harus kuhulurkan
Dengan kata misteri cinta
Kerna tuhan saja
Yang tahu jawabannya

1
Andainya aku mampu gambarkan pada mu
Andainya aku mampu bercerita
Akan kulukis sebuah lukisan
Dan aku tulis novel cinta kau dan aku

Kau bisikkan padaku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Kufahami cinta suciku

Best la lagu ni... terngiang-ngiang lagi dalam kepala aku. Boleh la lepas ni aku cuba bawak pulak... walaupun tak sesedap mana... janji aku happy.. ahakssss....



p/s: Andainya aku mampu gambarkan padamu

Tuesday, April 17, 2007

Akhirnya

Assalamualaikum,

Lamanya aku tak update blog, ramai yang dah komplen.. sebenarnya bukan sengaja aku membiarkan blog ni tak berupdate, tapi masa serta idea yang amat-amat terhad telah membuatkan aku jadi malas..... kekadang tu aku dah taip beberapa baris perkataan, tapi akhirnya aku tutup semula.... idea tiba-tiba lesap bila boss panggil or bila sesuatu yang meruntum jiwa berlaku... Ha, nampak tu.. kan idea aku dah tiba-tiba hilang, kali ni bila perut aku berbunyi... Kebelakangan ni, aku jadi lebih sensitif pada sekitaran.... sebarang perkara yang berlaku, mahu pun perkara yang kecil sudah boleh ganggu tumpuan aku.... aku hilang tumpuan.. aku hilang arah(melampau le ni).... Fokus.. fokus.... mungkin aku perlu lebih fokus pada sesuatu yang aku lakukan dan cuba untuk buat sesuatu secara berperingkat daripada menyelesaikan beberapa perkara dengan serentak.

Benci Tapi Rindu

Bukan hanya sekedar penghibur
Diriku ini sayang
Bukan pula sekedar pelepas
Rindumu oh sayang
Sakit hatiku
Kau buat begini

Kau datang dan pergi
Sesuka hatimu
Oh... kejamnya dikau
Teganya dikau padaku

Kau pergi dan datang
Sesuka hatimu
Oh... sakitnya hati
Bencinya hati padamu

Sakitnya hati ini
Namun aku rindu
Bencinya hati ini
Tapi aku rindu

Lagu ni tiada kaitan antara hidup atau mati tau... jangan salah sangka plak.... tiba2 lagu ni terngiang-ngiang dalam kepala aku bila aku dengar nyanyian dari Mila Af5 ...... Best la lagu ni.... ditambah pulak dengan suara Mila yang ngancam....

p/s: Antara rindu dan .............

Tuesday, April 03, 2007

On Pain

Your pain is the breaking of the shell that encloses
your understanding.

Even as the stone of the fruit must break, that its
heart may stand in the sun, so must you know pain.

And could you keep your heart in wonder at the
daily miracles of your life, your pain would not seem
less wondrous than your joy;

And you would accept the seasons of your heart,
even as you have always accepted the seasons that
pass over your fields.

And you would watch with serenity through the
winters of your grief.

Much of your pain is self-chosen.

It is the bitter potion by which the physician within
you heals your sick self.

Therefore trust the physician, and drink his remedy
in silence and tranquillity:

For his hand, though heavy and hard, is guided by
the tender hand of the Unseen,

And the cup he brings, though it burn your lips, has
been fashioned of the clay which the Potter has
moistened with His own sacred tears.

Khalil Gibran

Friday, March 30, 2007

Beauty XXV

And a poet said, "Speak to us of Beauty."

Where shall you seek beauty, and how shall you find her unless she herself be your way and your guide?

And how shall you speak of her except she be the weaver of your speech?

The aggrieved and the injured say, "Beauty is kind and gentle.

Like a young mother half-shy of her own glory she walks among us."

And the passionate say, "Nay, beauty is a thing of might and dread.

Like the tempest she shakes the earth beneath us and the sky above us."

The tired and the weary say, "beauty is of soft whisperings. She speaks in our spirit.

Her voice yields to our silences like a faint light that quivers in fear of the shadow."

But the restless say, "We have heard her shouting among the mountains,

And with her cries came the sound of hoofs, and the beating of wings and the roaring of lions."

At night the watchmen of the city say, "Beauty shall rise with the dawn from the east."

And at noontide the toilers and the wayfarers say, "we have seen her leaning over the earth from the windows of the sunset."

In winter say the snow-bound, "She shall come with the spring leaping upon the hills."

And in the summer heat the reapers say, "We have seen her dancing with the autumn leaves, and we saw a drift of snow in her hair."

All these things have you said of beauty.

Yet in truth you spoke not of her but of needs unsatisfied,

And beauty is not a need but an ecstasy.

It is not a mouth thirsting nor an empty hand stretched forth,

But rather a heart enflamed and a soul enchanted.

It is not the image you would see nor the song you would hear,

But rather an image you see though you close your eyes and a song you hear though you shut your ears.

It is not the sap within the furrowed bark, nor a wing attached to a claw,

But rather a garden forever in bloom and a flock of angels for ever in flight.

People of Orphalese, beauty is life when life unveils her holy face.

But you are life and you are the veil.

Beauty is eternity gazing at itself in a mirror.

But you are eternity and you are the mirror.

By Khalil Gibran

Thursday, March 15, 2007

Tag Desktop

Assalamualaikum,

Alamak, tanpa ku sedari rupanya ada la beberapa kerat tag yang aku tak buat.... antaranya tag desktop yang telah diperturunkan oleh Ila ni.... oleh kerana tagnya mudah... aku ringan2kan la tulang untuk buat.


Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : LCD
Kaedah (bagi yang blur) :
Hit "Print Scrn" button (sblh F12) > paste kat paint/adobe photoshop..:)

Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan lihat, aku tak letak wallpaper pun. Sebabnya, buat apa nak letak wallpaper sedangkan aku tak penah tgk desktop pon. Aku tak penah hide or minimize window yang aku guna... Lagi pun, rimas la... setiap kali on pc sure ambik masa nak load wallpaper tu... huhu.. okay... tag ni aku tak perturunkan kepada... jeng jeng...

1. Masy
2. Pooh
3. Kriesz

Monday, March 12, 2007

Interview

Email received from hr on 8/3/2007.... Alamak, ni yang suspen rasanya, dah lama betul tak pegi interview yang semacam ni. Hopefull no problem nanti. Wish me luck :)

p/s: click to enlarge.

Tuesday, March 06, 2007

Sayang

Assalamualaikum,


Lama sungguh rasanya tak menjengok ruangan maya ni... Kalau nak ibaratkan umpama rumah tinggal, dah tentu lalang sudah sampai ke tahap pinggang.... Tapi hari ni, terlintas pulak untuk aku meng"update" atau menebas segala lalang yang meninggi ni.

Uik, apa plak tajuk yang aku dah letak kat atas tu.... "SAYANG" tentu ramai yang faham maksud sayang tu... apa syarat2 untuk kita menyayangi seseorang tu? Ada yang menjawab, sbb dia cantik.... sbb dia baik.... sbb dia sopan.... Betul ke semua jawapan tu? Entah lah... sbb ianya terlalu subjektif.... Bagi aku pulak, menyayangi tak semestinya bersebab... Perasaan sayang tu sendiri adalah satu kurniaan yang kita takan dapat menjangka bila ia akan menjelma... Tidakkah sayang yang tak bersebab itu lebih indah? Dengan itu tidaklah nanti akan timbul sebab2 untuk kita tidak menyayangi pulak.... Okay lah.. tak mau kupas dengan lebih lanjut... banyak keje nak kena settle... sebarang pertanyaan.. sila post kat komen ek... bye... Wassalam....

P/s: Semakin hari, semakin sayang.......

Thursday, February 15, 2007

Love of My Life





kau umpama bunga yang mekar di hati ku
ku harap kau mekarlah selama-lamanya
kau umpama bintang menyinari hidup ku
ku harap kau terus bersinar

ketika kau perlukan aku
sentiasa aku ada di sisimu
ketika ku rindu padamu
terasa cinta semakin dalam

sayang kasih ku abadi
cinta mu mekar di hati ini
kau dalam ingatan
di sepanjang hayat ku
demi teguhnya cinta selama-lamanya

ketika kau perlukan aku
sentiasa aku ada di sisimu
ketika ku rindu padamu
terasa cinta semakin dalam

sayang kasih ku abadi
cintamu mekar di hati ini
kau dalam ingatan
di sepanjang hayatku
demi teguhnya cinta selama-lama..

kau umpama bunga yang mekar di hati ku
kuharap kau mekarlah selama-lamanya
kau umpama bintang menyinari hidupku
ku harap kau terus bersinar

Friday, February 02, 2007

Kejora

Sinaran matamu bak kejora
Di tengah malam
Menyuluh kedamaian hati
Halusnya lenganmu sehalus
Sutra cinta
Melembutkan setiap kata
Harum kasturi harum rambutmu
Ingin ku belai
Bertambah harum kita
Indah keperibadianmu
Indah bicara
Menyegarkan semangat daku
Bila kau berada di sampingku
Semuanya menjadi keindahan hidupku
Assalamualaikum,
Hari ni aku masuk opis dengan hati yang gembira..... tak terkira rasa dalam hati ni... kalau boleh memang ingin mempercepatkan semuanya.... supaya kegembiraan itu berlipat ganda.... tapi ada banyak lagi yang perlu diselesaikan.... Sorry kalau ada yang tak faham... maybe lagu kejora kat atas tu boleh melambangkan kegembiraan aku.... Just doakanlah kegembiraan aku ni berkekalan hingga akhir hayat....

Wednesday, January 31, 2007

Aku, Dia dan Kamu

Assalamualaikum,

Terbelenggu, dibelenggu dan membelenggu.... memang sering membuat kita tak keruan... sasau akan keadaan... binggung akan situasi... Mencari jawapan yang didepan mata.. Buta akibat emosi yang membakar diri... Namun aku tetap disini.... membawa sinar lilin yang malap-malap menerangi diri.... Antara Aku dan Dia?

Nak sembang aper ek hari ni? Dah lama aku tak concentrate untuk update blog ni..... kalau nak diumpamakan taman... dah tentu berlalang... Tapi oleh kerana ada yang ingin aku terus mencatitkan sesuatu diruangan maya ni.... Aku taip la apa yang patut....

Esok hari wilayah, cuti bagi wilayah persekutuan... mula2 aku tak perasan langsung yang esok jugak merupakan hari thaipusam.... baru aku igt nak kluar jalan2 kat area selangor.. but for sure esok sesak... Baik aku dok umah baca novel yang aku pinjam dari Choo Ann sebelum ni..... dah lama sebenarnya aku pinjam dari dia.. tapi still tak kesempatan nak baca lagi.... Apa tajuk pon aku dah tak sure... Rasanya "The Client" by John Grisham... dah abis baca nanti aku critala serba sikit tentang buku ni ek....

Ermm apa yang berlaku hari ni? Boringggggggggggggggggggggg..... setiap hari di ofis merupakan hari yang boring bagi aku sejak kebelakangan ni... terutamanya sejak realignment ni.. aku tak kisah kerja banyak... yang paling aku kisah ialah membuat kerja 2 kali... Things should be simpler... Damn it's so simpler before this..... Ermmm .. takper la... I've no say....

P/s: Secara tiba-tiba...................

Tuesday, January 30, 2007

Diari Hati

Assalamualaikum,

Kenapa? Setiap kali aku nampak sinar di penghujung.... ada saja bayang yang menyelubungi.... Apakah hidup aku akan sentiasa dihantui bayang-bayang yang tak kesudahan.... Kalau boleh, aku ingin lari dari semua ni... Tapi, berlari bererti yang aku ni pengecut... tak berpendirian.... apa lagi yang harus aku buat? Terus berdiri disini... mengabaikan bayang-bayang dengan harapan pancaran cahaya yang benderang akan dapat melenyapkan atau................................................

Friday, January 19, 2007

Tempat Berteduh

Assalamualaikum,

Before this aku ada citer serba sikit tentang perancangan aku untuk membeli rumah dari kawan aku kan? So, on monday ari tu aku n Khairul dah buat appointment dengan valuer untuk "melawat kawasan". Sebenarnya ari sabtu lepas lagi aku dah pi melawat kawasan perumahan tu..... Takut tetiba lak tak berkenan, tak payah la buat appointment dengan valuer lagi... Tapi, aku betul2 suka dengan kawasan tu..... Walaupun keluasan rumah tak berapa luas, cuma 850 kaki persegi.... Tapi kawasan persekitaran yang tenang, luas dan kawalan keselamatan yang ketat bebetul2 dah buat aku tertarik... Tambahan pulak.. ader kolam renang... Jom kita tengok gambar.

P/s: Psssttt, adik ipar.... tak mau sewa ke? hehehehe


X mark the spot

Sejuk jer nampak air tu... macam nak terjun


Kawasan yang bersih n nyaman

Gambar kolam lagi....

Friday, January 12, 2007

Caca Marba

Assalamualaikum,

Setelah hampir 2 bulan di jabatan baru ni, baru la ada sikit kelegaan..... kalau nak dibandingkan keadaan sebelum ni, sekarang jauh lebih selesa. Tapi, still banyak jugak kerja-kerja tengah dok caca marba.... aku still tak paham rasionalnya mewujudkan unit sokongan yang mcm ni. Semenjak awal lagi aku amat-amat tidak bersetuju. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya 27/11/2006 lepas satu perubahan besar-besaran telah berlaku di BNM.... Kesemua jabatan under Regulation n Supervision function telah di rombak... Sebelum ini, kesemua jabatan adalah berdasarkan sector memasing... Seperti Insuran dan juga banking... tapi sekarang telah dirombak... dan jabatan-jabatan yang baru berdasarkan fungsi memasing, contohnya Policy dan juga Surveillance...

Cuma, yang aku tak setuju, kenapa diwujudkan Unit Sokongan ni... Kenapa aku tak setuju? Ok.. let me justify.... Fungsi unit sokongan ni adalah memberi sokongan (services) kepada 9 jabatan di bawah fungsi Regulation n Supervision dari segi pentadbiran yang melibatkan budget, kursus, kerja-kerja IT, system maintenance dan bermacam-macam lagi... Sebenarnya sebelum ni kesemua fungsi-fungsi ini di jalankan oleh unit pentadbiran di jabatan masing-masing... setelah "Realigment" unit pentadbiran di jabatan-jabatan telah dihapuskan. Aku tau tujuan diorang mewujudkan Unit sokongan ni adalah untuk "centralise" kesemua kerja-kerja pentadbiran.... tetapi apa yang aku lihat sekarang ni.... kesemua kerja menjadi makin susah dan melambatkan.... Contoh yang paling mudah: untuk meminta alatan pejabat.... kalau dulu unit pentadbiran di jabatan akan meminta secara terus dari Jabatan Harta Perkhidmatan (JHP), tetapi sekarang ni.... sebarang "request" perlu diajukan dahulu kepada kami, then baru kami akan ajukan permintaan tu kepada JHP. Tidak kah ini akan melambatkan kerja? Mereka telah mewujudkan satu lagi lapisan (layer) pada setiap "workflow". Aku harap semua ni takan berterusan.

Semalam aku dah pi jumpa valuer kat wisma yakin.... mengikut kata En Syamsul dari W.M Malik... secara kasarnya, value rumah Khairul tu dalam 115-120k..... bukan harga yang aku harap kan.... kalau boleh aku nak 130k... boleh buat loan lebih sket... hehehe.. tapi ok la tu.... balance boleh buat renovation.. esok aku igt nak pi melawat kawasan.... mengikut kata dari rakan-rakan aku.. kawasan Bandar Mahkota Cheras tu "elok", tapi aku nak la jugak pi tgk sendiri.... mana nak tau kot tetiba tak berkenan... kalau tgk gambar memang la best... siap ader swimming pool lak... terbayang-bayang lak aku tgh dok berendam dalam kolam tu.... Tapi for sure la.. lepas aku beli umah tu, kenala aku budget sket.. takleh la bermewah-mewah macam sekarang ni.... "RED BOX" pon kena la dikurangkan.... adey laaaaaaaaa........


P/s: aku tak mau fikir lagi..... makin difikir, makin pening jadinya... biarlah masa yang tentukan... biarlah takdir yang menyuluh hala tuju....

Tuesday, January 02, 2007

Aidiladha Vs New Year

Assalamualaikum,

Setelah hampir seminggu di kampung, kini aku berada semula di KL... alahai, cepat benar masa berlalu... Aku mula pulang bercuti pada hari Khamis (28/12/2006), diikutkan perancangan, sepatutnya aku mula bercuti pada hari jumaat... tapi, mood aku untuk tinggal di kl ni dah mula hilang.... lebih baik aku pulang ke kampung dengan seberapa cepat yang boleh.

Kali ni aku dah rancang nak balik naik Moto, tak la boring nak mampos seperti mana menaiki bas... kalau diikutkan, budget naik bas sama ajer kalau nak dibandingkan dengan naik moto.... Aku lebih prefer naik moto..... Aku bertolak jam 9.30 pagi dan sampai di Taiping jam 1.30 ptg.... sesampai saja aku di kampung, adik aku, Azhar dah bersedia untuk mencuci moto. Syarat utama, malam tu aku kena belanja dia karaoke.... Aku dah agak, sebelum aku balik tepeng lagi dia dah mention pasal karaoke ni.. maklum le, kat Terengganu mana nak cari pusat hiburan macam tu...

Raya Qurban tahun ni amat-amat tidak meriah, cuma aku, Azhar dan adik ipar aku ajer yang pulang beraya.... Adik aku Azlan di Paloh, Izwan di Semporna dan faizal di kuantan (dengar kata kena tolong mangsa banjir) tak dapat pulang beraya.... Sebenarnya aku pon baru jer pulang beraya setelah 3 tahun tak menyambut raya Qurban dikampung. Susana di kampung pun sama saja seperti hari-hari yang lain... tiada perbezaan.... Mungkin ramai yang bertugas atau sedang sibuk membuat persiapan untuk menghantar anak ke sekolah. Almaklumla.. sekarang ni kos untuk menghantar anak ke sekolah semakin meningkat.... dengan pelbagai jenis yuran... buku rujukan yang ntah apa2.... Sib baik cuma sorang ajer adik aku yang sedang bersekolah.... Azrul yang baru masuk ke tingkatan 1. Bercakap pasal sekolah.... aku nak ucapkan tahniah pada anak makcik aku, Along yang berjaya mendapat 9A dalam PMR... Ni sure dapat Scholar BNM nanti.

Tahun baru aku berlalu begitu saja.... malah malam menjelang tahun baru pun aku tido awal... dan seperti biasa... tiada Azam baru... malas arr nak ber "Azam" ni... cuma this year.. aku ader target aku sendiri.... Target "All-In-One". Nak tau apa dia maksud target tu... tanya la tuan punya badan... jangan buat andaian melulu....

Semalam kami sekeluarga ke Ipoh, menghantar azhar. Oleh kerana perkhidmatan bas dari Taiping ke Pantai Timur amat-amat terhad, Azhar bersama 4 lagi rakan semaktab terpaksa mengambil bas dari Ipoh ke Kota Bharu.... Dari Kb pulak baru diorang boleh mendapatkan Bas ke Besut. Dengar kata diorang terpaksa 2-3 kali jugak menukar pengangkutan sebelum sampai Ke Maktab Perguruan Sultan Mizan tu..... Sib baik ramai jugak yang senasib.... kalo sesorang dah tentu naya.

Pagi tadi bertolak dari Taiping jam 7.30 pagi dan sampai Kl jam 11.30... masa perjalanan, Caaint ada call and sms aku... menjemput kerumah untuk lunch bersama-sama geng Tekad.... Sorry la Caaint, gua letih la beb... lagi pon banyak lagi kerja yang tak settle, antaranya menghantar baju ke dobi (kes malas nak basuh baju)

P/s: Meet Nur Afifah (Fifi) satu-satunya anak sedara aku.... dah besar rupanya dak ni.. siap boleh membebel lak tu... huhuhuhu


Fifi sedang membuat belon menggunakan air liurnya.... alahai comeinyaaaa

Hai Fifi